Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Senarai Tawaran Biasiswa Terbaik Untuk Lepasan SPM Di Malaysia

$
0
0

Senarai Tawaran Biasiswa Terbaik Untuk Lepasan SPM Di Malaysia

Keputusan peperiksaan SPM 2013 sudah diumumkan pada hari ini 20 Mac 2014. Tahun ini merupakan tahun paling ramai pelajar mendapat keputusan 9A. Bagi yang mendapat keputusan cemerlang, anda boleh mencuba untuk memohon tawaran Biasiswa yang ditawarkan oleh beberapa Syarikat atau Yayasan yang dikategorikan antara tawaran biasiswa terbaik di Malaysia.

Biasiswa Tun Rahah
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/08/master-degree-scholarship-tun-rahah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf

Uplands Sixth-Form International Education Scholarship 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/uplands-international-education.html#axzz2wTejXdXf

Kuok Foundation Scholarship for Malaysia Polytechnics 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-kuok-foundation-politeknik.html#axzz2wTejXdXf

MNRB Scholarship Fund 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/mnrb-scholarship-insurance-science.html#axzz2wTejXdXf

Yayasan Pelajaran MARA JAD-MJHEP Scholarship 2014/2019
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/biasiswa-mara-luar-negara-ijazah.html#axzz2wTejXdXf

PETRONAS Education Sponsorship (Degree) Programme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/11/petronas-education-sponsorship.html#axzz2wTejXdXf

SHELL Malaysia Scholarship (Undergraduate) 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/shell-scholarship-oversea-undergraduate.html#axzz2wTejXdXf

UC College of Engineering Malaysia Scholarships 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/engineering-malaysia-scholarships.html#axzz2wTejXdXf

Maybank Foundation Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/02/biasiswa-maybank-scholarship-luar-negara.html#axzz2wTejXdXf

Securities Commission Malaysia (SC) Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/03/biasiswa-sc-sekuriti-commission-malaysia.html#axzz2wTejXdXf

Astro Scholarship Award 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/03/biasiswa-astro-scholarship-undergraduate.html#axzz2wTejXdXf

Karangkraf Education Fund
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2013/12/biasiswa-karangkraf-scholarship-swasta.html#axzz2wTejXdXf

KPM MyBrainSc Scholarship Scheme 2014
http://scholarshipmalaysia.blogspot.com/2014/01/kpt-mybrainsc-scholarship-scheme-2014.html#axzz2wTejXdXf

Khazanah Nasional
http://www.khazanah.com.my/scholarship2.htm

PNB
http://www.pnb.com.my/aset_m.php#edu_csr

Sime Darby
http://www.yayasansimedarby.com/1008230434%C2%BBMalaysia.aspx

Bank Negara Malaysia
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_misc&pg=en_career_scholar&ac=1097

Mohon sebarkan kepada pelajar lepasan SPM 2013..

 


Astro Tutor TV Rai Pelajar SPM

$
0
0

Bersempena dengan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan pada 20 Mac 2014, Astro Tutor TV telah mengadakan kempen khas di beberapa buah sekolah di sekitar ibu kota sebagai satu tanda penghargaan buat barisan calon yang menduduki peperiksaan tersebut.


Kempen Astro Tutor TV ini diadakan bagi menghargai usaha keras pelajar yang merupakan calon-calon SPM dalam memerah segala keringat bagi mendapatkan keputusan yang terbaik di samping meraikan keputusan yang mereka perolehi.


Pihak penerbitan Astro Tutor TV SPM telah berada di beberapa buah sekolah ini bagi menemu ramah para pelajar, guru dan ibu bapa akan keberkesanan menggunakan Astro Tutor TV SPM saluran 603 sebagai medium bagi mengulang kaji dan seterusnya menghadapi peperiksaan SPM.


Sekolah-sekolah yang terbabit dalam menjayakan kempen ini adalah SMK Taman Seraya, Ampang, SMK Sri Serdang, Sri Kembangan dan juga SMK Kota Kemuning, Shah Alam. Selain itu, penyampai radio Hitz.fm, Ean dan Jinnyboy turut membuat penampilan istimewa mereka di SMK Kota Kemuning untuk memeriahkan suasana bagi meredakan debaran yang dirasai di samping memberikan sokongan serta meraikan para pelajar di sekolah tersebut.


"Kami di Astro Tutor TV sentiasa komited dalam menyampaikan kandungan ilmiah terbaik berdasarkan sukatan pembelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan menjadi pelengkap bagi pembelajaran di bilik darjah dengan menggunakan pendekatan secara menyeluruh meliputi saluran-saluran ulangkaji bagi sekolah rendah dan menengah.


Ini merangkumi lima saluran televisyen yang dilengkapi dengan butang merah interaktif, pembelajaran atas talian, penganjuran variasi aktiviti sama ada di sekolah atau kawasan awam, produk-produk penerbitan dan media sosial", kata Vickie Lai, Ketua Bahagian Pendidikan Astro.


Katanya lagi, Kempen Keputusan SPM 2013 ini adalah bagi para pelajar untuk meraikan keputusan cemerlang mereka dalam peperiksaan SPM setelah memerah keringat dan masa untuk mengulang kaji demi mendapatkan keputusan yang terbaik.


Astro Tutor TV SPM ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelajar, ibu bapa dan guru yang telah memilih saluran ini untuk menjadi sebahagian daripada proses pembelajaran pelajar. Rasai pengalaman pembelajaran interaktif terhebat yang berkesan, menghiburkan dan padat dengan ilmu pengetahuan hanya di Astro Tutor TV.


