Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Cahaya Mata Ketiga MrJocko Seorang Puteri

$
0
0

Kelahiran bayi ketiga

 

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi apabila hari ini 16 April 2014, kami dikurniakan cahaya mata ketiga, seorang Puteri yang menjadi penyeri keluarga setelah selang 7 tahun dengan Hasya, Puteri Kedua.

Setelah menunggu lebih 9 bulan, akhirnya Puteri Ketiga kami dilahirkan dengan selamat dan sempurna sifatnya. Rezeki terbaik kami untuk tahun ini dan semoga kehadirannya akan membawa rezeki yang berterusan untuk kami sekeluarga.

Yang paling happy, si Khalish dan Hasya sebab dah lama nak ada baby sendiri. Kini, adik sendiri lahir dan dari tadi memang diorang tak sabar nak dukung.

Wife dan baby semua sihat. Kalau tak ada aral melintang, InsyaAllah esok dah boleh discharge. Dah boleh pulang dan stay kat rumah jer. Doakan supaya kesihatan berterusan untuk ibu dan baby.


Gambar Kemalangan Karpal Singh

$
0
0

Ahli Parlimen Gelugor, Karpal Singh maut dalam kemalangan ngeri pagi tadi. Turut maut seorang pembantu beliau. Karpal Singh memang terkenal sebagai pembangkang dan antara orang penting dalam DAP.

Gambar kemalangan MPV yang dinaiki menunjukkan keadaan kenderaan yang remuk teruk. Menurut berita, Karpal Singh mati ditempat kejadian.

Kejadian berlaku berdekatan dengan Gua Tempurung, di mana kereta Alphard yang dinaikinya melanggar sebuah lori.

 

Karpal Singh mati kemalangan

Karpal Singh mati kemalangan

Karpal Singh mati kemalangan

 

Terima Kasih Atas Ucapan Tahniah Sahabat

$
0
0

Ucapan Tahniah

Ucapan Tahniah

Ucapan Tahniah

 

Semalam, kami dan sekeluarga menerima banyak panggilan, sms, mesej dan juga ucapan Tahniah atas kelahiran Puteri Ketiga MrJocko pada tarikh 16 April 2014. Terima kasih kami sekeluarga ucapkan kepada sahabat yang mendoakan kami dan juga ucapan Tahniah tersebut. Semoga ingatan kalian dibalas dengan rahmat Allah Taala. Amin.

Kerap Mengembara Memberikan Anda 10 Kelebihan

$
0
0

Anda Menjadi Lebih Sosial

Apabila anda mengembara, anda akan terpaksa bercakap dengan ramai orang. Anda akan bertanya untuk lokasi kedai, lokasi hotel atau lokasi tempat shopping yang bagus di sekitarnya. Secara tidak langsung, ia memberikan anda teknik bersosial dengan baik.

Anda Mendapat Keyakinan Diri

Banyak lokasi pelancongan yang boleh menaikkan semangat diri anda, seperti mendaki gunung, snorkling atau meredah hutan belantara. Penggembaraan seperti ini memberikan anda peluang untuk mencabar keupayaan diri. Pendek kata, anda telah melakukan perkara-perkara yang menggerunkan. Selepas mencapai begitu banyak, anda akan berasa lebih lebih yakin dalam keupayaan anda untuk mencapai apa-apa.

Anda Belajar Menerima Seadanya.

Anda kadang-kadang akan menghadapi masalah seperti terlepas penerbangan, bas lambat, salah giliran, kelewatan yang tidak dapat dielakkan, makanan yang tidak baik dan banyak lagi. Anda telah belajar bagaimana untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah.

Anda Dapat Lebih Cabaran

Apabila anda menjadi yakin dalam keupayaan anda untuk berbuat apa-apa, anda melakukan segala-galanya. Terjunan, Melompat dari tebing, takluk ketakutan anda ketinggian, berjalan kaki 10km dan apa sahaja. Itu semua sebahagian daripada perjalanan pengembaraan dan lebih banyak anda kembara, lebih banyak cabaran yang anda akan lalui.

Anda Belajar Untuk Membaca Orang

Apabila anda tidak tahu bahasa setempat, komunikasi bukan lisan menjadi lebih penting untuk membaca orang dan situasi. Jika anda selalu kembara, anda mungkin dapat belajar membaca bahasa badan orang lain dan memberitahu anda tentang persekitaran anda. Ini boleh menyelamatkan anda daripada keadaan yang tidak baik.

 

Travel blogger Malaysia

Travel blogger Malaysia

 

Perjalanan Meluaskan Horizon Anda

Setiap tempat, daerah, negeri atau negara punyai budaya dan cara hidup berbeza. Ia mengajar anda tentang persamaan dan ada perbezaan seluruh bahagian dunia. Anda akan mengetahui bahawa kita sebenarnya banyak lagi yang perlu kita belajar tentang kehidupan.

Anda Akan Belajar Cara Hidup Survival

Jika anda boleh menguruskan perjalanan di negara-negara asing atau tinggal di tempat yang baru, anda mungkin boleh melakukan apa-apa sahaja. Memang betul, kerana bila anda travel di lokasi baru, anda akan cuba sedaya upaya untuk 'survive'.

