Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Keunikkan Fisherman's Wharf Tamsui, Taiwan

$
0
0
Tamsui Fisherman Wharf (dalam Bahasa Cina: 淡水 渔人 码头; pinyin: Dànshuǐ Yúrén Mǎtóu) ialah satu tempat yang sangat indah di hujung barat Daerah Tamsui, New Taipei City, Taiwan. Kawasan ini, sebelumnya dikenali sebagai "Pusat Perikanan Memancing Kedua Tamsui".

Di tebing kanan muara sungai Tamsui, terdapat sebuah pelabuhan perikanan yang penting dalam sejarah awal utara negara Taiwan. Tamsui Fisherman Wharf terkenal kerana pemandangan matahari terbenam yang indah serta pilihan makanan laut yang segar. Walau bagaimanapun, di Fisherman Wharf ini juga, ada kemudahan taman bersiar-siar untuk masa lapang di samping masih lagi berfungsi sebagai pelabuhan untuk bot nelayan.




Di Fisherman Wharf Tamsui ini lah terletak lokasi penggambaran Filem-filem Taiwan yang terkenal iaitu Love Bridge. Ia sangat sinonim dengan banyak filem dan drama Taiwan. Di bina pada Julai 2004, Love Bridge semakin lama semakin menjadi tumpuan pelancong dan semakin terkenal seluruh Taiwan.








Lokasi Fisherman's Wharf Tamsui ini cuma sekitar 25 km dari bandaraya Taipei dan memerlukan sekitar 1 jam perjalanan menggunakan lebuhraya. Tak jauh dan ia mudah di akses. Lokasi sekitar Tamsui pun memang ada banyak tempat menarik seperti Old Street Market Tamsui. 

Tak rugi kalau ke Fisherman's Wharf di Tamsui kerana anda akan teruja dengan senibina Jambatan Cinta (Love Bridge) di sini. Kalau hujung minggu, ramai yang berkunjung ke sini dan mengambil peluang untuk bersiar-siar bersama keluarga.

Jadi, kalau anda ke Taipei, wajib singgah di Tamsui Fisherman's Wharf ini. Ia lokasi yang cantik dan punyai tarikan pelancongannya yang tersendiri. 

Reaksi DBKL Tentang Topless Beach Party Friday

$
0
0

Nampaknya pihak DBKL dah membuat kenyataan tentang isu penganjuran Topless Beach Party Friday di The Pool Jalan Ampang yang dijadualkan pada Sabtu, 11 April 2014.

Pihak DBKL katanya akan mengarahkan premis tersebut ditutup selama 7 hari bermula hari ini 8 April 2014.

Thumbs up untuk tindakbalas pantas pihak DBKL.

 

Topless Beach Party

Isu Topless Beach Party

Glamorous MrJocko

PRUDENTIAL ASTRO MASTERS 2014 Kemuncak Pusingan Grand Final Di Ho Chi MInh

$
0
0

Prudential Astro Masters 2014

 

Prudential Astro Masters 2014selaku kejohanan golf amatur terbesar dan paling berprestij di Malaysia kembali untuk tahun ke-17 penganjurannya lantasterus membuka peluang buat para pemain golf Malaysia mengujikemahiran mereka di pelbagai lapangan golf terbaik negara.Kejohanan golf yang berlangsung sepanjang lima bulan ini akanmembawa peserta pusingan Grand Final berentap merebutkejuaraan di dua lapangan golf terindah dan diiktiraf di Ho Chi Minh, Vietnam.

Siri Prudential Astro Masters 2014 akan bermula (tee off) pada15 April 2014 di Kota Permai Golf & Country Club, Kuala Lumpur. 20 pusingan kelayakan secara keseluruhan akanberlangsung di beberapa rangkaian lapangan golf terbaik diserata Malaysia. Turut diperkenalkan dua buah padang golf baruyang turut tersenarai untuk pusingan kelayakan kejohanan iniiaitu Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey, Selangor dan Kelab Rahman Putra, Selangor.

Pemain Terbaik Gross dan Terbaik Nett untuk setiap pusinganakan meneruskan persaingan dalam pusingan Grand Final Prudential Astro Masters 2014 di Vietnam Golf & Country Clubdan Long Thanh Golf Club dari 21 hingga 24 September 2014.Kedua-dua padang golf ini pastinya menjanjikan keindahan luarbiasa tatkala terletak di hamparan 300 hektar kawasan hutanmenghijau yang juga merupakan bekas kawasan sawah padidengan pemandangan yang permai.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Prudential Astro Masters, Jeganathan Palanisamy berkata, "Kami sangat berbesar hatiatas kerjasama berterusan dengan pihak penaja utama, Prudential Assurance Malaysia dalam membangunkan arena golf amatur di Malaysia untuk tahun 2014. Kami juga sangatberbangga dengan kejohanan ini yang telahpun mencatatkanpenyertaan hampir 39,000 peserta semenjak pertama kalidianjurkan dan kami berharap untuk mencapai seramai 40,000penyertaan bagi tahun ini daripada barisan para pencinta sukangolf yang ingin menguji kemahiran mereka."

