Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Keadaan Jerebu Makin Teruk, Jom Makan Buahan Tempatan.

$
0
0

 

Lama dah tak singgah di gerai buah dekat rumah MrJocko. Selalu lalu, lupa nak singgah. Dah sampai rumah baru rasa nak beli. Dah keluar rumah baru rasa nak makan buah. Ada tarikan betul gerai buah tersebut.

Tadi selepas siapkan kerja di luar, masa nak sampai rumah, terus nekad singgah untuk beli buah-buahan. Memang banyak jenis buah yang ada kat gerai tu. Ada buah epal, anggur, lai, buah naga, pisang, mangga, buah longan, durian, duku dan macam-macam lagi.

Kali ni MrJocko beli buah tembikai dengan harga RM2.50 sekilo, buah mangga dan buah longan RM8 sekilo dan pisang RM2.80 sekilo. Total semua di atas cuma RM46 sahaja. Murah kan???

So, apa kena mengena keadaan JEREBU yang teruk dengan buahan tempatan. Tak da apa-apa pun. Cuma mana tau, esok Jerebu teruk, maka duduk rumah la buat kerja sambil boleh makan buahan tempatan :).


Maggi Dan Saya, Citarasa Sajian Kebahagiaan

$
0
0
Maggi dan rakyat Malaysia memang tak boleh dipisahkan. MrJocko sendiri, sejak kecil lagi memang suka makan Maggi. Seingat MrJocko, tahun 1980-an, masa tu harga sebungkus Maggi cuma sekitar RM0.30 sen sahaja, sehingga la sekarang, ia masih lagi menjadi pilihan kami.






Kalau dulu, tahun 1980-an tak banyak pilihan yang ada. Paling terkenal Maggi Kari. Kini, ada banyak jenis Mee Maggi 2 minit termasuk perasa Kari, Asam Laksa, Ayam, Kari Letup (pedas) dan juga Tom Yam. Pilih sahaja perasa kegemaran anda, sudah pasti ada yang akan menjadi pilihan anda nanti.





Bagi yang malas, cukup sahaja rendam Maggi Mee dalam air panas selama dua minit, lepas tu tuangkan perencah Maggi. Yummy. Bagi yang mahukan kelainan, tambah telur, daging, ayam atau juga udang. Sudah pasti Maggi Mee anda akan lebih menyelerakan. 

Nak lagi sedap??? Nanti MrJocko kongsi kelebihan masakan yang paling terkenal di Bachok, Kelantan. Mereka terkenal dengan menu masakan Maggi Mee Ketam.

Anda Seorang Blogger Atau Reporter

$
0
0

Sejak melepasi tahun 2006, ramai yang mula beralih arah dari zaman penulisan Dairi yang lebih bersifat 'rahsia' kepada penulisan Blog yang lebih mirip kepada penulisan peribadi tetapi ia lebih terbuka dan umum kepada pembaca lain.

Revolusi penulisan blog mengikut pengalaman MrJocko, bermula dengan Yahoo Geocities. Masa tu konsep dia seperti sub domain Geocities dan tak banyak layout, widget atau plugin seperti Blogger dan Wordpress.

Selepas kemunculan cerita-cerita hebat kisah benar blogger yang berjaya seperti Redmummy, Beautifulnara, Budiey, Paul Tan, Soya Cincau dan banyak lagi selebriti blogger lain, saban hari katanya lebih 100,000 blog baru di daftarkan samada dengan menggunakan Blogger atau Wordpress.

 

Syura Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2

$
0
0

Akhirnya Syura ditabalkan menjadi Juara Masterchef Selebriti Malaysia Musim 2.

Syura berjaya kumpulkan sumbangan RM60,500 kepada Breast Cancer Wellfare Association Malaysia di samping Tiket Kelas Perniagaan MAS perjalanan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Paris yang setiap satunya bernilai lebih RM30,000. Kalau aku la dapat tiket tu, aku pun jadi "Wordless"...

RedMummy Lelong Beg Berjemana Dengan Harga MURAH

$
0
0


Anda mesti kenal Selebriti Blogger ni. Anda mesti pernah baca blog Kakak Merah ini. Anda pernah tahu yang dia memang gilakan BAG. Anda pasti tahu yang Kak Merah ni memang suka bag bag berjenama yang cantik dan mahal.

