Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Ke Seremban Register Business Partner Yang Baru

$
0
0

 

 

Jumaat lepas MrJocko ke Seremban pada awal pagi lagi. Alhamdulillah ada rezeki rakan business baru berminat untuk sertai Emperor Group. Memandangkan MrJocko dari KL, maka kami set appointment pada jam 10.00 pagi di Public Mutual Seremban.

Nasib baik perjalanan dari KL ke Seremban pun agak lancar, tiada kesesakkan dan MrJocko sampai di Public Mutual Bangsar jam 9.00 pagi. Masih awal, sempat la sarapan dulu di KFC yang terletak betul-betul di hadapan bangunan Public Mutual.

 


 

Tepat jam 10.00 pagi, business partner MrJocko yang baru kelihatan. Kami uruskan pendaftaran dan urusan dikaunter untuk dapatkan tarikh Exam yang sesuai. Tak sampai 15 minit, semua selesai dan InsyaAllah business partner MrJocko ini akan menduduki Exam pada penghujung Julai 2013.

Semoga beliau akan berjaya dan membina karier bersama-sama kami, Amin.


Rosmadi Shakri

Dua Invitation Untuk Nuffnang Premiere Screening Minggu Ni

$
0
0

Alhamdulillah rezeki minggu ni dapat dua lagi invitation menonton Premiere Screening World War Z dan Monster University. Ini semua hasil contest dari Nuffnang Malaysia.

 



 

Kalau anda rajin lihat promo dan contest kat Nuffnang Malaysia, mesti pernah lihat iklan Premiere Screening kat Nuffnang. Nak tengok wayang free? Join jer contest mudah di Nuffnang. InsyaAllah kalau rajin komen, mesti ada peluang dapat.

Dapat invitation Premiere Screening, tak payah beli tiket wayang lagi. :)

Rezeki Cek Nuffnang, Income Dari Blog Bulan Jun 2013

$
0
0
Last week dapat notification dari emel, minggu ni Cek Income dari Blog dah sampai. Baru saja MrJocko bank-in kan cek Nuffnang awal bulan JUN, tak sampai seminggu dapat Cek Nuffnang lagi :).

Memang saya sayang Nuffnang kerana at least saya ada sumber pendapatan passive melalui blog saya MrJocko.comEattravelicious dan Blooggers.com.

Walaupun nilai Cash Out setiap bulan hanya sekitar RM100-RM150 sahaja, tetapi saya tetap happy dengan Nuffnang. Itu tak termasuk tiket Premiere Screening yang saya dapat setiap minggu. Tak termasuk entry gifts, door gifts, advertiser gifts dan hadiah yang saya dapat bila sertai peraduan dan aktiviti anjuran Nuffnang dan Churp-churp.

Asalkan anda support dan join event anjuran pihak Nuffnang dan Churp Churp, saya yakin suatu hari nanti anda akan dapat hadiah dan gifts dari mereka. Bagi yang belum pernah menerima hadiah, gifts atau tiket Premiere Screening dari Nuffnang, teruskan mencuba. Suatu hari nanti, pasti anda berpeluang menang dan menang bersama Nuffnang dan Churp Churp.



Antara Pembaca Setia Blog MrJocko.com

$
0
0
Kalau anda biasa dengan Nuffnang, anda akan dapat trace, siapa Nuffnanggers yang selalu ke laman blog anda dan menjadi pembaca tetap entry anda di Nuffnang. MrJocko sarankan anda turut melawat laman Blog mereka kerana mereka juga mempunyai cerita-cerita yang BEST untuk dikongsi bersama.

Di bawah ini, merupakan antara mereka-mereka yang selalu jenguk ke blog MrJocko. Terima kasih untuk mereka :-

TheMummySya.com
Xpres2u.blogspot.com
MalaysiaTercinta.com
Fazrol.com
HazmanFadzil.com
LadyBirdAkaLuply.blogspot.com
Eyriqazz.com
OhBlogLagi.blogspot.com
LensaPujangga.com
AziaZidah.blogspot.com
FalihinJasmy.blogspot.com
Shakiddo.com
AderAkuKeysah.blogspot.com
MissAwaa.blogspot.com
MayAndHanis.blogspot.com
CawanSumpak.blogspot.com
Video-bokeptube.blogspot.com
ImaniIwani-myprincess.blogspot.com
ZuAnakKampung.blogspot.com




Terima kasih kepada anda yang sememangnya sudi membaca dan melayan entry yang ntah apa-apa di MrJocko.com. Sila reply alamat emel anda, di ruangan Komen, MrJocko nak share hadiah yang tidak seberapa, cenderahati dari Tokyo dan Taipei.

