Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Promosi DiGi UNLIMITED Internet Surfing & Social Messaging

$
0
0

Hi Buddyz, have you ever think that with only RM18 per month, you can enjoy UNLIMITED use of Facebook, Twitter, Instagram, Keek or web browser on your smartphone? 

Enjoy unlimited Internet access and stay socially connected with our brand new Prepaid Mobile Internet plans! Now you can stay connected anytime, all the time. Share, surf and chat away without limits.


For more details and further info, please visit DiGi Website


DiGi Prepaid Mobile Internet




Daily RM1 (100MB) 1am - 7pm
RM1 /day 
100MB daily usage quota
(1am - 7am only)
+ Unlimited Social Messaging**
Daily RM3 (150MB)
RM3 /day  Limited Time Promo!*
150MB daily usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
Weekly Social Messaging RM5
RM5 /week  Limited Time Promo!*
Unlimited Social Messaging**
Weekly RM7 (100MB)
RM7 /week  Limited Time Promo!*
100MB weekly usage quota
+ Unlimited Social Messaging & 
Internet Surfing**
Weekly RM15 (450MB)
RM15 /week 
450MB weekly usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
Monthly RM18 (250MB)
RM18 /month  Limited Time Promo!*
250MB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging & 
Internet Surfing**
Monthly RM30 (750MB)
RM30 /month  Limited Time Promo!*
650MB 750MB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging & 
Internet Surfing**
2 Months RM60 (1.5GB)
RM60 / 2 months 
750MB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
Monthly RM48 (2GB)
RM48 /month  Limited Time Promo!*
1GB 2GB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
Monthly RM68 (5GB)
RM68 /month  Limited Time Promo!*
3GB 5GB monthly usage quota
+ Unlimited Social Messaging**
WhatsApp - 5 Days RM5 (100MB)^
RM5 / 5 days  Limited Time Promo!*
100MB usage quota for 5 days
+ Unlimited WhatsApp Messenger
Mobile Internet Max 8 (Default Plan)
Max. RM8 /day (30sen / 30KB)
Max. 30MB daily usage quota;
Pay-As-You-Use

Taman Tema Twentieth Centrury Fox Di Genting Malaysia 2016

$
0
0
Rakyat Malaysia mungkin akan gembira mendengar bahawa Malaysia akan mempunyai Taman Tema Twentieth Century Fox (20th Century Fox) yang pertama di dunia. Projek yang bernilai RM400 juta ini akan bermula September 2013 nanti.

Kerjasama antara Resorts World Genting dan 20th Centrury Fox ini akan membangunkan taman tema berkonsep canggih dan moden di seluas 26 ekar sekitar puncak Genting Highlands. Dengan ini, Taman Tema Genting yang sedia ada akan ditutup pada 1 September 2013 dan pembinaan taman teman baru akan bermula di tapak berkenaan. Ia juga termasuk tambahan bangunan hotel baru bersebelahan taman tema 20th Century Fox ini.




MrJocko dijemput dalam satu majlis 'Press Conference' dan menandatangani memorandum kerjasama antara Resorts World Genting dan 20th Centrury Fox dalam pembinaan taman tema tersebut di Wisma Genting 26 Julai 2013.

Projek taman tema 20th Century Fox ini dijangka siap pada 2015 namun akan memulakan operasinya secara rasmi pada tahun 2016. Nampaknya, rakyat Malaysia akan berpeluang bercuti di taman tema 20th Century Fox yang akan menempatkan lebih dari 25 permainan utama seperti Ice Age, Alien, Predator, Night At Museum, Die Hard dan banyak lagi menanti anda.

Pihak Resorts World genting sementara itu akan memulakan jualan Pre-Sale Tiket Taman Tema 20th Centrury Fox secepat mungkin dengan menawarkan harga promosi dan menarik. Untuk maklumat lanjut, rajin-rajin la ke laman web Resorts World Genting.