Kini, peluang untuk anda memiliki Bag koleksi dari RedMummy dengan harga yang sangat murah. Ada 6 bag yang akan dijual oleh RedMummy dan anda boleh dapatkan info lanjut pasal bag ini terus dari RedMummy. Kalau nak tengok gambar bag tu, cuba selak entry lama di RedMummy.com atau di Facebook RedMummy.

Bagi yang berminat, boleh terus email red@redmummy.com dan tanya sendiri harga yang mungkin jauh lebih murah dari harga pasaran. Trust me, kalau anda pandai pujuk, mesti anda akan dapat harga yang sangat murah. Kak Red ni sebenarnya seorang yang pemurah dan baik hati. :)

Peserta Muslim Masterchef Australia Season 4 Amina Elshafei

$
0
0

 

Tengah duk lepak layan saluran LIFE, Saluran 709 Astro, MrJocko terlihat ada program MasterChef Australia Season 4, tahun 2012. Dalam ramai-ramai peserta yang ada, mata MrJocko tertarik kepada seorang wanita yang bertudung dan diberi nama Amina Elshafei, kelahiran kacukan Arab dan Korea Selatan.

Amina nampaknya memang antara peserta yang tahu memasak dan antara yang terawal masuk dalam senarai 30 peserta MasterChef Australia Musim 4. Masa MrJocko tengok, mungkin minggu pertama dan malam ni malam 1st Immunity Challenge untuk ulangan MasterChef Australia Musim 4 ini.

Amina memang ada bakat dan sangat berminat untuk membuka restorannya sendiri yang berkonsepkan Middle East. Tapi sayangnya beliau terkeluar pada Episod ke 53 dalam minggu ke 9. Itu info yang MrJocko dapat dari laman web rasmi MasterChef Australia.

Memandangkan MasterChef Australia Musim 4 dah lama tamat, kini di sana sudah bermulanya MasterChef Australia Season 5, khabarnya ada juga wakil Muslimah yang turut sama dalam pertandingan tersebut. Nanti MrJocko tengok info kat sana, siapa peserta wanita Muslim yang ada dalam senarai Top List MasterChef Australia Musim 5.

Mana Nak Beli Tiket Final Piala FA Kelantan Vs JDT

$
0
0


Demam Final Piala FA diantara pasukan Kelantan vs Johor Darul Takzim semakin terasa. Di Kelantan semalam dikatakan kecoh pasal ramai penyokong Kelantan atau The Red Warriors tak puas hati kerana penjualan tiket habis terlalu awal. Ada yang kata cuma 5,000 keping sahaja dijual. Akibatnya ramai penyokong merusuh di kaunter tiket.

Di Johor Bharu pula tak da pula berita pasal masalah pembelian tiket Final Piala FA antara Kelantan vs JDT ni. Ke ada sesiapa yang ada masalah besar nak dapatkan tiket di kaunter JDT??? Rasanya tak ada pulak dengar ketidakpuasan dari penyokong JDT.

Ramai penyokong bolasepak Kelantan dan JDT yang masih mencari untuk beli tiket Final Piala FA. Ada yang beritahu, Ulat Tiket jual tiket RM40 sehingga mencecah RM150 untuk satu tiket. Mahalnya. Ambil kesempatan sungguh. Pihak yang berwajib tiada buat pemantauan atau tindakan???

Ramai yang masih bertanya, masih mencari tiket perlawanan Fina tersebut. Ada yang duk tanya kat Facebook, ada yang masih mencari di Kelab Penyokong TRW dan masing-masing cara untuk dapatkan tiket. Setakat ni, belum ada tiket lebih, melainkan anda boleh tunggu di Stadium Bukit Jalil pada pagi 29 Jun 2013 nanti. Katanya masih ada sebahagian tiket Final Piala FA antara Kelantan vs JDT yang akan dijual di kaunter tiket stadium.

10 Blogger Hebat Yang Selalu Saya Jumpa

$
0
0
Dalam ribuan blogger hebat di Malaysia, 10 antara blogger terhebat ini saya selalu jumpa mereka di event, majlis keramaian, product launch ataupun aktiviti santai geng-geng blogger hebat. Saya sempat la menyelit untuk bersalaman dengan mereka dan bertanya khabar. Mereka semua ialah idola saya.