 

 

Bila Masa Nak Jual Untung Dalam Pelaburan

$
0
0

Ada ramai klien MrJocko yang melabur dalam dana Unit Amanah bertanya, "Bila masa kita nak jual untung dalam pelaburan?" Ia soalan yang senang, tetapi pendapat peribadi MrJocko sebagai Perunding Kewangan, penjualan untung pelaburan unit amanah bergantung kepada beberapa faktor.

Antaranya :Target Pelaburan Sudah Mencapai Tujuan

Ada ramai klien MrJocko yang melabur mengikut tujuan atau 'goal' yang berbeza. Antara tujuan mereka melabur, untuk tujuan persaraan, untuk simpanan duit umrah, untuk melancong atau bertujuan membayar insurans kereta dan road tax setiap tahun, serta banyak tujuan lain lagi. Sekiranya tujuan mereka sudah tercapai, sebagai contoh, mensasarkan keuntungan sekitar 10% dalam masa setahun, maka saya akan mencadangkan supaya keuntungan tersebut dijual. Tetapi sekiranya klien tidak mempunyai tujuan penting, saya akan meminta mereka untuk teruskan melabur sehingga tempoh tertentu.

Harga Dana Yang Dibeli Naik Mencanak

Sekiranya harga dana yang klien beli, naik melebihi 50% maka saya akan cadangkan klien untung menimbang menjual keuntungan kerana dikhuatiri selepas satu tempoh masa ia akan jatuh. Walau bagaimana pun, ia sekadar pandangan peribadi dan ia bersifat case by case basis. Sebagai contoh, klien sudah melabur lebih dari 5 tahun dan sudah banyak kali menerima dividen dari dana tersebut dan berumur lebih dari 45 tahun.

Apabila Klien Mencapai Umur 55 Tahun Ke Atas

Klien yang berumur 55 tahun ke atas, saya sifatkan sebagai klien yang melabur untuk mendapatkan wang tambahan. Mereka sekadar mahu menyimpan dan mendapatkan sedikit untung dari duit simpanan EPF atau simpanan dalam bank sebelumnya. Adalah tidak wajar kalau saya menyusun plan jangka panjang untuk klien berumur lebih 55 tahun ini, kerana kemungkinan sekarang masa untuk mereka menikmati hasil simpanan mereka selama ini.

 

Pelaburan Unit Trust

Pelaburan Unit Trust

 

Pandangan saya, melaburlah untuk masa hadapan atau tujuan masa pendek anda seperti untuk membayar insurans kereta dan road tax tahunan, percutian atau simpanan untuk pelajaran anak-anak. Macam-macam tujuan anda boleh buat jika melabur dalam Unit Amanah atau Unit Trust. Simpanlah walau sedikit secara potongan gaji bulanan RM100, ia akan membantu anda diwaktu anda kesusahan.

Enaknya Buah Cempedak Madu

$
0
0

Dah lama MrJocko mencari buah Cempedak. Selalu nampak ada orang jual kat gerai tapi tak sempat singgah. Ada pun beberapa tempat, nampak macam cempedak biasa, mungkin tak semanis Cempedak Madu. Semalam, baru terjumpa buah cempedak madu ni kat gerai buah di Taman Sri Sinar.

Harga sekilo cuma RM8 sahaja dan sebiji saiz sederhana ni cuma RM12 sahaja. Kira ok la tak kecil sangat, cukup la untuk kami makan sekeluarga.

Korang lihat isi cempedak ni, agak besar, ranum dan memang manis. Sangat manis dan berbaloi-baloi. Puas hati dapat makan cepedak madu ni :)

Ingat minggu depan nak beli sebiji lagi. Harap-harap ada stok di gerai yang sama.

 

Buah cempedak manis

Buah cempedak manis

 

Pelancaran Alcatel OneTouch Idol X+ Dan Idol Alpha

$
0
0

Alcatel Onetouch ialah satu jenama dibawah TCL Communication, sebuah syarikat antarabangsa yang membuat rekaan, membangun dan memasarkan produk-produk 'mobile dan gadget' secara global yang kini sedang meningkat naik di seluruh dunia.

Alcatel Onetouch kini memperkenalkan 2 (dua) lagi model untuk pilihan pengguna mobile di Malaysia iaitu Alcatel Onetouch Idol X+ dan Alcatel Onetouch Idol Alpha. Model-model smartphone ini diperkenalkan pada majlis ringkas bertempat di Concourse Plaza Lowyat pada Jumaat 21 Mac 2014.

 

Launch of Alcatel Onetouch Idol X+


Untuk spesifikasi Alcatel Onetouch Idol X+ :

· 5" Full HD IPS display

· Octa Core 2 GHz, 2GB RAM

· 13.1 Mpxl Full HD main camera

· 2 Mpxl 1080p front camera

· Hi-Fi sound with JBL™ earphones

· HD video

· 7.9mm thin

· 2500mAh

· Harga jualan Alcatel Onetouch Idol X+ RM1,299

(Untuk masa terhad, jika anda membeli Idol X+, anda akan berpeluang menerima satu unit BOOMBand, wristband fitness tracker bluetooth-enabled for FREE)


 

Untuk spesifikasi Alcatel Onetouch Idol Aplha pula :

· 4.7" Full HD IPS display

· Octa Core 1.2 GHz, 1GB RAM

· 13.1 Mpxl main camera

· 1.3 Mpxl 720p HD front camera

· Multi-touch 10 points

· 7.5mm thin

· Harga jualan Alcatel Onetouch Idol Alpha RM1,099


 

Gambar Kereta Lamborghini Accident Di Gua Musang

$
0
0
Sayang sekali bila tengok gambar kereta mewah ni. Sebuah kereta mewah Lamborghini warna oren remuk teruk akibat kemalangan di Jalan Gua Musang petang 22 Mac 2014. Akibat kemalangan itu, Lamborghini tersebut rosak teruk. Pemandu tidak diketahui.
 