Terima kasih kepada Resorts World Genting dan
20th Century Fox kerana bagi Gifts yang Cute ini :)


Twentieth Century Fox Theme Park Genting Malaysia

$
0
0
Twentieth Century Fox Theme Park Genting Malaysia - English Version

Malaysians may be happy to hear that Genting Highlands Malaysia will have a Twentieth Century Fox Theme Park (20th Century Fox), the first in the world. The project, costing RM400 million will commence in September 2013.

Cooperation between Resorts World Genting and 20th Century Fox will develop a theme park concept inside 26 acres around the peak of Genting Highlands. Due to this project, Genting Theme Park will end up their operation from 1 September 2013 and the construction of new park will begin at the site. It also includes an additional new building adjacent to the theme park's 20th Century Fox.

MrJocko has been invited in an event 'Press Conference' and signed a memorandum of cooperation between Resorts World Genting and 20th Centrury Fox at Wisma Genting on July 26, 2013.





This 20th Century Fox Theme Park is expected to be completed in 2015 but will officially commence operations in 2016. At last, Malaysians will have the opportunity to enjoy the 20th Century Fox theme park that will house more than 25 major rides such as Ice Age, Alien, Predator, Night At Museum, Die Hard and many more await you.

Resorts World will launch a Pre-Sale Tickets for 20th Centrury Fox Theme Park as soon as possible by offering attractive prices and promotions. For more information, please visit Resorts World Genting website.

Bila Anak-anak Jadi Model Terkenal

$
0
0
Hari ni MrJocko dan keluarga dijemput untuk ke Majlis Bengkel Amal Kuih Raya Planta di Mydin Mall USJ pagi tadi. Sampai jer ke tempat majlis, anak-anak MrJocko mula melaram, pose sana pose sini depan kamera. Rupanya dah kena book dengan bro Photographer dari Harian Metro.




Banyak segmen pose Khalisha dan Qistina bersama aksi Kuih Raya Planta di ambil dan siap ada sesi temuramah dengan wartawan. Wahhh!!! Nampaknya Daddy dia yang gila glamer, anak-anak yang lebih terkenal dan famous.

Errr nanti tunggu aksi kami dalam ruangan khas Harian Metro yerrr :)

Bila Khalish Menyanyi Parody

$
0
0
Masa Khalish kecik-kecik dulu, masa cuti seminggu duduk kampung, Aunty dia ada rekod Parody dia nyanyi lagu Aizat - Hanya Kau Yang Mampu. Masa tu siapa karaoke bagai, mengalahkan artis K Pop. Bila dah besar sikit, Khalish rakam sendiri clips Parody dia.





Ini lah yang selalu Khalish buat kalau dia duduk di seat belakang. Daddy dan Mummy duk depan, drive kereta pergi ke mana-mana, Khalish suka duduk belakang main-main dengan game dan video camera iPad Mini.

Hasilnya, kantoi satu lagi video Khalish dengan parody lagi Neng Neng Neng nyanyian T.R.I.A.D Ahmad Dhani. Hahaha,,, Daddy dan Mummy tak tahan nak gelak... Sempat tu dia rakam parody sendiri.

Tumpang Populariti Redmummy Dan Abang Nara

$
0
0
Antara Tips Blogging yang berkesan kalau mahu berjaya sebagai seorang blogger, kena la belajar dari Blogger yang sudah berjaya. Kena la tumpang populariti blogger terkenal seperti Abang Nara dan Redmummy, mana tau dapat 2 - 3 projek mega dari mereka, dapat la naikkan trafik Unique Visitor.




Semalam, MrJocko dijemput ke majlis Berbuka Puasa Churp Churp (#ChurpoutBukaPuasa) di Restoran Bijan di Jalan Cheylon, bersebelahan dengan Bukit Bintang. Ramai juga selebriti yang hadir di majlis buka puasa Churp Churp 2013 ini termasuk Jehan Miskin, Waris dan beberapa selebriti lain.

