Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

RM5.00 Untuk Nasi Beriyani Kosong, Mahalnya,,,

$
0
0
Semalam, hari ke-9 kita berpuasa di bulan Ramadhan 1434 hijriah. Nampaknya macam sekejap jer masa berlalu, dah nak abis dah 10 hari pertama dibulan Ramadhan. Bercerita pasal berbuka puasa, kami sekeluarga berbuka sederhana sahaja. Semalam kami beli Lauk Itik, Telor Sambal kesukaan anak-anak MrJocko, Nasi Lemak dan Nasi Beriyani Kosong.




Lauk pauk laim semalam Alhamdulillah, semuanya sedap. Cuma MrJocko nak share sahaja pasal Nasi Beriyani Kosong yang MrJocko beli di salah satu Pasar Ramadhan berdekatan TTDI semalam. Bukan nak merungut, tetapi agak terkejut bila mengetahui yang harga untuk satu Nasi Beriyani Kosong itu dijual dengan harga RM5 untuk satu bekas.






Kalau nak tahu, dalam bekas tu merupakan Nasi Beriyani kosong seperti biasa. Tiada ayam, daging lembu mahupun daging kambing. Ia memang Nasi Beriyani Kosong semata-mata seperti yang biasa kita makan di kedai mamak. Sekarang timbul persoalan MrJocko, bagaimana harga makanan di Pasar Ramadhan di tempat anda? Pendapat anda, harga tersebut dikira mahal atau murah? Satu Pek Nasi Beriyani Kosong ini dengan harga RM5.00 ??? 

Berapa Budget Berbuka Anda Setiap Hari

$
0
0


Alhamdulillah, kita sudah memasuki hari ke sebelas berpuasa dan nampaknya seperti tahun-tahun lepas kemeriahan Ramadhan ni bertambah dengan adanya Pasar Ramadhan. Anda mesti suka berbelanja di Pasar Ramadhan kan?

Beberapa hari di bulan Ramadhan ni memang best kerana MrJocko berpeluang singgah di banyak pasar Ramadhan sekitar Kuala Lumpur seawal jam 5.00 petang.

So, selalunya kalau anda ke Pasar Ramadhan, berapa selalunya budget yang anda peruntukkan untuk berbuka pada hari tersebut. Ini penting kerana nak elakkan kita dari tidak membazir.

Kalau MrJocko, selalunya tak lebih dari RM50. Selalunya akan beli 2 lauk untuk berbuka dan 2 lauk untuk bersahur dalam RM30 dan sekitar RM6 untuk kuih muih. RM5 untuk air. Biasanya cukup untuk MrJocko, Wife dan dua orang anak.

Kalau anda pula camana?


Tebus Hello Kitty Charms Collection Di 7 Eleven

$
0
0
Setelah seminggu bersusah payah beli barang di 7 Eleven dan juga simpan stamp yang diberikan, akhirnya MrJocko dan anak-anak berjaya tebus 3 set Hello Kitty Charms Collection dari 7 Eleven. Ini merupakan promosi jualan terbaru di 7 Eleven yang mana anda berpeluang untuk mendapatkan koleksi terhad Hello Kitty ini.





Dengan setiap pembelian RM5.00 dalam satu resit di 7 Eleven, anda akan diberikan satu Stamp dan Kad Stamp. Anda perlu kumpul sejumlah 20 keping Stamp Hello Kitty 7 Eleven untuk melayakkan anda mendapat satu set Hello Kitty Charms Collection ini. Tetapi, ada cara mudah, anda perlu cuma 10 stamps dan bayar RM3.90, anda akan juga dapat satu set Hello Kitty Charms Collection. Mudah kan?

So, bagi peminat Hello Kitty, dapatkan koleksi TERHAD Hello Kitty Charms ini di kedai Serbaneka 24 jam 7 Eleven berdekatan anda sementara stok masih ada.

Majlis Iftar Ramadhan Denaihati Di Hotel Singgahsana

$
0
0

 

Hari ke-12 Ramadhan 1434 Hijriah, kami sekeluarga menerima undangan dari Denaihati Network untuk bersama-sama rakan blogger lain untuk menghadiri Majlis Iftar Ramadhan Denaihati bertempat di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya.