Kalau dah kemalangan seperti ini, nampaknya macam kena ganti habis bahagian hadapan. Selalunya enjin kereta mahal seperti ni kat belakang, jadi masih boleh di ganti spare part mana yang patut.
 
Siapa punya kereta Lamborghini ni? Baik korang mengaku...
 

Glamorous MrJocko

Sudah Sampai Di Bandung

$
0
0
Sebenarnya Trip ke Bandung ni MrJocko dah beli lama dah, sejak September 2013. Harga tawaran murah, RM100 sahaja tiket pergi dan balik dari KL ke Bandung. Sepatutnya memang dah nak kanselkan sebab Wife tengah sarat mengandung bulan ke-8, tetapi sebab, tempah masa weekend dan cuma 3 hari 2 malam sahaja, MrJocko teruskan.
Kebetulan juga, ada banyak material dari Bandung yang boleh cari dan dikongsikan di majalah untuk keluaran Mei, Jun dan Julai nanti.
 
 
Memandangkan ini hanya percutian budget, tak perlu nak bawak banyak duit. Lagipun hotel dan flight sudah dibayar. Tinggal untuk duit makan dan pusing-pusing nak teksi atau bechak sahaja. RM299 untuk Rp1,000,000 dah kira okay berbanding kadar tukaran wang asing di LCCT Money Changer.
Asalnya fligh petang sekitar jam 6.00pm, namun flight delayed dan diberitahu awal. Waktu baru jam 10.00pm dan MrJocko selamat sampai di Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung pada jam 12.15 pagi.
 
 
Nasib baik di Bandung ada rakan karib yang selalu membantu MrJocko dan kawan-kawan yang datang berlibur di Bandung dan Jakarta. Beliau ialah Pak Denny Hidayat yang mempunyai Travel Agency sendiri. Baik hati orangnya dan senang berbincang. Ramai rakan yang MrJocko recommend kepada Pak Denny berpuas hati dari segi servis dan harga. Murah dan masih boleh di bincang diskaun.
Selama 3 tahun MrJocko kenal Pak Denny, dia memang Pemandu dan Tourist Guide terbaik di Bandung pernah MrJocko jumpa. Kalau berminat boleh terus hubungi Denny di email dhaifadenny@yahoo.com. Kalau mahu diskaun special, guna Password : MrJocko

Hari ni nak ke Cihampelas dan Cibaduyut. Harap-harap sempat kerana hari ni sahaja sempat pusing bandar Bandung. Malam nanti mungkin ada lokasi rahsia di Bandung yang nak MrJocko terjah. Nak tahu banyak rahsia tentang Libur di Bandung boleh baca di blog MrJocko.com dan Majalah Libur keluaran Mei 2014.

Tempahan Awal Samsung Galaxy S5 Di Lazada

$
0
0

Samsung Galaxy S5 akan dilancarkan di Malaysia pada 27 Mac 2014, tetapi sekarang anda boleh membuat tempahan awal satu unit Galaxy S5 sebelum orang lain. Peruncit dalam talian Lazada kini hanya menerima tempahan untuk sama ada warna Hitam dan unit warna White Galaxy S5 yang disenaraikan pada harga RM2,399.

Sebagai promo pra pesanan awal, Lazada juga memberikan diskaun RM100 tambahan dengan kod baucar istimewa mereka. Seperti apa yang kita lihat pada halaman pra-pendaftaran Celcom, Galaxy S5 yang ditawarkan datang dengan kapasiti storage dalaman 16GB.

 

Jika anda sedang mencari untuk menjadi yang pertama untuk memegang Samsung Galaxy S5, anda mungkin perlu menunggu seketika kerana penghantaran dijadualkan pada 15 April. Ini adalah beberapa hari selepas tarikh 11 April 2014, tarikh ketersediaan antarabangsanya untuk unit tersebut.

Samsung Malaysia dijangka menawarkan pra-pesanan melalui peniaga rakan kongsi elit mereka pada akhir minggu ini dan ini mungkin boleh menjadi alternatif yang lebih cepat untuk mendapatkan satu unit.

Untuk maklumat lanjut, pergilah ke laman produk Lazada Galaxy S5.

Glamorous MrJocko


Perjanjian Kerjasama Antara Voopee XOX Dan e-horizon Sweeden

$
0
0


Pengendali aplikasi mudah alih , XOX Berhad ( XOX ) hari ini menandatangani perjanjian dengan e-horizon, pemaju Sweden dalam peranti mudah alih smart phone untuk memasuki pasaran global. 'Mobile Soft Devices' membolehkan operator mudah alih untuk menyediakan Voice-Over- Internet - Protocol ( VoIP ) dan perkhidmatan pesanan yang kuat disediakan oleh panggilan telefon pintar berasaskan Internet dan pembekal perkhidmatan mesej segera. 

Tidak seperti aplikasi komunikasi tradisional yang lain, peranti mudah alih Voopee ini bekerja dalam cara yang serupa dengan perkhidmatan Internet apabila pengguna disambungkan ke Internet tetapi membolehkan pengguna berkomunikasi secara dalam talian dan luar talian. 