Selebriti drama ke, artis nyanyian ke MrJocko tak kisah sangat, yang paling penting, kena la rapat dengan Blogger Retis macam Abang Nara dan Kak Redmummy, lagi ada pekdahnya...

p/s : Alhamdulillah, semalam dapat jobs lagi dari Advertiser :)

Promosi 10,000 Tempat Duduk Percuma Malindo Air

$
0
0
Nampaknya Malindo Air sedang menawarkan promosi hebat mereka. Tawaran promosi 10,000 tempat duduk percuma kepada semua penumpang. Tempahan bermula 28 Julai 2013 sehingga 4 Ogos 2013 untuk penerbangan bermula 20 Ogos 2013 sehingga 31 Oktober 2013.

Ini merupakan tawaran tempat duduk percuma bagi penerbangan dari Subang Airport ke destinasi seperti Langkawi, Alor Setar, Penang, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan juga Johor Bahru. Walau bagaimanapun, Malindo Air juga punyai tawaran menarik bagi penerbangan yang beroperasi di KLIA menggunakan Pesawat Boeing 737-900ER.

Apa yang menarik di Malindo Air, mereka membenarkan penumpang membawa 20kg bagasi Percuma kepada penumpang Kelas Ekonomi dan 30kg bagasi Percuma kepada penumpang Kelas Perniagaan.  Boleh la cuba penerbangan Malindo Air lepas ni. Tak perlu ke KLIA lagi, cukup ke Subang Airport dan terus boleh terbang.

Tambang Bagasi Percuma sehingga 20kg Kelas Ekonomi dan 30kg Kelas Perniagaan


Terdapat dalam penerbangan Boeing 737-900ER

Kes Dera Kanak-kanak Paling Dahsyat

$
0
0
Sekali sekala, anak-anak ni tak boleh dimanjakan sangat. Kena juga bagi diorang rasa susah. tapi, apa yang anda lihat ni, bukan lah satu kes dera kanak-kanak yang paling dahsyat. Ini hanya pujukan untuk anak-anak supaya boleh buat kerja ruma, boleh tolong Mummy dia bila besar nanti.





Si adik memang selalu rajin. Di suruh buat apa pun InsyaAllah mengikut jer. Si kakak pasal dah besar sikit, banyak jugak dia ngelat. Hahaha,,, selalunya kena pujuk, kena slow talk, dan paling teruk pun, kena cakap nak bagi upah, baru la nampak rajin sikit.

Nasib baik ada 2 orang nak perempuan, lepas ni dah besar mesti Mummy dia dah boleh rileks pasal kerja rumah, kerja dapur anak-anak dah boleh tolong... 


Produk Terbaru AOC Malaysia LCD 63P Series Dan 69V Series

$
0
0
AOC Malaysia yang membawa jenama dan produk AOC antarabangsa memperkenalkan produk-produk terbaru mereka dengan memperkenalkan LCD Monitor 63P Series dan 69V Series pada minggu lepas. AOC yang sememangnya sudah terkenal dengan kualiti produk LCD monitor dan LCD TVs sebenarnya sudah mempunyai 6 dekad pengalaman mengeluarkan produk LCD ini.

Bersama dengan Tayangan Perdana filem The Wolverine 2013, pihak AOC melancarkan produk-produk LCD Monitor terbaru mereka iaitu 63P Series dan 69V Series bertempat di GSC Pavilion.





AOC Q2963PM ialah produk LCD yang bersize 29 inci dan didatangkan dengan size 21:9 aspect ratio yang mana memberikan anda menonton dalam bentul widescreen yang sebenar. Model LCD Q2963PM ini mempunyai kualiti yang dipertingkatkan kerana pengguna boleh menggunakan 'windows simultaneously' di skrin berkenaan. Dengan ini pengguna boleh satu skrin untuk tujuan yang multitask sehinggakan skrin boleh dipecahkan kepada 4 bahagian aplikasi 'windows' yang berbeza dalam satu masa.


Harga yang di cadangkan bagi Q2963PM  RM1,499.00


Selain dari model 63P Series, AOC juga memperkenalkan 3 lagi model 69V Series yang mana didatangkan dengan kualiti yang dipertingkatkan dengan MHL Connector, built in speakers, imej Vivid dan juga peningkatan kualiti bunyi dari mobile kepada monitor.

