Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Wordless Wednesday - Akibat Kongsi Password FB Dengan Isteri

$
0
0


Ini akibatnya kongsi Password Facebook dengan isteri... ekekeke

Planet Ikan Bakar Dan BBQ Steamboat Buffet Terbaek

$
0
0
Hari minggu lepas MrJocko ada jumpa klien dan rakan business di Wangsa Maju. Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan untuk kali ni MrJocko berjaya menambah seorang lagi klien baru dan seorang rakan business. Semoga kejayaan akan menjadi destinasi kami selepas ini.
Pertama kali kami singgah makan di Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat Buffet Taman Melati. Restoran ini menyediakan masakan nasi campur dan juga Steamboat Buffet kepada pelanggan mereka. Kami cuba pakej Steamboat Buffet kat sini, harga cuma RM26.90 bagi setiap seorang dan disajikan dengan pelbagai pilihan yang menarik.
 

Untuk pilihan sajian di Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat Buffet Taman Melati ni, ada banyak lauk pauk yang boleh dipilih. Ada udang, sotong, ketam, ayam, daging, kambing, kerang, sayuran, fish ball, meatball, aiskrim, buahan dan juga nasi goreng.

Boleh dikatakan, sangat berbaloi kalau anda singgah makan Buffet Steamboat kat sini. Sangat-sangat berbaloi. MrJocko dan family dapat makan dengan aman, rileks, sedap dan sangat kenyang.

Untuk buffet steamboat di sekitar Taman Melati, MrJocko sangat syorkan anda singgah ke Planet Ikan Bakar dan BBQ Steamboat Buffet.

Pengalaman Menaiki China Airlines KLIA - Taipei

$
0
0
 
Kalau sebelum ni MrJocko pernah menaiki pesawat MAS, AirAsia dan Japan Airlines. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Tapi semua flight memang ada X Factor kelebihan trademark tersendiri. Dan untuk kali pertama ketika ke Taipei, MrJocko berpeluang menaiki penerbangan China Airlines.
 
 
Untuk penerbangan sejauh KLIA ke Taipei, kami menaiki pesawat 747 dan ia mempunyai lebih kurang 600 tempat duduk. Mempunyai 3 barisan tempat duduk dan MrJocko berada di Zone 1, berada di bahagian ekor pesawat.
 
 
Memandangkan kami sudah menempah makanan halal, maka tak jadi masalah kerana kami dihidangkan dengan set roti jala, kek, buahan dan juga sayuran. Kami dihidangkan dengan Air Suam dan Jus Oren. Rasa memang ada original Melayu. Mungkin disediakan di Malaysia.
 
 

Memandangkan ini penerbangan selama 4 jam lebih, maka setiap penumpang diberikan satu set LCD lengkap bersama remote control. Dalam pakej hiburan ini ada pilihan filem terkini, muzik, rencana dan juga permainan dan ia adalah PERCUMA kepada setiap penumpang. MrJocko sempat layan filem Die Hard 5 dan rasa selesa ketika menontonnya.

Pramugari China Airlines juga memang friendly dan banyak membantu. Walaupun sebelum ini MrJocko pernah dengan kejadian buruk berkaitan China Airlines, tetapi pengalaman pertama menaiki China Airlines masih memberikan rasa puas.

Kalau ada peluang, boleh jer naik China Airlines.

Kebakaran Di Dinihari, Harap Semua Terselamat

$
0
0

 

Awal pagi hari ni, selepas waktu Subuh, MrJocko terlihat dari jauh kepulan asap dan api yang marak dari beranda rumah. Dalam anggaran MrJocko, ia mungkin sebuah kilang di kawasan Jalan Ipoh atau Sentul.

Dari jauh nampak api yang besar sedang membakar bangunan yang ada. Harap tiada nyawa yang terkorban dan semuanya selamat. Tunggu sahaja berita di kaca TV atau suratkhabar kalau nak tahu apa yang terjadi.