Ishak Ismail, penulis blog Sohoque.com. Yang ni memang selalu jumpa, saban minggu. Blogger yang bekerja sepenuh masa ini sebagai Businessman selalu senyum dan seorang yang memang tengah 'menggila' belajar kelas WordPress anjuran Denaihati.





Mamat misai nipis ini, lagi hebat. Feature Blogger Nuffnang tahun 2011 dan sekarang dikira otai Blogger. Nor Iman atau Eyriqazz.com memang tak asing lagi dalam dunia blog Parenting. Banyak nickname termasuk Mamat Tiger, Brader Baju Petak dan juga Great Teacher Onizuka. Oh ya,,, bro Eyriqazz ni dulu satu tempat ofis dengan aku dulu,,,





Blogger ni memang seorang kaki makan. Food Blogger dengan nama blog hazmanfadzil.com. Bro Hazman ni kalau ada event makan-makan dan makan, sure dia ada. tapi aku heran gak, makan banyak, tapi badan tak berapa KEMBANG. Bro, ko ada bela ker??? Ekekeke...



Yang ni brader keja Bank. Nama dia Fazrol. Nama glamer pun Fazrol, sama jer... ekekeke. Yang ni memang pantang kalau ajak pegi tengok wayang. Kalau dia free, sure dia akan ikut punya pegi tengok wayang. Nampak macho, tapi sayang dah kahwin... ekekeke. Jengok la Fazrol.com





Jangan salah faham. Ini bukan peserta MasterChef musim terbaru. Ini orang lagi hebat dari MasterChef. Stakat masak telor, masak air memang dia expert. Masak kurma, western grill, dia kata kena masak kat Kedai la jawabnya... Bro Hisyamuddin ni owner blogger terkenal Shakiddo.com.




Antara lifestyle blogger wanita yang selalu MrJocko jumpa ialah Ruby. Dia ni, biasanya kalau event-event social media yang besar, mesti dia ada. Hebat sungguh. Semua projek dia dapat. Masyukkk... Malindo Air, Samsung, semua dia ada ... ini la Rabiatul Adawiyah atau Ruby.my





Blogger ni kena sopan sikit la kalau nak cerita pasal dia. Maklum la, banyak projek dia simpan dan bertindak sebagai host. RedMummy yang sentiasa merah menyala. Tengok jer potongan berita pasal RedMummy ni beberapa tahun lepas. Income dia 5 angka sebulan der... Nak jadi cam dia??? Kena buat baik dengan dia yer... Kak Red, nak projek satu... :)




Kalau bab projek, untuk blogger lelaki, korang boleh cari BroFrameStone. Bro memang banyak event. Selalu jugak Bro ajak MrJocko join event dia. memang tak terikut la. Setiap minggu mesti ada event. Network Bro memang banyak. Projek dia mencari 100 blogger pun dengar kata akan di mulakan kembali. Siapa yang nak join boleh layari BroFramestone.com



Ni seorang lagi Food Blogger, CikLilyPutih.com. Dia memang suka makan. Dia memang suka pegi event. Kalau tak ada makan pun, dia mesti akan tanya 'ada makan tak'. Pun blogger wanita yang sangat aktif dengan event di social media. Banyak product launch yang dia cover. Fuh!!! masyuk jugak ni...



Last but not least, antara blogger yang selalu MrJocko jumpa ialah Arwah Bro Jejai ataupun TeratakArmo.com. MrJocko mula kenal bro Jejai masa Digi Wowww Awards 2012. Masa tu banyak kali juga sertai event yang sama di Nuffnang seperti Astro On The Go, Samsung Party, Nuffnang Birthday Bash, dan macam-macam lagi. Sekarang bila pegi event, teringat kat dia. Al Fatihah buat bro Azhar Ramli.

Show Menarik Di Sepanjang Bangla Street Phuket

$
0
0

 

Phuket sememangnya Pulau percutian yang menjadi satu idaman pelancong seluruh dunia. Pulau Phuket memang terkenal dengan kecantikan pantai, laut dan keindahan landskap. Tidak kurang pula, di bandar Phuket, ada banyak pusat hiburan.

Di Bangla Road, satu jalan yang terkenal kat Phuket. Kiri dan kanan penuh dengan aktiviti hiburan pub dan disko. Memang tidak sesuai kalau untuk kita membawa keluarga ke sana. Ada sesetengah pub dan disko memang terbuka dan aktiviti tidak sihat tidak sesuai dengan budaya kita.