 

 

MrJocko sampai di sana sekitar jam 6.30 petang dan nampaknya kawasan parkir dah penuh. Ramai rakan-rakan blogger turun untuk sama-sama memeriahkan majlis Iftar Ramadhan Denaihati ini. Antara yang sempat MrJocko jumpa, tentulah orang kuat Denaihati, Abang Ensem, Shakiddo dan Anarm.

Rakan-rakan lain turut hadir bersama keluarga termasuk Ladfe Amir, Sohoque, Hazman Fadzil, Hafiz Rahim, Melastik Bintang, Bro Framestone, Ruby dan Husband, Yana Hashim, Cik Lily, YanMie, Sumi Jelly, Nami Namia dan ramai lagi. Yang lain ada, MrJocko tak perasan, maklum la, ramai sangat.

 

 

Yang paling happy malam ni sudah pastila kanak-kanak. Tuan Denaihati sendiri berbesar hati pusing meja untuk menyerahkan duit raya untuk kanak-kanak yang hadir malam ni. Untung la siapa yang bawak anak-anak ke Iftar Ramadhan Denaihati.

Makanan memang banyak pilihan. Rasanya lebih dari 50 menu yang dihidangkan termasuk juga pencuci mulut dan buahan. Bagi MrJocko, paling mencuri tumpuan Kambing Golek dan juga Meehun Sup.

 

Terima kasih kepada penganjur dan penaja Tuan Denaihati yang menjemput kami. Semoga Denaihati Network akan terus maju dan akan terus 'Hidupkan Untuk Memberi'.

Untungla Siapa Dapat Tengok Malaysia vs Chelsea 2013

$
0
0

 

Nampaknya beruntung la peminat Chelsea seperti Hazman dan Abang Ensem pasal tahun ni Chelsea ada singgah di Malaysia sempena Chelsea FC Asia 2013. Semalam sudah berlangsung sessi Training di Stadium Shah Alam. Pagi ni pun ada juga, tempat yang sama. Untung la siapa peminat Chelsea yang dapat tengok pemain Chelsea seperti John Terry, Frank Lampard, Torres dan ramai lagi pemain lain beraksi di depan mata.

Rasanya bagi Chelsea FC Fans lagi teruja pasal dapat lihat sendiri Pengurus pasukan yang memang hebat dan nama besar seperti Jose Mourinho di Stadium Shah Alam.

So, bagi peminat Chelsea, mesti ramai akan ke Stadium Shah Alam petang ni untuk menyaksikan perlawanan persahabatan antara Pilihan Malaysia Muda vs Chelsea FC pada hari ini, 21 Julai 2013. Bagi yang tidak sempat nak pegi, boleh layan game ini LIVE di Astro jam 8.30 malam.

Memandangkan Chelsea FC merupakan musuh ketat Manchester United, malam ni MrJocko bagi sokongan penuh kepada Harimau Muda.

Jom layan gambar-gambar pemain Chelsea FC melakukan latihan di Stadium Shah Alam. Gambar kredit untuk Cipotz dari Selebriti Online.

Macamana Nak Ajar Anak Berpuasa?

$
0
0

Sudah memasuki hari ke-12 kita berpuasa di Malaysia dan Alhamdulillah dalam tempoh 12 hari ni Khalisha sudah 6 hari berpuasa penuh. Si adik, Hasya baru 4 hari, tu pun masa cuti hujung minggu jer. Bila dia sekolah, kat rumah bibik, katanya tak tahan bila tengok rakan-rakan lain makan.

Kalau cara MrJocko, masa kat rumah hujung minggu, antara cara nak pastikan anak-anak berpuasa dengan ajak dia sahur. Lepas cerita pasal orang yang susah dan tak ada makanan. Nampaknya my kids faham.

Bila siang, MrJocko bagi jer dia layan kartun atau movie kegemaran mereka. Tak pun, bagi jer dia main mainan kegemaran mereka supaya mereka leka. Petang lepas Zuhur, bagi diorang tido kejap. Pastu masa sebelum Asar kejut, siap semua mandi, boleh keluar untuk berbuka.