AOC 69V Series ini memberikan kualiti warna dan transmisi cahaya yang jauh lebih baik untuk tujuan tontonan. Clear Vision yang terbina dalam LCD model ini akan menukarkan Standard Definition kepada kualiti High Definition (HD) dan akan memberikan kualiti gambar yang lebih jelas.
AOC Model I2269VWM size 21.5 inci berharga RM559.00

AOC Model I2369VM size 23 inci berharga RM639.00

AOC Model I2769VM size 27 inci berharga RM1,069.00

Tambah pula, semua model terbaru 63P Series dan 69V Series ini di reka dengan rekaan versatile yang nipis dan cantik supaya ia memberikan gambaran dekorasi yang cantik untuk rumah dan pejabat anda. 

Oleh itu, tidak kira anda seorang penggemar permainan konsul seperti PS3, Xbox ataupun anda seorang kaki wayang dan menonton filem kegemaran anda, LCD AOC 63P dan 69V Series ini akan memberikan kepuasan maksima kepada anda. Lagipun, dengan adanya MHL (Mobile High Definition Link) anda boleh berkongsi apa sahaja dari mobile anda ke LCD untuk dikongsikan dengan keluarga, rakan atau rakan sekerja anda.



Sedang Berpindah Dari Blogger Ke Wordpress

$
0
0
Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya minggu ini, bermula semalam Isnin 29 Julai 2013, MrJocko dalam proses memindahkan data-data dan benda-benda wajib untuk penjenamaan semula blog MrJocko.com. Proses ini akan melibatkan pemindahan data dalam Blogspot ke hosting Wordpress.

Kalau dulu sejak 2006 MrJocko bersama Blogger, kini dah mula pindah sikit demi sikit ke WordPress. Sekarang pun tengah belajar cara-cara untuk transfer data blog dalam Blogger ke WordPress. Kemudian, dengan hosting baru, tengah belajar camana nak edit dan manage 'cpanel'. 

Bagi follower MrJocko.com, harap dapat bagi masa sehari dua lagi, InsyaAllah segala kerja-kerja pindahan blog dari Blogger ke Wordpress akan selesai.


Buka Puasa Bersama Bloggers Dan Manoah

$
0
0
Pertama kali mendapat email dari Yukiko dan pertama kali MrJocko join bloggers lain di event Berbuka Puasa Bloggers dan Manoah Consulting Sdn Bhd di Papparich Bangsar sempena dengan kejayaan projek kami yang terbaru. Walaupun pertama kali join event bersama Manoah, rasanya kami seperti sudah kenal lama. Nak buat camana, ramai member blogger turut hadir majlis Berbuka Puasa tu termasuk Sohoque, Shakiddo, Anarm, Ladfe Amir, Boni Kacak, Yana Yassin, Cik Lili Putih, Penaberkala dan ramai lagi.





Tiada menu buffet kat Papparich tetapi kami dihidangkan dengan pelbagai menu yang sedap di Papparich. Malam tu, restoran Papparich kami yang punya, order saja apa yang kami nak makan, starter, main dish, desserts, minuman semuanya di taja oleh Manoah Consulting Sdn Bhd. 

Masing-masing order sampai 2-3 menu dan sekali dengan desserts. Yang paling makan banyak si Sohoque. Paling banyak minum air Shakiddo. Paling makan banyak starter si Yana Yassin dan yang paling makan paling tertib Bro Anarm. Eh! Boni kacak pun ada, tapi macam senyap jer dia malam tu??? Burppp!!! Kami sangat kenyang...

Hari tu, kami di raikan sendiri oleh Boss Manoah iaitu Mr Don dan juga Yukiko. Terus terang MrJocko nampak, cara kerja mereka sangat mudah, senang, cepat dan sangat efisen. Nampaknya, lagi mudah kami nak berurusan dengan pihak Manoah lepas ni kerana sikap Mr Don dan Yukiko yang sporting dan sangat happy go lucky.



