Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Peluang Sertai Churpout Berbuka Puasa Di Bijan Restaurant

$
0
0
Minggu ni minggu pertama Ramadhan. Mesti dah ada rakan-rakan yang sudah berbuka puasa di mana-mana Set Buffet berdekatan. Bagi yang nak cuba menu sedap di Bijan Restaurant, apa kata serta Contest di ChurpChurp. Ini peluang anda untuk sertai Churpout Berbuka Puasa di Bijan Restaurant pada Sabtu, 27 Julai 2013.




Apa yang perlu anda buat??? Mudah saja. Ikut arahan yang diberikan di Blog Churpies, kemudian di Facebook anda, kongsi apa yang anda nak makan di Bijan Restaurant sempena majlis Berbuka ini dan anda mungkin akan menjadi seorang dari 40 pemenangnya. Setiap pemenang akan dapat 2 tempat untuk majlis Churpout Berbuka Puasa di Bijan Restaurant. 

Apa lagi, segera ke Blog Churpies dan kongsi apa menu idaman anda yang anda teringin nak makan bila di Bijan Restaurant. 

Penjenamaan MrJocko.com Bermula Dengan Business Card

$
0
0
Semalam MrJocko tulis entry pasal entry Blogger Patut Ada Business Card sendiri untuk tujuan promosi. Ini kerana benda ni terjadi beberapa kali kepada MrJocko selepas menghadiri beberapa event. Ada Organizer beritahu, mereka terlupa mana satu MrJocko dan kadang-kadang gagal menghubungi contact yang diberikan kerana masalah pengurusan admin yang kadang-kadang saling bertukar.

Atas sebab beberapa kejadian yang pernah berlaku, hari ni, MrJocko dengan bangganya mengumumkan kepada umum, advertiser, organizer dan juga syarikat-syarikat yang berminat untuk bekerja sama dengan MrJocko bahawa MrJocko ini sudah mempunyai business card yang baru :).






Dengan masih mengekalkan jenama Glamorous MrJocko, business card Putih dan Merah ini menggambarkan kesucian MrJocko sebagai blogger yang telus dan warna Merah memberi erti seorang yang aktif dan passion dalam apa kerja yang MrJocko buat.

So, sekarang, boleh la guna Business Card MrJocko untuk tujuan promosi dan tawaran untuk event yang seterusnya. Harap lepas ini dapat lagi tawaran dari pihak Team Malaysia, DiGi, Samsung, LG, Pizza Hut, Resorts World Genting, Premiere Screening dan syarikat lain, Amin,,,

Piza Sari Lautan Pizza Hut -Citarasa Ramadhan

$
0
0
Citarasa Ramadhan di Pizza Huts pada tahun ini memperkenalkan menu Piza terbaru yang dikenali sebagai Piza Sari Lautan. Menu terbaru dari Pizza Huts ini diberi nama Sari Lautan Pizza kerana ia adalah satu menu yang digabungkan sos eksotik asam pedas dengan topping udang segar, tuna, crabstick dan juga keju. Tidak lupa signature Pizza Huts dengan di hidangkan bersama Pan Kerak.







Promosi menu Sari Lautan Pizza ini bermula pada 20 Jun 2013 dan akan berakhir dalam masa 2 bulan. Ia merupakan tawaran menu yang sedap dan terhad. Tawaran harga RM25 bagi saiz piza sederhana dan RM38 bagi saiz besar untuk a'la carte. MrJocko cadangkan anda order untuk saiz besar kerana Piza Sari Lautan ini memang sedap.





Kalau anda rasa anda seorang yang sukakan Pizza, Sari Lautan Pizza memang pilihan terbaik untuk berbuka puasa. Anda boleh memilih Combo 1 untuk juadah berbuka untuk 2 orang, hanya RM39.80 dan juga juadah berbuka Combo 2 untuk 4 orang dengan hanya RM59.80 (penjimatan sebanyak RM16.20). MrJocko yakin anda pasti akan berpuas hati dengan menu Combo Piza Sari Lautan ini.




Untuk hidangan tambahan, apa kata cuba Istimewa Platter cuma RM20.80 dengan menu utama Kepak dan Ayam Madu serta kentang goreng dan sos pilihan. Tidak lupa juga Tempura Prawn King Garlic Rice untuk mereka yang nak makan nasi.







Satu lagi menu yang sedap, iaitu Tempura Prawn King yang sememangnya segar, sedap dan sangat-rangup. Ini juga menu feveret MrJocko kerana MrJocko suka makan Udang :). Jadi, apa tunggu lagi, esok waktu berbuka, jom ramai-ramai ke Pizza Huts dan 'MESTI CUBA' menu Piza Sari Lautan di Pizza Huts.