 




 

Masa nak berbuka, biasanya tanya dulu my kids nak makan apa. kalau semua dah setuju, kami pegi ke tempat yang diorang teringin nak makan. Tak pun MrJocko beli makanan kegemaran mereka di Pasar Ramadhan dan berbuka kat rumah.

Itu jer yang mampu MrJocko buat setakat ni. Mungkin berbeza dengan cara anda semua ajar anak-anak berpuasa.

MrJocko Raya Moments of Closeness with Samsung

$
0
0
Raya Moments of Closeness with Samsung. 

Alhamdulillah, kehadiran hari raya Aidilfitri tahun ni 2013 akan menjadi lebih meriah kerana giliran kampung MrJocko. Biasalah kalau dah berkeluarga, setiap tahun mesti ikut giliran untuk balik kampung beraya. Bukan MrJocko tak suka balik ke Johor Bahru, tetapi Wife MrJocko memang tak ada kampung, jadi faham-faham jer la.







Kehadiran 1 Syawal, Hari Raya sememangnya menjadi hari yang dinantikan kerana dengan kesempatan ini, ramai perantau seperti MrJocko akan ambil peluang pulang ke kampung. Maklum la, kampung MrJocko nun jauh di Kelantan, hampir 8 jam perjalanan untuk pulang. Memang rindu nak balik kampung, tapi apakan daya, bila sudah berkeluarga, sudah ada isteri dan anak-anak, banyak faktor yang perlu difikirkan. Hari Raya lah menjadi peluang terbaik untuk bersama-sama Mak Ayah dan adik-adik di kampung.





Kalau anak-anak MrJocko, Khalisha dan Hasya, mereka amat suka kalau balik kampung. Aktiviti yang mesti mereka buat, nak membonceng motosikal dengan 'emak' (nenek). Kalau boleh dari pagi sampai petang diaorang nak pusing kampung naik motosikal. Nasib baik emak masih kuat dan boleh layan cucu-cucunya ini. Sebab tu, kalau lama tak balik kampung, MrJocko gunakan Samsung Note untuk membuat panggilan Video untuk anak-anak bercakap dengan neneknya. Hilang la sikit rindu mereka. Kalau ada rezeki, ingat nak ambil satu lagi Samsung Galaxy S4 kerana model ni model terbaru, mesti lagi puas hati.

Keluarga sebelah arwah Pak Long di kampung memang besar. Jadi kalau masa hari raya, rumah MrJocko dan rumah arwah Pak Long memang penuh dengan saudara mara. Bayangkan kanak-kanak sahaja ada lebih dari 30 orang, betapa riuh rendahnya. Jadi, nak bagi diorang ni senyap, Mak Long selalunya bagi diorang layan DVD Kartun menggunakan DVD Player dan 42 inci LCD TV. Masing-masing khusyuk layan cerita kartun sambil ramai-ramai baring depan TV. Kalau mereka dapat tengok cerita DVD tu menggunakan DVD Player Samsung dan SmartTV dari Samsung, sudah pasti raya tahun ini akan lebih meriah buat mereka.





Musim raya seperti ini, kalau di kampung, kami sekeluarga tak risau. Sebut saja nak makan apa? Ayam, Kambing atau Lembu, semuanya bisa diurus. Kalau setakat nak masak Ayam buat rendang, biasanya sepupu sepapat dan anak-anak sepupu MrJocko akan rela hati mengejar dan menangkap ayam-ayam Mak Long untuk dijadikan lauk.

Bila dah masak, lauk-lauk yang sudah disediakan boleh disimpan segar dalam Peti Ais Samsung atau di panaskan balik menggunakan Microwave Oven Samsung. Nanti boleh lah kami makan beramai-ramai lepas Solat Sunat Aidilfitri.

Kalau dulu Mak MrJocko pening jugak kerana bila time raya, saudara mara balik kampung, susah nak jemur baju. Ampaian memang selalu penuh. Lambat kering. Tapi kini mudah saja. Guna saja Mesin Basuh Samsung yang mempunyai teknologi baru. Jimat tenaga letrik pulak tu.