 


 

Jadi kalau ke Phuket bersama keluarga pada waktu malam, elakkan diri anda merayau di sekitar Bangla Road, sangat tak sesuai. Baik anda luangkan masa mandi manda di Patong Beach atau melawat kawasan pulau-pulau kecil sekitar Phuket. Ada masa, sebelah malam, sila ke Fantasea, banyak aktiviti menarik di sana.

Beratur Untuk Nasi Kari Ganja Bangsar

$
0
0

 

Dah lama MrJocko dengar tempat makan best ni kat Bangsar ni, Kari Ganja, tapi tak pernah singgah. Kebetulan hari ni selepas setelkan kerja di Public Mutual Bangsar dengan bro Faizi, dia rekemen kami singgah makan kat Nasi Kari Ganja Bangsar selepas solat Jumaat.

Nak cari gerai makan Nasi Kari Ganja ni sebenarnya mudah. Cari je Jalan Ara, Bangsar atau cari Giant Bangsar. Gerai makan tu berada dibelakang Giant dan berhadapan kedai tayar.

Satu lagi, kat sini memang ramai. Nak makan memang kena beratur. Ramai yang suka makan kat sini. Memang sedap MrJocko cuba makan lauk Ikan Goreng dan Sotong Kari. Serius memang rasa lain.

 

 

Harga pun murah, cuma RM3 untuk lauk Ayam Goreng Kari dan RM1 untuk Limau Ais. Of course next time MrJocko nak singgah makan kat sana lagi.

Free Water World A Famosa Admission

$
0
0

 

Semalam ada kerja sekitar Bangsar. Biasala kalau kerja macam MrJocko kena gerak sana dan sini.

Lepas Jumaat dan lunch Kari Ganja, member baik MrJocko, bro Jon Nik Zulkhairi call mintak singgah di ofis dia di Media Prima, Jalan Riong. Dekat je pun, so MrJocko singgah la kejap.

Sampai jer, sempat la mintak bro Jon sign dokumen untuk investment kejap. Lepas tu bro Jon bagi 4 Pass ke Water World A Famosa, yeay!!! Tq bro for the tickets. Minggu depan mungkin boleh singgah ke Water World A Famosa.

Ramalan Keputusan Final Piala FA 2013 Kelantan vs JDT

$
0
0

 

Bahang perlawanan bolasepak, Final Piala FA 2013 sudah semakin terasa. Sejak semalam, sudah banyak kenderaan dari Kelantan dan Johor sudah memasuki bandaraya Kuala Lumpur. Malam ini, Sabtu 29 Jun 2013, akan menyaksikan Kelantan FA akan menentang pasukan Johor Darul Takzim dalam perlawanan Akhir Piala FA 2013.

Pendapat MrJocko, malam ini semestinya sengit. Atas kertas, kelebihan berpihak pada JDT. Ramai star berada dalam pasukan JDT. Tetapi rasanya semangat lebih kepada Kelantan kerana mahu mengekalkan kejuaraan Piala FA tahun lepas.

Mengikut pandangan MrJocko, ramalan perlawanan Final Piala FA 2013 ini akan berpihak kepada Kelantan. Bukan pasal MrJocko orang Kelantan, tetapi, rasa semangat tu lebih. Selepas Kelantan menang mengatasi Pahang minggu lepas, mesti kesinambungan itu akan semakin baik. Lagipun minggu lepas, Kelantan bermain bukan dengan kesebelasan utama.

Pun begitu, tengok sahaja malam ni. Harap perlawanan akan berlangsung tanpa sebarang perkara yang tidak elok. Risau pulak tengok perlawanan yang sebelum ini dalam Liga Perdana dan Liga Malaysia banyak pergaduhan dan kejadian tidak diingini berlaku.

Steady kepada kawan-kawan yang sudah bersedia untuk ke stadium. Enjoy game, MrJocko layan bola kat rumah jer. Gomo Kelate Gomo. Ramalam MrJocko untuk perlawanan Final FA antara Kelantan vs Johor Darul Takzim malam ni ialah Kelantan 2 - 1 Johor Darul Takzim. Satu gol Indra dan satu gol dari Piya untuk Kelantan. Untuk Johor Darul Takzim, satu gol dari Azuan Roya.