Ketua Pegawai Pemasaran Prudential Assurance MalaysiaBerhad, Fiona Liao, berkata pihaknya sangat teruja kerana sekalilagi menjadi penaja utama untuk pertandingan golf amatur yangterkenal dan berprestij ini. "Tahun ini merupakan tahun yangsangat istimewa bagi kami di Prudential kerana kami meraikanulangtahun kami yang ke-90 di Malaysia. Sepanjang 90 tahunini, kami telah membantu kehidupan orang ramai dari semualapisan masyarakat di Malaysia dan kami akan terus berusahademi untuk melakukan perubahan, bukan sahaja melalui inovasipenyelesaian kewangan bahkan melalui penglibatan kami dalampelbagai projek yang bermakna. Penglibatan kami di dalamPrudential Astro Masters merupakan salah satu contohbagaimana kami menyasarkan untuk meluaskan capaian sertamendekatkan diri dengan rakyat Malaysia melalui pelbagaisaluran dan juga sebagai tanda terima kasih kami atassokongan berterusan dari mereka".

Para peserta yang mendaftar untuk penyertaan pada tahun iniakan menerima cenderahati bernilai lebih RM300 dan jugaberpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menariksumbangan dari rakan-rakan perniagaan Prudential AstroMasters iaitu AmBank, Panasonic, Bridgestone, The Star, Samsonite, MST Golf, Titoni, GOLF Magazine, Banana Boat, Fresh & White, Pharmaton, Shokubutsu Active Guard, Heineken, Gatorade, Schick, Power Bar, AXN, TVB,GlenGrant, Jake's Charbroil dan Cinta Sayang Resort.

Prudential Astro Masters turut menawarkan hadiah lumayanberupa sebuah kereta mewah, Toyota Camry 2.0GX yangbernilai RM159,900 sebagai hadiah hole-in-one. Di samping itu,beberapa buah televisyen Panasonic Smart LED TV 50 incimenanti pemenang di setiap pusingan kelayakan sebagai hadiah'Sure to Win' hole-in-one.

Oleh itu, sertai dan daftarkan diri anda hari ini keranapenyertaan adalah terhad kepada 120 penyertaan sahaja untuksetiap pusingan. Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.astro.com.my/astrocircle dan www.golfpeople.com.my,atau hubungi +603-7803 6226 dari hari Isnin hingga Jumaat, jam 9 pagi hingga 5 petang. Pelanggan Astro layak mendaftardengan yuran pendaftaran istimewa iaitu RM250, manakalaRM350 akan dikenakan kepada bukan pelanggan Astro.


Prudential Astro Masters 2014

 

Prudential Astro Masters 2014

Glamorous MrJocko

Tips Petua Mudah Bersalin Oleh Dr Asma Yun

$
0
0

Tips Mudah Bersalin untuk ibu

 

Alhamdulillah, bulan April 2014 dah sampai dan ia merupakan bulan yang kami tunggu-tunggu kerana wife sudah sarat mengandung 9 bulan. Due date bulan ini dan selama hampir 5 bulan lepas kami menggunakan khidmat Dr Asma Yum, Doktor Pakar di Pusrawi Kuala Lumpur. Hari ni merupakan minggu-minggu terakhir buat medical check-up dan hari ni juga Dr Asma Yun memberikan Tips Dan Petua Mudah Bersalin untuk ibu-ibu yang sedang menunggu masa kelahiran.

Tips dan Petua Mudah Bersalin Oleh Dr Asma Yun

1. Banyakkan exercise dan melakukan pergerakkan. Bukannya berlari dan membuat aktiviti sukan, tetapi cukup hanya berjalan dan berdiri untuk membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan. Jika si ibu banyak melakukan gerakan seperti berjalan dan berdiri, ia akan mendorong bayi turun ke rahim dan memudahkan kepala bayi turun ke ruang rahim ibu.

2. Aktiviti Hubungan Intim antara suami isteri di bulan-bulan terakhir banyak membantu si ibu mudah bersalin. Ini kerana menurut Dr Asma Yun, kandungan yang ada di dalam Air Mani suami boleh membantu menambahkan lagi contraction atau tekanan kepada rahim untuk senang mengembang untuk tujuan kelahiran.

3. Makan Buah Kurma dan Minum air putih banyak-banyak kerana ia ada di sebutkan di dalam Al-Quran.

4. Ada sesetengah petua mengatakan ibu yang sedang menunggu untuk bersalin di syorkan untuk memakan sayur bendi dan juga air kelapa. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan oleh Dr Asma Yun. Tetapi, ia selalunya berdasarkan pengalaman pesakit-pesakitnya yang lepas.