Voopee telah dibangunkan bersama oleh XOX Berhad dan e-horizon dari Sweeden . Ia adalah satu aplikasi perkhidmatan mudah alih yang inovatif yang membolehkan pengguna telefon pintar mempunyai nombor telefon bimbit kedua sebenar, jadi tidak perlu keperluan untuk telefon tambahan atau kad SIM. 

Ia diumumkan pada bulan Januari 2014 dan telah menerima sambutan baik dari pengguna yang semakin meningkat. Perkhidmatan Voopee kini boleh didapati di Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, Kemboja, Bangladesh, Jepun, Indonesia, United Kingdom, Australia, Thailand, China, Taiwan dan Malaysia. 

Perjanjian antara XOX Berhad dan e-horizon akan melihat penubuhan sebuah syarikat usaha sama baru (Newco) di Sweden. Entiti baru ini akan menjadi pangkalan untuk memasarkan Voopee kepada pengguna global yang lebih luas. 

Bercakap pada majlis menandatangani perjanjian perjanjian, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan XOX Berhad , Encik Ng Kok Heng berkata, " Voopee menawarkan penyelesaian yang berdaya maju kepada pemain telekomunikasi yang prihatin. Voopee boleh menjana pendapatan tambahan untuk operator mudah alih daripada pengguna selain daripada suara, mesej teks dan internet jalur lebar".

"Pengguna kini beralih kepada Voopee kerana perkhidmatan yang berkualiti suara dan mesej adalah unggul untuk panggilan telefon pintar berasaskan Internet dan perkhidmatan pesanan. Banyak mesej yang lebih sedikit terlepas atau terlewat, panggilan suara yang lebih jelas dan tidak ketinggalan atau echo serta Bilangan sebenar di mana pengguna dapat dihubungi sama ada mereka berada dalam talian atau luar talian. Untuk ini dan banyak faedah lain , pengguna sanggup membayar memastikan bahawa operator mudah alih diberi ganjaran yang setimpal,"jelas Encik Ng. 

Pada masa ini, Voopee juga menawarkan kualiti panggilan yang cemerlang melalui Voopee untuk Voopee panggilan dan yang pertama di dunia yang menawarkan Voopee untuk panggilan mudah alih dan talian tetap. Semua kemudahan ini kepada pengguna , dan pendapatan tambahan bagi syarikat-syarikat telekomunikasi merupakan cadangan yang menang untuk semua pihak, " katanya. 

Ditubuhkan pada tahun 2005 , XOX telah disenaraikan di pasaran saham Malaysia sejak pertengahan tahun 2011 . Syarikat itu membina platform yang sedia ada dengan perkhidmatan dan kandungan dibezakan , manakala mengamalkan pendekatan holistik dengan perkhidmatan tambah nilai untuk para pelanggan. 

Voopee telah pun dilaksanakan di beberapa negara seperti Singapura , Hong Kong , Korea Selatan , Kemboja , Bangladesh, Jepun, Indonesia , United Kingdom, Australia, Thailand , China , Taiwan dan Malaysia, ia dikenali sebagai XOX - Voopee . XOX Berhad berbangga apabila menerima Anugerah Jenama BrandLaureate 2013. Baru-baru ini , syarikat itu juga bekerjasama dengan Persatuan Badminton Malaysia , dan Bahagian Penerangan Negeri Pulau Pinang sebagai sokongan teknologi mudah alih rasmi mereka.

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang Chris Goodfellow

$
0
0

 

Siapa Kapten Zaharie dari pandangan Juruterbang berpengalaman luar..

 

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U.

 

Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.

 

Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri.

 

Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.

 

Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.

 

"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.

 

"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."

 

Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.

 

"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki.

 

Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."

 

Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.

 

Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.

 

"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.

 

"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."

 

Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.

 

Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran.

 

Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.

 

"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."

 

Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.

 

"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."

 

Jika berlaku rampasan atau sabotaj, katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.

 

Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."


Kucing Kitty Sudah Beranak

$
0
0

Awal pagi Isnin, sekitar jam 8.30am, MrJocko terima Whatsapp dari adik yang memberitahu bahawa Kitty telah selamat melahirkan dua ekor anak kucing. Seekor yang pertama berwarna hitam putih dan seekor lagi berwarna putih. Sayangnya, anak kucing yang berwarna putih mati sejurus dilahirkan. Langsung tak dapat diselamatkan.

Selepas menunggu sama satu jam dari kelahiran anak kucing kedua, maka sah la bahawa Kitty hanya bunting dua ekor anak kucing sahaja. Dah tak ada lagi anak kucing lain dalam perut Kitty.

 

Gambar kucing beranak

 

Alhamdulillah, walaupun seekor sahaja yanghidup, kira ia tetap rezeki. Boleh la buat mainan untuk my kids, Khalish dan Hasya. Nampak dari segi muka, nampak ada iras baka Semi Flat dan Bulu Panjang seperti ibunya, Kitty.

Jantina belum dapat diketahui lagi. Tunggu seminggu dua lagi kot, nak bawa ke Vet untuk buat medical check up. Kesian tengok Kitty yang keletihan tercungap menahan masa nak beranak.

Nanti MrJocko share gambar-gambar anak kucing parsi baka semi flat Kitty di entry yang lain. Sekarang ni nak kena kemas tempat beranak Kitty dan jaga anak dan ibu kucing ni elok-elok supaya sihat. Harap lepas ni Kitty boleh beranak lagi banyak anak kucing yang cantik-cantik ;)

32 BAKAT MUDA BOLA SEPAK MALAYSIA JALANI LATIHAN INTENSIF DI CARDIFF, UNITED KINGDOM

$
0
0

Program latihan 1MCC- AstroKemBOLAtelahmengenalpastidanmembawaseramai 32 pemainmuda yang berpotensibesardalamsukan bola sepakmenjalanilatihanintensif di Cardiff, United Kingdom bermuladari 14 hingga 24 Mac 2014. Parapemainpelapis yang berumurantara 11 hingga 13 tahuninitelahmenjalanilatihanprofesional dibawahseliaanbarisanjurulatihberpengalamandariKelab Bola Sepak Cardiff City.