Layout TERKINI MrJocko Lebih Mesra

$
0
0
Memasuki Julai 2013, Alhamdulillah, semakin lama semakin banyak tawaran 'advertorial' yang masuk samada dari pihak Nuffnang, Churp Churp dan beberapa syarikat persendirian lain yang berminat untuk bekerjasama dengan MrJocko. Rezeki selepas 2 tahun kembali aktif dalam dunia blog.

Hari ni, sudah masuk hari ke-3 MrJocko bertungkus lumus upgrade dan moved data-data dari layout blog yang lama kepada layout blog yang baru. Nampaknya layout blog yang baru ini lebih mesra SEO, ada flash, dropdown menu, intensedebate comment dan lebik cantik dari design layout lama.





Inilah hasil selama 3 hari dan dari A sampai Z, MrJocko buat sendiri berdasarkan pengalaman Kursus HTML Website tahun 2012 dan juga pengalaman selama 6 tahun dalam blog. Alhamdulillah, hasil kerja selama 3 hari ini membuatkan MrJocko sangat puas hati.

Bandingkang dengan design layout lama MrJocko. Banyak dah perubahan yang dilalui oleh MrJocko.com.





Buka Puasa With Amina El Shafei Teaser

$
0
0


 

Rasanya ramai yang tahu peserta Masterchef Australia 4 Amina El Shafei kini berada di Malaysia sempena dengan promosi Saluran 709 Astro Lifetime atau Lifetime TV. Semalam Amina di Publika dan hari ini bersama majlis Buka Puasa di Blu Med Ristorinta Bar di Boulevard The Garden.

 


 

MrJocko turut dijemput untuk bersama-sama berbuka puasa dalam satu majlis yang sangat happening. Tunggu entry Amina Masterchef Australia di Malaysia nanti yer. Ini baru teaser entry :).

Setelah 2 Minggu Guna Produk Aura Hot Bio Stem Cell Plus Collagen

$
0
0
Kalau anda selalu singgah di Blog MrJocko mesti pernah baca pasal Wife mencuba minum produk minuman kesihatan dan kecantikan terbaru AURA HOT dalam 2 minggu lepas. Produk Aura Hot ni mempunyai Bio Stem Cell dan Kolagen. Masa tu baru start bulan puasa, jadi boleh minum sehari sekali je la. Minum waktu malam sebelum nak tidur.





Lagipun, nak buat air minuman 'supliment' untuk kesihatan dan kecantikan Aura Hot ni, mudah saja. Just letak dalam mug, cawan atau bekas yang bersesuai, tuang serbuk di dalam paket, kacau bersama air dan tak sampai seminit dah boleh minum. Kalau dari bau, MrJocko bau semacam perisa coklat di campur vanila, harum. Tapi MrJocko tak boleh nak minum kerana ia minuman untuk kaum wanita.

Setakat ni, selepas 2 minggu minum minuman kesihatan dan kecantikan Aura Hot ni, Wife cakap dia rasa perubahan muka agak lembut. Kalau dulu ada la sikit-sikit jerawat, tapi skang dah semakin kurang. Paling ketara, bila bersahur. Sekarang Wife cuma makan roti atau kuih muih sikit jer dan air, tetapi tetap rasa ada tenaga walaupun berpuasa sehari. Not bad.





Nampaknya, kalau dah abis minggu ni, boleh la order baru. Yer la, satu kotak mana cukup, baru tempoh percubaan. Nak kesan lagi bagus, kena amalkan selalu makan atau minum benda-benda sihat ni.

Oh ya! sesiapa yang berminat boleh jenguk di blog AURAHOT Blog atau masuk ke AURA HOT FACEBOOK untuk maklumat lanjut. Sesekali mencuba benda baru tak salah, mana tahu ia serasi dengan tubuh badan anda. Berminat untuk mencuba produk AURA HOT atau buat duit sampingan sebagai pengedar, boleh call terus Aisyah di talian +019-6690054

p/s : biasanya kesan makan atau minum produk kesihatan dan kecantikan ini mempunyai kesan yang berbeza kepada semua orang. Mungkin anda boleh dapat kesan yang lebih baik dari ini.