So, bila hari raya, mesti ramai yang memakai baju-baju cantik dan baru. Masing-masing bergaya dengan pakaian raya. Rugi la kalau tak rakam detik-detik indah ni bersama keluarga tersayang. Macam anak sulung MrJocko ni, Khalisha memang suka ambik gambar. Ingat nak belikan dia satu kamera Samsung Galaxy. Kamera ni mudah jer nak pakai, point and snap sahaja. Lagipun, boleh terus share gamabr-gambar menarik di Facebook atau Twitter untuk tontonan rakan-rakan lain. Ia mesti lebih mengeratkan hubungan yang sudah sedia terjalin.




Eratkan lagi jalinan kemesraan persaudaraan sesama kita di hari Raya ini kerana ia sesuatu yang akan membahagiakan pihak. Detik-detik kemesraan dan kegembiraan kita akan kekal dalam ingatan walaupun seseorang itu sudah pergi meninggalkan kita semua.

Macam MrJocko, arwah Ayah sudah meninggalkan kami lebih dari dua tahun lepas. Yang ada bersama kami, kengana bersama arwah dan saat-saat manis semasa arwah Ayah masih hidup. Belum sempat kami semua menabur bakti kepada ayah, beliau sudah dijemput Ilahi. Sekarang, tujuan kami adalah untuk menabur bakti untuk Emak yang masih lagi bersama-sama kami. 




Al-Fatihah buat arwah Ayah, Shakri Bin Jusoh. Yang ada kini untuk Hari Raya adalah kenangan kami adik beradik bersama arwah Ayah menyambut Ramadhan dan Syawal ketika kami masih kecil. Kini, tanggungjawab ayah sudah berpindah ke bahu MrJocko sebagai anak yang sulung. Kini baru MrJocko sedar betapa beratnya pengorbanan sebagai seorang ketua keluarga. 

Semoga selepas ini, masih ada ruang untuk kami adik beradik berbakti untuk Emak yang masih hidup. Harapan untuk Raya tahun ini, ia akan memberikan kami kegembiraan bersama-sama menyambut hari lebaran bersama-sama orang yang tersayang.

Bagaimana Raya Moments anda bersama Samsung? Anda boleh kongsikannya di SINI
Samsung Potraits of Raya ---> https://my.campaign.samsung.com/portraitsofraya/ . Ambil gambar hari raya anda dan kongsikan di Samsung Potraits of Raya. Anda mungkin berpeluang memenangi "Layanan Wayang untuk Sekeluarga"




Bukan itu sahaja, hayati bingkisan dari Samsung sempena Hari Raya 2013 di YouTube Samsung Raya TVC ---> http://www.youtube.com/watch?v=jEjz__eJAqA



p/s : KLIK LIKE untuk entry ini yer,,, TQ


Promotion Dari Agensi Supervisor ke Career Manager

$
0
0
Setelah memasuki tahun ke-4 MrJocko bersama Public Mutual Berhad, dan setelah 2 tahun dan 8 bulan memegang jawatan sebagai Agency Supervisor, bulan Julai 2013 akhirnya MrJocko layak untuk naik pangkat sekali lagi. Kali ini promotion akan membawa MrJocko ke gelaran Career Manager.

Alhamdulillah, rasa puas hati sangat-sangat kerana hasil usaha setakat ini MrJocko berjaya mengumpul portfolio klien berjumlah sekitar RM6 juta dan akan terus menambahkan lagi portfolio tersebut sehingga cita-cita menuju title Group Agency Manager satu langkah lagi. Lepas ni, MrJocko kena target RM18 juta untuk Group Sales.

Terima kasih buat Group Agency Manager (GAM) Faisal yang banyak memberikan tunjuk ajar, rakan seperjuangan dan juga rakan kongsi seperti Helmi, Mimie, Mel, Faizal Hasbi, Wan Gaal, Hasliza dan anak-anak buah yang lain. Semoga kita semua akan terus maju ke hadapan dan menjadi seorang yang betul-betul berjaya, Aminnn.



Gambar Proton Preve Hatchback, Saya Tak Minat

$
0
0
Dalam banyak-banyak post kat Facebook hari ni, MrJocko terlihat satu post yang memuatkan gambar-gambar model terbaru Proton 2013 iaitu dipercayai sebuah kereta Proton Preve Hatchback. Gambar yang diambil dari rakaman kamera phone ni tak la jelas sangat tetapi memang nampak depan model Proton Preve dan belakang di'design'kan dengan konsep hatchback. So, boleh la kita panggil namanya Preve Hatchback.





