David Teoh : Semakin Maju Dengan Saluran Dunia Sinema HyppTV
Barang POSLAJU Kena Curi : Apa Nak Buat
Semalam wife bagitahu yang barang yang dia order secara online telah sampai. Tetapi sayang bila tengok barang, ada yang tak cukup. Bila semak sekali lagi terlihat ada bahagian tepi yang sudah koyak dan ditampal salotape. Kami syak, barang tersebut sudah kena curi.
Bila call buyer, buyer kata dah hantar mengikut order dan katanya kemungkinan barang hilang di Poslaju. Macam nak lepas tangan sahaja? Alasan mudah.
Bila barang atau bungkusan hilang menggunakan POSLAJU, apa yang perlu kita buat? Ada kawan suggest untuk bawa ke Poslaju di Brickfield dan buat report. Rasanya itu sahaja yang boleh kami buat.
Hari Isnin ni nak ke Poslaju, nak tengok reaksi dan komen pihak poslaju. Kalau la macam ni, barang hilang, tak akan ada orang lagi yang nak guna servis Poslaju lagi. Sebab dah hilang kepercayaan. Bukan sebab nak ganti sahaja, tetapi kami pengguna rugi masa dan juga tenaga nak selesaikan masalah yang bukan kami buat.
Kita tunggu jawapan dari pihak Poslaju.
Kucing Parsi : Kenapa Riak Mukanya Sedih
Andai anda seorang yang pernah ambil tahu perihal kucing, anda pasti tertanya-tanya kenapa kucing jenis parsi ini riak mukanya nampak sedih. Seumpama kucing ini sedang dalam kesedihan. Ini lah riak muka Kucing Parsi atau Persian Cats. Anda boleh dapatkan maklumat penuh di SINI.
Ras Kucing Parsi yang asli ini sememangnya menjadi pilihan penggemar Kucing kerana ia dikatakan cantik, lembut, sangat jinak dan mudah mesra dengan manusia tidak seperti Local Breed atau Kucing Kampung. Sebab lain, sudah tentulah jenis Kucing Parsi ini sejenis haiwan peliharaan yang mahal dan boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Jenis Kucing Parsi ini memang terkenal dikalangan peminat kucing. Ramai yang mengimpikan haiwan peliharaan seperti Kucing Parsi ini, nampak muka macam tengah bersedih tetapi sebenarnya itulah raut wajah Kucing Parsi yang bernilai puluhan ribuan ringgit ini.
Kalau baka anak kucing Parsi Highnose Flat Face berumur 2 bulan boleh mencecah sehingga RM2,500 setiap ekor. Bayangkan baka induk Kucing Parsi asli yang dewasa dengan Sijil CFA sudah pasti bernilai lebih dari RM3,500 setiap ekor.
Andai anda berkira-kira untuk memelihara Kucing, anda boleh cuba pilih Kucing jenis Parsi ini. Walaupun harga agak mahal, tetapi anda akan berpuas hati dengan kehadiran mereka di dalam keluarga anda.
Kenapa Muslim Di Larang Sambut April Fool
Masih ramai lagi rakan-rakan kita yang beragama Islam atau Muslim masih tidak tahu dengan apa itu April Fool pada tanggal 1 April pasa setiap tahun. Mungkin info dibawah akan memberikan anda semua kefahaman tentang sejarah April Fool.
Pada abad ke-8 Masehi, Negara Sepanyol merupakan sebuah negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang kafir. Bagaimanapun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam yang membunuh bukan sahaja orang lelaki, malah turut membunuh wanita dan kanak-kanak juga. Satu persatu wilayah Sepanyol ditawan tentera salib sampailah ke wilayah akhir Granada. Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah.
Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol. Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi. Mereka yang berkumpul di pelabuhan tidak dapat berbuat apa-apa. Kapal yang dijanjikan juga dibakar. Apabila mereka dikepung mereka kemudian dibunuh tanpa belas kasihan.
Hanya takbir dan tangisan sahaja kedengaran. Tiada satu pun yang terselamat. Granada jadi medan darah Umat Islam. Sehingga laut berwarna merah darah. TRAGEDI BERDARAH INI BERLAKU PADA 1ST APRIL 1847 M DAN DIKENALI SEBAGAI "THE APRIL FOOL DAY" OLEH GOLONGAN KRISTIAN.