Maggi 2 Minute Noodles Bersama Selebriti Lisa Surihani, Scha AlYahya Dan Awal Ashaari

$
0
0
Julung-julung kali sebenarnya MrJocko dijemput untuk bersama-sama ke majlis masak-memasak ni. Mungkin kerana ramai yang tak tahu, MrJocko memang sememangnya pandai memasak dan memang pernah ada kedai makan TomYam dan Western Food beberapa tahun dulu.

Jemputan dari Nuffnang dan MAGGI® Malaysia (Nestle) ini sememangnya satu penghargaan untuk MrJocko mengasah kembali skill dan teknik memasak yang pernah MrJocko praktikkan untuk event MAGGI® 2 Minute Noodles - Artiste Cook Off With MAGGI® Fans di MAGGI® Kitchen di bangunan Surian Tower Mutiara Damansara.

Kami sebagai rakan media dan MAGGI® Fans bertuah kerana ada 3 selebriti popular tanah air akan bersama-sama kami memasak menu segera yang paling popular di Malaysia iaitu MAGGI® mee. Kami berbesar hati kerana kami ditemani Lisa Surihani, Scha AlYahya dan Awal Ashaari dalam sessi memasak 'MAGGI® 2 Minute'






Sessi memasak kami pada hari itu dibimbing oleh Chef terkenal iaitu Chef Muluk dan dibantu oleh petugas-petugas serta crew MAGGI® Kitchen. Kami diberikan menu utama iaitu MAGGI® Kari dan disamping menu tambahan seperti ayam, udang dan ikan serta bahan-bahan lain sebagai bahan-bahan yang kami perlu pilih dalam masakan kami.

Memandangkan ini ialah satu pertandingan memasak, maka bahan-bahan yang diberikan semestinya yang segar, berkualiti dan sememangnya dipilih untuk menyedapkan lagi MAGGI® 2 Minute ini. Begitulah cara MAGGI®. Anda sebenarnya boleh memasak Maggi dengan mudah, cuma 2 minit dengan pelbagai cara dan citarasa anda. Kalau diikutkan, tak perlu bahan lain pun, cuma rendam MAGGI® dalam air panas selama 2 minit, letak perencah, terus boleh makan, ia memang enak...




Memandangkan hari tu, kami ditemani Lisa, Scha dan Awal, mereka turut sama bersama kami memotong bawang, potong ayam dan memasak bersama kami. Scha antara selebriti yang join Grup kami dan memang dialah yang bagi idea nak buat apa. Tengok la cara dia masak, macam seorang Chef. Menu kami pada hari tu MAGGI® 2 Minute dan Ayam.






Tengokla masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing. Paling sibuk si Scha, nampak semangat dia nak masak MAGGI® ni. Kami pun apa lagi, layan jer la. Bukan selalu ada chance nak main masak-masak dengan selebriti ni kan???

Hasil kerjasama semua, kami berjaya siapkan masakan kami dengan Menu MAGGI® Mee Nusantara kerana di dalam menu kami, ada pelbagai perencah dan bahan yang kami pasti ia akan memenuhi selera Nusantara, cewahhh. 





MrJocko sedang menerangkan menu MAGGI® Mee Nusantara kepada Juri

Setelah siap, menu kami dihidangkan dan dipersembahkan untuk tontonan ramai. Di sini masakan MAGGI® kami diadili sendiri oleh Chef Muluk dan selebriti. Dan akhirnya,,, selepas kami mempersembahkan masakan MAGGI® 2 Minute kami pemenangnya adalahhh....... "kami semua" kerana berjaya memasak MAGGI® 2 Minute dalam masa yang ditetapkan, Yeay!!!





Ini lah resipi rahsia kami, Maggi Mee Nusantara. Ayam goreng MAGGI® yang ada dalam hidangan kami menjadi favourite Scha dan Lisa. Mudah sahaja nak buat menu yang enak ni...