MrJocko tetapi kagum dan boleh memberi 'thumbs up' kepada engineer dan warga kerja Proton yang bertungkus lumus mencari idea untuk memajukan industri Kereta Nasional. MrJocko juga support kereta Malaysia kerana MrJocko sendiri pun pakai kereta Proton Gen2 dan sememangnya berpuas hati dengan performance Gen2 sebagai kereta Nasional. Tetapi untuk model terbaru Proton 2013 ni, kalau ini la rupanya, rasanya MrJocko tak minat sangat la model Proton Preve Hatchback ni.

Harap kalau model kereta Proton 2013 Proton Preve Hatchback ini nak dijualkan di Malaysia, harap harga murah sikit. mayber harga dibawah RM50,000.

Resort World Genting Meraikan 48th Anniversary Dengan Promosi RM48

$
0
0
Resorts World Genting kini sedang meraikan 48th Anniversary mereka dengan mempromosikan RM48 sebagai trademark tawaran mereka kepada semua pelanggan Resorts World Genting. Tak kira samada anda pelanggan baru atau pelanggan lama, semua layak untuk menerima tawaran yang ditawarkan sementara stok masih ada.




Dengan menggunakan tema 'Must Go Genting', pelanggan dijemput untuk sama meraikan tahun ke-48 Resorts World Genting dengan pelbagai promosi menarik dengan harga cuma RM48 sahaja. Antara tawaran menarik dari promosi Resorts World Genting termasuk :

Promosi Bilik
Dengan hanya RM48 anda boleh bermalam di First World Hotel Standard Room termasuk satu complimentary Kuih Bulan. Tawaran penempahan dibuka dari 8 Julai 2013 sehingga 5 Ogos 2013 dan tempoh penginapan dari 11 Ogos 2013 sehingga 9 September 2013. Tempahan boleh dibuat di Genting's 48th Anniversary Special

Tiket Masuk Ke Taman Tema
Promosi bermula dari 8 Ogos 2013 sehingga 8 September 2013, All Park 1 Day ticket akan dijual hanya RM48 untuk dewasa (harga biasa RM70) dan kanak-kanak cuma RM28 (biasa RM49). Harga RM48 juga ditawarkan untuk pass masuk ke Sky Venture untuk 2 orang dewasa dan ke SnowWorld juga untuk 2 orang dewasa.

F&B Promotion
Tawaran hanya RM48 untuk Buffet Lunch dan Buffet Dinner di First World Cafe dan juga RM48 juga untuk Buffet Lunch di Coffee Terrace.

Magic Show
Resorts World Genting akan menjemput ramai personaliti Ahli Silap Mata terkenal di serata dunia dan dibawakan khas ke Genting untuk menghiburkan pelanggan mereka. Sempena promosi ini, Resorts World Genting menawarkan hanya RM48 untuk setiap tiket masuk ke Mainee Show pada hari Ahad yang tertentu.







Jadi, apa tunggu lagi. Ambil peluang untuk bersama-sama meraikan Resorts World Genting 48th Anniversary bermula Julai sehingga 9 September 2013 dan dapatkan tawaran menarik ketika anda berada di puncak Genting, Kota Keriangan.

Maklumat lanjut, sila layarai laman Web Resorts World Genting atau Facebook Resorts World Genting.

Kenangan Menjelang RAYA - Tangkap Ayam Itik

$
0
0
Dah masuk minggu kedua puasa, seakan semakin dekat dengan hari Raya. Maklum la, jarang balik kampung, time raya la paling seronok kalau dapat balik kampung. Kenangan hari raya menangkap ayam dan itik untuk dibuat lauk hari raya memang akan sentiasa jadi kenangan.

Kalau zaman kanak-kanak, MrJocko dan adik lelaki la yang selalu kejar ayam itik sana sini menjelang malam raya. Hari tu memang semua ayam itik sembunyi ketat-ketat dalam reban, semak dan dalam perigi buta pasal takut dijadikan lauk. Tapi, sekejap jer, kami dah tau kat mana nak cari ayam itik ni.