Di samping itu, sempena dengan bukan Ramadhan, pihak Pizza Huts tidak lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Dengan setiap pembelian World Hunger Hot Delights atau Citarasa Ramadhan, pihak Pizza Huts akan menyumbangkan RM0.50 bagi setiap pembelian. Ia merupakan salah satu sumbangan sosial pihak Pizza Huts kepada komuniti.




Promosi Ramadhan Deluxe Chicken And Beef Rendang Wendy's

$
0
0
Untuk kali kedua, MrJocko, Bro Hazman Fadzil dan beberapa blogger lain di jemput oleh pihak Wendy's Malaysia KLCC untuk merasai keenakkan menu terbaru dari Wendy's Malaysia sempena dengan kedatangan bulan Ramadhan 1434 Hijriah. Ini kali kelima MrJocko singgah di Wendy's KLCC selepas majlis pembukaan Restoran Wendy's KLCC ni pada bulan Disember 2012.

Sempena dengan bulan Puasa dan juga bagi memenuhi citarasa Malaysia, Wendy's Malaysia memperkenalkan menu Ramadhan Deluxe pilihan ramai iaitu 'Beef Rendang' dan 'Chicken Rendang'. Samada anda suka makan daging atau ayam, pasti anda akan suka rasa menu terbaru dari Wendy's Malaysia ni.

MrJocko sendiri diberi peluang untuk mencuba menu Beef Rendang (Rendang Daging) dan juga Chicken Rendang (Rendang Ayam). Pertama kali mencuba menu Beef Rendang, terasa kelainan yang ada pada menu Beef Rendang Wendy's ni. Rasa daging sedap, daging juga lembut tidak seperti kebanyakkan daging yang selalunya agak liat. Chicken rendang pula, menjadi pilihan MrJocko kerana MrJocko pun suka makan rendang ayam. Daging ayam kat Wendy's ni punyai rasa yang masih segar, kerana kalau anda nak tau di Wendy's Malaysia, mereka memang menyediakan makanan yang segar-segar sahaja untuk pelanggan.






Kenapa pihak Wendy's Malaysia memilih Redang sebagai menu pilihan sempena promosi bulan Puasa tahun 2013 ini? Kalau anda nak tahu, Rendang ialah hidangan yang pernah dinobatkan sebagai "World's 50 Most Delicious Foods" oleh undian online oleh CNN International.

Lagipun masakan Rendang memang sudah terkenal dan sebati dengan kedatangan bulan Ramadhan dan Hari Raya. Daging dan ayam di restoran Wendy's Malaysia di ambil dari bahan-bahan yang segar dan berkualiti. Daging Australia dan Ayam Segar pilihan Wendy's untuk memberikan rasa asli kepada masakan Rendang Daging dan Rendang Ayam Wendy's. 

Bahan-bahan yang ada dalam masakan Rendang Daging dan Rendang Ayam ini termasuklah santan kelapa, serai dan juga cili segar terpilih. Hidangan rendang ini akan dihidangkan Nasi Kukus, hirisan Mentimun, Rendang Kentang dan juga Papadoms sebagai pelengkap.





.

Di samping menu utama, Beef Rendang dan Chicken Rendang, anda boleh order 'add-on' menu samada Onion Ring, air Teh O Ais Limau atau Frosty. Kalau dah sampai Restoran Wendy's, MrJocko strongly suggest anda cuba Onion Ring yaang sememangnya special. Bawang Kuning di hiris segar dan digoreng dengan salutan campuran istimewa. Rasa Onion Ring Wendy's sangat sedap dan MrJocko sanggup beri markah 10/10 jika ianya satu penilaian perandingan. Memang sedap dan rangup.



Onion Ring yang sangattt sedap...

Jadi camana? Anda puasa hari ini, jadi apa kata kita berbuka di Wendy's Malaysia petang ini dan mencuba menu Rendang Daging dan Rendang Ayam. Dengan harga cuma RM8.50* bagi setiap set dan cuma RM2.00* sahaja untuk setiap add-on Onion Rings, Ice Lemon Tea dan Frosty, ia merupakan tawaran terhebat untuk anda berbuka puasa sepanjang Ramadhan tahun ini :).

Bukan itu sahaja, kalau nak order lain pun boleh. Kalau nak tahu Burger Daging di Wendy's merupakan BURGER YANG PALING SEDAP pernah MrJocko rasa kerana rasa yang JUICY. Jom ke Wendy's, 'Kepuasan Rakyat Malaysia Yang Sebenar' (The True Malaysian Indulgence)

Nota : * tidak termasuk 6% Cukai Kerajaan

Apa Menu Berbuka Anda Hari Ni?

$
0
0

 

Sedar tak sedar sudah hari keempat kita dalam bulan Ramadhan dan hari minggu yang pertama sejak Ramadhan 1434 Hijriah. Mesti dah banyak menu berbuka yang anda sudah cuba.

 





 

Kalau hari Sabtu seperti hari ni, ramai dari kita ambil peluang berbuka di luar. Apa pilihan menu berbuka anda? Adakah menu masakan kampung, menu western atau anda cukup berbuka dengan menu makanan Fast Food?