5. Solat dan Doa, sudah pastinya bila tiba waktu dan saat untuk bersalin, kita diharuskan memohon doa dan harapan kepada Yang Maha Kuasa supaya dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesenangan untuk melahirkan bayi dalam kandungan.

Masih ada beberapa minggu lagi, dan jika tidak aral melintang kami menunggu masa untuk kelahiran bayi kami yang ketiga. Selain Tips Petua Mudah Bersalin yang diberikan oleh Dr Asma Yun, kami juga memohon doa dari rakan-rakan semoga dipermudahkan segala urusan bersalin untuk kali ini, Ameennnn...

Getaran Bunyi Kucing Boleh Sembuhkan Banyak Penyakit

$
0
0


Anda fakta yang mengatakan Kucing mempunyai getaran yang mampu memberikan Terapi Perubatan terbaik kepada manusia dalam melawan pelbagai jenis penyakit. Dengan kata lain, apabila memelihara kucing, anda mempunyai peluang untuk hidup sihat dan lebih gembira berbanding orang lain yang tidak memiliki kucing. Sejauh mana kebenaran fakta ini?

Kucing sebenarnya mempunyai getaran yang dinamakan sebagai 'Purring'. Purring pada seekor kucing mempunyai getaran antara 40-140 Hz yang kita tidak perasan dan ia dikatakan menjadi Terapi Perubatan yang baik untuk pelbagai penyakit.

Penghilang Stress
Membelai kucing yang sedang membunyikan 'Purr' akan menenangkan si pembelai. Ia akan meredakan tekanan kepada mereka yang membelainya.

Kesihatan Jantung
Orang yang memelihara kucing mempunyai risiko kurang 40% peluang untuk di serang penyakit jantung, berbanding mereka yang tidak memelihara kucing.

Menyembuhkan Luka Dalaman
Getaran Purr kucing ini boleh menyembuhkan luka dalaman badan seseorang.

Memulihkan Otot
Jika anda mempunyai otot yang kejang dan bengkak otot, getaran Purr kucing ini boleh memulihkannya.

Risiko Disponea
Getaran Purr boleh mengurangkan anda risiko terkena penyakit Disponea (sesak nafas)

Kesihatan Tulang
Getaran Purr antara 25 - 50 Hz adalah getaran TERBAIK dan Getaran 100 - 200 Hz adalah Kedua TERBAIK untuk membantu meningkatkan kesihatan tulang anda.

Tekanan Darah
Berinteraksi dengan kucing dan mendengar getaran Purr Kucing dapat membantu anda dalam membantu menurunkan tekanan darah dan menstabilkannya.




Sebenarnya, banyak keindahan dan keistimewaan yang di milikki oleh seekor makhluk Allah yang dinamakan kucing ini untuk membantu manusia dalam Terapi Kesihatan. Mungkin sebab itu juga, Kucing adalah salah satu binatang kesayangan Nabi Muhammad, Rasulullah SAW

Walaupun begitu, jika anda mempunyai tanda-tanda serangan penyakit, hendaklah berjumpa dengan doktor pakar dahulu. Terapi Kucing ini adalah sebagai rawatan atau cara alternatif sahaja dan ia bukan lah sesuatu yang wajib anda ikuti. Dapatkan nasihat doktor.

Apapun, memelihara kucing memang menjadikan anda seseorang yang lain dari yang lain. Cuba dulu, baru anda tahu,,,

Ko Hin Ngam : Pulau Batu Hitam Di Satun

$
0
0
Bagi peminat pantai, laut dan juga pulau, Koh Lipe di Satun, Thailand amat terkenal untuk mereka. Namun, ramai yang terlepas untuk singgah di Ko Hin Ngam, sebuah pulau kecil yang UNIK dan SATU-SATUNYA Pulau Batu Hitam yang ada di Dunia. Pulau ini lah yang di namakan Ko Hin Ngam atau Pulau Batu Hitam.

Kenapa Pulau Ko Hin Ngam Unik?
Keseluruhan pantai dan pulau ini dipenuhi dengan batu-batu yang berbentuk agak bulat dan licin, dipercayai terhasil semulajadi akibat hakisan ombak dan air laut. Pulau ini tidak mempunyai pasir dan ianya hanya mempunyai batu-batu hitam yang licin dan memang cantik. Pulau ini memang telah di istiharkan sebagai salah satu kawasan Taman Negara Thailand dan anda di larang untuk mengambil walaupun satu batu-batu di Pulau Batu Hitam ini.










Ia terletak cuma sekitar 25 km dari Jeti Pak Bara dan memakan masa lebih kurang satu jam untuk ke sana. Lokasinya dekat sahaja dengan pusat pelancongan terkenal Koh Lipe, Koh Adang dan Koh Rawi di Taman Negara Thailand yang lain.

Jadi, kalau anda ke Koh Lipe, Thailand, jangan lupa singgah sebentar untuk menikmati keunikkan Koh Hin Ngam ini. Anda semestinya akan leka dengan keindahan dan keunikkan batu-batu hitam yang ada di Ko Hin Ngam ini.