Musim Cuti Sekolah, Musim Kerja Bersama Anak

$
0
0

 

Nampaknya musim cuti sekolah selama dua minggu hampir tamat. Sangat lama tu. Memang suka budak-budak sekolah kalau dapat cuti penggal lama seperti ni. Lagi suka bila dapat pergi bercuti bersama keluarga.

Musim cuti sekolah kali ni, seperti biasa, kami lepak KL jer. MrJocko tak berapa suka bercuti masa cuti sekolah kerana banyak sebab. Antaranya, harga hotel, harga barang biasanya akan naik. Lokasi tumpuan ramai semestinya akan dipenuhi dengan orang ramai yang berganda lebih ramai dari hari biasa.

Jadi, kalau musim cuti sekolah, MrJocko ambil kesempatan bawa MyKids untuk tengok cara MrJocko bekerja. Biar dia tahu, apa sebenarnya kerja Daddy diorang. Biar diorang tahu, bukan senang cari duit. Biar diorang tahu Daddy diorang kerja untuk cari duit untuk diorang jugak.

 


 

Seharian mereka ikut MrJocko kerja. Dari pagi, ke tempat nesting, lepas tu jumpa klien tengahari dan petang ke pejabat Public Mutual Bangsar untuk urusan pendaftaran new agents. Katanya diorang happy dan masih nak ikut MrJocko kerja kerana di samping buat kerja sekolah, exercise dan latihan soalan sekolah, mereka juga boleh layan YouTube kartun kegemaran mereka dan boleh makan apa-apa yang diorang nak.

Tapi rasanya tak boleh selalu bawa MyKids masa MrJocko kerja kerana MrJocko tahu mereka penat. Pasal bila keluar jam 8.00 pagi diorang nampak semangat sangat, dan waktu pulang jam 7.00 malam nampak sangat mereka penat. Sampai rumah lepas Isya' jam 9.30 malam dua-dua terus lelap Zzz...

Hotel Review - Shangrila Farm Resort, Yilan

$
0
0


Hari kedua kami, satu bas kami dibawa ke Shangrila Farm Resort di Yilan. Di sini ia umpama kawasan tanah tinggi menyerupai kawasan Cameron Highlands. Namun di bulan Mei, kawasan Yilan ini tidak la sesejuk biasa. Pun begitu ada la juga rasa dingin, lebih-lebih lagi waktu malam.

Ada banyak yang menarik di Shangrila Farm Resort Yilan ini kerana ia sangat berbeza dengan hotel-hotel lain di taipei. Antara yang sangat MrJocko kagum, di restoran Shangrila Farm Resort Yilan, terdapat satu bahagian dapur masakan dan ruang makan khas untuk masakan HALAL Sahaja. Nanti MrJocko kongsi info pasal ni.

Makan malam dan sarapan pagi memang menyelerakan bila dihidangkan dengan masakan Halal. Tiada ragu-ragu. Ruang bilik yang besar dimana setiap bilik disediakan 2 katil bersaiz Queen. Ada sejadah dan penanda arah Kiblat di dalam bilih, punyai Wifi Percuma dan juga ada banyak aktiviti selepas waktu makan malam termasuk Persembahan Kebudayaan, Permainan Gasing, Buat Kuih dan juga permainan Tanglung dan Bunga Api. Sangat meriah. Cerita pasal aktiviti ni akan menyusul kemudian.






Jika anda ke Taipei, cuba ambil peluang untuk ke Shangrila Farm Resort Yilan. Khabarnya persembahan kebudayaan itu akan diadakan pada setiap malam khusus untuk pengunjung hotel. Memang meriah dan anda akan dapat pengalaman yang baru di Shangrila Farm Resort Yilan.