Kalau MrJocko, berbuka kat mana tak kisah kerana masa berbuka, semua makanan nampak sedap kan?

Cuma kalau boleh jangan membazir. Beli ala kadar dan kalau boleh kongsi dengan wife, anak-anak atau adik beradik kita. Beli dua tiga menu yang anda rasa nak makan, tetapi kongsi dengan orang lain. Dengan cara ni, semua yang anda nak makan boleh anda cuba, tetapi dalam masa yang sama anda tidak membazir.

Selamat berbuka :) Glamorous MrJocko

Diskaun Sehingga 50% End Season Sale Di Charles & Keith

$
0
0

Semalam, kami sekeluarga berbuka di The Garden, Midvalley. Macam biasa kalau dah ada di area Midvalley, mesti pusing satu shopping mall untuk window shopping jer. Sekarang kan musim tengah jualan 'sales' raya.

Paling mencuri tumpuan semalam, butik Charles & Keith di Midvalley sedang mengadakan promosi jualan hujung musim dan banyak beg dan kasut jenama Charles & Keith ini dijual dengan tawaran diskaun sehingga 50%.

 


 

Banyak bag tangan dan kasut untuk wanita memang cantik-cantik, berkualiti dan murah. Jangan kata Wife, MrJocko sendiri pun tengok dua tiga beg yang dipamerkan dan diberikan diskaun 50% memang cantik dan menarik.

Kalau anda nak beli produk yang cantik seperti Charles & Keith ini, boleh segera ke butik Charles & Keith Midvalley. Tawaran jualan akan berakhir hari ini, Ahad 14 Julai 2013. Di lokasi outlet Charles & Keith lain MrJocko tak sure pulak.

Promosi Set Berbuka Di Bubba Gump Shrimp & Co

$
0
0

 

Bagi anda yang suka makan udang, MrJocko syorkan anda mencuba beberapa menu yang berasaskan udang di Bubba Gump Shrimp & Co. Ada promosi set berbuka di Bubba Gump Shrimp & Co ini sepanjang bulan Ramadhan.

 



 

Dengan hanya RM33.90 sahaja bagi setiap Set Berbuka, ada banyak pilihan main course pilihan untuk anda pilih di Bubba Gump. Dan yang menarik, setiap set akan dihidangkan dengan 2 side dish PERCUMA. Anda boleh memilih samada Soup atau Salad sebagai starter dan satu set pencuci mulut.

Kalau dah nama Bubba Gump, semestinya memang sedap rasa udang kat sini. Mungkin kerana mereka gunakan udang yang besar dan segar. MrJocko puas hati dengan set berbuka di Bubba Gump, anda mesti cuba ya...

Peluang Jadi Model Dan Designer Di Islamic Fashion Festival 2013

$
0
0
Sunsilk, salah satu jenama Shampu yang terkenal di Malaysia kini dalam usaha mencari 10 model dan 10 pereka pakaian yang berkonsepkan Islam untuk diketengahkan pada projek Festival Fesyen Islam (Islamic Fashion Festival) yang akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Pemenang dalam pencarian Sunsilk ini akan menyertai Islamic Fashion Festival yang sangat glamer itu dan menjadi sebahagian dari model dan pereka pakaian berasaskan pakaian Muslimah. Semestinya ini menjadi impian ramai Muslimah yang berminat dalam bidang peragaan dan fesyen Muslimah.






For aspiring MODELS, visit this Facebook Link and :

• Send two (2) sets of your photos with outfits in the theme of London, Paris and New York with any Sunsilk Lively Clean & Fresh product:
• One (1) full length photograph
• One (1) half body photograph
• Insert your personal details within the fields provided
• Click submit to send in your entries


For budding DESIGNERS, visit Facebook Link and :

• Send a photo of yourself with any Sunsilk Lively Clean & Fresh product
• Send up till three (3) hijab fashion designs in the format of JPEG, JPG and PNG
• Insert your personal details within the fields provided
• Click submit to send in your entries

Maklumat lanjut tentang pencarian Sunsilk ini anda boleh layari informasi di  Nuffnang Sunsilk dan Facebook Sunsilk. Good luck dengan penyertaan anda dan semoga anda berjaya... :)


Blogger Kantoi Buat Pembedahan Plastik

$
0
0
Ada berita panas dari Kuala Lumpur bahaya ada sumber-sumber yang boleh dipercayai telah berjaya merakam gambar eksklusif seorang blogger yang tak berapa famous, kantoi di depan kedai Plastic Surgery. Apa yang blogger itu buat kat sana??? Adakah kerana beliau nak buat pembedahan plastik seperti Micheal Jackson atau dia nak suntik botox???