Dah dapat ayam itik yang dimaksudkan, terus kami bawa ke semak berhampiran. Tugas menyembelih diberikan kepada arwah Ayah kawe. Pak Shakri memang handal bab sembelih ayam itik ni. Pisau Parang yang dia guna, memang dia sayang sangat-sangat. Tajam dan berkilat. Sampai sekarang pisau parang tu ada lagi dalam stor kat kampung. 




Dan kalau korang biasa lihat ayam atau itik kena sembelih, paling menakjubkan, bila lihat itik. Walaupun sudah disembelih, itik tu masih boleh pusing satu kampung. Kalau nasib tak baik, itik tu hilang dalam semak. So, lepas kena sembelih, kena pastikan itik tu tak hilang. kalau hilang, alamatnya tak makan lauk la raya esok.




MrJocko rindu kenangan menangkap ayam itik untuk lauk hari Raya. :)

Buffet Ramadhan Di Tropicana Golf & Country Resort

$
0
0
Andai anda masih mencari lokasi untuk berbuka puasa yang bertaraf 5 Bintang, selesa, banyak pilihan makanan terutamanya makanan bekonsepkan Tradisional Kampung apa kata anda singgah ke Tropicana Golf & Country Resort di Damansara. Di Tropicana Golf & Country Resort, mereka menyajikan promosi hidangan Buffet Ramadhan bertemakan 'Rasa Kampung' sempena Ramadhan 1434 Hijriah.




Di Buffet Ramadhan Rasa Kampung Tropicana Golf & Country Resort ini, mereka menyediakan lebih dari 200 menu hidangan sempena Buffet Ramadhan 2013. Menu Ramadhan Rasa Kampung di Tropicana ini termasuk menu masakan Melayu, Cina, India, Western, Jepun dan beberapa menu pilihan dari negara-negara lain.

Kalau anda ke sini jangan risau kerana mereka jamin, makanan akan disediakan sehingga anda puas hati. Kemudahan surau bagi Muslim dan juga ruang makan yang luas dan selesa. Anda tidak perlu bersusah payah bersesak kerana mereka menyediakan cukup ruang untuk semua tetamu yang datang.
  






Sememangnya ada banyak pilihan di sini termasuk menu masakan seperti ketupat dan lemang yang dihidangkan bersama rendang ayam dan daging. Tidak lupa juga pilihan kuih muih yang pelbagai, buahan yang beruluh jenis dan air minuman yang bermacam jenis. Anda mesti puas hati.







Dua menu ini menjadi pilihan MrJocko iaitu Nasi Kerabu dan juga Sup Gearbox. Memang terasa keaslian kampung walaupun kita menikmatinya di tengah bandar seperti di Tropicana Golf & Country Resort. 

Semua pilihan menu yang sedap, menarik dan pelbagai ini hanya bernilai RM80++ untuk setiap dewasa. Harga Buffet Ramadhan di Tropicana Golf & Country Resort ini memang berbaloi dengan menu dan servis yang disediakan. Cuba la yer...

Wordless Wednesday : Bila Anak Jadi Hair Dresser

$
0
0

Bila anak dah khusyuk layan game Hair Salon, Ini lah hasilnya. Satu hari duk main benda ni pun tak bosan.

 

Isu Murid Makan Dalam Tandas, Salah Faham Sahaja

$
0
0
Untuk pilihan Isu Panas minggu ini, MrJocko lihat kes Murid yang dikatakan makan dalam Tandas Sekolah menjadi topik hangat di laman blog, berita dan juga borak-borak kosong. Nampaknya isu murid makan dalam tandas ini semunya satu salah faham sahaja kerana yang dimaksudkan sebenarnya ia satu bilik persalinan dan bukan bilik air (tandas). Nak tahu cerita lanjut boleh jenguk Blog Mazidul Akmal





Mungkin citer asal timbul bila melihat bilik tersebut seperti bilik air, sedangkan ia cuma bilik persalinan pelajar. MrJocko pun tak setuju sangat-sangat kalau betul itu TOILET. Kesian kat murid-murid tersebut. So, kira isu ni setel la ye. Semua nya salah faham. Memandangkan Cikgu kat sekolah tu pun tiada pilihan lain melainkan menempatkan tempat makan murid sementara di dalam bilik persalinan. Tak da la kotor sangat. 