Ia akan Memberikan Anda Cerita Untuk Di Kongsi

Anda akan mempunyai banyak cerita yang menakjubkan untuk memberitahu pada pihak. Hanya tidak menjadi batang mengenainya dan datang kira sebagai terlalu menonjol.

Anda akan Mempunyai Pengalaman Kerja Yang Bagus

Apabila anda telah mengembara ke serata dunia, anda akan terbiasa mengendalikan situasi janggal dan akan menangani masalah dengan cara yang berbeza. Pendek kata, anda belajar banyak kemahiran soft skill yang tidak boleh diajar di sekolah atau pejabat. Keupayaan untuk bekerja dengan baik dengan orang lain dan mengemudi situasi yang berbeza boleh memberi anda kelebihan sebenar dalam wawancara pekerjaan.

Anda Akan Ada Rakan-rakan Di Seluruh Dunia

Selepas anda mengembara, anda akan punyai rakan-rakan baru di setiap tempat yang anda lawat. Sebelum ini, kita tidak pernah kenal mereka. Sepanjang perjalanan anda mesti akan berjumpa dengan orang yang baru dan boleh menjadikan mereka sebagai rakan anda.

Sebenarnya memang banyak kelebihan bagi mereka yang selalu mengembara samada dalam atau luar negara. Pengalaman ini tak akan dapat di beli dengan wang ringgit. Ia sesuatu pengalaman terbaik. Pergi lah melancong, anda akan teruja dengan nikmat luasnya dunia milik Allah ini.

Geng Custom Bikers Bandung

$
0
0
Ada banyak rahsia tersembunyi di kota Bandung. Rasanya, masih ramai yang belum tahu tentang rahsia-rahsia Kota Bandung, lebih lebih lagi di waktu malam. Antara yang menarik tumpuan MrJocko ialah di sepanjang Jalan Asia Afrika. Di jalan ini, ada banyak aktiviti menarik perhatian pelancong, tambah-tambah lagi bila tiba waktu malam.

Antara yang best, bila anda dapat join geng-geng Custom Bikers yang berpusat di Bandung ini. Di Jalan Asia Afrika ini anda akan dapat melihat banyak kumpulan Motorsikal berkumpul dan menayang dan memperagakan motorsikal masing-masing. Pelbagai jenama, jenis dan model ubah suai dapat anda lihat di sini.

Ada yang menunggang Harley Davidson, Triumps old skool dan pelbagai jenis motorsikal yang MrJocko sendiri tidak pernah dengar namanya. Kebanyakkan model-model ini adalah model lama dan ia diubah suai dengan baik dan cantik di samping menggunakan enjin baru. Mengujakan.

Anda akan dapat melihat kumpulan Custom Bikers ini pada waktu malam dan paling meriah bila tiba waktu malam minggu. Ramai ahli kumpulan mereka akan berkumpul di Jalan Asia Afrika ini dan ada yang datang dari Jakarta, Jogja dan juga Surabaya semata-mata mahu berkmpul di Bandung.

Andai anda peminat motosikal, jangan lepaskan peluang. Singgah la di Jalan Asia Afrika sebelah malam minggu dan anda akan teruja dengan koleksi motosikal lama yang di ubah suai ini. Pelbagai jenis, pelbagai model dan pelbagai bentuk yang menarik.





Gadget Terbaru : Alcatel OneTouch Idol X+

$
0
0

Bulan Lepas MrJocko sempat menghadiri majlis Perlancaran Alcatel OneTouch Idol X+ dan Alcatel OneTouch Alpha di Concourse Lobby Plaza Lowyat. Memang teruja dengan spesifikasi terbaru smartphone dari Alcatel ini. Ternyata, gadget terbaru dari Alcatel OneTouch ini memang jauh berbeza dan lebih bagus dari produk Alcatel OneTouch sebelum ini.

Hari ni, MrJocko menerima satu unit Alcatel OneTouch Idol X+ yang mempunyai spesifikasi smartphone terbaik di dalam kumpulannya. Untuk spesifikasi Alcatel OneTouch Idol X+, kita lihat beberapa ciri yang menarik tentang OneTouch Idol X+ ini.

 

Review Alcatel OneTouch Idol X+

 

Antara spesifikasi Alcatel OneTouch Idol X+ ialah :

- 2GHz MT6592 Octa Core Processor

- 2GB LPDDR3 RAM

- 5 Inch Full HD IPS Display

- Dual SIM With Dual Stand By

- 13 MP Rear Camera With LED Flash

- 2 MP Font-Facing Camera

- 3G

- Wi-Fi

- Bluetooth

- 2500 MAh Battery

InsyaAllah dalam beberapa minggu ini MrJocko akan mencuba review dan lihat keupayaan sebenar Smartphone Alcatel OneTouch Idol X+ dan akan cuba meneroka beberapa ciri-ciri terbaik yang ada pada smartphone Alcatel ini.