Kalau teknologi di Korea, ramai masyarakat di sana membuat pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah, memontokkan diri serta membesarkan apa yang kecil. Di sana dikhabarkan kalau anda nak buat minor plastic surgery seperti meluaskan kelopak mata dan tinggikan hidung, anda cuma memerlukan masa cuma 1 jam sahaja dan ia boleh dilakukan pada waktu rehat, waktu pejabat. Mudah kan?




Namun kita sebagai seorang Muslim, percaya kepada ketentuan Allah dan sememangnya urusan plastic surgery ini diharamkan oleh Islam melainkan dalam keadaan tertentu dan dibenarkan oleh Hukum Syara'. Kalau nak tau atas dasar apa boleh kita buat plastic surgery, boleh tanya Ustaz Sohoque.

So, berbalik kepada soalan asal... apa yang MrJocko buat di Klinik Plastic Surgery ni???

Apa Maksud Kaya Bagi Anda?

$
0
0
Seminggu yang lepas, ada kawan MrJocko tanya 'Kenapa hang kerja kuat sangat, hang nak jadi kaya ka? Dulu kan elok kerja tetap, sekarang hang kerja sendiri. Bukan lagi penat ka? Tergamam MrJocko kejap. Apa yang MrJocko nak jawab???

Kalau ada orang tanya anda, 'Anda nak kaya tak?' Apa yang anda nak jawab???

Semestinya kalau tanya MrJocko, YES, MrJocko memang nak kaya. Tetapi kaya dalam cara MrJocko. Camana tu??? Bukankah kaya itu mesti ada duit yang banyak, rumah bungalow, harta bertimbun, travel sana sini dan shopping tak kira masa, serta makan makanan mahal sentiasa? 


Adakah kaya dengan sebab anda ada Ferrari???

atau kaya dengan punya kuda-kuda yang hebat sebagai binatang peliharaan. Setakat hamster tak main la...

ke kononnya kaya pasal anda pakai baju blazer, suit mahal-mahal. Entah-entah pakai baju blazer sewa???

Tidak pun, lalu tepi kereta orang, ambik gambar dan post kata ini kereta anda... choiiiiii

ke anda kata anda kaya bila dapat pegi bercuti ke luar negara, sedangkan korang pegi cuti tu pun pasal pinjam duit dengan Bank. Buat personal loan... adoiiii


Jadi, jawapan MrJocko cukup mudah. MrJocko tak nak dah kerja dibawah tekanan seperti dulu. MrJocko nak kaya dari segi buat keputusan sendiri dalam menjalankan perniagaan sendiri. Setakat ni, MrJocko belum lagi kaya dengan harta. Tetapi percaya la, sekarang, MrJocko jauh lebih kaya 'MASA' berbanding dulu, semasa kerja waktu pejabat.

Sekarang, rasa lebih kaya bila dah lama tak buat hutang. Pun begitu, masih dalam proses bayar hutang piutang lama. Maklum la dulu gaji kecik,,, banyak hutang.

Dan, lebih kaya masa bersama keluarga dan rakan-rakan kerana setiap hari, MrJocko sendiri yang tetapkan perancangan (InsyaAllah) untuk jadual harian, tidak perlu ikut telunjuk Boss.

Kalau diizinkanNya, MrJocko mahu kerja yang mudah dan dalam masa yang sama, MrJocko mahu nikmati hidup ini dengan semudahnya. Rasanya bukan cara hidup MrJocko tertekan dengan kerja pejabat. Ia mungkin bukan cara hidup MrJocko.

Dan, Alhamdulillah, selepas setahun, Allah memberikan MrJocko peluang kerja dengan rakan-rakan, berkhidmat untuk berkongsi idea dan menjual idea kepada rakan-rakan dan kenalan, di samping dapat sertai aktiviti blogger yang menjadi hobi MrJocko selama ini. Alhamdulillah, MrJocko rasa MrJocko sudah menuju ke arah 'KAYA' dalam bentuk yang MrJocko mahu...

Apa pula pengertian KAYA bagi anda???

Banyak Pilihan Di Pasar Ramadhan Jalan Telawi Bangsar

$
0
0
Semalam selepas selesaikan urusan kerja di Public Mutual Bangsar, MrJocko singgah di Pasar Ramadhan Jalan Telawi Bangsar. Memang kat sini antara Pasar Ramadhan yang banyak pilihan menu makanan di sini. Pelbagai pilihan memang nampak semuanya sedap.






Antara yang menarik minat untuk dijadikan menu berbuka dibulan puasa ialah Laksa yang nampak sangat original. Siap ada bunga kantan dan perencah lain. Nampak asli dari kampung, bau kuah pun memang menusuk kalbu.




Satu lagi yang menarik di Pasar Ramadhan Jalan Telawi ni, ada satu gerai jual pelbagai menu Bubur. Dari bubur kacang, bubur pisang, bubur lambuk dan macam-macam bubur. Bak kata orang, kalau korang peminat Bubur,,, gerai ni merupakan Syurga Bubur.