Sepanjang 10 harimereka di sana, merekatelahmenjalanilatihanmenyeluruh yang merangkumilatihan di ataspadang, pengajiankepimpinandalambidangsukansertalawatankesekolahdanstadium. Selainitu, merekapastitidakdapatmelupakanpengalamanterindah yang diperolehi disanaapabilamerekaberpeluanguntukmenyaksikanperlawanan bola sepaksecaralangsung diantaraduakelabgergasiiaitu Cardiff City menentang Liverpool padahariSabtu yang lepas.


1MCC – AstroKemBOLAanjuranAstroKasihdenganusahasama 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) Football Academy initelahbermuladaritahun 2012 dengantujuanuntukmembukapeluangkepadabakat-bakatmudamerasaipengalamanmenjalanilatihanbersamajurulatihprofessional danmemberikanpendedahan di peringkatantarabangsa di sampingterusmembantusertamemupuk para pemainmudainidalammeningkatkankemahiran bola sepakmereka.

Proses pencarianbakat yang bermuladaribulanOgostahunlepasinimenyaksikanseramai 2,722 orang pesertamendaftarkandiribagimenyertaikempemilihan yang telahdiadakan di enamlokasiseluruh Malaysia. Setelahmenjalanisesipemilihandanujian yang ketat di kemlatihanlanjutan, seramai 32 pesertalelakidanperempuanterbaikberjayamelayakkandiriuntukmenjalanilatihanintensifselama 10 hari di Kelab Bola Sepak Cardiff City.

James Barnett, KetuaJurulatih 1MCC berkata, "KesemuapesertaKem Bola iniseharusnyaberbanggaataspencapaiancemerlangmerekasepanjangberada di Cardiff. Dalammasa yangagaksingkatini, merekamampuuntukmempertingkatkankemahiranmerekadaripelbagaiaspek.Selakujurulatih, sayaberasasangatberbesarhatimelihatkankemajuanluarbiasaolehsetiappeserta.Sayaberharapmerekaakanberkongsisegalapengalamandanpengetahuanbaruyang diraihbersamakeluargadanrakan-rakansertaterusbekerjakerasuntukmencapaiimpianmereka".


Mohd AimanAfif bin MdAfizul, selakuketuapasukan 1MCC-Astro KemBOLA yang berasaldari Kedah berkata, "Sayamenggemarisukan bola sepaksejakdarikecillagidanhariinimerupakanhari yang sangatbermaknaapabilasayaberpeluanguntukmenjalanilatihan di Cardiff. Pelbagaiilmu yang sayapelajarisepanjang di siniterutamanyamengenailatihankemahiran, caramembuathantaran yang tepatdankawalan bola yang sempurna. Sayapastitidakakanlupakansegalapengalamandantunjuk ajar darijurulatih-jurulatih di sini".


"Sayaberasabanggakeranaterpilihmenjadisalahseorangdaripada 32 pemainterbaik di Malaysia untuk program ini.Sayaberasasangatgembirakeranabarisanjurulatih di sinimemberikanlayanan yang baik.Merekasentiasamemberikantunjuk ajar danpanduankepadakami setiap kali sesilatihan.Sayaberharap agar program sepertiinidapatditeruskandanlebihramailagirakyat Malaysia dapatmenyertai program latihanseumpamaini", kata Siddarsha a/p Siva Kumar, 13 tahundari Melaka.


Program latihan 1MCC – AstroKemBOLAtahuniniturutmenerimapenyertaanseorangpelajar, Hellma Emily Joinin (12 tahun) dari SK Magandaiiaitusebuahsekolahluarbandar yangmenerimabantuandariAstromelalui program tanggungjawabsosialkorporat (CSR) menerusiprojek Hostel AstroKasih.Beliauternyataberbanggaataspencapaiannyadanterujaatassegalailmupengetahuansertapengalamanbaru yang diperolehi.


"Sayasangatberpuashatikeranatunjuk ajar yang diberikansemasalatihan di dalamkelasdan diataspadangadalahsangatjelasdanagakberbezadengancaralatihan di Malaysia. Sepanjangberada di Cardiff, kami menjalanilatihan di House of Sport yang lengkapdenganperalatan bolasepaksertadilatiholehbarisanjurulatih professional.Merekajugamengajar kami untuksentiasafokussemasapermainan, sentiasaberdisiplindansalingtolong-menolongantarasatusama lain",jelasbeliau.

 

32 YOUNG MALAYSIAN FOOTBALLERS UNDERGO INTENSIVE TRAINING IN CARDIFF, UK

32 YOUNG MALAYSIAN FOOTBALLERS UNDERGO INTENSIVE TRAINING IN CARDIFF, UK

32 YOUNG MALAYSIAN FOOTBALLERS UNDERGO INTENSIVE TRAINING IN CARDIFF, UK

32 YOUNG MALAYSIAN FOOTBALLERS UNDERGO INTENSIVE TRAINING IN CARDIFF, UK


 

Pet Grass Untuk Makanan Kucing

$
0
0

Banyak sebenarnya pilihan makanan tambahan untuk haiwan peliharaan seperti kucing. Antara yang biasa tuan punya kucing beri ialah Pet Grass atau Rumput Kucing. Untuk apa kegunaan Pet Grass ni dan kenapa kucing suka makan?