Nanti boleh la anda lihat komen dan pandangan MrJocko tentang keupayaan Alcatel OneTouch Idol X+ ini berbanding model-model lain di pasaran.

Petua Jemur Cahaya Matahari Pagi Elak Penyakit Kuning

$
0
0

Untuk bayi yang baru lahir, memang digalakkan untuk dijemur di bawah cahaya matahari pagi. Ini bukan sahaja petua orang-orang tua, malah di akui sendiri oleh pakar kanak-kanak. Cahaya matahari pagi akan membantu mengelakkan bayi baru lahir dari penyakit kuning.

 

Hari ni hari kedua baby MrJocko kat rumah dan baru nampak cahaya matahari pagi. Sempatlah jemur si kecik ni di bawah sinaran matahari pagi. Harap-harap selepas beberapa hari ni, baby akan selamat dari penyakit kuning.

 

Tips untuk jemur bayi di bawah matahari pagi ni tak perlu lama, cukup selama 15 minit sahaja. Nak jemur, pastikan cahaya matahari di awal pagi jam 7 hingga 8 pagi.

 

Masa jemur baby, jangan tinggalkan dia keseorangan. Kena la duk sebelah pantau keadaannya. Jaga elok-elok sebab kalau terlalu lama kesian pulak kat baby, nanti panas.

 

 

Petua Jemur Bayi Baru Lahir

 

Mesti ada yang tanya kenapa jemur baby baru lahir di bawah sinaran matahari pagi? Ini kerana cahaya matahari pagi mempunyai Vitamin D yang asli. Bukan senang nak beri bayi baru lahir makan vitamin, jadi cara mudah dan terbaik ialah dengan cara menjemur bayi di bawah matahari pagi.

Kalau anda ada bayi yang baru lahir, cuba lah. InsyaAllah ia mujarab untuk elakkan bayi dari terkena penyakit kuning.

Cara Mudah Mandikan Anak Kucing Baru Lahir

$
0
0

Masuk hari ni, anak kucing kat rumah MrJocko dah berusia 27 hari dan masih menyusu. Yang nama Kiki, warna hitam putih anak Kitty. Yang nama Mia, warna oren ialah anak kucing yang kami ambik dengan kawan MrJocko berumur hampir sama dengan Kiki. Hari ni, kali pertama diorang mandi.

 

Kalau kucing dewasa, cara mandinya perlu sabun khas dan shampoo khas. Tapi untuk anak kucing, MrJocko cuma guna cecair baja haiwan. Caranya cukup la sekadar guna baja haiwan dan spray ke badan anak kucing dan gosok supaya rata.

 

Tips mudah untuk mandikan anak kucing yang berusia sekitar sebulan, pastikan anda mandikannya pada waktu tengahari dan ada cahaya matahari. Ini kerana, selepas mandikan anak kucing anda, pastikan ia kembali kering dalam masa yang cepat. Kalau tidak, kesian kat anak kucing tersebut kesejukkan. Kalau anda nak guna hair dryer pun boleh, tetapi elok asingkannya untuk kegunaan kucing sahaja.

 

 

Cara mandikan anak kucing

Cara mandikan anak kucing

 

 

Tengok la si bulus dua ekor ni. Suka bila kena air dan tak takut. Biasakan ia dengan mandikan setiap bulan untuk kebersihan. Bila dia dah biasa, senang nak mandikannya bila dah dewasa.

Anda ada anak kucing? Jangan lupa rajin-rajin lah mandikan mereka supaya mereka sentiasa bersih dan sihat. Mandian ini akan membantu anda mengelakkan anak kucing anda dijangkiti penyakit seperti hama dan juga kutu.

Bila tak ada hama dan kutu, baru la best nak peluk kucing anda...


Audio Wanita Maki Call Centre Plus Highway

$
0
0

Beberapa hari ni jadi trending, isu seorang wanita yang membuat panggilan ke Call Centre Plus Highway dan meluahkan kemarahannya kepada salah seorang Call Centre Operator. Audio rakaman yang direkodkan lebih dari 3 minit tu memang jelas menunjukkan betapa kecewanya wanita tersebut dengan servis PLUS Highway.

Antara fakta yang ada di dalam rakaman Audio tersebut :
1. Wanita tersebut berulang-alik memandu dari Melaka - Kuala Lumpur - Melaka setiap hari bekerja.
2. Beliau pulang rumah sekitar jam 9.00 malam dari Kuala Lumpur dan sampai di rumah sekitar jam 3.00 pagi akibat kesesakkan lebuhraya PLUS Highway dari Kuala Lumpur ke Melaka.
3. Beliau sudah mengalami situasi kesesakkan yang sama sejak 5 bulan yang lepas.
4. Dari Kuala Lumpur ke Melaka mengikut luahan beliau memakan masa selama 6 jam memandu akibat kesesakkan jalan raya.

 

Audio wanita marah call centre PLUS

Audio wanita marah call centre PLUS

 

Kemarahan memang nampak jelas dari nada dan bahasa yang digunakan oleh wanita tersebut. Ternyata nampaknya beliau dah lama memendam kekecewaan dan kemarahan tersebut.