2 Mangga Bernilai RM9,500 Di Jepun

$
0
0

Mangga Jepun mahal

 

Di Jepun, memang banyak barang-barang serta buahan yang memang jauh lebih mahal berbanding Malaysia. Antaranya buah Mangga. Kalau masa MrJocko pergi Tokyo tahun 2012, sempat la lihat harga Mangga sebiji RM100, tetapi kali ini, 2 biji mangga yang ditanam di selatan Jepun yang dijual pada Khamis lepas untuk nilai ¥ 300000 (RM9,500), harga rekod tertinggi bagi lelongan pertama buah pada musim ini.

Mangga ini dikenali sebagai "Taiyo Bukan Tamago" (Telur Matahari) jenama telah ditetapkan untuk dihantar melalui penerbangan udara dari Miyazaki di selatan Jepun ke kedai di sebuah jabatan di Fukuoka, di mana mereka mula dijual.

Untuk layak sebagai "Taiyo Bukan Tamago", setiap buah-buahan mesti berat sekurang-kurangnya 350 gram (12 auns) dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buah memang mahal di Jepun dan ia bukan luar biasa.

Jangan sampai di Malaysia pun harga buah jadi mahal seperti buah Durian Musang King, yang kadang-kadang boleh mencecah nilai RM150 bagi setiap biji.

Anak Kitty Kini Berumur 3 Minggu

$
0
0
Kami sekeluarga sekarang memang hari-hari terhibur dengan gelagat newborn kitten Persian Semi Flat baka induk ibu Kitty yang kami pelihara sejak bulan Mac 2014. Rezeki kami bila kami mula pelihara Kitty, dia dah bunting 1 bulan. Tanpa di sangka Kitty beranak awal, 24 Mac 2014 semasa MrJocko di Bandung, Indobesia.

Minggu ini memasukki minggu ketiga umur anak kucing baka parsi semi flat ini. Lahir dua ekor, tetapi hanya seekor sahaja yang hidup. Dan yang kecik ni la jadi penghibur Khalish dan Hasya kat rumah. Balik sekolah jer mesti nak tengok anak kucing.

Tambah-tambah beberapa hari lepas anak kucing tu baru buka mata dan melihat duni selepas 2 minggu lahir. Biasa la, anak kucing akan hanya dapat buka mata selepas 10 hari hingga 14 hari. Jika tak buka jugak, ambil tisu dan basahkan dengan air suam, kemudian sapu perlahan di mata anak kucing tersebut. InsyaAllah mata anak kucing akan mula terbuka.






Jenis kucing baka Parsi lebih-lebih lagi yang muka flat kena jaga elok-elol kerana ia sensitif terhadap habuk dan hingus. Pastikan hidung kucing sentiasa bersih untuk elakkan dari penyakit.

Tak sabar nak tunggu lagi sebulan untuk ajak si kecil ini belajar berak, bermain dan juga makan makanan basah. Harap anak kucing parsi semi flat ni akan terus comel dan sihat gemuk sampai dewasa :)

Antabax Perkenal Bedak Berubat Antabax Terbaru

$
0
0

Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif kini meluaskan lagi rangkaian produknya dengan pengenalan Bedak Berubat Antabax baru yang menawarkan perlindungan 24 jam yang efektif membunuh 99.9% kuman, sama seperti produk lain dalam rangkaian Antabax.

Cuaca panas dan lembap Malaysia boleh menyebabkan ketidakselesaan pada kulit. Bedak Berubat Antabax boleh membantu anda kekal segar dan kering serta mengurangkan ketidakselesaan ini. Bedak Berubat Antabax mengandungi agen antibakteria yang membantu kulit melawan pertumbuhan kuman berbahaya. Teksturnya yang lembut dan halus membuatkan kulit terasa selembut sutera.

 

Bedak ini dilengkapi Sistem Derma Protect Antabax, formula canggih yang membasmi kuman merbahaya dan mengandungi Vita Mineral yang menyerap peluh berlebihan dan mengurangkan ruam panas. Diperkaya dengan vitamin kulit, ia memastikan kulit sentiasa lembut dan sihat. Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Produk Rumah dan Penjagaan Diri, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Encik Francis Ng, rangkaian penjagaan diri antibakteria Antabax semakin berkembang disebabkan wujudnya permintaan daripada konsumer untuk bedak berubat bagi melengkapkan rangkaian tersebut.

"Konsumer di Malaysia mempercayai produk antibakteria Antabax dan kami telah menerima banyak permintaan bagi bedak berubat. Kami membuat rumusan dengan teliti bagi memastikan produk ini bebas daripada paraben dan asid borik supaya selamat, dan Vita Mineral, untuk perlindungan antibakteria. Ini merupakan produk ideal untuk sesiapa yang merasakan kehangatan dan kelembapan Malaysia menjejaskan kulit mereka. Kini mereka boleh kekal segar dan sihat dengan Bedak Berubat Antabax," kata Encik Ng.