Dan seperti biasa di kebanyakkan gerai-gerai di Pasar Ramadhan yang lain sekitar KL, gerai jual air tebu pun memang menjadi tumpuan. Harga dah memang standard, satu RM5 sahaja.

Kat sini banyak juga makanan lain yang menarik seperti Satay, Ayam Percik, Masakan Lauk Pauk Sarawak, Asam Pedas, kuih muih dan banyak jenis lagi. Kalau dah ada di sekitar Bangsar, mesti singgah pasar Ramadhan di Jalan Telawi Bangsar, bersebelahan Bangsar Food Court.

Kalau Shakiddo Ada Volkswagen, Aku Ada Ford

$
0
0
Teruja tengok Bro Shakiddo dapat kereta Volkswagen, rezeki bulan puasa. Nampaknya dalam satu masa sampai 3 running advertising jalan kat Nuffnang. Sangat hebat. Pasni bole jadi ikon kereta Volkswagen pulak. Lepas jadi ikon, dapat pakai kereta Volkswagen pulak,,, Amin.






Tak boleh jadi ni. Tak puas hati asyik Bro Shakiddo jer dapat Buffered Earning kat Nuffnang. MrJocko pun nak jugak. Setakat ni dapat Ford jer, satu lak tu :(. Apa rahsia nak dapat Buffered Earning yang banyak dari Nuffnang??? Kaalau nak tau, boleh singgah baca kat Tips Dapat Buffered Earning.




Bila nak dapat Campaign dari company lain ni??? Sekali dapat 5 - 6 buffered earning kan bagus, boleh simpan duit buat beli baju raya :).

Perisa Terbaru Aiskrim Nestle Drumstick Ekstrem Choc

$
0
0
Aiskrim memang sejak dari dulu lagi diminati ramai, terutamanya kanak-kanakk. Lihat saja telatah anak-anak MrJocko bila dapat makan aiskrim. Tambah pula, aiskrim yang menjadi kegemaran mereka, aiskrim kon yang berperisa Coklat.






Nestle Drumstick, satu jenama yang sudah terkenal di Malaysia, kini dalam promosi memperkenalkan perisa baru Nestle Drumstick 'Ekstrem Choc'. Citarasa terbaru aiskrim Nestle Drumstick ini bertemakan 'sesuatu yang ekstrem' dan ia semestinya akan menepati segenap lapisan pelanggan samada kanak-kanak ataupun orang dewasa.




Penggembaraan promosi produk terbaru Nestle Drumstick Ekstrem Choc ini sebenarnya sudah bermula sejak bulan Mei 2013 dengan menjadikan beberapa lokasi terpilih sebagai tempat promosi. Seterusnya, ia akan diteruskan lagi dengan mengunjungi lebih dari 110 buah Kolej dan Universiti seluruh Malaysia dengan aktiviti menyeronokkan dan interaktif seperti "Bungee Trampoline".








Nestle Drumstick Ekstrem Choc ini dibaluti oleh wafel kon rangup dengan pusaran sos coklat berkrim di tengahnya serta taburan cip coklat putih dan gelap di bahagian atas untuk menambahkan rasa sedap. Jangan kata kanak-kanak, MrJocko sebagai orang dewasa pun tidak tahan bila melihat aiskrim Drumstick Ekstrem Choc ini.

Anda pasti teruja dengan promosi produk aiskrim terbaru dari Nestle Drumstick ini. Untuk maklumat lanjut, sila layara laman web Nestle dan Facebook Nestle Drumstick untuk mengetahui lokasi seterusnya promosi Nestle Drumstick Ekstrem Choc di masa hadapan. Anda boleh sertai aktiviti semasa promosi Nestle Drumstick Ekstrem Choc dan rasai kenikmatan terbaru aiskrim Nestle Drumstick Ekstrem Choc.

Rahsia Points Tertinggi Main Candy Crush 61,898,040

$
0
0
Sebelum ni MrJocko selalu juga layan main game Candy Crush di smartphone wife. Bukan apa, saja nak hilangkan boring. tetapi, rupanya, bila selalu main Candy Crush ni, makin lama-makin tension. Sampaikan ada masa susah nak lepas satu-satu level pasal 'nyawa' yang sikit dan move yang tak cukup.





Tapi sejak dua menjak ni, best pulak main Candy Crush ni. Makin layan, makin syiok. Pastu bila setel satu-satu level, dapat markat terTINGGI. Bukan setakat 200,000 ke 300,000 tetapi dah jadi BERJUTA-JUTA. Tengok la points tertinggi MrJocko main semalam, dapat lebih dari 61 Juta... Wowwww...