Pandangan MrJocko

1. Memang sesekali kalau drive dari Kuala Lumpur melalui Tol Sungai Besi menghala ke Seremban ada dua lokasi yang selalunya sesak dan perlahan iaitu ketika menghampiri Hentian Nilai dan juga menghampiri susur Tol Seremban.

2. Boleh dikatakan setiap masa MrJocko melalui highway tersebut, ada sahaja maintainance, jalan ditutup dan kon pembinaan sedang berjalan. Macam kakak tu cakap, boleh tak kalau buat masa awal pagi, semasa orang tak ramai gunakan lebuhraya?

3. Hari biasa pun kadang-kadang Hentian Rawat dan Rehat selalu penuh dan tidak teratur, apatah lagi musim cuti panjang atau perayaan.

4. Betul kata Kakak dalam audio itu, kami bayar tol bukan untuk hadap 'jam' setiap masa. Kalau jam teruk, baik tak payah buat TOL...

Sekarang nak dengar juga feedback atau jawapan dari pihak PLUS. Mohon tampil la redakan kemarahan Kakak tersebut. Mungkin PLUS tidak boleh kurangkan kesesakkan dengan segera, tetapi dengan PR dan jawapan yang baik, ia akan meredakan kemarahan dan kekecewaan banyak pihak...

PLUS Highway,,, sila respon...

Anak Kucing MrJocko Mula Makan Wet Food

$
0
0

Masuk hari ke-28 MrJocko lihat si kecil Bulus ni mula nak makan makanan wet food yang MrJocko bagi kat ibunya Si Kitty. Mungkin sebab bau makanan Wet Food ni memang sedap, maka anak kucing nak cuba makan. Nampak bersungguh dia makan sampai comot mulut.

Paling suka makan wet food ialah Si Kiki, anak kucing hitam putih. Si Mia pula, nampak mula mencuba ambik bau sahaja. Belum nampak dia nak makan wet food. Setakat ni hanya masih menyusu. Maklum la umur belum sampai sebulan.

 

Anak Kucing Parsi Comel

Anak Kucing Parsi Comel

 

Setakat ni MrJocko bagi si kecil Bulus ni makan wet food jenama Pro Diet. Ingat nak cuba jenama lain, tapi belum jumpa. Tapi, dengan Pro Diet pun memang buatkan si ibu, Kitty dan anak-anaknya Kiki dan Mia tak sabar nak makan.

Selepas seminggu dua lagi, ingat nak cuba bagi makan dry food kibbles jenama Royal Canin pulak. Ramai yang kata jenis Dry Food Kibbles jenama Royal Canin sangat bagus untuk perkembangan kucing. Harap si Kiki dan Mia boleh membesar dengan cantik dan semakin gebu selepas makan Royal Canin.

Travelog : Kenapa Saya Suka Travel Ke Bandung

$
0
0

Kenapa saya suka travel ke Bandung.

Dalam banyak-banyak lokasi luar Malaysia, Bandung merupakan kotaraya yang MrJocko selalu lawati. Sudah 4 kali MrJocko melawat Kota Bandung, Indonesia dan semestinya masih banyak lagi tarikan lain di Bandung masih boleh diterokai.

Bandung Pusat Barang-barang Murah

Antara sebab MrJocko suka berlibur di Bandung kerana tarikan tempat membeli-belahnya. Banyak pakaian, aksesori, kain pasang dan macam-macam lagi sangat murah berbanding Kuala Lumpur. Di Bandung, ada beratus-ratus kedai Factory Outlet yang menawarkan barangan yang original, berkualiti dan murah berbanding harga jualan runcit biasa.

Landskap Tarikan Pelancong

Bandung juga menawarkan lokasi yang menarik untuk peminat alam semula jadi. Di Bandung anda boleh melihat keindahan landskap ciptaan Allah seperti Tangkuban Parahu, Bukit Dago atau menyusuri Puncak, lokasi tanah tinggi di pinggir Kota Bandung.

 

Bandung, Indonesia

Bandung, Indonesia

Bandung, Indonesia

 

Pelbagai Menu Masakan Tradisional Indonesia

Samada anda mahu mencuba menu masakan Sunda, Padang, Minangkabau dan menu masakan lain, semua ada di sini. Bandung punyai beribu-ribu jenis masakan yang memang terkenal di Pulau Jawa ini. Macam MrJocko, lebih suka kepada menu masakan Padang.

Kos Percutian Yang Murah

Di Kota Bandung, anda boleh mendapatkan Hotel 3 Bintang dengan hanya bayaran dibawah harga RM100 dan ia muat untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Sangat selesa dan berbaloi. Jika anda seorang pengembara Back Packers, lagi mudah kalau ingin mencari Dorm atau Hostel di Bandung. Cuma RM10 semalam, anda boleh menikmati percutian bajet di Bandung.

Banyak lagi yang menarik di Bandung. Anda sendiri kena terokai lokasi percutian ini dan anda mungkin akan faham kenapa saya suka travel ke Bandung, Indonesia.