Pasal kita nampak kanak-kanak tu makan kuih dan makan biasa mungkin nampak macam kesian kat mereka. Apa kata kalau kita ramai-ramai letak Kambing Golek kat dalam ni, agak-agak berapa ramai orang yang tolak untuk makan kambing Golek tersebut???



Memilih Header Baru Untuk MrJocko.com

$
0
0
Memandangkan header yang sekarang berada di Blog MrJocko sudah memasuki tahun kedua, jadi elok sangat lah kalau dapat ditukarkan kepada 'penjenamaan' baru untuk header MrJocko. Maklum la, blogger gila glamer, kena sentiasa up-to-date... ekekek.

So setakat hari ni, ada la kawan MrJocko tolong buatkan header ni, baru siap dua. Ingat nak cari lagi sample 4-5 design senang nak pilih. Maklum la, blog yang kurang femes ni, kena la buat ala-ala Gila Glamour supaya boleh tarik pembaca.





So, agak-agak dalam banyak-banyak hero ni, hero mana yang paling hensem? Jangan kata MrJocko sudah??? Pastu, design mana paling kena dengan ke'macho'an dan ke'glamer'an MrJocko ini?


Sate Murah Cuma 40 Sen Secucuk

$
0
0

 

Kalau tinggal di Kuala Lumpur, rata-rata kos sara hidup di sini memang tinggi dan mahal. Kalau pusing satu KL, boleh lagi ke anda dapat Sate Ayam atau Daging yang dijual cuma RM40 sen secucuk di Pasar Ramadhan. Ya, memang benar, murah.

Banyak dah tempat Sate yang MrJocko pernah pergi, harga jualan sekitar 60 sen hingga ke RM1.50 setiap cucuk. Paling mahal makan sate di Satay Station Solaris, rasa cam order western menu pulak. Makan 20 cucuk pun kena bayar dalam RM30.80

Jadi kepada peminat sate, kena buah sate sendiri la kalau anda rasa harga sate yang dijual mahal. Kalau rasa malas nak buat, tapi teringin nak makan jugak, terpaksa la beli ;)

Tak Perlu Visa Ke Jepun, Passport Saya Biometrik

$
0
0
Teringat masa mula-mula nak ke Jepun, nak kena ke Jepun Embassy buat Visa untuk tujuan memasuki negara tersebut. Tahun 2012, masa tu masih kena buat VISA. Nasib baik urusan Visa dibuat oleh admin syarikat saya, kalau tidak mesti leceh. Lagipun kalau Individu, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM10,000 dalam akaun simpanan atau aset yang boleh menyakinkan pihak Imigresen Jepun bahawa anda ke Jepun bukan untuk menjadi Pendatang Haram.




Bila tadi MrJocko tengah kemas drawer meja 'office' kat rumah, baru perasan Passport MrJocko sudah mempunyai Biometrik. Jadi, lepas ni tak payah nak apply Visa kalau nak melawat negara Jepun untuk tempoh maksima 3 bulan.  Yeayyy!!! 

Jepun memang negara yang best untuk dilawati. Kalau boleh, cari masa sekitar Mac hingga April. Kata orang sana, musim SAKURA memang menarik di Jepun. Anda akan lihat keindahan ciptaan tuhan yang penuh berwarna-warni dan tiada dapat dilihat dinegara lain. Ini kerana, musim bunga Sakura atau dipanggil Blossom di South Korea berbeza dan punyai pemandangan yang juga berbeza.




Selain Sakura, mestilah kena lawat Shinjuku Street dan juga Mount Fuji. Ini antara lokasi wajib kalau ke Jepun. Tak sabar nak tunggu offer tambang murah dari AirAsia untuk ke Tokyo atau Osaka.

Wind Chimes In A Bakery : Drama Ala Korea Di YouTube

$
0
0
Hari ni MrJocko diperkenalkan dengan satu drama pendek bertajuk Wind Chime in a Bakery yang diilhamkan oleh Jang Jae Hyeok, seorang pengarah drama terkenal dari Korea. Drama pendek Wind Chimes in a Bakery ini mempunyai 8 episod dan akan disiarkan di Samsung YouTube setiap Sabtu bermula 20 Julai  2013 yang lepas.