Terima kasih.

Lift Menara Taipei 101, Pemegang Guinness World Records

$
0
0


Semasa MrJocko di Taipei, kami berpeluang menaiki ke puncak tingkat 89 menara Taipei 101 yang menjadi kebanggaan rakyat Taiwan. Menara Taipei 101 diistiharkan Menara Ketiga Tertinggi di Dunia selepas Burj Khalifa di Dubai dan Menara Jam Diraja Mekah.

Ada yang lebih menarik tentang Taipei 101 ini, iaitu Lift Penumpang di Taipei 101 diletakkan nama dalam Guinness World Records of The Fastest Passenger Lift dengan kelajuan 17m sesaat dan ia hanya mengambil masa selama 30 saat dari tingkat bawah sehingga ke puncak 508 meter. Wow!!!






Taipei 101 mempunyai keseluruhan 61 buah lift tetapi hanya 2 sahaja yang laju dan termasuk dalam Guinness World Records. Kelajuan 17 meter sesaat boleh disamakan dengan kelajuan 61 km/j. Laju kan? Tapi tak terasa sangat bila anda berada di dalam lift tersebut.

Menara Taipei 101 dibuka secara rasmi pada 31 December 2004 dengan mempunyai 101 tingkat dan ketinggian 508 meter. Ketinggian Menara Taipei 101 hanya mempunyai lebih 50 meter sahaja berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur.

Info : BBC News

Bukan Sofi Jikan Yang Mati, Tapi Tetikus Aku Yang Mati

$
0
0
Sangat kecoh bila berita sana sini perihal berita Sofi Jikan, pelakon yang selalu bawa watak jahat dikatakan meninggal akibat sakit demam denggi. Rupanya bukan Sofi Jikan yang meninggal dunia tetapi adik Sofi Jikan yang ke-5.

Aku tak de kisah pun, pasal aku tak ada kena mengena. Yang aku kisah, Tetikus aku pulak yang Mati akibat kehabisan bateri. Tolonggg,,, siapa ada bateri Saiz AA yang lebih :)



Badge Karikatur Khalisha Dan Hasya

$
0
0
Masa bawa my kids ke Wangsa Walk, Wangsa Maju beberapa minggu lepas, kami kebetulan singgah di meja Kartunis yang tengah buat lukisan dan lakaran kartun untuk pelanggan. Tak silap MrJocko ia dipanggil Karikatur.

Masa ni, kebetulan salah satu kartunis yang ada ialah Bro Shem Raja Lawak. Dia lah yang melukis Badge Karikatur untuk Khalisha dan Hasya. Satu Badge berharga RM10. Murah. Lagipun budak-budak mesti suka.





Yang karikatur kakak, si Khalisha nampak macam ada iras la, yang muka adik, Hasya, tak nampak sama pun. Tapi, karikatur punya pasal, kira okay la kot. Ada iras-iras sikit pun jadi la, janji my kids happy.


Produk AXE Sprayaway Memang Best

$
0
0


Kalau anda seorang lelaki biasa yang sememangnya ambil kisah mengenai penjagaan tubuh badan dan yang paling penting bau badan anda, anda mungkin boleh mencuba Spray Deodorant jenama AXE. AXE mempunyai banyak produk penjagaan tubuh badan untuk lelaki, mesti ramai pernah cuba jenama AXE kan?

Kali ini, AXE satu jenama penjagaan tubuh badan untuk lelaki kini memperkenalkan beberapa produk Deodorant Spray jenama AXE dengan wangian AXE Apollo, Pulse, Dimension, Touch, Vice dan juga Score. Setiap jenis wangian terbaru dari AXE ini mempunyai wangian tersendiri dan mungkin sesuai dengan anda.





MrJocko sempat ambil dua, AXE Apollo dan Vice untuk dicuba. Lagipun sekarang AXE ada buat promosi. Kalau anda beli produk wangian Deodorant Spray AXE ini, anda akan mendapat hadiah percuma yang ditawarkan. Cepat sebelum kehabisan stok :).