Pesawat MH192 KL Bangalore Alami Kerosakan

$
0
0

Pesawat MH192

 

Berita Terkini

Malaysia Airlines MH192, penerbangan dari ke KL ---> Banglore terpaksa membuat u-turn kembali kerana sewaktu naik tayar pecah dan menyebabkan gear landing rosak.

Pesawat belum mendarat kerana dikhuatiri akan menyebabkan keadaan lg teruk atau mungkin akan terbakar. Hanya dengan menghabiskan minyak didalam tangki & membuat pendaratan kecemasan sahaja adalah cara yg boleh dibuat. terkini pesawat MH192 sedang mencuba menghabiskan minyak dalam tangki dan berlegar-legar diruang udara Kuala Lumpur dengan ketinggian 7000kaki. doakan supaya semua selamat..

Allahumma Yassir Wala Tu a'ssir.. Amiin..

#prayforMH192

Maklumat lanjut, kita tunggu pengumuman rasmi pihak Malaysia Airlines.


UPDATED 8.30am Isnin 21 April 2014

Pemangku Menteri Pengangkutan Dato Seri Hishamuddin memaklumkan melalui Twitternya bahawa pesawat MH192 KL - Bangalore selamat membuat pendaratan cemas di KLIA.

Luggage Bag Sesuai Untuk Trip 3 Hari 2 Malam

$
0
0

Cabin Luggage

 

Beg menjadi sesuatu yang penting jika anda selalu travel. MrJocko sebelum ini ada mempunyai dua beg size family, satu beg saiz 24", satu beg trolley saiz 22", haversack saiz 60 liter, saiz 36 liter dan saiz 30 liter. Oleh kerana banyak trip yang akan datang MrJocko pergi seorang dan trip 3 hari 2 malam, terpaksa lah cari saiz beg sesuai untuk tempoh masa tersebut.

Sebelum ini MrJocko guna haversack, ternyata tidak sesuai sangat kerana banyak FAM Trip memerlukan pindah randah. Berat nak pikul. Kemudian MrJocko guna saiz 24", rasa macam oversize pulak. Saiz 22" Beg Trolley pulak dah lama dan selalu guna untuk barang anak-anak. Jadi, kena beli satu lagi saiz 20" luggage bag sebab kecil senang bawa dan muat untuk cabin.

Jenis ni MrJocko beli murah sahaja. Cuma RM99 dan rekaan saiznya memang nampak menarik. Dalam memang sesuai untuk trip 3 hari 2 malam dan tak perlu space yang luas. Punyai 4 roda dan boleh dipusing 360 darjah. Ringan dan boleh dibesarkan sedikit. Perfect untuk MrJocko.

Nanti nak bawa beg ni untuk trip Pesta Air Labuan minggu ini. Rasanya saiz ini memang sesuai untuk trip kali ni. Baju 7 helai, seluar 3 helai, baju mandi, aksesori, kasut dan gadget kecil. Boleh bawak naik ke cabin, lagi senang. Tak perlu la nak bayar extra luggage fee kan?

Selamat Hari Jadi Hasya Nur Qistina 7 Tahun

$
0
0

Kek Hari Jadi yang sedap

 

Semalam tarikh 21 April 2014, tarikh kelahiran puteri kedua MrJocko bernama Hasya Nur Qistina. Semalam Qistina dah memasuki umur 7 tahun. Kalau dulu dipanggil dengan panggilan 'adik' sekarang dah kena tukar kepada Kak Cik.

Kalau dulu dia lah yang paling manja, tapi kini dah jadi kakak, ada baby baru, dia dah tak semanja dulu sebab dia tahu orang dah alih perhatian kat baby baru. Kesian Qistina.

Walau apa pun, Qistina lah yang selalu nakal lebih dari si Kakak Khalish dan paling pandai buat lawak. Selalu dia lah yang buatkan kami ceria. Rajin dan suka bertanya macam-macam.

Semoga Hasya Nur Qistina akan terus menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup, Aamiiiin...

BoomBand Fitness Tracker Wristband

$
0
0

Ada banyak Fitness Tracker yang dijual dipasaran samada yang mempunyai jenama terkenal ataupun jenama biasa yang dijual secara berasingan. MrJocko berpeluang mencuba Alcatel BoomBand, Fitness Tracker Wristband yang disertakan sekali dalam unit smartphone Alcatel OneTouch IdolX+.

 

Alcatel BoomBand Fitness Tracker

 

 

Selama 2 hari MrJocko mencuba BoomBand ini, MrJocko memang teruja dengan gadget ini. BoomBand Wristband ini boleh mengukur kadar langkah setiap hari, kalori yang digunakan serta jauh perjalanan yang MrJocko langkah pada hari tersebut. Rekod ini membantu MrJocko untuk menilai pergerakkan dan aktiviti seharian.

Target yang ditetapkan oleh BoomBand ditentukan oleh faktor jantina, umur, tinggi dan berat. Apps BoomBand ini akan mencadangkan kepada pengguna untuk melakukan berapa langkah dalam sehari untuk memastikan penggunanya berada dalam keadaan sihat.