Bermain Tanglung Di Shangrila Farm Resort Yilan

$
0
0
 
Tengok sendiri betapa excited MrJocko bermain Tanglung di Sharila Farm Resort Yilan. Tak pernah main, bila dapat peluang, apa lagi. Rupanya syiok juga main Tanglung ni.
 
Setiap tanglung memerlukan sekurang-kurangnya 4 orang untuk melancarkannya. Seorang perlu menyalakan api yang berada di bawah dan ditengah-tengah Tanglung. Selepas api menyala, kiraan dibuat dan selepas dalam anggaran 20 saat atau kiraan, Tanglung sudah sedia untuk dilepaskan.
 
 

 

Tanglung perlu dilepaskan dengan berhati-hati kerana kalau salah step, Tanglung akan terbakar. Jika Tanglung dilancarkan secara baik, ia akan naik dan naik sehingga mencecah awan. Kalau ada peluang, sudah pasti MrJocko nak main Tanglung lagi :).

Terowong Hsuehshan, Kedua Terpanjang Di Asia Tenggara

$
0
0
Di Taiwan terdapat satu Terowong yang terkenal kerana setakat hari ni, kerana merupakan terowong Kedua Terpanjang di Asia Tenggara dan Kelima Terpanjang di Dunia. Terowong ini diberi nama Hsuehshan Tunnel dan ia menghubungkan antara bandaraya Taipei ke bahagian Yilan.





Terowong ini mempunyai jarak sehingga 13 kilometer dan ia memakan masa selama 15 tahun untuk disiapkan. Ia mula dibuka pada umum pada 16 Jun 2006 dan mempunyai had laju maksima cuma 70km/h sahaja.

Bayangkan kalau anda masuk ke Terowong Hsuehshan ini kemudian berlaku gempa bumi,,, apa perasaan anda??? Sudah pasti kecut bukan :)


Susahnya Nak Lepas Level Candy Crush Saga

$
0
0
Ramai rasanya sudah terkena sindrom aplikasi permainan Candy Crush Saga di smartphones atau di laptop. Ramai yang terpaksa bermain kemudian bila dah stuck 2 - 3 kali di level yang sama terpaksa mintak nyawa dari rakan-rakan lain yang ikut sama bermain Candy Crush Saga.




Setiap nyawa penuh Candy Crush Saga, hanya mempunyai 5 nyawa sahaja. Ini bermakna, sebanyak 5 kali pemain diberi peluang untuk bermain dalam satu masa. Kalau dah habis semua 5 nyawa tersebut, terpaksa menunggu 30 minit untuk mendapatkan satu nyawa baharu. Lambat kan??? Jadi bagi yang tak tahu malu, terpaksa menagih nyawa dengan kawan-kawan lain.

Camana dengan anda? Ketagih main game Candy Crush ke tidak??? Sudah berada di level yang ke berapa? Tahu tak yang ada aplikasi untuk code hacked permainan Candy Crush Saga ni??? Mesti ramai yang mencari bagaimana nak hacked game Candy Crush Saga ni kan???

Bermain Gasing Tradisional Taiwan Di National Centre For Traditional Arts Yilan

$
0
0
Sewaktu kami dalam perjalanan ke Shangrila Farm Resort di Yilan, kami singgah di National Centre for Traditional Arts. Ia merupakan satu kawasan yang terletaknya banyak hasil tradisional negara Taiwan dan dijual kepada pengunjung yang melawat kawasan tersebut.

Kat sini ada perusahaan kraf, batu jed, kristal, seni anyaman tangan dan banyak lagi. Yang menarik perhatian MrJocko ialah sekumpulan kanak-kanak sekolah yang sedang bermain permainan Gasing. Nampak simple jer, tapi ia bukan senang. 