Bahan-bahan :
2 paket Maggi Kari
Ayam yang di potong
Bawang Besar
Bawang Putih
Daun Ketumbar
Daun Bawang
Telor
Black Pepper
Perahan Air Limau Purut
Maggi Cukup Rasa

Untuk hiasan :
Bawang Goreng
Taugeh Rebus
Daun Pudina

Cara memasak :
Tumis bawang besar dan bawang putih secukupnya. Guna api sederhana. Biarkan sehingga kekuningan kemudian masukkan sedikit daun limau purut, daun ketumbar dan air untuk merebus Maggi. Masukkan hirisan ayam dan bila ayam hampir masak, masukkan Maggi mee.

Dalam masa yang sama, pecahkan telor dan celop hirisan ayam ke dalam telor dan ke perencah Maggi. Ambil hirisan ayam tersebut goreng sehingga kekuningan. Dalam lebih kurang 2 minit, masakan Maggi Mee Nusantara anda sudah siap.

Jika anda mahukan lebih rasa, goreng telor dadar dengan lapisan nipis. Anda boleh potong secara halus dan letakkan di atas hidangan Maggi 2 Minutes anda sebagai hiasan bersama daun bawang, daun pudina dan taugeh. Cuba la yer. Yang pasti Scha dan Lisa memang suka Hirisan Ayam Goreng yang disalut telor dan perencah Maggi. :)




Lihatlah mereka, bro HazmanFadzil dan CikLilyPutih, memang tak sabar nak rasa hidangan MAGGI® pada hari tu. Terima kasih kepada pihak MAGGI Malaysia kerana menjemput kami dalam event Artiste Cook Off With MAGGI® Fans. Serius kami memang teruja dengan aktiviti dan juga menu-menu pilihan yang mudah dan cepat untuk memasak MAGGI® mee.




Nampaknya skill dan menu yang kami belajar di MAGGI® Kitchen pada hari tu akan MrJocko wariskan kepada anak sulung MrJocko iaitu Khalisha. Dia memang suka masak dan ada bakat memasak. Lepas ni boleh ajak Khalisha memasak MAGGI® Kari Ala Sarawak pulak.





Berminat dengan menu masakan MAGGI yang pelbagai? Boleh lihat di YouTube

dan banyak lagi...


Cash Out Income Nuffnang MrJocko Kini 4 Angka

$
0
0
Setelah kembali menulis secara konsisten bermula 2011 dan masih bersama Nuffnang, akhirnya kini income cash out dari Nuffnang mencecah 4 angka. Bermakna, nilai blog MrJocko kini di mata Nuffnang sudah naik satu level lagi berbanding sebelumnya. Alhamdulillah.
 
Walaupun dalam masa yang sama, ada banyak syarikat atau avertising company yang contact melalui telefon dan email, schedule dari pihak Nuffnang menjadi pilihan utama MrJocko. Banyak event dan jemputan syarikat lain terpaksa MrJocko tolak kerana dalam masa yang sama banyak terlibat dengan event Nuffnang.
 
 
 
Bukan senang nak senang dan tak perlu kita mengejar sesuatu yang kita belum pasti, sedangkan kita sudah punyai 'peluang' yang terbuka luas di Nuffnang. Sehingga hari ini, saya hanya ada Nuffnang dan tidak terikat dengan program syarikat advertising lain seperti I****y atau A********s.
 
Mungkin belum masa saya untuk mencuba di tempat lain. Setakat hari ini, saya masih selesa dengan Nuffnang.

Makan Seafood Di Art Catering Restaurant Bagan Lalang

$
0
0
Ini cerita lama, cerita masa kami singgah makan di Art Catering Restaurant Bagan Lalang beberapa bulan yang lepas. Kali pertama dulu MrJocko singgah makan dengan rakan sepejabat waktu kursus di Golden Palm Tree Sepang tahun lepas. Kali ni bawa family singgah makan kat sini.





Kami sampai dah sekitar jam 6.00 petang. Alang dah sampai, kami terus order untuk makan malam terus. Kami order Siakap Stim, Lala dan Tomyam Campur. Cukup la kami sekeluarga. Nak cuba juga menu kat area Bagan Lalang ni, maklum la tepi laut, katanya harga murah.





Masa menunggu tak la lama. Kira servis penghantaran dari masa order sampai masa nak makan kejap jer. Mungkin ada ramai tukang masak di dapur. Tetapi dari segi rasa, MrJocko tak rasa sangat kelebihan menu kat sini. Kalau siakap stim tu, kat KL masih banyak kedai yang boleh lawan rasa cam tu. Antaranya Jees Seafood Gombak, Vicchuda Tomyam Damansara dan beberapa kedai lagi.