 

Pet Grass ini ialah satu makanan yang boleh menolong kucing menghadam dan mengeluarkan sisa sisa bulu yang berada dalam usus perut kucing tersebut. Kucing akan tidak sengaja tertelan bulu mereka semasa proses menjilat (menyucikan) badannya dan bulu-bulu tersebut susah untuk dihadam oleh perut.

 

Pet Grass untuk kucing

Pet Grass pil untuk kucing

 

Dengan memakan pet grass atau rumput kucing ini, ia akan membantu kucing tersebut mengeluarkan sisa bulu bulu tersebut melalui proses pencernaan. Ia memang bagus untuk kesihatan kucing anda dan amat sesuai untuk jenis kucing baka bulu panjang.

 

Anda boleh pilih samada untuk membeli biji semaian Pet Grass yang berharga sekitar RM10 sepeket atau pil Pet Grass yang berharga RM2.50 sahaja bagi 15g dan cukup untuk seekor kucing.

 

Kalau beli yang jenis pakej semaian, anda kena biarkan ia bercambah dulu beberapa hari, dan kemudian baru boleh diberi kucing makan. Kalau jenis pil, beli dan terus beri makan.

 

MrJocko dah beri makan 2 biji pagi ni dan petang nanti lagi 2 biji. Semoga dalam masa beberapa hari nanti kucing MrJocko Kitty dan Oreo akan keluarkan hairball (bulu-bulu) dalam perut. Kita tunggu dan lihat...

Glamorous MrJocko

Ayam Brand™ Perkenal Kempen ‘All Happy Families’, Kongsi Warisan 120 Tahun

$
0
0

 

Ayam Brand™, pembekal makanan dalam tin tanpa bahan pengawet atau tambahan MSG, mengukuhkan pasarannya di peringkat global dengan menekankan tradisi jenama Asia itu melalui Kempen 'All Happy Families' yang dibina atas warisan gemilang menjadi kegemaran keluarga selama lebih daripada 120 tahun.

Sejajar dengan aspirasi untuk mengukuhkan jenamanya di peringkat global, Ayam Brand™ melancarkan promosi masakan Asia, di serata dunia, khususnya Malaysia melalui Kempen 'All Happy Families' yang menonjolkannya sebagai satu jenama warisan yang dipercayai dan digemari oleh semua lapisan generasi di rantau ini.

Ayam Brand™ berkunjung ke serata dunia untuk menemui beberapa keluarga sebenar bagi berkongsi bagaimana Ayam Brand™ menjadi sebahagian daripada tradisi keluarga mereka. Satu siri temu ramah video bersama keluarga-keluarga ini kini dipaparkan di laman web dan laman peminat Facebook Ayam Brand™. Pengguna juga dijemput untuk berkongsi cerita mereka dalam pertandingan 'All Happy Families' di Facebook di mana mereka boleh menyuarakan pendapat mereka mengenai kekeluargaan, tradisi dan Ayam Brand™.

Kempen ini memaparkan keluarga tempatan yang hidup bahagia dengan cerita dan tradisi masakan tersendiri di beberapa lokasi ikonik seperti pemandangan pencakar langit Kuala Lumpur, Rumah Opera Sydney, puncak tertinggi pulau Hong Kong dan Marina Barrage, Singapura.

Jurugambar terkemuka antarabangsa dari Malaysia yang telah memenangi pelbagai anugerah, Stefen Chow, menjayakan penggambaran kempen 3 tahun tersebut. Pemenang World Press Award 2013 ini mengetuai haluan kreatif bagi mencari, mendokumen dan mengambil gambar keluarga yang berbesar hati untuk berkongsi cerita dan tradisi masakan mereka.

Kempen bermula dari 2014 hingga 2016 menerusi tiga siri, iaitu satu siri setahun diiringi dengan aktiviti di lokasi terpilih serta pendedahan melalui media cetak dan internet di rantau di mana Ayam Brand™ adalah aktif. Bagi membawa kisah Ayam Brand™ ke peringkat global, kempen tersebut diperluaskan dalam bentuk iklan di majalah-majalah dalam penerbangan syarikat penerbangan utama dunia seperti Qantas, Singapore Airlines, China Southern, SilkAir dan syarikat tanahair, AirAsia.

Menurut Pengarah Pemasaran Kumpulan Ayam Brand™, Encik Herve Simon, keunikan Ayam Brand™ terletak pada komitmen terhadap kualiti, berpandukan kepada warisan jenama dan adaptasi produk kepada keperluan tempatan dan serantau, serta pelancaran variasi dan produk selari dengan perubahan gaya hidup dan cita rasa, sementara teliti dalam mencapai pengguna yang lebih meluas.


"Tujuan kami ialah untuk membawa keenakan rasa dan kualiti terjamin Ayam Brand™ kepada pelanggan di peringkat global yang lebih meluas dengan menonjolkan bagaimana jenama kami menjadi sebahagian daripada tradisi masakan di rantau Asia. Cara terbaik untuk melakukannya ialah melalui individu sebenar, keluarga sebenar yang boleh mengesahkan kebaikan produk kami selama beberapa generasi," kata Encik Simon sebagai penutup.


Untuk maklumat lanjut berkenaan Ayam Brand™ dan Kempen 'All Happy Families', layari www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes

 




 

Review Yes 4G Selepas 1 Tahun 6 Bulan

$
0
0

Review Yes 4G

 

Nampaknya line Yes 4G yang MrJocko subscribe pada September 2012 semakin teruk. Line dan kelajuan Yes 4G sangat teruk. Kalau masa mula-mula dulu terasa kelajuannya, tetapi sekarang tidak lagi.