Apa rahsia nak main Candy Crush dan menang dengan dapat points juta-juta ni??? Apa tips, teknik dan cara nak main supaya boleh senang lepas setiap level dan senang UNLOCK setiap 'Rel Keretapi'? Siapa tahu dan boleh share kat sini??? :)

Menara Ini Hampir Sama Menyerupai Menara Rebung TM

$
0
0
Semasa MrJocko ke Ho Chi Minh beberapa tahun yang lepas, MrJocko terlihat sebuah bangunan yang paling tinggi di sekitar bandaraya Ho Chi Minh ini dan ia mengingatkan MrJocko pada sebuah bangunan yang terkenal di Kuala Lumpur.

Cuba anda perhatikan betul-betul, kalau sekali imbas, mesti anda juga akan berkata, ia menyerupai bangunan Menara Rebung TM di Bangsar bukan???








Kalau nak tahu, ini ialah bangunan Bitexco Financial Tower yang merupakan bangunan tertinggi di Ho Chi Minh, Vietnam. Bangunan ini kini menjadi salah satu mercutanda di Ho Chi Minh. Tak pasti pulak kalau bangunan ini dibukak untuk orang awam, tetapi yang pasti ia menjadi bangunan untuk pejabat-pejabat dan syarikat-syarikat terkenal di Ho Chi Minh.




Penuhi Azam Raya Bersama Watsons Malaysia

$
0
0
Watsons Malaysia sebagai sebuah syarikat jualan barangan kesihatan dan kecantikan yang mempunyai 273 kedai runcit seluruh Malaysia dan punyai lebih 50,000 pelanggan dalam sehari. Jadi sebagai sebuah syarikat yang kini berkembang pesat di Malaysia dan Asia, sempena Ramadhan 2013, Watsons Malaysia melancarkan Kempen 'Azam Raya Bersama Watsons' dengan slogan 'Look Good, Feel Great'.




Bertempat di Al-Amar, sebuah Restoran Lubnan yang terkenal di Pavillion minggu lepas, pihak Watsons Malaysia telah melancarkan kempen Azam Raya Bersama Watsons ini dengan menjemput sekali Duta Azam Raya Bersama Watsons iaitu penyanyi terkenal tanahair Faizal Tahir. MrJocko pernah bagitahu kan tentang jemputan ke Azam Raya Watsons ni.

Azam Raya Bersama Watsons ialah salah satu kempen perayaan yang mana menjemput semua pelanggan Watsons dan rakyat Malaysia untuk menyuarakan dan berkongsi Impian Hari Raya mereka di laman Facebook Watsons Malaysia. Rakyat Malaysia di jemput untuk kongsi Impian Hari Raya mereka di Facebook Watsons Malaysia dan mereka akan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu Persembahan Khas dan dendangan Lagu Khas Sempena Hari Raya dicipta sendiri oleh Faizal Tahir, penyanyi terkenal, penulis lirik dan selebriti TV yang akan ke rumah anda untuk meraya Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Bagaimana, hebatkan???

Bukan itu saja, setiap 'resolution posted' di Facebook Watsons Malaysia, pihak Watsons akan memberikan Voucher bernilai RM5 kepada yang mengambil bahagian. Lagipun minggu depan bermula 18 Julai 2013 hingga 2 September 2013 akan berlangsung Jualan Raya atau 'RAYA SALE' di semua outlet Watson seluruh Semenanjung Malaysia dan bermula 25 Julai hingga 9 September 2013 di Malaysia Timur.




Watsons sememangnya memahami bahawa bulan Ramadhan dan ketibaan Hari Raya banyak memberi sinar kegembiraan kepada setiap orang yang merayakan kedatangan Ramadhan dan Syawal. Lebih bererti dan lagi meriah jika anda berpeluang untuk menerima kedatangan Faizal Tahir di majlis Rumah Terbuka anda.

Untuk pemenang, rakaman video persembahan dan nyanyian Faizal Tahir itu akan dimuatkan dalam Facebook Watsons Malaysia dan juga YouTube Watsons Malaysia untuk tujuan promosi.

Faizal Tahir sendiri sebagai Duta Azam Raya Bersama Watsons nampaknya sangat berbesar hati dengan kempen ini yang mana kata Faizal, ketibaan Ramadhan dan Syawal sememangnya memberikan kegembiraan kepada semua. Beliau berbesar hati jika dapat meraikan peluang mencipta Lagu Raya dan bersama pemenang Azam Raya Bersama Watson di hari lebaran.

Segera ke laman Facebook Watson Malaysia untuk mendapatkan info-info lanjut tentang Azam Raya Bersama Watsons Malaysia yang akan bermula pada 18 Julai 2013 nanti. Layari web Watsons Malaysia untuk melihat promosi terkini yang ada di Watsons Malaysia.



Oh ya, terima kasih buat Watsons Malaysia dan Al-Amar Restoran Lubnan yang sudi menaja tempat makan tengahari kami pada majlis perlancaran Azam Raya Bersama Watsons Malaysia.