Bedak Berubat Antabax telah diuji secara dermatologi dan sesuai untuk semua jenis kulit. Jika disapu pada kulit selepas mandi, ia membantu mengekalkan kesegaran dan memberi perlindungan sehingga 24 jam. Ia juga sesuai untuk kegunaan harian bagi melegakan kulit gatal dan disyorkan untuk mencegah ketidakselesaan kulit akibat penyakit "athlete's foot" dan kaki berbau akibat peluh yang berlebihan.

Bedak Berubat Antabax boleh didapati di seluruh negara pada harga pengenalan istimewa RM4.50 untuk 100gm dengan tambahan 50gm percuma! Untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Antabax, sila "Like" Antabax di laman Facebook kami di www.facebook/NewAntabax.


Bedak Berubat Antabax


Fesyen, Tudung Fareeda Dan Mawar Abdul Karim

$
0
0

Isu Tudung Fareeda

 

Sejak beberapa hari lepas, macam ada viral kat Facebook dan Twitter isu Tudung Fareeda. Nampak ada ramai yang duk komen pasal rekaan, harga dan fesyen tudung Fareeda. Tak tahu pulak sebab apa tiba-tiba panas balik jenama Tudung Fareeda ni.

Hari ni baru sempat tengok link yang member share di Facebook tentang kenyataan anak pemilik Jenama Fareeda ni, Mawar Abdul Karim yang juga isteri kepada pelakon terkenal Fizo Omar. Ermmm... Kenyataan agak pedas tu kalau betul la dia sendiri keluarkan kenyataan "Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri..."

Selama MrJocko tengok Fizo Omar dalam bidang seni, rasanya mamat ni memang clean dan tiada gossip liar. Tetapi rasanya dah dua kali dah Fizo Omar terkena tempias akibat isu Tudung Fareeda ni. Mungkin juga si Mawar tak da niat nak perli sesiapa pun, cuma ia terkeluar secara seloroh.

Pernah la dengar ramai makcik-makcik dan pembeli sanggup tidur di pintu kedai Fareeda semata-mata nak dapatkan rekaan terbaru tudung Fareeda. Harga mahal pun orang beli. Memang tudung Fareeda ni best ke kalau pakai???

p/s : nasib baik wife pakai tudung harga RM10 kat Jalan TAR jer...

Informasi Ringkas GST Di Malaysia

$
0
0

Good and Service Tax sudah diluluskan di Malaysia dan akan bermula pada April 2015 tahun depan. Perlaksanaannya dikatanya akan memberi kesan ketara kepada rakyat dan ekonomi Malaysia. Sejauh mana kesan dan efektifnya cara ini, kita akan dapat lihat dalam masa beberapa tahun akan datang. Sehingga hari ini, ramai yang tidak setuju dan ramai juga yang mengalu-alukan perlaksanaan sistem percukaian baru GST ini.

Jom kita lihat, info ringkas tentang perlaksanaan cukai GST di Malaysia. Adakah benar perlaksanaan GST ini akan menyebabkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia?

 

Info ringkas GST

Info ringkas GST

Info ringkas GST

 

MrJocko sendiri pun masih lagi kurang arif tentang perlaksanaan GST ini kerana ia merangkumi pelbagai aspek termasuk aktiviti rakyat, ekonomi dan juga mungkin kesan jangka panjang masalah sosial. Mungkin???

Dari segi teori memang nampak rakyat akan dapat faedah secara menyeluruh. Itu yang kita sebagai rakyat mahu. Harga barangan dan servis yang murah dan berbaloi. Namun, seperti yang MrJocko kata tadi, kita tunggu dulu beberapa tahun selepas perlaksanaannya, baru kita dapat tengok kesannya.

 

Menu Nasi Betutu Di Jogjakarta

$
0
0

Nasi Betutu Indonesia

 

Semasa menginap di Hotel Jogjakarta bulan Februari lepas, sarapan pagi di hotel tersebut menghidangkan menu masakan Nasi Betutu, salah satu masakan tradisional di Indonesia. Nasi Betutu ini dikatakan menu yang berasal dari Pulau Jawa, tetapi lebih terkenal di Pulau Bali, Indonesia.

Nasi Betutu ialah menu nasi campur yang mengandungi nasi, ayam betutu (cebisan daging ayam) dan juga telur dibungkus dalam daun pisang. Aroma nasi, ayam betutu dan telur, bila dicampur dengan wangian daun pisang memang membangkitkan selera.

Rasa Nasi Betutu ni memang sedap. Ayam Betutu ini rasanya lebih kurang rendang ayam, tetapi beza sedikit dan ia adalah cebisan daging ayam yang tidak mempunyai tulang. Ia memang sesuatu yang unik dan memang menu yang asli dan tradisional.

Kalau jumpa Nasi Betutu di Malaysia atau di Indonesia, cuba la yer,,, memang sedap.