Mula ambik pakej yang paling murah 1GB sebulan Unlimited Data. Tapi selepas setahun, ada promosi kat Yes 4G yang bagi promo 3GB unlimited data, tetapi kena tambah sedikit bayaran bulanan. Beli la... Rupanya tak sampai sebulan,,, sama jugak, slow dan line asyik warna BIRU dan jarang dapat warna HIJAU.

Rasanya kalau ditanya MrJocko sekali lagi pasal review internet Yes 4G, jawapannya servis semakin teruk. Lembab dan rasa masa speed dah semakin slow berbanding dulu. Ingat nak ke Kaunter Yes 4G untuk dapatkan maklumat lanjut. Kalau macam ni, rasa macam tak guna je pakai Yes 4G, baik pakai line 3G smartphone yang sedia ada.


Ciri-Ciri Kucing Parsi Persia

$
0
0

 

Bagi peminat kucing, Kucing Parsi atau Persian Cat menjadi pilihan utama untuk dijadikan haiwan peliharaan. Sememangnya kucing parsi memang cantik dan punyai ciri-ciri yang menarik perhatian manusia.

 

Sebenarnya, ada lebih dari 40 jenis kucing yang ada di dunia ini, namun dari baka kucing yang ada, kucing parsi atau persia merupakan kucing yang paling popular dan banyak digemari oleh para pencinta kucing. Disamping itu juga, kucing parsi atau persia juga memiliki nilai yang agak mahal. Kucing jenis ini dianggarkan bernilai ribuan ringgit bergantung kepada kualiti dan baka yang tertentu seperti Pure Falt Face dan juga Semi Flat Face.

 

Kucing Parsi atau Persia yang punyai sijil kelahiran dan Sijil Baka yang berdaftar dari CFA akan lebih mahal kerana ia dijamin kualiti datang dari jenis baka yang berkualiti dan baik. Tak hairan lah kalau ramai Pet Shop atau Breeder (penternak kucing) berminat memelihara Kucing Parsi dan kucing yang berkualiti tinggi supaya ia dapat dijual dengan harga yang tinggi.

 

Kucing parsi atau persia merupakan kucing cantik yang hampir menyerupai dengan kucing anggora. Ciri-ciri kucing parsi atau persia yang sangat unik adalah kucing ini sangat suka memanjakan dirinya dengan pemiliknya. Cara jalan dan cara gerakannya anggun dan tenang tidak seperti kucing kampung biasa. Jika dilihat dari jenis bulunya, kucing parsi ataunpersia memiliki bulu yang tebal dan panjang. Oleh sebab bulunya yang tebal dan panjang, kucing parsi atau persia ini nampak lebih cantik berbanding dengan kucing.


Kucing persia merupakan kucing yang sesuai berada di dalam rumah dan mudah mesra dengan pemiliknya.


Antara ciri-ciri Kucing Parsi atau Persia adalah :

 

Kepala

Kepala kucing parsi atau persia besar dan bulat, dengan hidung yang pesek dan lebar yang memiliki kejelasan pembatas mata. Rahang mulutnya kelihatan kuat dan lebar, pipi penuh ditopang dengan tulang pipi yang agak menonjol. Dilihat dari samping bahagian dahi dan dagu membentuk garis yang tegak lurus.


Telinga

Bentuk hujung telinga bulat dengan bahagian dasar agak melebar. Telinganya agak pendek dan mengiring ke hadapan.


Mata

Kucing parsi atau persia memiliki mata yang bulat, luas dan lebar. Warna mata selalunya berhubungan dengan warna bulu.


Badan

Memiliki dada yang lebar dan membulat. Ini kerana bulunya yang tebal dan panjang. Bagian punggungnya juga sedikit membulat. Selain itu bentuk perut bahagian belakang juga membulat dengan posisi yang lebih rendah (cobby).


Kaki

Kaki kucing persia biasanya pendek, tebal dengan bulu dan agak besar. Kaki hadapan lurus dan kaki belakang juga lurus jika dilihat dari belakang.


Cakar

Kucing persia memiliki cakar yang besar, bulat dan kukuh. Kucing parsi atau persia biasanya mempunyai jumlah lima jari di kaki depan dan empat jari di kaki belakang.


Bulu

Memiliki bulu yang panjang dan tebal yang menutupi seluruh badan.


Ekor

Bulu pada ekornya tebal, lurus dan panjang yang sesuai dengan keadaan badan.


Sifat

Kucing parsi atau persia mudah selesa dengan mana-mana tempat, memiliki ketenangan, suka bermain dan mudah untuk disayangi. Disamping itu ekspresi wajahnya juga manis. Kucing parsi atau persia boleh tidur di satu tempat selama berjam-jam, tidak bising serta bersuara lembut.

 

Berdasarkan panjang bulu kucing parsi atau persia, ia diklasifikasikan mempunyai dua jenis iaitu:

1. Kucing parsi atau persia berbulu panjang (long haired persian)

2. Kucing parsi atau persia berbulu pendek (exotic short hair).


Sementara jika ia diklasifikasikan berdasarkan warnanya kucing parsi atau persia boleh dibahagikan kepada 7 kumpulan iaitu solid colour, silver and golden division, shadded and smoke division, tabby division, particolour division, bicolour division dan himalayan division.