Memandangkan MrJocko tahu serba sedikit pasal permainan gasing ni, maka cuba la layan main gasing dengan budak-budak ni. Seronok,,, Kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari laman web National Centre For Traditional Arts



Jangan Undi Saya Di DiGi Wwwow 2013

$
0
0


Tahun ini kembali lagi. Pastinya lebih hebat, lebih meriah dan lebih hadiah untuk dimenangi. Tahniah kepada DiGi Telecommunications kerana masih lagi mempunyai usaha untuk menghargai dan memberi penghargaan kepada rakan-rakan media social samada blog atau laman web.

Tahun ni, jangan Undi MrJocko.com kerana tahun ni mrJocko tak register pun untuk sebarang calon. tahun ni rasa tak berani pulak nak calonkan diri pasal realitinya sangat ramai blogger lain dan laman web lain sangat hebat. Kalau dulu boleh VOTE MRJOCKO kat DIGI WWWOW 2012

Tapi MrJocko sangat rekemen anda semua masuk ke DiGi Wwwow 2013 dan sila support rakan-rakan yang telah menghantar nama sebagai calon-calon dalam kategori masing-masing. Support mereka bererti kita support dunia blogger juga. Hari ini kita sokong mereka, esok lusa mana tahu mereka akan support kita pulak. Jangan lupa Vote Calon-calon DiGi Wwwow 2013 yer...

Promosi Buffet Kampung Di Tropicana Golf Resort

$
0
0


Burp!!! MrJocko baru lepas pulang dari mencuba menu-menu yang sedap dan terbaik di Tropicana Golf And Resort. Waduhhh,,, kenyang sekali. Bak kata Eyriqazz, Kenyang Perut Suka Hati. Ambik entry Zaid, seperti Berbuka Puasa Sup Gearbox.

Mesti ramai nak tahu review pasal harga Buffet Ramadhan di Tropicana Golf and Resort ini serta menu-menu yang ada di sana sempena dengan promosi hebat tersebut bermula bulan Jun dan Julai 2013 nanti. Tunggu review menu-menu yang sudah MrJocko cuba di sana serta harga tawaran makan malam atau berbuka puasa dengan tema buffet kampung di Tropicana Golf and Resort.

Terima kasih kepada pihak Marketing Tropicana iaitu Ms Samantha, En Ezani dan En Razak kerana menjemput MrJocko sertai sessi Food Review sempena promosi Buffet Ramadhan yang akan datang di Tropicana Golf and Resort. Terima kasih juga kepada Kak Red sebagai Ketua Rombongan yang memasukkan nama MrJocko dalam list rombongan Food Review ini. :)

Leka Bermain BUIH SABUN Sehingga Terinzal Keseronokan

$
0
0
Kalau orang lelaki, kebanyakkannya mesti ramai yang pernah main BUIH SABUN dan ramai juga yang SUKA main buih sabun dibilik mandi. Ekekekek,,, jangan salah faham, ini bukan buih sabun yang anda fikirkan. Ini buih sabun lain yang lebih menginzalkan.

First time layan buih sabun terus terasa syiok. Godaan hawa nafsu bermain buih sabun sememangnya tak boleh nak elak lagi. Dah ada di depan mata, MrJocko terkam. Mula-mula satu, lepas tu main berdua, lepas tu nak main threesome, tak boleh pasal tak cukup korum. Hahaha,,, 







Memang best dapat main buih sabun besar di Shangrila Farm Resort, Yilan. 

Cek Nuffnang Bulan April, Tapi Baru Bank-in Bulan Jun

$
0
0

 

Nyaris-nyaris hilang cek income dari hasil blog bulan April 2013 semuanya kerana kesibukkan. Mulanya lupa nak bank-in ke dalam akaun. Lepas tu, lupa letak mana. Semalam masa kemas beg, baru terjumpa balik. Rezeki masih ada.

Pagi semalam terus ke Maybank untuk masukkan cek tersebut ke dalam akaun. Dengan income dari blog sebanyak RM102 pada bulan April 2013 tu, boleh la buat bayar bil telefon. Thanks Nuffnang.