Filem lakonan pelakon Malaysia ini dibintangi oleh Ahmad Nabil sebagai Adam dan Koe Yeet sebagai Sue. Kisah percintaan Adam yang mempunyai cita-cita besar untuk mempunyai kedai bakeri sendiri menyinar apabila bertemu dengan Sue. Tetapi, kegembiraan percintaan mereka tak lama setelah malang menimpa. 




Nak tahu lebih lanjut pasal drama Wind Chimes in a Bakery ni boleh la tunggu di Samsung YouTube setiap Sabtu yer. Anda pasti tersentuh dengan jalan cerita ini,,, sob,,, sob,,,

Nantikan juga kemunculan Awal Ashaari dan Liyana Jasmay sebagai pelakon undangan khas di dalam drama ini. Episod 1 dan Episod 2 sudah di siarkan. Sila ke Samsung YouTube Samsung untuk menyelami kisah percintaan Adam dan Sue dalam Wind Chimes in a Bakery.


Golden Palm Tree Resort Spa Sepang

$
0
0
Seandainya anda mencari lokasi percutian yang bertaraf 5 bintang, punyai 'class' yang unik dan tersendiri, jauh dari kesibukan kota, anda boleh ke Golden Palm Tree Resort Spa di Sepang, Selangor.

Sebuah resort yang terapung dan mempunyai beberapa persamaan dengan Golden Resort di Dubai, Golden Palm Tree Resort Spa memang menawarkan pengalaman percutian yang terbaik untuk anda sekeluarga. Samada anda mahu bercuti bersama keluarga, rakan-rakan atau honeymoon, sememangnya Golden Palm Tree pilihan wajib untuk anda cuba.







Setiap bilik di Golden Palm Tree ini mempunyai permandangan laut dan konsep ruang legar yang terbuka sesuai untuk anda bersantai menghirup udara laut. Permandangan sekitar yang menarik menjadikan anda tidak puas bila berada di Golden Palm Tree.
Pilihan makanan samada untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam yang pelbagai dan disajikan dengan konsep buffet menyediakan lebih dari 100 menu harian terbaik untuk tetamu. Pilih saja apa yang anda mahu makan, sudah pasti ia sesuatu yang enak untuk selera anda.

Tetamu hotel boleh memilih untuk menjalankan aktiviti luar seperti mandi-manda di kolam renang Golden Palm Tree Resort Spa, aktiviti riadah berbasikal, sukan air serta pelbagai aktiviti sekitar resort.




MrJocko sendiri sangat sangat berpuas hati dengan pakej penginapan 2 hari 1 malam di Golden Palm Tree Resort Spa ini. Layanan crew resort, bilik, makanan serta aktiviti yang pelbagai membuatkan keinginan untuk datang lagi ke Golden Palm Tree, semestinya. Cuba dulu, anda pasti teruja dengan pengalaman di Golden Palm Tree Resort Spa.



Tak Malu Menumpang Populariti Blogger Terkenal

$
0
0
Nak jadi Blogger, kena la jasi tak malu kalau nak tumpang populariti Blogger-blogger terkenal. Ini kerana, nasib blogger picisan memang selalu macam ni. Pergi event pun, nama duk dalam senarai yang paling bawah sekali. Pastu bila masuk ke sususan, kena duduk di seat paling balakang sekali. Sedih,,, sob sob sob. Nasib blogger picisan.
Tetapi nasib baik, masa event ramai Blogger Popular join sekali, boleh la MrJocko menumpang populariti mereka. Dapat la masuk ke dalam Twitter, Facebook dan Instagram mereka. Terus terasa turut popular kejap,,, Yeay!!!
 
 

Terima kasih la buat blogger hebat seperti Bro Framestone, Melastik Bintang, Sohoque, Nizam Ijam dan Yana Yassin. Saya bangga dapat tumpang kekecohan, kebisingan dan kepopularitian korang semua. Satu panggung wayang dengar suara Sohoque dan satu pawagam dengar geng-geng blogger riuh rendah. Memang happening la,,, hahaha,,,

 

Viewing all 1468 articles
Browse latest View live