Jadi umat Islam sekalian apakah kita turut terikut ikut dengan 1st April ini dengan mengenakan orang lain dan tertawa. Kemudian menyebut dengan bangga dan gembira "APRIL FOOOOL" di sebalik saudara kita yang tertipu oleh golongan penipu lagi memang tidak ada dalam kehidupan mereka melainkan PENIPUAN. Kepercayaan tertipu dan menipu orang seperti konspirasi Illuminati dan sebagainya.
Misi Mencari Rumah Baru
Setelah 12 tahun kerja makan gaji dan 2 tahun kerja sendiri, rasanya tahun ini tahun untuk berhijrah. Dah lama tinggal di apartment dan rumah yang tak ada tanah, kini masa untuk mencari lokasi baru yang mempunyai ruang tanah ekstra untuk bercucuk tanam ;). Paling tidak pun ruang untuk anak-anak membesar bermain basikal kegemaran mereka.
Sejak beberapa bulan lepas, MrJocko dan wife dalam usaha mencari lokasi rumah atau tempat tinggal baru setelah hampir 10 tahun menetap di 'rumah atas angin'. Kali ni nak rumah landed dan punyai pagar sendiri.
Memandangkan kawasan KL sememangnya sudah padat dan harga jualan hartanah di tengah bandaraya ini memang melampau tinggi, kami terpaksa mencari lokasi di luar KL yang menawarkan harga rumah yang masih murah. Setakat ni dah pusing sekitar Shah Alam, Puchong dan juga Rawang.
Banyak juga rumah teres satu tingkat atau dua tingkat yang dijual dibawah harga RM200,000 tetapi lokasinya memang la jauh dari KL. Tapi rasanya, masih dikira senang akses kerana ada banyak highway atau jalan pilihan ke KL.
Harap-harap dapat jumpa rumah yang sesuai dengan bajet kami dan boleh kami menetap dengan selesa untuk masa akan datang. Anda ada cadangan untuk lokasi rumah teres sekitar Selangor dan KL? Boleh share dengan MrJocko?
Cara Makan Mengikut Sunnah Nabi
Untuk dapat pahala dalam Islam amatlah mudah. Tak kira dari cara kehidupan seharian, ekonomi serta muamalat sosial, semua ada cara yang mudah untuk mendapat pahala. Kali ni jom kita kongsi cara mudah untuk dapat Pahala melalui cara makan mengikut Sunnah Nabi S.A.W
Cara makan mengikut Sunnah Nabi ialah :
1. Membasuh Tangan
2. Mulakan dengan Bismillah dan membaca Doa Makan
3. Menggunakan 3 jari sahaja untuk makan
4. Makan menggunakan tangan kanan
5. Tidak makan makanan yang terlalu panas
6. Menjilat sisa makanan selepas makan
7. Makan sampai licin pinggan
8. Membaca Doa Alhamdulillah selepas makan
Mudah kan nak dapatkan pahala dalam Islam?
Trip 2011 : Gambar Menarik Semasa Di Tokyo
10 Syarikat Terbesar Di Malaysia : SaveMoney.my
Anak Kucing Newborn Umur 7 Hari
Sedar tak sedar, anak kucing newborn yang dilahirkan oleh Kitty, kucing Parsi MrJocko dah berumur 7 hari atau seminggu. Kata mereka yang expert, umur seminggu anak kucing newborn ini bersamaan umur hampir 3 bulan umur kanak-kanak biasa. Camana mereka kira, boleh Google di internet.
Buat masa ni, Kitten newborn ni masih belum buka mata dan kami belum pasti ia jantan atau betina. Kalau ikut warna bulunya yang mempunyai 3 warna, besar kemungkinan ia betina. Tunggu hujung minggu ni, nak bawa ke Vet dan nak buat medical check up, nanti boleh tahu samada kitten newborn persian ini jantan atau betina.
Asal masa beranak ada 2 warna sahaja, hitam putih, sekarang warna belang oren semakin kelihatan dari sehari ke sehari. Nampak gaya bulunya ikut panjang seperti bulu induk ibunya Si Kitty. Harap makin besar makin comel.