Menu lain, MrJocko Lala yang sekilo tu, RM30 satu gram agak mahal. Nak kata segar tak tau la pasal rasa lebih kurang je. Tomyam boleh la. Tetapi secara overall, kalau MrJocko singgah di area Bagan Lalang tu, tak nak dah singgah kat kedai ni. Sorry yer tuan kedai. Mungkin MrJocko akan cuba makan di kedai lain berhampiran pantai.

Satu lagi, kalau anda rasa nak makan seafood, rasanya zaman sekarang, boleh cari restoran sekitar KL jer. Dah la harga lebih kurang, rasa pun ada yang lagi sedap di KL. Kalau ke Bagan Lalang, confirm duit minyak, tol, drive makan masa lagi, extra kos tu. Pandangan peribadi MrJocko, jangan kata ini hasutan pulak.

Harga Semasa Emas Jatuh Lagi, Jom Beli Emas Murah

$
0
0
Dalam beberapa bulan lepas, harga emas jatuh mendadak. Bayangkan dari harga sekitar RM195 satu gram pada bulan Oktober 2012, kini harga semasa emas jatuh mendadak sehingga RM140 satu gram di sekitar Kuala Lumpur. Bayangkan dalam masa tak sampai setahun, harga semasa emas jatuh sehingga RM50 untuk satu gram.

Sesetengah tempat seperti di kedai emas di Kuala Pilah, terkenal dengan harga yang murah berbanding Kuala Lumpur. Kalau anda nak tahu, harga jualan barang kemas di sekitar pekan Kuala Pilah biasanya murah RM20 bagi setiap satu gram. Dengar kata harga di sana dalam minggu lepas sekitar RM120 untuk satu gram, murah kan???



Kalau harga emas jatuh dan murah, apa yang perlu kita buat? Erm... soalan yang senang tetapi jawapan mengikut keadaan. Kalau anda ada banyak barang kemas, anda terpaksa la simpan dan pakai seperti biasa. Kalau ada wang lebih, beli la barang kemas seperti cincin, anting-anting dan bagi yang mampu beli gelang tangan atau rantai leher. 

Bayangkan kalau anda beli sekarang RM120 satu gram untuk rantai leher dengan berat 50 gram, maka anda akan bayar sekitar RM6,000 sahaja. mungkin untuk barang kemas tersebut anda terpaksa membayar sekitar RM500 untuk kos upah. Jadi, jumlah yang perlu dibayar sekitar RM6,500 sahaja. Andai satu hari, harga emas naik sehingga RM200 satu gram, nilai gelang emas anda akan menjadi RM10,000. Anda akan untung bersih sekitar RM4,500. 




Banyak pilihan kedai-kedai emas yang anda boleh pilih samada untuk memilih membeli barang kemas anda di Habib Jewel, Poh Kong, Emas Sri Pinang, Tomei dan kedai-kedai emas biasa. Ada yang bertanya, kenapa tidak beli Kepingan Jongkong Emas atau Gold Bar? Bukankah membeli kepingan Jongkong Emas atau Gold Bar lagi untung kerana tiada Kos Upah???

Nanti MrJocko kongsi mengikut pendapat MrJocko, kenapa lebih bagus beli barang kemas berbanding kepingan Jongkong Emas 5 gram, 10 gram, 50 gram atau 100 gram.

Apa Dia Perancangan Harta Mengikut Islam

$
0
0

 

Minggu lepas MrJocko menghadiri satu kursus tentang perancangan harta mengikut Islam. Secara mudah, boleh kita simpulkan Perancangan Harta mengikut Islam apabila seseorang itu meninggal ialah mengikut kombinasi hukum Shariah dan Undang-undang Sivil.

Dalam perancangan harta mengikut Islam, ada beberapa bahagian yang perlu diambil kira seperti pengurusan Wasiat, pemberian Hibah, penamaan Wakaf, pembahagian Harta Sepencarian dan juga pampasan Takaful si Mati.

Mengikut Shariah, kita sebagai orang Islam, mempunyai undang-undang pembahagian harta dan mestilah mengikut Faraid. Apa itu undang-undang Faraid? Nanti kita kongsi kemudian.