Koleksi Furby Boom

$
0
0

Koleksi Furby Boom

 

MrJocko ada punyai seekor Furby Boom yang diterima beberapa bulan lepas. Yang Furby Boom ini ialah model terbaru dan ia menggunakan bateri serta boleh berinteraksi dengan owner menggunakan Apps di Android dan Apple Store. My kids, Khalish dan Hasya memang suka sebab Furby Boom ni boleh bertelur dan menetaskan anak-anak Furby.

Kebetulan, bulan lepas, Mac 2014 McDonalds ada buat promosi Furby Boom Toys untuk setiap hidangan Happy Meal. So, kami sempat la beli beberapa ekor anak Furby ini sebagai koleksi Furby yang baru.

Yang paling suka dengan Furby ni sudah tentu si Hasya sebab suka main dengan anak patung. Lebih-lebih lagi Furby Boom yang boleh bercakap ni, lagi la dia suka.

Harap dapat kumpul model Furbling pulak beberapa ekor. Tunggu masa untuk dapatkan Diskaun terbaik untuk koleksi Furby dan Furby Boom untuk simpanan dan Koleksi Furby anak-anak.

Barang Wajib Bawa Masa Travel : MrJocko

$
0
0

Barang barang wajib untuk travel

 

Ada kawan yang bertanya, apa yang perlu kita bawa masa sight-seeing ketika travel ke luar negara? Jawapan MrJocko mudah sahaja, tengok keperluan masing-masing. Lain orang, lain cara travel dan lain pilihan mengembara. Setiap orang tak sama.

Bagi MrJocko, antara barang yang wajib MrJocko bawa ialah passport, wallet duit, kamera, iPad dan smartphone, power bank, jam, gula-gula dan juga plastik bag.

Passport

Barang wajib bawa kalau diluar negara. Kalau ditahan pihak berkuasa, senang nak berurusan. Kalau tidak, anda mungkin akan tidur di lokap.

Wallet dan Duit

Kalau tak bawa duit, camana nak beli barang? Walaupun banyak trip yang MrJocko sertai adalah trip berbayar dan ditaja sepenuhnya, wallet dan duit wajib bawak. Mana tahu nak beli gifts dan cenderahati.

Kamera

Sudah pasti untuk ambil gambar kenangan. Pergi jalan-jalan jauh, kena ambil gambar sebagai kenangan.

iPad dan Smartphone

Untuk kegunaan akses internet atau laman sosial. Sesetengah tempah ada WIFI Percuma, boleh akses ke laman sosial. Lagipun, jika ada masa menunggu, boleh habiskan masa dengan iPad, tak ada la boring.

Power Bank

Nak kena standby, takut-takut bateri iPad atau smartphone kehabisan.

Jam

Semestinya untuk pastikan masa yang tepat. Ada banyak kes, member ketinggalan bas sebab salah tengok waktu Malaysia dan waktu tempatan tempat melancong... Naya...

Gula-gula

Bila jalan jauh, kadang-kadang kita rasa penat. Bila kunyah gula-gula, tak la rasa penat sangat. Tumpuan kita pasal penat dah tak ada. Satu lagi, ada ketika menu kita makan tak sedap. Gula-gula la penyelamat.

Plastik Beg

Bawa jer dalam poket. Kalau di Indonesia boleh letak kasut ketika di Masjid. Nanti hilang dicuri. Kalau di Taiwan, buat cover barang letrik, takut basah terkena hujan. Bak kata orang, bawak jer la. Banyak guna nanti.

Itu la serba sedikit barang wajib MrJocko bawa bila travel ke luar negara. Selalunya memang ia sangat berguna dan memudahkan setiap kali travel. Letak jer semua dalam beg sandang kecil. Barang-barang ni akan memudahkan anda bila masa anda kecemasan.

Mohon Bantuan Untuk Adik Ainul Nasuha

$
0
0

Assalamualaikum

Mungkin ada yang dah dapat perkongsian di Facebook tentang derita adik Wai Ainul Nasuha ini. Bagi yang belum, MrJocko nak kongsi sedikit tentang penderitaan adik Wan Ainul Nasuha dan ibu bapanya.

Adik Wan Ainul Nasuha di sahkan mengidap penyakit jantung dan sangat-sangat memerlukan bantuan untuk kos rawatan dan pembedahan. Buat masa sekarang, adik Nasuha ini menggunakan peralatan bantuan pernafasan yang dipinjamkan oleh Hospital Pulau Pinang. Kos peralatan tersebut dijangkakan sekitar RM30,000 untuk satu unit.

Dengar khabar, ibu kepada Adik Nasuha kini sedang cuti tanpa gaji untuk urusan menjaga dan rawatan susulan adik Nasuha.

Bagi yang ingin membantu, boleh terus menyalurkan bantuan ke Akaun Bapa Adik Wan Ainul Nasuha iaitu Cikgu Wan Azman Sulaiman di akaun Maybank 161190046454. Encik Wan Azman boleh dihubungi di talian 013-8109764.