Newborn Kitten Persian ni masih menyusu dan selalunya akan terus menyusu sehingga berumur 2 bulan. Sementara itu, kena la pastikan supaya anak kucing ni selalu menyusu. Lepas tu dah boleh ajar makan makanan wet food dan dry food untuk kitten seperti kibbles.
Khalish dan Hasya tak sabar nak tunggu anak kucing ni besar sikit, sebab senang nak bermain. Nanti bleh bawa jalan-jalan ke taman.
Misteri Kehilangan Barang Di Poslaju Terjawab
Ingat tak tentang entry MrJocko tentang kehilangan barang sewaktu menggunakan khidmat Poslaju minggu lepas? Barang Wife MrJocko yang dibeli Online, sampai ke alamat, tetapi ada satu barang hilang dalam parcel asal yang dikirim oleh penjual.
Yang hilang ialah satu unit Tungku Bersalin untuk kegunaan wife selepas bersalin nanti. Tak mahal pun, tetapi tak tahu kenapa boleh hilang dalam parcel asal dan parcel tersebut koyak dibahagian bawah. Pelik. Kami cuma mampu syak ini kerja orang dalam Poslaju.
Selepas call bahagian Customer Service dan beritahu tentang hal ini, tiba-tiba hari Isnin wife dapat parcel datang dari Customer Service Poslaju Jalan Tun Sambanthan. Pelik rasanya.
Adakah betul barang tersebut di ambil oleh staff Poslaju? Lojik tak tungku yang seberat lebih kurang 1.5kg terkeluar sendiri dari parcel asal? Kawasan yang koyak tu pun nampak seperti digunting seperti entry sebelum ni.
Barang yang hilang dah dapat. Jadi malas dah nak ke Poslaju Jalan Tun Sambanthan lagi. Bukan masalah barang yang menjadi isu besar, tetapi kredibiliti dan kepercayaan pengguna untuk menggunakan khidmat Poslaju jika perkara ini berlaku. Barang yang hilang boleh diganti, tetapi masa dan tenaga yang sudah dibazirkan untuk perkara yang seperti ini amat menyusahkan.
Jangan sampai pengguna hilang kepercayaan kepada khidmat Poslaju. Takkan nak tunggu pengguna report terus kepada pihak berwajib atau Bos Besar Poslaju...
Pakej Murah Free And Easy Di Bandung Cuma RM190 Sehari
Anda mencari Pakej Travel Bajet Murah dan Selesa ke Bandung - Puncak, Indonesia?
Ini peluang anda kerana Blooggers Travel memperkenalkan anda kepada Pakej Promosi Bajet Free dan Easy Bandung - Puncak, Indonesia.
Pakej Bajet Free and Easy : Only RM190 Sehari.
Pakej Termasuk
1. Sewa Harian Transport Daihatsu APV 5 seater. (Maksima 4 orang)
2. Petrol
3. Pemandu cum Tourist Guide
4. Harga tidak termasuk bayaran parking, bayaran tol.
5. Harga tidak termasuk hotel dan makan minum. Walau bagaimanapun, anda akan dibawa ke lokasi penginapan dan tempat makan yang bersesuain dengan bajet anda.
6. Pakej ini untuk minima seorang dan maksima 4 orang sahaja, termasuk kanak-kanak.
Pakej Murah Free and Easy Couple : Only RM560/pax Sahaja (4 Hari 3 Malam).
Pakej Termasuk
1. Hotel bertaraf 3 Bintang dan setaraf
2. Makan minum Restoran atau Cafe Halal
3. Sewa Harian Transport Daihatsu APV 5 seater.
2. Petrol
3. Pemandu cum Tourist Guide
4. Harga termasuk bayaran parking dan bayaran tol.
5. Pakej ini untuk 2 orang termasuk kanak-kanak.
Pakej Murah Free and Easy 4 Pax : Only RM500/pax Sahaja (4 Hari 3 Malam).