Melayu Boleh : Blogger Melayu Semakin Hebat

$
0
0
Melayu Boleh atau Melayuboleh, itulah yang selalu dilaungkan oleh rakyat Melayu di Malaysia untuk menaikkan semangat dan memberi perangsang kepada kita Kaum Melayu untuk terus maju, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia dan seluruh dunia. Kita tak mahu istilah Melayu Boleh kembali kepada istilah Melayu Boleh dalam ertikata yang negatif, lucah atau perkara-perkara yang bersifat 18SX semata-mata.

Lihat sahaja sejarah, ramai orang melayu kita sudah berjaya tak kira dalam bidang perniagaan, pendidikan, teknologi, politik, perusahaan dan pelbagai bidang lagi. Kita Melayu Boleh. Sebagai contoh, kami Blogger Melayu. Ya, kini, kami sebagai blogger Melayu, semakin mendapat tempat di kalangan advertiser atau consultant company yang berminat menggunakan khidmat blogger sebagai medium penyampai kepada produk, servis atau kempen mereka.





Ya, Melayu memang Boleh. Kalau dulu, ramai advertiser atau consultant company tidak yakin dengan community blogger melayu kerana alasan utama kerana penulisan kami adalah adalah dalam Bahasa Melayu, tidak punya potensi untuk diketengahkan kepada pelanggan mereka secara menyeluruh. Mereka lebih suka blogger yang menulis di dalam bahasa Inggeris.

Tapi kini, advertiser atau consultant company, nampaknya mereka sedar yang mereka sebenarnya tinggal di Malaysia dan mempunyai rangkaian prospek pembeli atau pelanggan masyarakat Malaysia yang lebih ramai dan menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraan seharian. Mereka juga sedar, Malaysia mempunyai lebih dari 300,000 blogger yang menulis dalam bahasa Melayu dalam pelbagai 'niche' dan konsep. Mereka juga sedar bahawa kalau mengikut ranking, antara Top 1000 Blogger di Malaysia datang dari blogger Melayu atau yang menulis dalam bahasa Melayu.






Dan kini, ranking dan potensi Blogger Melayu untuk maju dalam bidang Media Social di Malaysia semakin cerah dengan pengiktirafan dari advertiser, consultant company atau syarikat penaja sendiri. MrJocko sendiri melihat, dalam tempoh 6 bulan pertama 2013, banyak syarikat sudah sedar dan tahu ambil peluang sebaik mungkin berkerjasama dengan ramai blogger Melayu.

Melayu Boleh dan Blogger Melayu juga boleh. Kalau dulu, kita Blogger Melayu dianggap 'second class', kini Blogger Melayu sudah menjadi 'anak kesayangan' banyak advertiser, consultant company dan syarikat penaja. Lihat sahaja REDMUMMY, ABANG NARA, BEN ASHAARIDENAIHATI, EYRIQAZZ, BRO FRAMESTONE, AHMAD FAIZAL, SHAKIDDO dan beberapa nama lagi.

Jadi,,, teruskan usaha anda kalau anda mahu menjadi seorang Blogger yang berjaya. Melayu Boleh :)


Projek Pindah Blogspot Ke Wordpress Gagal

$
0
0
Selasa beberapa hari yang lepas, MrJocko sebenarnya sudah dalam proses untuk re-branding jenama Blog MrJocko.com dan sudah membayar hosting untuk backup dan host data blog di DataKL. Maklum la, nak cari penaja untuk setahun, tak ada yang nak sponsor, huk huk :(. Terpaksa la kuar duit simpanan tabung buluh buat bayar hosting selama setahun.

Sebelum ni memang MrJocko pernah ada satu lagi blog back-up MrJocko.Wordpress.com dan memang bercadang nak pindah ke WordPress. Tapi, oleh kerana proses perpindahan data dan semua yang berkaitan ke WordPress oleh pihak DataKL kurang berjaya di sebabkan rekod data MrJocko.com bersama Blogspot terlalu besar, maka dengan hati yang berat, terpaksa MrJocko batalkan hasrat untuk berpindah.