Saya Kini Ada Khalifah Consultancy Group

$
0
0

 

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Akhirnya selepas beberapa bulan mencari idea, mencari konsep dan sebagai tanda komitmen MrJocko kepada perniagaan yang telah MrJocko buat selama 4 tahun, akhirnya kami telah menubuhkan Khalifah Consultancy Group.

 

Buat masa ini kami cuma menyediakan asas untuk Khalifah Consultancy Group dan mula menjana Jenama ini dibeberapa network sperti :

 

1. Khalifah Consultancy Group di Facebook Page Khalifah Consultancy Group,

2. Blogspot Khalifah Consultancy Group

3. Wordpress Khalifah Consultancy Group

4. Website Khalifah Consultancy Group

 

Kami adalah sekumpulan profesional yang terlibat secara langsung dalam bidang kewangan terutamanya Pelaburan Unit Trust.

 

Walau bagaimanapun, kami faham bahawa selaras dengan Perancangan Kewangan Syariah yang menyeluruh, pelan perlindungan Takaful (Insurans) dan juga Penulisan Wasiat juga termasuk dalam kategori tersebut.

 

Oleh kerana itu, dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, Khalifah Perundingan akan memberikan pandangan kami, nasihat dan perundingan percuma kepada semua soalan-soalan yang anda mungkin bertanya pada Facebook Timeline atau Facebook direct message .

 

Terima kasih,

 

Buffet Ramadhan Di On The Table Restaurant Memang TERBAIK Dan UNIK

$
0
0
Pertama kali untuk bulan Ramadhan tahun ini MrJocko berbuka ala Buffet di Restoran On The Table, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Lokasi restoran ini sebenarnya bersebelahan jalan besar sahaja dan boleh di lihat dari jalan besar, dekat dengan Masjid Wilayah.

Promosi Buffet Ramadhan di Restoran On The Table ini cuma RM39.90 untuk Dewasa dan RM24.90 untuk kanak-kanak 6 tahun - 12 tahun. Promosi lain termasuk jika anda beli pakej untuk 10 orang, anda dibenarkan membawa seorang lagi dengan PERCUMA. Dengan kata lain, setiap bayaran untuk 10 pax, anda akan menerima satu Pax PERCUMA.





Secara jujur, MrJocko pertama kali singgah di restoran On The Table ini, walaupun ia cuma 1km sahaja dari rumah. Dekat jer pun. Dekorasi dan ruang makan memang nampak selesa dan ada stail tersendiri. Ruang makan untuk 2 orang, 4 orang dan untuk berkumpulan, semunya ada di dalam restoran On The Table ini, tak perlu risau.




Untuk Buffet Ramadhan kali ini, pihak On The Table menyajikan lebih 20 Menu Utama kepada pelanggan yang berbuka Buffet Ramadhan di sini. Antara menu yang menjadi tumpuan termasuklah rendang ayam, daging masak kicap yang sedap, sotong, udang, gulai lala, kerabu, ulaman, buah-buahan, kuih muih dan macam-macam lagi. Paling teruja dan unik Ikan Asam Pedas Pak Zul yang menjadi pilihan terbaik setakat ini kerana menu ikan asam pedas ini di masak secara LIVE di depan anda. Dah la ikan itu fresh, kemudian di masak untuk anda di sana, memang terbaik la Pak Zul.





Ini lah Ikan Asam Pedas Pak Zul yang TERBAEKKK,,,



Selain dari menu-menu utama, di On The Table juga ada dihidangkan dessert seperti Air Batu Campur dan juga Muffin Bersama Aiskrim yang sangat sedap. Memang pelengkap setelah kami kekenyangan dengan Ikan Asam Pedas dan lauk pauk lain yang sedap.

Untuk pilihan makanan yang mempunyai kualiti tetapi konsep yang masih tradisional, MrJocko memang mengesyorkan anda cuba Restoran On The Table. Rasa tradisional dan ke'kampung'an itu masih ada dalam menu masakan di On The Table. Cuba dulu kemudian anda nilai sendiri. Nampaknya owner restoran, Datin Sri Dr. Suriana Hanur Harith ini memang masih mengekalkan keaslian rasa dalam setiap menu masakan mereka di On The Table. Syabas buat Executive Chef iaitu Chef Elenna.





Bagi yang mempunyai smartphone Android, anda boleh cuba download Aplikasi On The Table di smartphone anda dan dapatkan maklumat lanjut. Atau boleh terus buat tempahan di alamat :

On The Table Restaurant A4-UG1-08 ,
Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone - 03 62079966

Facebook - https://www.facebook.com/onthetablerestaurant
Website - www.onthetable.com.my





Untuk review Buffet Ramadhan di On The Table boleh jenguk blog :

Kat Mana Nak Beli Baju Raya?

$
0
0
Puasa baru seminggu, tetapi Tawaran Jualan dengan diskaun sehingga 90% sudah banyak ditawarkan di shopping mall, butik-butik serta kedai-kedai pakaian seluruh Malaysia. Tambah-tambah di Kuala Lumpur, pusat jualan pakaian yang ada dengan pelbagai fesyen terkini dan cantik, sudah pasti banyak tawaran-tawaran jualan murah yang dibuat sempena dengan Ramadhan dan Syawal.