Sebagai contoh, dengan umur MrJocko, tinggi 156cm dan berat 75kg, MrJocko di sarankan supaya melangkah sebanyak 10,000 langkah sekurang-kurangnya, kalori sekitar 450 dan sejauh 7.5km.

Jadi untuk kekal sihat, itu lah target seharian MrJocko untuk memastikan badan aktif dan tidak malas melakukan pergerakkan seharian. Target standard untuk fitness pun memang 10,000 langkah sehari. Anda bagaimana? Cukup kah 10,000 langkah sehari?


WW : Servis Lipat Kain

$
0
0

Servis Lipat Kain

Servis Lipat Kain

9 Negara Yang Tidak Mengenakan Cukai Pendapatan

$
0
0

Negara Tidak Kenakan Cukai Pendapatan

 

Bulan April hampir berakhir, dan ini bermakna tarikh akhir musim cukai sudah hampir. Bagi penduduk dan bukan pemastautin tanpa pendapatan perniagaan tambahan (yang bentuk BE dan M), tarikh akhir anda untuk memfailkan mereka bentuk cukai pendapatan adalah pada 30 April, 2014. Sebaliknya, bagi penduduk dan bukan pemastautin dengan pendapatan perniagaan tambahan (bentuk B dan M), tidak terlepas tarikh akhir pada 30 Jun, 2014.

Mengelak cukai adalah satu kesalahan yang serius, dan anda boleh dikenakan denda, atau dihantar ke penjara. Adalah lebih baik untuk memfailkan cukai pendapatan anda lewat dan membayar yuran penalti daripada dibawa ke mahkamah bagi pengelakan cukai. Ia juga lebih baik untuk memfailkan penyata cukai pendapatan anda sekarang, kerana anda mungkin membayar cukai yang lebih daripada yang diperlukan dan anda boleh mendapatkan bayaran balik cukai, rebat dan relif!

Walau bagaimanapun, adakah anda tahu ada negara yang tidak perlu memfailkan borang cukai pendapatan mereka kerana mereka benar-benar tidak ada sesiapa pun? Berikut adalah senarai sembilan negara yang tidak mengenakan cukai ke atas rakyat mereka:

Emiriah Arab Bersatu (UAE)

Dengan pendapatan yang tinggi per kapita pada $ 49,000 dan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak $ 360 bilion, UAE adalah yang pertama dalam senarai kami. Bagaimanakah negara ini menjana pendapatan? Bukannya ditolak daripada pendapatan peribadi, negara mengenakan cukai syarikat-syarikat minyak sehingga 55% dalam cukai korporat. Selain daripada itu, mereka mengenakan 30-50% cukai ke atas alkohol, bergantung kepada Emirate. Terdapat juga cukai tidak langsung lain, seperti bayaran perumahan, cukai perbandaran, tol jalan raya, dan caj perkhidmatan.

Kuwait

Kuwait mempunyai rizab minyak keenam terbesar di dunia, yang mewakili 75% daripada hasil kerajaan, membuat KDNK negara pada $ 173000000000. Selain daripada petroleum dan gas asli, Kuwait mempunyai industri yang berkaitan dengan perkapalan, pembinaan, simen, dan penyahgaraman air. Seperti negara-negara Timur Tengah yang lain, cukai korporat adalah satu lagi cara untuk mendapat pendapatan di Kuwait; pendapatan syarikat-syarikat asing dikenakan cukai pada 15%. Pekerja dengan kewarganegaraan Kuwait juga menyumbang 7.5% daripada pendapatan mereka bagi liabiliti keselamatan sosial, dan majikan menyumbang 11%.

Kepulauan Cayman

Salah satu British Luar Negara Wilayah, Kepulauan Cayman adalah kumpulan tiga pulau di Caribbean. Sumber utama utama negara pendapatan adalah cukai tidak langsung, kerana tidak ada cukai pendapatan atau cukai korporat. Negara ini caj sehingga 22% duti import. Mata wang tempatan, Kepulauan Cayman Dolar (KYD), ditambat selepas Dolar Amerika Syarikat (USD) pada kadar yang tetap 1KYD kepada 1.2 USD. Sejak tidak ada cukai langsung, Kepulauan Cayman merupakan pusat kewangan luar pesisir yang berkembang maju dengan lebih 93,000 syarikat yang berdaftar pada tahun 2008 termasuk 300 bank, 800 syarikat insurans, dan 10,000 dana bersama. Akaun Pelancongan untuk kira-kira 70% daripada KDNK negara, yang pada $ 3280000000 pada tahun 2008.

Qatar

Ini negara Timur Tengah mempunyai KDNK sebanyak $ 183000000000, menurut Forbes.com, dengan lebih daripada 50% iaitu minyak dan gas eksport dan pendapatan. Pada tahun 2013, Majalah Global Finance dinamakan Qatar negara paling kaya di dunia, berdasarkan KDNK berdasarkan Pariti Kuasa Beli. Kerajaan tempatan di sini juga tidak mengenakan apa-apa cukai jalan, cukai kereta, cukai majlis atau cukai nilai tambah (VAT). Entiti perniagaan dicukai pada kadar rata 10% cukai korporat, bagaimanapun, dan ada cukai 7% kerajaan di hotel-hotel dan restoran. Kos sara hidup di Qatar, bagaimanapun, adalah sangat tinggi.