Kalau Deodorant Spray macam AXE ini sesuai untuk MrJocko kerana banyak aktiviti di luar pejabat yang sering membuatkan kita berpeluh. Jadi untuk kekalkan keselesaan, boleh guna Deodarant Spray ini. 

Income Hasil BerBlog Di Nuffnang

$
0
0
Saya sudah lama menulis blog, tetapi saya cuma menulis secara sambilan, suka-suka dan ikut suka. Hehehe,,, tetapi bila saya sudah kenal Nuffnang, saya rasa, saya kena serius dalam menulis blog saya. Saya mahu jana income tambahan dengan menggunakan blog saya. 

Saya tidak perlu cerita pasal gossip artis, skandal selebriti sana sini, tak perlu fitnah, tak perlu tulis pasal Politik yang makin lama membosankan. Saya hanya perlu menulis, apa yang saya buat, apa yang saya makan dan apa yang saya rasa, pandangan saya. Konsisten menulis, buat entry ikhlas mengikut kata hati (ini tips dari Kakak Merah Menyala) dan tulis apa yang anda nak tulis (ini pesanan bro Eyriqazz), itu saja. Mudahkan??? 




Hasilnya kalau anda tidak berputus asa, anda yakin dengan penulisan anda dan sedikit sokongan kepada Nuffnang, ia membuahkan hasil yang agak lumayan. Tq Nuffnang untuk Advertorial Sponsored Post yang terbaru. 

Gaji RM6,000 Cukup Untuk Beli Rumah?

$
0
0
Semalam, ada kawan kongsi artikel. Maaf tak sempat nak rujuk, artikel yang di copy paste ini datang dari Paper mana. Tapi isu yang dikongsi amat menarik perhatian MrJocko. Persoalan di mana, jika anda berpendapatan di bawah RM6,000 sebulan, berada di kawasan bandaraya besar seperti Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru, mampu kah anda membeli sebuah rumah teres yang rata-rata masa ini berharga sekitar RM400,000 hingga ke RM600,000. 

MrJocko mengambil contoh harga rumah semahal itu kerana dibandingkan dengan hidup MrJocko di bandaraya besar, Kuala Lumpur.

Apa yang penulis kongsi di sini ada banyak kebenarannya dan rasa kerdil pulak bila realiti sebenar kadang-kadang lebih dari nilai RM6,000 kalau kita nak 'hidup' di Kuala Lumpur. Kalau tidak, terpaksa buat duat kerja, terpaksa kerja part time.




Nak kupas panjang lebar, rasanya tak perlu. Anda sendiri boleh menilai kedudukan anda kat mana sekarang. Memang di Kuala Lumpur banyak kondo baru, perumahan baru serta hartanah baru yang pesat membangun. Antaranya kawasan rumah MrJocko, sekitar Mont Kiara dan Hartamas. Rumah cantik, mewah dan sangat cantik persekitaran. Tetapi realitinya, mungkin hampir 90% yang menjadi pemilik hartanah berkenaan ialah syarikat atau bukan bumiputera. Salah mereka kah bila mereka punya hartanah mahal sebegitu??? Bukan,,, bukan salah mereka.

Jadikan itu pencetus semangat kita, bahawa kita orang Malaysia, bumiputera, patut lebih layak untuk dapat pendapatan lebih dari RM6,000 sebulan. Kita patut lebih kaya dari foreigners kerana ini negara kita, tanah tumpah darah kita.

Jom sama-sama kita majukan diri rebut peluang yang ada. Jangan salahkan orang lain kalau kita ketinggalan. Semak balik, kenapa kita ketinggalan, mungkin ada sebab dan penyebab yang kita tak pernah sedar dan akui. Cakap banyak tidak guna, usaha yang berterusan itu penting. Kalau orang lain boleh buat, kita pun boleh buat. 

Adakah kita, majoriti bumiputera akan tinggal di Flat atau Apartment sahaja selama-lamanya???

Jakun Dengan Fungsi Magic Glass Di Bilik Air Hotel

$
0
0


Selama Mrjocko di Taiwan, ini antara benda yang paling menarik minat dan membuatkan MrJocko jadi jakun. Kalau orang Kelantan, ia di gelar sebagai 'darat'. Ia bermaksud, tak pernah tahu dan baru tahu serta amat rasa pelik tentang sesuatu benda.