Live Dari Gerai Pak Hassan Kg Baru

$
0
0

 

Sekali sekala tukar selera dan kali ni ke Gerai Pak Hasan Kg Baru untuk pekena Roti Canai Gulai Dhal Kaki Ayam yang terkenal di Kuala Lumpur.

Pagi ni orang memang ramai dan kebanyakkannya MrJocko lihat staff syarikat area sini dan paling ramai student UniKL.

 


 

Nak datang makan sini mudah je. Cari bangunan Bank Pembangunan di Kg Baru, gerai ni betul-betul berada di hadapan bangunan ini.


Geram Tengok Soft Toys Sully Dan Mike Percuma Di Churp Churp

$
0
0


Selepas breakfast tadi di Gerai Pak Hassan Kampung Baru, MrJocko terus singgah di pejabat Churp Churp. Ini kali pertama MrJocko berurusan dengan geng-geng Churpie kerana nak ambik hadiah contest bulan lepas. Yeay!!! MrJocko menang Tiket MIMMA dari Tune Talk.


Sampai di pejabat Churp Churp, sekali lihat ada banyak Soft Toys karektor Sully dan Mike dari filem terbaru Monster University. Ingatkan diorang nak beri MrJocko tetapi rupanya itu semua hadiah untuk anak-anak dan mereka yang kurang bernasib baik. Itu semua untuk charity dan pihak Churp Churp dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya.


Nak mintak tak boleh, jadi MrJocko tumpang ambil gambar sajer la. Lembutnya... kalau anak MrJocko nampak, mesti dia pun nak. Ekekeke,,, tapi tak pa, minggu depan Nuffnang dan panggil untul slot Premiere Screening Monster University di Citta Mall Petaling Jaya. :)




Menu Halal Dalam Cabin China Airlines

$
0
0

 

Untuk penerbangan MrJocko ke Taipei, pihak syarikat kami, Public Mutual dengan penuh rasa tanggungjawab sudah menempah dan meminta pihak China Airlines supaya menyediakan menu makanan Halal di dalam penerbangan untuk penumpang yang berugama Islam.

Oleh yang demikian, MrJocko tak rasa risau setiapkali menyertai Trip NSC anjuran syarikat kami. Bagi yang memohon untuk makan makanan yang halal, permintaan kami diuruskan oleh pihak syarikat dengan baik sekali.

 

 

Kali ini kami dapat rasa menu masakan ala Taiwan di dalam penerbangan dan ia ditanggung halal. Ada nasi, roti jala, ada sup, roti, sayuran dan semestinya pemanis mulut dan jus oren. Penerbangan kami memang best walaupun kami semua hanya berada di Kelas Ekonomi. Terima kasih Public Mutual Berhad dan China Airlines.

Collect Tiket MIMMA Di Churp Churp

$
0
0

 

Last month MrJocko menang contest Twitter anjuran pihak Churp Churp. Yeay!!! Semalam singgah pejabat Churp Churp untuk ambil tiket Grand Finals Mixed Martial Arts Fighting Championship yang akan berlangsung di Stadium Negara Kuala Lumpur.

Terima kasih kepada pihak penaja,MIMMA, TuneTalk dan Churp Churp. Tak sabar nak tengok perlawanan malam esok. Ada sesiapa yang sertai event MIMMA esok? MrJocko berada di Bronze Area.

 

Sharing Session Group E2

$
0
0


Selepas beberapa bulan akhirnya kami berkumpul sekali lagi di ruang kelas pejabat Public Mutual Shah Alam. Hampir memasuki tahun ketiga kami bersama-sama berkongsi info, idea serta support antara satu sama lain dan masih lagi bangga menjadi sebahagian dari Group E2.





Sesi perkongsian hari ini kami fokuskan tajuk Recruitment yang sememangnya isu penting dalam menggerakkan dan memperkembangkan agensi. Untuk terus berjaya, kami perlu rekruit dan terus recruit.