Proses perpindahan data MrJocko.com dari Blogspot ke Wordpress gagal kerana hosting yang MrJocko beli cuma 5GB sedangkan data yang ada di Blogspot jauh lagi besar dari space 5GB. Malas dah nak fikir, malas nak susah-susah, terpaksa MrJocko pindahkan balik data tu ke Blogspot.



Nampaknya cita-cita nak belajar WordPress di Masterclass WordPress Denaihati bersama Tauke UNIFI dan USTAZ TERENGGANU tidak kesampaian lagi... Sehingga ke hari ini, blog MrJocko masih lagi berada di Blogspot.


Duit Raya Kedua Nuffnang Raya 2013

$
0
0

 

Baru jer minggu lepas dapat duit Raya dari Nuffnang, hari ni dapat lagi duit Raya ke-2 dari Nuffnang, Alhamdulillah. Mungkin sikit kalau nak dibandingkan dengan duit Raya Abg UNIFI, tapi lepas la buat bayar petrol untuk pulang raya nanti.

 


 

Nak jana income secara mudah dan dapat income secara 'passive' ni bukan susah sangat, kena tahu cara dan tips bagaimana buat duit melalui blog. Nak tahu camana? Bolehhh,,, sila buat appointment dengan MrJocko yer... ;)

Perhentian Island Resort Review Pulau Perhentian Besar

$
0
0
Ramai lagi rasanya yang belum berkesempatan ke Pulau Perhentian, Terengganu. Ramai yang masih tidak tahu bahawa lokasi Pulau Perhentian merupakan salah satu destinasi pulau yang menjadi pilihan pelancong seluruh dunia kalau ke Malaysia. Kat Perhentian banyak spot lokasi menarik untuk divers, snorklers dan juga pencinta pantai. Pemandangan Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil memang cantik dan punyai keunikkan tersendiri.

MrJocko nak share kisah travel pada tahun 2007 yang mana masa tu kami sempat menginap di Perhentian Island Resort selama 3 hari 2 malam. Cerita lama, boleh tengok di entry Perhentian Island Journey 1, Perhentian Island Journey 2 dan Perhentian Island Journey 3.




Perhentian Island Resort terletak di Pulau Perhentian Besar dan sememangnya antara resort yang paling besar di sini. Lokasinya memang cantik dan berada di teluk yang agak landai, senang untuk pelancong mandi manda.

Punya 2 jeti untuk kegunaan bot yang menghantar dan mengambil penumpang serta dilengkapi dengan kemudahan wakaf, gazebo dan kerusi kayu di sepanjang pantai untuk kegunaan tetamu hotel. Kat sini juga ada banyak disediakan kemudahan perkhidmatan sewa basikal, bot, scuba diving dan pelbagai aktiviti air lain. Untuk tujuan snorkling, goggle di sediakan kepada semua tetamu hotel yang mengikut pakej snorkling sekitar pulau. Harga pakej biasanya mengikut kadar semasa hotel.






Standard bilik yang ditawarkan agak murah Harga untuk setiap bilik Standard dan Deluxe memang berbeza tetapi untuk satu keluarga, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, memadai dengan bilik standard. Makanan tidak menjadi masalah kat sini. Di hotel sendiri ada disediakan kafe untuk tetamu hotel dan pakej penginapan anda biasanya termasuk dengan sarapan pagi. Untuk menu makan tengahari dan makan malam, boleh pilih dengan harga berasingan. Ataupun anda boleh jalan kaki dalam jarak 100 meter dan bersebelahan Perhentian Island Resort memang ada 2 - 3 gerai makan yang mungkin sesuai dengan citarasa anda. Harga mungkin agak mahal berbanding tanah besar (Kuala Besut).





Malam biasanya pihak resort akan mengadakan buffet BBQ dan ia memang menyajikan menu lauk pauk seafood yang segar dan sedap. Apa lagi yang anda harapkan kalau berada di tengah pulau dan dikelilingi laut. Semestinya ada Udang, Ketam, Sotong, Ikan dan macam-macam lagi.