Pakej Termasuk
1. Hotel bertaraf 3 Bintang dan setaraf
2. Makan minum Restoran atau Cafe Halal
3. Sewa Harian Transport Daihatsu APV 5 seater.
2. Petrol
3. Pemandu cum Tourist Guide
4. Harga termasuk bayaran parking dan bayaran tol.
5. Pakej ini untuk 4 orang termasuk kanak-kanak.
Terma dan Syarat
1. Harga yang ditawarkan SAH sehingga 31 Mei 2014
2. Harga Untuk 1 Keluarga : 2 Dewasa 2 Kanak2 (1 bilik) boleh dibincangkan.
3. Bayaran Booking hanya 30% dari jumlah pakej dan tidak akan dipulangkan jika ia pembatalan dari pihak pelanggan.
4. Bayaran Penuh mesti dibuat 1 bulan sebelum tarikh perjalanan.
5. Harga tidak termasuk Insurans Perjalanan.
Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi Blooggers Travel +60196611619.
Terima kasih
Admin
Cara Mudah Cari Pinjaman Bank Dan Kira Pinjaman Bank
Pertunjukkan Colour Of The Birds Di Safari Wonderland A'Famosa Resort
Perlaksanaan Undang-undang Hukum Hudud Di Brunei
Undang-undang Hukum Hudud Brunei bermula 1 April 2014. Antara pengisian Hukum Hudud Brunei ialah :
Lelaki berlagak menyerupai perempuan atau sebaliknya 198
(1) Mana-mana lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Tidak membayar zakat
(1) Mana-man orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Agama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.
Khalwat 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,
TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.
TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada pesakit semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4) Jika orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.
Hukuman zina 69.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut -
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan :-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).
(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).
Hukuman zina jika pesalah bukan mukallaf atau belum mencapai umur
Baligh. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau
(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Untuk hukuman potong kaki tangan, ianya akan di jalankan pada phase 3. Hukum Hudud di Brunei dijalankan secara berperingkat.
Peluang Seminar Kerjaya Terbesar Di Seremban
Andai anda seorang warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dan lulus minima SPM, anda dijemput untuk menghadiri Grand Business Opportunity Seminar atau Seminar Peluang Perniagaan Terbesar di Seremban pada 11 April 2014 nanti.
Tak kira la samada anda sudah punyai kerja atau masih mencari peluang perniagaan, jom sertai kami dalam Francais sebagai Perunding Kewangan dengan hanya bermodalkan RM250 sahaja.
Saya dan syarikat menjemput anda semua untuk hadir ke lokasi dengan membawa Kad Jemputan GBOS tersebut. Anda akan mendapat suntikan motivasi dari Mr Robery Young, salah seorang dari Pakar Motivasi Antarabangsa.
Jika sebelum ini, pakej motivasi Robert Young berharga sekitar RM500++, tetapi untuk kali ini MrJocko akan memberikan Pass Masuk PERCUMA kepada sesiapa yang betul-betul berminat. Syaratnya, anda cuma perlu Call atau emel MrJocko di rosmadishakri@yahoo.com untuk dapatkan Pass Masuk Percuma ini.
Tempat adalah terhad. Ada 20 Pass Percuma yang akan MrJocko berikan kepada mereka yang berminat untuk mencari peluang perniagaan baru dan menghadiri Motivasi Robert Young.
Anda berminat? Tak perlu tunggu, boleh hubungi MrJocko sekarang...
Glamorous MrJocko
Terminal 1 Seremban, Kenangan Masa Remaja
Semasa MrJocko menunggu keputusan Peperiksaan SPM pada tahun 1996, MrJocko sempat ulang alik dari Kelantan ke Negeri Sembilan. Lokasi yang selalu singgah ialah di Seremban. Bila sebut pasal Seremban, paling terkenal ialah Stesen Bas dan Shopping Centre di Terminal 1, Seremban.
Bangunan Terminal 1 ni banyak kenangan masa MrJocko muda-muda dulu. Masa tu tempat nak dating atau usha awek, tempat selalu ada showcase, tempat senang nak pergi ialah Terminal 1, Seremban.
Pernah la beberapa kali dating dengan awek Seremban kat Terminal 1. Boleh lepak makan kat KFC, tengok wayang dan senang nak ambik bas balik rumah, hahaha...
Sekarang Terminal 1 Seremban dah tinggal kenangan. Dah lama tak masuk ke dalam, entah tempat ni masih happening macam dulu atau dah suram? Kalau 15 tahun dulu kat sini memang pusat tumpuan orang Seremban, sekarang camana? Ada orang Seremban kat sini?