Bahamas

Sebuah negara di Caribbean, ia bergantung kepada pembiayaan luar pesisir dan pelancongan sebagai industri utama ekonomi. 36% daripada $ 11400000000 KDNK Bahamas 'adalah daripada perkhidmatan kewangan, dan lebih daripada 60% daripada pelancongan. Selain daripada ada cukai pendapatan, negara juga mempunyai cukai korporat, cukai nilai tambah, dan cukai keuntungan modal. Cukai gaji, bagaimanapun, yang dikenakan pada 3.9% dibayar oleh pekerja dan 5.9% yang dibayar oleh majikan.

Bahrain

Satu lagi negara di Timur Tengah, Bahrain bergantung kepada petroleum dari medan minyak yang dikongsinya bersama dengan Arab Saudi, merangkumi 70% daripada hasil bajet negara, 60% daripada eksport, dan 11% daripada KDNK. Mereka eksport kedua terbesar selepas minyak adalah aluminium, diikuti oleh kewangan dan pembinaan. Negara ini mengalami krisis ekonomi pada tahun 2011, tetapi sejak pulih terima kasih kepada pelancongan meningkat pada tahun 2012. Pekerja menyumbang 6% daripada pendapatan bulanan mereka kepada keselamatan sosial, manakala majikan meliputi 9%.

Bermuda

Satu lagi Wilayah Luar Negeri British, ekonomi ini negara pulau adalah berdasarkan insurans luar pesisir dan insurans semula, dan pelancongan. KDNK per kapita adalah hampir 70% lebih tinggi daripada Amerika Syarikat, pada $ 86,000 pada tahun 2011. Sebagai ganti satu sistem cukai pendapatan, Bermuda mempunyai cukai penggunaan (VAT, caj perkhidmatan, dan sebagainya), cukai gaji, cukai hartanah, dan duti import yang tinggi. Oleh kerana itu, Bermuda adalah dianggap sebagai antara senarai negara-negara dengan kos hidup yang tinggi di dunia.

Oman

Sama seperti jiran Timur Tengah yang, Oman tidak mempunyai cukai pendapatan. Negara ini juga bergantung kepada hasil minyak, yang mencakupi hampir 70% daripada jumlah pendapatan negara. Seperti negara-negara Timur Tengah yang lain, Oman mengenakan cukai korporat sebanyak 12% bagi perniagaan tempatan dan sehingga 30% bagi perniagaan asing dan syarikat-syarikat yang dimiliki oleh negara-negara bukan GCC. KDNK mereka adalah pada $ 95000000000, walaupun semakin berkurangan rizab minyak semula jadi. Oleh kerana itu, kadar pengangguran mereka telah meningkat kepada 15%, kepada rasa tidak puas hati rakyat Oman.

Brunei Darussalam

Satu-satunya negara Asia Tenggara dengan tiada cukai pendapatan Brunei. Terletak di Borneo dan dahulunya naungan British, industri Brunei terutamanya bergantung pada petroleum, gas asli, pembinaan, dan pertanian. KDNK negara pada $ 22250000000, terdiri kebanyakannya daripada eksport petroleum dan gas. Walaupun tidak ada apa-apa cukai pendapatan, rakyat Brunei dikehendaki membayar dana keselamatan sosial amanah sebanyak 5% daripada gaji mereka, dan tambahan 3.5% yang pergi ke dana pencen mereka. Terdapat juga 12% cukai hartanah di ibu negara, Bandar Seri Begawan, dan cukai korporat sebanyak 20% bagi syarikat tempatan dan bukan tempatan.

Seperti yang anda lihat dari senarai, banyak negara-negara yang tidak mempunyai cukai pendapatan yang ditemui di Timur Tengah. Ini adalah kerana rizab semula jadi tempatan minyak. Kelemahan ini, bagaimanapun, adalah bahawa kebanyakan negara-negara mempunyai kos hidup yang tinggi.

CompareHero adalah platform perbandingan kewangan Malaysia yang terkemuka, yang bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia menjimatkan masa dan wang. Lawati CompareHero.

p/s : ini adalah entry copy paste

Harga Mangga Harum Manis Perlis

$
0
0

Harga Mangga Harum Manis Perlis

 

Kalau di sebut Negeri Perlis, ramai yang akan kaitkan negeri kecil ini dengan produk buah Mangga Harum Manis yang sangat sedap. Mangga Harum Manis yang berwarna oren ini memang manis, berjus dan sangat sedap. Bagi peminat buah buahan tempatan, buah Mangga Harum Manis antara buah yang paling berharga dan bernilai untuk produl buahan tempatan di Malaysia.

Tapi anda tahu tak berapa harga bagi setiap kilo buah mempelam atau mangga Harum Manis Perlis ni? Ada peniaga yang rata-ratanya menjual buah mempelam atau mangga Harum Manis ini dengan harga RM20 setiap kilogram. Memang harga buah mangga Harum Manis ni mahal kerana susah nak dapat dan kualiti buahnya memang sedap.