Bantu lah walaupun sedikit. Ia mungkin dapat memberikan mereka sedikit sinar kegembiraan.

Projek Nyah Kutu Anak Kucing

$
0
0
Sabtu lepas, tiba masa untuk bawa ibu kucing, si Kitty dan anak-anaknya ke Vet atau ke Klinik Haiwan. Cadang asal nak cari doktor haiwan yang berdekatan, tetapi rupanya banyak pulak Klinik Haiwan area rumah MrJocko tutup. Terpaksa la singgah di satu Kedai Haiwan peliharaan di Jalan Kuching. Brader ni pun memang pakar dalam bab kucing ni, kerana dia memang pernah tulis Buku pasal Kucing.

Pusat Kucing Ikhlas, di mana lokasinya di Jalan Kuching dekat dengan BHP Jalan Jambu Mawar. Kat sini memang ada jual barang-barang keperluan Kucing seperti makanan, makanan tambahan, ubat-ubatan, aksesori, boarding dan juga grooming.






Projek nyah kutu anak kucing ini memang dah lama nak buat, tetapi MrJocko tunggu sehingga umur anak kucing ni lebih dua minggu sebab tak nak ada kesan sampingan. Bila selepas umur 14 hari, baru la rasa confident untuk spray ubat kutu dan nyah kutu untuk kesihatan mereka. Projek nyah kutu kali ini kami guna Semburan Frontline, ubat nyah kutu yang memang di akui terbaik.

Alang-alang dah hantar ibu dan anak-anak, MrJocko buat sekali, potong kuku si ibu, buang kotoran di telinga, spray ubat nyah kutu Frontline, vaksin, ubat cacing, ubat vitamin dan susu kambing untuk makanan tambahan si ibu. Untuk anak kucing pula, hanya buat semburan nyah kutu Frontline sahaja. Total cost RM120 sahaja. Ok kan???

Skang senang hati sikit. Lepas ni boleh la beli Spray Nyah Kutu Frontline dan buat kat rumah setiap bulan .Sekali sebulan dah cukup. Lepas tu beri anak kucing ni makan ubat cacing dan kemudian selepas sebulan dah boleh hantar untuk vaksin.

Sekarang dah senang hati sikit bila tengok anak-anak kucing ni dalam keadaan sihat. Harihari duk layan si Bulus ni kat rumah dan terhibur dengan gelagat di Mia (Calico) dan Kiki (Oren).

Apartment Condotel A'Famosa Resort Melaka

$
0
0
Percutian di A'Famosa Resort Melaka sebenarnya mempunyai kenangan yang menarik. Walaupun sudah banyak kali MrJocko ke A'Famosa Resort, pengalaman dan keseronokan di A'Famosa Resort memang berbeza. Ini kerana, anda boleh mencuba pengalaman menginap di Resort Hotel, Condotel, Villas dan juga Villas Suite. Tiap lokasi penginapan, mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Kali ini MrJocko nak kongsi tentang Condotel A'Famosa Resort Melaka. Ia merupakan satu penginapan yang sesuai untuk sekeluarga yang mana anda boleh memilih untuk menginap di Condotel untuk Family Studio, Condo 2 Bedroom, Condo 3 Bedroom atau Apartment 2 rooms. Ia memang sesuai untuk semua peringkat.








Banyak pilihan sebenarnya kalau anda bercuti di A'Famosa Resort Melaka. Kawasan ini memang menawarkan pelbagai pilihan dari segi penginapan, taman tema air, safari, golf serta banyak lagi aktiviti dan pertunjukkan untuk percutian anda.

Untuk harga bilik atau rooms rate di A'Famosa Resort Melaka, anda boleh dapatkan harga yang murah dan diskaun dengan menempah lebih awal di laman Web A'Famosa Resort Melaka. Maklumat lanjut anda semak dan lihat di laman web tersebut.



Kerosakkan Biasa Smartphone Jenama Samsung

$
0
0
 

MrJocko sekarang menggunakan smartphone lama, Samsung Galaxy Note N7000. Malangnya beberapa hari lepas, ada masalah sikit bila smartphone ini kehabisan bateri dan tidak boleh di'charge' menggunakan charger kereta, computer atau rumah. Mulanya ingatkan masalah beteri dah kong dan habis tempoh.

Namun selepas ditukar dengan bateri baru, masalah sama berulang. Bila disambung kepada charger, icon menunjukkan ada aktiviti mengecas, namun ia tetap berada di % yang sama malah semakin kehabisan. Sah, ini bukan masalah bateri.

 

 

 

Mungkin ramai pengguna Samsung yang pernah mengalami masalah bila smartphone Samsung anda rosak. Paling ketara, mengikut 'Tukang Repair' smartphone tadi ialah kerosakan Charging Pin Hole di unit smartphone jenama Samsung. Itulah yang dialami oleh Galaxy Note N7000 MrJocko.