MrJocko sendiri belum ada idea nak beli baju raya kat mana tahun ini. Untuk wife dan anak-anak pun masih belum beli lagi. Biasanya kami tunggu tengah-tengah Ramadhan baru kami cari baju raya. Tetapi, faham-fahamlah, kalau dah dekat nak raya, biasanya banyak design yang cantik dan saiz akan cepat habis. Semua orang beli untuk hari raya.

Tambahan pula, kalau macam nak pegi shopping di mana-mana shopping mall ketika bulan puasa ni, selalunya orang memang ramai dan sesak. Kena pulak ada tawaran jualan murah, lagi la sesak. Walaupun sebenarnya meriah kalau beli-beli di bulan puasa ni pasal semangat raya tu berkobar-kobar.

Jadi rasanya untuk tahun ni, MrJocko nak cuba beli online. Lagipun kalau anda pernah dengar pasal Zalora, mesti anda tahu yang di Zalora juga ada banyak pilihan Baju Muslimah seperti Baju Kurung, Kebaya, Kaftan, Jubah, Hijab dan macam-macam lagi. Memang ada banyak pilihan kat sana.





Macam MrJocko sendiri, rasanya banyak pilihan yang up-to-date kat Zalora. Ingat nak tengok dulu baju kemeja kat Zalora. Nampak bergaya. Kemudian boleh dipadankan dengan seluar dan juga pilihan kasut. Memang banyak pilihan la kat sini, rambang mata nak pilih yang mana satu.

Nampaknya, ini lagi mudah kalau nak dibandingkan dari bersusah payah bersesak sewaktu jualan hari raya. Nampaknya tahun ni, MrJocko, wife dan anak-anak, boleh beraya dengan produk yang di beli dari Zalora :)

Pengalaman Sendiri Melihat Kejadian Cubaan Ragut

$
0
0
Ini merupakan pengalaman sebenar MrJocko pada hari Ahad minggu lepas di Jalan Lang Emas, dari arah Segambut menghala ke Manjalara. Masa tu sekitar jam 5 petang dan kami dalam perjalanan untuk berbuka puasa di The Curve. Pengalaman melihat sendiri, hampir-hampir Kejadian Kes Ragut oleh Mat Motor ke atas sebuah kereta Toyota Avanza.

Masa kami berhenti di traffic light di Jalan Lang Emas dan persimpangan Jalan Lang Perut Putih, MrJocko perasan ada sebuah motosikal ditunggangi oleh 2 lelaki di percayai berbangsa Melayu, bergerak agak perlahan. melalui sebelah kanan MrJocko. Di sebelah kiri, hadapan sedikit seperti dalam gambar di bawah, ada sebuah Toyota Avanza di pandu seorang wanita.


Gambar Hiasan : Sumber Google


MrJocko melihat, pemandu motosikal itu pada mulanya perlahan dan tiba-tiba brek mengejut betul-betul di pintu sebelah penumpang hadapan kereta Toyota Avanza tersebut dan pembonceng motosikal tersebut bangun dan cuba mengagak untuk memecahkan cermin. Namun mereka dikejutkan oleh Hon kereta di belakang kereta Toyota Avanza dan terus cabut lari.

Rupanya, mereka dalam cubaan untuk memecahkan cermin kereta tersebut dan meragut apa yang sempat. Dan MrJocko perasan, dalam cubaan meragut tersebut ada perkara yang boleh kita berhati-hati seperti : 

1. Mereka bergerak dalam kumpulan 2 motosikal (3-4 orang) atau 3 motosikal (5-6 orang). 
2. Satu motosikal sahaja yang akan memecahkan cermin dan meragut, satu atau dua motosikal lain adalah sebagai back-up atau bertugas untuk alih perhatian orang ramai.

3. Plet motor berkenaan seperti dikopak naik ke atas dan sukar untuk kita melihat no plet tersebut.

Kejadian berlaku dengan pantas, MrJocko sendiri pun tak sempat berbuat apa-apa.

5. Boleh katakan semua, mereka ini selalunya memakai baju sweater, jaket dan bukannya memakai T-shirt seperti MatRempit biasa.

Itu sahaja yang dapat MrJocko kongsi tentang pengalaman sendiri melihat kejadian yang hampir menyebabkan sebuah kereta dipecahkan di persimpangan lampu isyarat.

p/s : jenayah semakin menjadi-jadi. Setakat ni dengar kata dan 3 orang Cikgu ditembak mati. Terbaru semalam, kes seorang Cikgu India di tembak mati, 9 das dalam keretanya Toyota Wish. Apa nak jadi dengan Malaysia sekarang ni???

Viewing all 1468 articles
Browse latest View live