Jangan terkejut jika di musim cuti sekolah nanti atau sekitar bulan Mei 2014 harga buah mangga Harum Manis ini akan mencecah RM30 bagi setiap kilogram. Kalau anda dapat harga buah mangga Harum Manis di bawah harga RM20 sekilogram bermakna anda dapat harga yang murah. Beli la.

Jadi sesiapa yang ada ladang buah mangga Harum Manis, musim ni adalah musim untung jual buah mangga la nampaknya. Masyuk...

p/s : ingat tahun 1995 masa jual buah mangga harum manis, cuma RM5 - RM6 jer sekilogram

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 Brazil (Waktu Malaysia)

$
0
0

FIFA World Cup 2014 Brazil

 

JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA 2014 (waktu Malaysia)

Bagi anda peminat bolasepak, jom kita lihat jadual perlawanan Piala Dunia 2014, semua group mengikut waktu Malaysia. Kesemua perlawanan ini adalah perlawanan peringkat pertama untuk menentukan siapa yang layak ke Suku Akhir Piala Dunia 2014 di Brazil.


JUMAAT, 13 JUN 2014
A 04:00 Brazil lwn Croatia

SABTU, 14 JUN 2014
A 12:00am Mexico lwn Cameroon

B 03:00am Spain lwn Netherlands
B 06:00am Chile lwn Australia

AHAD, 15 JUN 2014

C 12:00am Colombia lwn Greece
D 03:00am Uruguay lwn Costa Rica
D 06:00am England lwn Italy
C 09:00am Côte d'Ivoire lwn Japan

ISNIN, 16 JUN 2014

E 12:00am Switzerland lwn Ecuador
E 03:00am France lwn Honduras
F 06:00am Argentina lwn Bosnia-Herzegovina

SELASA, 17 JUN 2014

G 12:00am Germany lwn Portugal
F 03:00am Iran lwn Nigeria
G 06:00am Ghana lwn USA

RABU, 18 JUN 2014

H 12:00am Belgium lwn Algeria
A 03:00am Brazil lwn Mexico
H 06:00am Russia lwn Korea Republic

KHAMIS, 19 JUN 2014

B 12:00am Australia lwn Netherlands
B 03:00am Spain lwn Chile
A 06:00am Cameroon lwn Croatia

JUMAAT, 20 JUN 2014

C 12:00am Colombia lwn Côte
D 03:00am Uruguay lwn England
C 06:00am Japan lwn Greece

SABTU, 21 JUN 2014

D 12:00am Italy lwn Costa Rica
E 03:00am Switzerland lwn France
E 06:00am Honduras lwn Ecuador

AHAD, 22 JUN 2014

F 12:00am Argentina lwn Iran
G 03:00am Germany lwn Ghana
F 06:00am Nigeria lwn Bosnia-Herzegovina

ISNIN, 23 JUN 2014

H 12:00am Belgium lwn Russia
H 03:00am Korea Republic lwn Algeria
G 06:00am USA lwn Portugal

SELASA, 24 JUN 2014

B 12:00am Australia lwn Spain
B 12:00am Netherlands lwn Chile
A 04:00am Cameroon lwn Brazil
A 04:00am Croatia lwn Mexico

RABU, 25 JUN 2014

D 12:00am Italy lwn Uruguay
D 12:00am Costa Rica lwn England
C 04:00am Japan lwn Colombia
C 04:00am Greece lwn Côte d'Ivoire

KHAMIS, 26 JUN 2014

F 12:00am Nigeria lwn Argentina
F 12:00am Bosnia-Herzegovina lwn Iran
E 04:00am Honduras lwn Switzerland
E 04:00am Ecuador lwn France

JUMAAT, 27 JUN 2014

G 12:00am US lwn Germany
G 12:00am Portugal lwn Ghana
H 04:00am Korea Republic lwn Belgium
H 04:00am Algeria lwn Russia

Glamorous MrJocko

Artikel Walisongo Dan Taipei Di Majalah Libur Mei 2014

$
0
0

Bagi kawan-kawan yang berminat untuk mendapatkan info dan gambar trip MrJocko ke Surabaya dan Jogja ketika mengikuti Trip menjejaki Walisongo bulan Februari 2014, anda boleh dapatkan naskah Majalah Libur Terbitan Kumpulan Karangkraf Edisi Mei 2014.

Dalam edisi bulan Mei 2014 juga ada cerita tentang Shang-ri La Leisure Farm Resort di Yilan yang terkenal dengan hotel mesra Malaysia dan menghidangkan menu halal terbaik di sana.

 

 

Majalah Libur Karangkraf

Majalah Libur Karangkraf

Untuk Majalah Libur Edisi Mei 2014 keluaran kali ini juga banyak info menarik seperti tips panjat gunung, lokasi percutian luar negara yang menarik, aktiviti mandi manda bersama gajah, info tentang gajet terbaru dan banyak lagi.

Jangan tunggu lagi, boleh ke kedai buku berhampiran dan dapatkan naskah anda hari ini.

Viewing all 1468 articles
Browse latest View live