Ini lah suis Magic Glass di bilik hotel di Novotel Taoyuan, Taiwan. Pertama kali pengalaman guna benda ni, MrJocko rasa amat jakun, amat pelik dan terfikir camana agaknya Magic Glass ini dicipta.

Tekan suis On, anda akan melihat dengan agak jelas apa yang ada dibelakang cermin kaca bilik air. Bila kita Off kan switch, ia menutup pandangan kita. Sangat pelik. Sangat jakun dengan cermin magic glass ini. Fungsi sebenar Magic Glass tidak la di ketahui. Mungkin ia lebih kepada mereka yang dalam keadaan honeeymoon. Kalau macam hari tu, MrJocko kongsi bilik dengan Bro Arif, langsusng tak guna, hahaha. Lagi buat risau, mana tau terngah mandi tiba-tiba ter'ON' Magic Glass, terus naya tengok member berbogel. Hahaha...





Apapun, biarla ada yang nak mengata, memang MrJocko akui, ini kali pertama guna bilik air yang ada Magic Glass. Memang saya jakun,,, :)

Info Pelancaran Aplikasi Android Chef Jo

$
0
0
Kita pernah kenal di sebelum ini dalam program Masterchef Malaysia Musim 1 dan 2, Masterchef Selebriti Malaysia Musim  dan 2 dan kini kita akan lebih mengenali beliau Chef Jo dengan pelancaran aplikasi android terbaru beliau yang diberi nama Chef Jo.

Bertempat di Cyberview Resort, Cyberjaya, Chef Johari Edrus, atau memang terkenal dengan panggilan Chef Muka Kelat atau Chef Jo telah melancarkan aplikasi terbaru beliau khas buat pengguna Android yang di beri nama Chef Jo. Cari sahaja aplikasi tersebut di Play Store dan cari Chef Jo, mesti jumpa. Ia boleh dimuat turun secara PERCUMA sementara masa terhad ini.




Bestkan kalau dapat aplikasi mudah ini dan boleh mencuba pelbagai menu masakan hebat dan sedap hasil dari Chef Jo??? Paling best bagi blogger-blogger yang menghadiri majlis pelancaran tersebut, dapat makan menu yang lagi best. Rugi la tak dapat join pada hari tu.





Untuk review penuh dan pengalaman sebenar semasa upacara majlis Pelancaran Aplikasi Android Chef Jo anjuran bersama Denaihati ini, boleh layari blog blogger-blogger hebat ini.


Denaihati - Majlis Pelancaran Aplikasi Android Chef Jo
Shakiddo - Download Aplikasi Android Chef Jo
Sohoque - Majlis Pelancaran Applikasi Android Chef Jo

p/s : Sumber gambar dari Denaihati

Review Filem Monster University

$
0
0


Hari Rabu lepas, bergegas ke Citta Mall Petaling Jaya untuk tayangan Premiere Screening Nuffnang filem Monster University kat sana. Seperti biasa, terima kasih kepada Nuffnang yang menaja 2 pass masuk ke tayangan filem Monster University ni.

Filem pertama Monster Inc memang sudah lama kita lihat. Pada tahun 2001, kita kenal siapa Mike dan Sully yang bekerja sebagai "Penakut Kanak-kanak" di Monster Inc. Masa tu kita kenal Mike, Sully dan Randall sebagai watak utama.

Sedikit review pasal filem Monster University. Kali ini, Monster University menampilkan zaman sebelum Mike dan Sully bergelar kawan rapat. Kisah yang menceritakan bagaimana Mike dan Sully boleh menjadi kawan baik dan hidup mereka sewaktu di University Monster.





Banyak aksi lucu dan kelakar bila mana Mike, Sully dan Geng Oozma Kappa bertanding dalam Sukan Lasak University semata-mata untuk mendapat tepat dalam Program di University. Senang cerita, jom bawa anak-anak tengok Monster University di MBO. Cerita ni memang best untuk tontonan keluarga.

Rasa Gian Sangat Nak Main Kamera DSLR

$
0
0
Rupanya dah lama MrJocko tak layan kamera DSLR. Kalau beberapa tahun dulu, hari-hari duk petik kamera. Majalah Kamera, Shutter dan beberapa majalah lain selalu sangat MrJocko baca. Sekarang, dah makin malas nak main kamera.