Kesimpulannya, tak rugi kalau anda pilih Pulau Perhentian sebagai lokasi percutian anda. Banyak lokasi di Pulau Perhentian mencapai taraf yang membanggakan dan masih lagi berada dikemampuan kita rakyat Malaysia. Pergi lah melancong dan Cuti-Cuti Malaysia.

Serlahkan Kasih Sayang Dengan Kuih Raya Planta

$
0
0
Planta, salah satu jenama marjerin yang terkenal di Malaysia sejak bertahun lamanya mengadakan Bengkel Amal Kuih Raya selama tiga hari bertempat di Mydin USJ Subang Jaya pada Sabtu, 27 Julai 2013. Kemeriahan Ramadhan dan Syawal tahun ini diserikan lagi dengan usaha Planta dengan meraikan 65 anak-anak Yatim bagi memberikan sedikit 'kasih sayang ibu' dalam setiap masakan kuih raya Planta.




Planta mengambil inisiatif dalam menggerakkan tanggungjawab sosial dengan meraikan anak-anak yatim dari Rumah Perlindungan Al Nasuha Batu Caves, Gombak dengan menaja Bengkel Amal Kuih Raya sempena dengan kehadiran Aidilfitri 2013.

Pengalaman kami sebagai peserta bengkel amal ini mengimbas kembali kenangan membuat kuih raya ketika lebaran bersama ibu, ayah dan adik beradik. Suasana ini yang Planta mahu kongsikan bersama anak-anak yatim ini untuk merasai sentuhan kasih sayang seorang ibu dengan bengkel masakan kuih raya ini. 







MrJocko, wife dan anak-anak sangat bertuah kerana dapat berkongsi pengalaman dan menjadi sebahagian dari inisiatif Planta membantu golongan yanag kurang bernasib baik seperti Rumah Perlindungan Al Nasuha Batu Caves, Gombak.




rasa Planta yang sedap,,, tak sabar nak makan kuih raya



Di hari dan bulan yang mulia ini, sama-sama kita sokong usaha murni seperti yang dilakukan oleh Planta (Unilever) dan semoga usaha kita yang sedikit ini memberi senyuman dan kasih sayang buat insan-insan yang tidak bernasib baik seperti mereka, Amin.

Fried Prawn Tamarind Sesi Master Class Amina El Shafei

$
0
0
Rabu lepas MrJocko dijemput untuk ke majlis Buka Puasa bersama Amina El Shafei anjuran Lifetime TV atau Saluran 709 Lifetime Astro. Selepas berbuka, Amina menyediakan dua menu masakan yang akan beliau kongsi dalam buku resepi terbarunya iaitu Fried Prawn Tamarind atau Udang Goreng Asam Jawa dan juga pencuci mulut Apam Sira.


Udang Goreng Asam Jawa yang sedap

hasil masakan Amina Mastercef Australia 4 untuk kami


Lihat saja Amina masak menu Udang Goreng Asam Jawa ni sekejap jer, tak sampai 10 minit. Hasilnya memang superb. Rasa udang goreng hasil tangan Amina memang sedap, yum yum,,, No wonder la dia boleh masuk Masterchef Australia 4 dan salah seorang peserta Top 10 dalam Masterchef Australia 4.

Resepi UDANG Amina El Shafei MASTERCHEF AUSTRALIA 4 Tahun 2012
- 2 1/2 sudu pes ASAM JAWA
- 2 ulas bawang merah
- 2 batang serai (diketuk)
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci lengkuas
- 4 cili merah ( dipotong )
- sedikit daun ketumbar ( untuk hiasan )
- 2 sudu minyak sayuran
- 1 sudu gula dan garam
- sedikit air
- sepotong kunyit
- 20 ekor udang besar

CARA MEMASAK :-
>> Tumis bahan di atas setelah panaskan minyak
>> Apabila dah naik bau masukkan semua udang tadi
>> Kacau hingga sebati udang tersebut dengan ramuan yang kita TUMIS
>> Lebih kurang dalam 3 MINIT UDANG boleh dihidangkan
>> Hirisan limau dan daun ketumbar untuk hiasan . SIAP UNTUK dihidang.

Kredit Resepi dari : Bro Hazman Fadzil :)
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live