Alhamdulillah, yang dapat hadir hari ni termasuk Miera sebagai individu yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti kami, Kak Rohana dan Abg Adnan, Ecah, Nisa, Aida, Shahrol, Naz dan MrJocko. Geng lain tidak dapat hadirkan diri kerana komitmen kerja.



Next session mungkin akan diadakan selepas Raya Puasa. Saya bangga menjadi sebahagian keluarga Group E2.


Mencari Ramli Musim 2 - Undi Pemain Pilihan Anda

$
0
0
Sekiranya anda meminati program realiti berbentuk sukan semestinya anda sudah menyaksikan rancangan hebat program Mencari Ramli Musim 2 tajaan pihak Telekom Malaysia dengan kerjasama pihak Team Malaysia. Ia bagaikan satu fenomeno baru dari Team Malaysia dalam memartabatkan sukan Bolasepak dalam bentuk jenama Malaysia di persada antarabangsa.

MrJocko pernah berkongsi maklumat awal berkenaan program realiti Mencari Ramli Musim 2 ini di SINI.





Musim baru Mencari Ramli 2 kini sudah menemui penonton di saluran TV3 pada setiap Jumaat jam 7.30 malam.  Kali ini, Akim Ahmad menjadi Hos rancangan dan akan bersama-sama penonton menyaksikan aktiviti pemilihan dan latihan sehingga penentuan siapakah Ramli Musim 2 dalam 13 episod ini.

Pada musim pertama, kita telah menyaksikan Farhan, Adam Nor dan Solehin telah terpilih sebagai 3 pemain pilihan dalam program Mencari Ramli. Tahun ini, siapakah yang akan bakal dipilih oleh Juri dan penonton untuk menjadi 'Ramli'?





Semestinya impian menjadi Ramli Musim 2 ini menjadi impian ramai remaja Malaysia kerana sekiranya terpilih, mereka akan mendapat peluang seumur hidup untuk menyertai peluang ke Manchester United, Berlatih di Manchester United Soccer School dan juga Tajaan Biasiswa Bersama Kelab Frenz United. Hadiah yang ditawarkan merupakan hadiah terbaik dan peluang sekali seumur hidup.







Bagaimana pemilihan pemain dan corak latihan yang akan diadakan di dalam Mencari Ramli Musim 2??? Apa kriteria pemilihan pemain Mencari Ramli 2?





Seramai 222 orang pemain akan dipilih dari kesemua pusat pemilihan pemain seluruh negara yang telah dibuat. Daripada jumlah itu, hanya 30 orang sahaja yang akan dipilih untuk menyertai pemilihan akhir. Pemain dipilih berdasarkan kategori Terbuka. Tetapi ia akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu Group A - Umur 13 hingga 14 tahun dan Group B - Umur 15 - 16 tahun.

Permainan akan dimulakan dengan permainan 5 sebelah dan jika mereka layak, mereka akan ke pemilihan permainan 7 sebelah. Kriteria pemilihan pemain dalam Mencari Ramli Musim 2 berdasarkan kepada 7 kriteria utama iaitu Bakat, Teknikal, Taktikal, Skil, Kepintaran, Kelajuan dan Kekuatan.





Mencari Ramli Musim 2 mempunyai ramai Juri dan tenaga kerja yang berkualiti dan berkaliber. Mereka sememangnya pakar dalam bidang masing-masing. Mereka akan diketuai oleh saudara Ahmad Fairuz Yunus yang akan bertindak sebagai Ketua Jurulatih.

MrJocko begitu kagum bila menonton rancangan program Mencari Ramli sejak dari musim pertama kerana melihat kesungguhan pemain-pemain remaja ini untuk turut serta. Tak kurang melihat sokongan padu dari ibubapa dan saudara mara serta penglibatan dari pelbagai kaum termasuk dari kaum Melayu, Cina, India dan juga Malaysia Timur untuk mencapai impian menjadi pemain bolasepak berjenama Malaysia 'Ramli'.

Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh adik-adik ini sememangnya boleh dijadikan tauladan yang baik untuk kita supaya berusaha bersungguh-sungguh sekiranya kita ingin berjaya.








Siapakah Ramli pada musim kedua ini??? MrJocko berpendapat, setelah kita mempunyai pemenang seperti Farhan, Adam Nor dan Solehin pada musim pertama, Mencari Ramli Musim 2 akan dapat mencungkil Ramli yang lebih hebat dari sebelumnya.

MrJocko berpendapat pada kali ini, Mencari Ramli Musim 2 akan mencungkil bakat 2 Pemain Tengah dan 1 Pemain Pertahanan. Nampak seperti, belum ada pemain Penyerang yang menyerlah sehingga episod ke-6. Atau mungkin juga selepas episod ke-7 akan menampakkan hasil? Siapa tahu? Atau mungkin kita akan punyai Bakal Penjaga Gol Terbaik? Saksikan rancangan Mencari Ramli Musim ke2. 

Hadiah menarik menanti para pemenang bagi mereka yang menghantar undian terbanyak dan tertinggi. Antara hadiah-hadiah menarik yang menanti para pemenang :

Pemenang Hadiah Utama

Pengundi dengan menjadi pengundi dengan undian tertinggi akan memenangi hadiah TRIP untuk 'Dua Orang' dan akan ditanggung sepenuhnya ke Sydney, Australia.

Pemenang Hadiah Saguhati

Pengundi Kedua Tertinggi akan memenangi hadiah buku berautograf The Official Illustrated of History Manchester United.

Pengundi Ketiga Tertinggi akan memenangi sehelai Jersey Manchester United yang ditandatangani oleh Ryan Giggs

Pengundi Keempat Tertinggi akan memenangi Bola Nike yang ditandatangani oler Peter Schmeichel.

Pengundi Kelima Tertinggi akan memenangi sehelai Jersey manchester United yang ditandatangai oleh Rafeal Pereira Da Silva

Maklumat tentang undian Mencari Ramli 2 :

Undian akan dibuka pada Jun, 14 Jun 2013 dan sehingga episod ke 13.

Cara Mengundi :

SMS VOTE (Jumlah Undi samada 5/10) (SPACE) RAMLI (NOMBOR DUA DIGIT : 01-30) kepada 26268.
Contoh :
Sekiranya anda mahu mengundi 10 markah kepada pemain yang menggunakan kod 08
VOTE10 RAMLI08 to 26268

atau

Sekiranya anda mahu mengundi 5 markah kepada pemain yang menggunakan kod 20
VOTE5 RAMLI20 to 26268

Info Tambahan
- Undian akan berakhir pada 28 Jun 2013.
- Undian Pertama adalah PERCUMA, 
- Kos Undian 
1 Vote = RM0.50
5 Vote = RM2.00
10 Vote = RM3.50

Cepat, tontoni rancangan Mencari Ramli Musim 2 di TV3 pada setiap Jumaat, jam 7.30 malam atau layari rancangan tersebut di Tonton.com.my atau episod pilihan di YouTube. Anda cuma perlu Tonton, Undi dan Menang hadiah menarik dari pihak Penaja. Undi pemain kegemaran anda, samada Penjaga Gol, Pertahanan, Pemain Tengah atau Penyerang. Undi anda akan menjadikan impian mereka satu kenyataan.

Hantar undian anda kepada 26268 dan anda mungkin memenangi Hadiah Utama.

YouTube Mencari Ramli 2 - Episod 1
YouTube Mencari Ramli 2 - Episod 2
YouTube Mencari Ramli 2 - Episod 3
YouTube Mencari Ramli 2 - Episod 4
YouTube Mencari Ramli 2 - Episod 5
YouTube Mencari Ramli 2 - Episod 6
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live