Salah satu sebab, pasal masa kerja dah tak seperti dulu. Kerja sendiri kena lebih masa untuk fokus. Kerja jumpa klien tak sesuai bawak kamera DSLR mahal. Lagipun, budget skang lebih pada benda lain. Bila sesekali dapat pegang DSLR yang mahal seperti DSLR dan lens 24-70mm f2.8 Nikkor ni, rasa gian nak snap picture pulak. Tapi apakan daya, orang punya tak boleh lebih-lebih.

Harap dapat lagi rezeki lebih, nak angkat satu lagi DSLR dengan lens tele 70-200mm dengan f2.8 ;).


Keadaan Jerebu Bahaya Untuk Kanak-kanak

$
0
0

Autograf Si Comel Lisa Surihani

$
0
0

 

Pertama kali MrJocko ke bangunan Surian Tower Mutiara Damansara, di mana berlangsungnya Artiste Cook Off with Maggi Fans di Maggi Kitchen. MrJocko bersama member Food Blogger CikLilyPutih, HazmanFadzil serta beberapa blogger lain dijemput untuk sama-sama memeriahkan majlis yang turut dihadiri oleh Lisa Surihani, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari.

Pasal event Artiste Cook Off With Maggi Fans tu akan menyusul dalam entry akan datang. Kali ni nak citer betapa comelnya Puan Lisa Surihani bila dilihat dari dekat. Sangat petah, peramah dan memang banyak cakap si Lisa Surihani ni.

Tq Lisa Surihani pasal sign autograf atas Apron Maggi MrJocko. Siap dia tulis 'Jocko' tu walaupun tidak di mintak hehehe... lepas ni apron tu MrJocko nak frame nak letak kat dinding ;).

Pengalaman Pertama Di Kidzania Kuala Lumpur

$
0
0

 

Akhirnya, hari ni kami berkesempatan untuk singgah di Kidzania, bandar metropolitan ciptaan untuk kanak-kanak. Ia merupakan bandar yang lengkap dengan hospital, bank, kilang coklat, kilang aiskrim, balai polis dan macam-macam lagi.

Ia sebuah bandar mainan dimana anak-anak anda diberi peluang untuk mendapatkan pengalaman bekerja sebagai pekerja bank, DJ Radio, doktor, penyanyi, model dan pelbagai bidang kerjaya.

Singgah la ke Kidzania dan lihat apa yang ada di Kidzania Kuala Lumpur. Semestinya ia akan memberikan pengalaman terbaik untuk anak-anak anda.

Entry lanjut berkenaan Kidzania akan menyusul. MrJocko nak layan anak-anak main-main di Kidzania dulu ;)

Mask Muka Sesuai Untuk Jerebu

$
0
0

 

Selepas memilih mask penutup hidung yang sesuai dalam keadaan jerebu ni, akhirnya MrJocko dah jumpa mask yang paling sesuai untuk menutup penuh hidung dan mulut. Dalam masa yang sama, ia masih memberi anda melihat seperti biasa.

Mask muka ini memang rare dan amat sesuai jika digunakan dalam semua keadaan. Kat mana nak beli mask jerebu ini? MrJocko dapatkannya di Kidzania Kuala Lumpur.

Sate Murah, Hanya 30 Sen Secucuk

$
0
0
Dengan kenaikkan harga, bahan mentah yang mahal serta kos sara hidup yang tinggi, di sekitar KL ni mana lagi kalau nak dapatkan harga  makanan yang murah??? Yes, masih ada. Anda boleh singgah ke Pasar Malam berhampiran dengan kawasan rumah anda.

Minggu lepas, MrJocko lalu dikawasan Sri Sentosa, Jalan Klang Lama. Ni kawasan yang mula-mula MrJocko dan wife tinggal selepas mendirikan rumahtangga. Selepas 2 tahun, baru kami pindah ke rumah baru.




Kat kawasan ni ada Pasar Malam yang best. Seminggu dua kali. Setiap hari Khamis dan Ahad.. Kat sini pasar malam dia best pasal banyak jual makanan melayu yang sedap, enak dan sangat murah. Lihat saja sate ni. Setiap cucuk sate Ayam dan Daging ini harganya cuma RM0.30 sen sahaja. Kalau beli 20 cucuk baru RM6.00, murah kan? Lagi pun sate yang kecil seperti ni MrJocko suka pasal ia rasa seperti garing sikit. Yum yum...
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live