Kata beliau banyak berlaku kepada smartphone Samsung masalah kepala pin charger yang senang rosak. Nasib baik jenis Note ini upah baiki dan tukar pin hole baru cuma RM50 sahaja. Kalau jenis S3, S4 dan beberapa model Galaxy lain ia terpaksa ditukar satu set pin hole melibatkan kos sekitar RM180.

Oleh sebab itu, sekiranya anda pengguna Samsung Galaxy, jaga baik-baik semasa mengecas atau sambungkan USB Cable dari smartphone ke peranti lain. SILA GUNAKAN KABEL SAMSUNG ORIGINAL. Penghunaan kabel USB yang murah atau bukan original akan merosakkan pin hole charging tersebut.

So, berhati-hati atau anda terpaksa hantar smartphone anda ke kedai baiki smartphone dan habiskan RM50 ke RM200 untuk kos pembaikian.

p/s : kalau tak boleh charge, Jangan tukar bateri terus... pastikan anda hantar untuk baiki dulu kerana ia mungkin rosak dibahagian lain.

 

Peluang Menang Trip Menonton The Amazing Spider-Man 2 Di New York Bersama Antabax

$
0
0

 

Antabax, rangkaian penjagaan diri yang dipercayai di Malaysia muncul sebagai rakan kongsi rasmi bagi Sony Pictures 'terkini yang penuh aksi superhero sekuel, The Amazing Spider-Man 2: Rise of Elektro.

Antabax bekerjasama dengan kejiranan superhero yang mesra dengan matlamat penting meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab mengekalkan kebersihan diri yang baik.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Pemasaran, Encik Francis Ng, apa yang berkaitan Spider-Man dengan Antabax adalah komitmen kedua-dua pihak dalam melawan kuasa-kuasa jahat.

"Walaupun Spider-Man komited untuk membanteras jenayah dan menjaga kawasan kejiranan yang selamat, Antabax pula bertindak membasmi kuman dan memastikan semua orang kekal bersih, segar dan dilindungi dengan formula anti-bakteria yang kuat," kata Encik Ng.

Dengan The Amazing Spider-Man 2: Rise of Elektro bersedia untuk menemui anda dipawagam Malaysia pada 1 Mei 2014, Antabax akan memulakan kempen terbarunya bermula dengan Sony Pictures Rangkaian Televisyen, AXN Asia (Astro Ch 701). Bulan ini, Antabax akan menaja sambutan pertempuran terakhir dimenangi oleh superhero dalam filem sebelumnya Spider-Man 3, ditayangkan pada 24 April, Khamis jam 8.30 malam di AXN.

Peraduan Hanya untuk Anda

Berikutan itu, Antabax akan menawarkan peluang untuk memenangi hadiah seumur hidup: pengembaraan ke New York City! Dengan menyertai peraduan Facebook oleh Antabax dan The Amazing Spider-Man 2: Rise of Elektro, anda boleh berdiri peluang keemasan untuk memenangi hadiah-hadiah menarik seperti filem perdana pas atau perjalanan yang dibuat kepada New York bernilai RM50, 000!

Pemenang akan mendapat menghabiskan 5 malam di lokasi penggambaran sekuel superhero, dan mendapatkan dilatih di akademi latihan rahsia untuk menguasai kemahiran super Spider-Man. Pemenang utama juga akan mendapat untuk menguji kuasa superhero baru mereka di Times Square di mana mereka akan melakukan aksi yang asas dari filem yang akan difilemkan oleh jurukamera profesional!

Selain daripada pertandingan Facebook, Antabax juga akan mengedarkan 100,000 sampel atas dua varian krim mandian yang, Pine Tulen dan Segar dari 03-11 April di lokasi terpilih di Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan dan senarai banyak lokasi bagi taburan sampel, melawat dan "Like" Antabax di www.facebook.com / NewAntabax.

 

Jemputan Ke Malaysia Water Festival Labuan 2014

$
0
0

Alhamdulillah, kali ini dijemput untuk bersama-sama warga Wilayah Persekutuan Labuan untuk sama-sama ke Malaysia Water Festival Labuan 2014 pada 25 - 27 April 2014. Program Pesta Air ini akan berlangsung selama 3 hari dan banyak acara menarik menanti orang-orang Labuan, Sabah dan Brunei.

Semestinya di Pesta Air Labuan 2014 ini akan berlangsung dengan meriah dengan sususan acara sukan rakyat dan juga pertandingan memancing. Banyak hadiah menarik ditawarkan kepada peserta dan pengunjung.

Jadi, kalau anda berada di sekitar Labuan, apa kata jom ramai-ramai meriahkan Malaysia Water Festival Labuan 2014 yang akan berlangsung pada 25 - 27 April 2014 di Kompleks Sukan Air Labuan.




Sent from Samsung Galaxy Note
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live