Jemputan Ke Azam Raya Bersama Watson dan Faizal Tahir

$
0
0
 
 
Minggu ni busy sikit. Banyak kerja dan appointment dengan klien sementara sebelum masuk bulan Puasa. Minggu ni juga ada 5 invitation untuk Premiere Screening dan juga product launch di sekitar Kuala Lumpur. Antara yang menarik minat MrJocko, jemputan ke Azam Raya Bersama Watson dan Faizal Tahir.
 
Nampaknya kali ni dapat lagi in person jumpa bro Faizal Tahir dalam majlis ni. Dah lama tak nampak Faizal Tahir kat kaca TV kan? Kali ni boleh jumpa Faizal Tahir di majlis Azam Raya Bersama Watson dan Faizal Tahir. Nanti MrJocko kongsi gambar dan cerita di Facebook, Twitter, Instagram dan Blog MrJocko :).

Best Ke Panjat Bukit Broga?

$
0
0

 

Berikutan aktiviti MrJocko, Ekspedisi Mendaki Bukit Broga yang pernah dikongsi sebelum ni, ada beberapa kawan tanya best tak panjat bukit Broga? So jawapan kepada soalan itu, best kalau anda 'fit' dan tak berapa best kalau anda 'pancit'.

Kenapa MrJocko cakap seperti itu? Maklumla, kalau ikutkan mereka yang sebaya 'muda' macam MrJocko mesti jarang buat senaman. Kalau dah boroi, selalunya cepat penat. Cepat letih. Setakat Broga Hills bukan la tinggi sangat tetapi kena ada stamina kalau nak panjat naik ke atas.

 

 

Tapi, yang sebenarnya, anda cuba sendiri panjat Bukit Broga, baru anda nilai sendiri best atau tidak. Walaupun penat, bila dah sampai dipuncak, kepuasan melihat pemandangan seluruh kawasan Semenyih akan memberikan anda satu 'feel' yang tiada bandingan.

 

Bagaimana Advertiser memilih Blogger

$
0
0
Dalam tempoh beberapa tahun ni, media social semakin mendapat tempat di kalangan syarikat yang ingin beralih arah untuk memasarkan dan mempromosikan produk dan servis mereka kepada potensi pelanggan. Kalau dulu, mereka fokus kepada iklan di suratkhabar, radio dan TV, kini ramai mereka beralih kepada rangkaian Media Social seperti Online Advertising Company dan Blogger.

Bagaimana cara sesebuah Advertiser memilih Blogger untuk menyampaikan strategi pemasaran dan promosi produk serta barangan mereka. Ini ialah mengikut pandangan MrJocko dari pemerhatian selama MrJocko terlibat dalam bidang Media Social.

Syarikat biasanya akan meminta khidmat syarikat Online Advertising untuk mendapatkan khidmat dari Blogger terpilih. Ada diantara pihak Advertiser pandai dalam memilih blogger dengan memilih blogger mengikut kriteria minima supaya pemasaran dan promosi produk dan servis pelanggan mereka sampai kepada potensi pelanggan yang lebih meluas dan lebih berkualiti.

Namun dalam masa yang sama, ada juga sesetengah Advertiser yang mengambil jalan mudah, tiada membuat research, mengambil sesiapa sahaja, asal mempunyai blog, untuk dijadikan sebagai syarat mereka menggunakan blogger dalam cara mereka memikat potensi pelanggan.

Bayangkan, jika Advertiser yang lebih bijak, mereka boleh mendapatkan potensi blogger yang mempunyai Unique Visitor dalam lingkungan 1,000 pembaca dalam masa sehari, dengan Advertiser yang kurang bijak, tangkap muat blog yang punyai Unique Visitor kurang dari 500 pembaca sehari... Mana yang lebih bagus??? Sudah pasti blogger yang menerima trafik pembaca lebih tinggi, lebih disukai oleh advertiser.





Kerana ini, sebagai Blogger yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang Blogger yang berkualiti, mereka akan berusaha untuk menulis dan menarik minat lebih ramai pembaca ke blog mereka. Lebih ramai pembaca ke blog mereka, potensi mereka untuk lebih berkualiti dan lebih terkenal sebagai Blogger hebat akan tercapai.

Saya pun nak jadi blogger hebat dan punya potensi untuk terus maju... Jenguk-jenguk la blog saya selalu yer.
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live