 

Kucing Parsi Flat Face Highnose

Kucing Parsi Semi Flat Face Highnose

Cute Persian Kitten



Glamorous MrJocko

Makam Walisongo Sunan Ampel Di Surabaya

$
0
0
Hari pertama MrJocko dan rombongan singgah sewaktu Jejak Wali Songo Surabaya Jogjakarta ialah ke makam Wali Songo Sunan Ampel. Untuk makluma lebih jelas perihal sejarah dan latar belakang Sunan Ampel atau nama sebenarnya Raden Rahmat, anda boleh baca di Wikipedia Indonesia Sunan Ampel.




Lokasi kedudukan Makam Sunan Ampel ni berada di sekitar bandar Surabaya, dekat dengan pusat bandar. Mudah kalau nak ke sana. Boleh naik Angkutan Kota dengan bayaran Rp4,000 dari pusat bandar atau Rp2,000 hingga Rp5,000 kalau guna Bechak (Beca). Kalau nak naik teksi pun boleh, biasanya dalam sekitar Rp10,000 ke Rp20,000. Selalunya pelancong atau pelawat akan menaiku Bechak kerana mudah dan murah.

Makam Wali Songo Sunan Ampel ini berada berhadapan dengan Masjid Sunan Ampel. Mengikut sejarah, di sini lah Sunan Ampel mengembangkan syiar Islam di Surabaya kepada pengikut dan masyarakat setempat. Di sini juga di mengajarkan hal-hal Agama Islam kepada masyarakat Islam di sekitar Surabaya dan anak-anak muridnya yang ramai kemudiannya mengembangkan Islam ke serata pelusuk Pulau Jawa.





Kawasan dalam dan sekitar Masjid dijaga dengan baik. Kalau ke sini, sila pastikan anda membawa plastik untuk selipar atau kasut anda yang cantik. Kalau tidak, ia dikhuatiri akan hilang. Tetapi, ada pilihan, boleh sahaja mintak tukang jaga selipar di perkarangan masjid dengan bayaran hanya Rp2,000 untuk satu plastik. Maksudnya, boleh kumpul kasut dan selipar dalam satu plastik dan mintak dijaga.





Nampak tak kubur yang mempunyai batu nisan yang ditutup dengan kain putih? Itulah Makam Sunan Ampel dan sebelahnya ialah Makam isteri beliau. Kawasan ini sebenarnya kawasan larangan mengambil gambar. Namun selepas diminta dengan penjaga dan memberitahu tentang tujuan untuk dikongsi di Majalah, MrJocko dibenarkan mengambil gambar, tetapi sekadar 2-3 keping sahaja.

Untuk makluman, semasa kami sampai ke sana, hari Isnin. Tetapi memang agak mengejutkan kerana, sepanjang masa, tidak putus orang di sekitar Surabaya datang ke sini untuk melawat dan membacakan tahlil di Makam Sunan Ampel. Sesuatu yang jarang MrJocko lihat di Malaysia. Bermula seawal waktu Subuh sehingga selepas waktu Isya', memang ramai.




Air ini ialah asalnya air perigi yang digunakan oleh Sunan Ampel di sekitar Masjid Ampel. Ramai pengunjung kalau ke sini, singgah untuk mengambil air sebagai kenangan. Air ini boleh di minum dan boleh di ambil percuma. Cuma kalau nak disedekahkan kepada Pengurusan Masjid, ia lebih afdal.

Pengalaman pertama kali ke Makam Wali Songo seperti Sunan Ampel ini memang membuka mata MrJocko. Ia sesuatu yang unik dan tidak ada di Malaysia. Masyarakat sekitar begitu mengagungkan Kewalian Wali Songo dan mereka memang menyanjung kisah-kisah dan sejarah perkembangan Islam Wali Songo di Pulau Jawa. 

Andainya anda ke Surabaya, selain dari membeli belah, singgah la di Masjid Sunan Ampel dan Makam Sunan Ampel, anda akan dapat pengalaman baru dan sesuatu yang unik sebagai pengalaman Sejarah Tamadun Islam anda di Pulau Jawa.

Airport Tax Di Lapangan Terbang Husein Sastranegara Bandung

$
0
0

Berapa Bayaran Airport Tax Bandung

 

Ada ramai kawan-kawan yang pertama kali ke Indonesia pasti akan terkeliru dengan bayaran Airport Tax di Lapangan Terbang di Indonesia seperti Jakarta, Bandung, Surabaya, Jogjakarta dan bandar-bandar lain. Ini kerana bayaran untuk Airport Tax atau Cukai Lapangan Terbang setiap airport berbeza.

Untuk bayaran Airport Tax di Lapangan Terbang Husein Sastranegara Bandung, setiap mereka yang ingin menaiki pesawat domestik harus membayar sejumlah Rp50,000 dan Rp75,000 untuk penerbangan antarabangsa.

Bayaran Airport Tax ini harus dibayar sebelum memasuki ruang berlepas dan hanya menerima duit Rupiah Indonesia SAHAJA.

MIBC Pet Expo 2014 di Pusat Boling Antarabangsa Melaka

$
0
0

Pets Expo 2014

 

 

Ada yang minat kucing dan berada di sekitar Melaka? Anda dijemput hadir memeriahkan lagi Melaka Pet Expo 2014 yang akan berlangsung di ruang legar Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), pada 29 hingga 30 Mac 2014 ini.

Pengurus program, Firdaus Sani berkata, program berkenaan bertujuan memberi pendedahan kepada peminat kucing dan haiwan peliharaan kepada seluruh lapisan masyarakat.

"Orang ramai yang hadir pada program itu akan diberikan penerangan dengan lebih lanjut mengenai cara penjagaan dan mengurus haiwan peliharaaan kesayangan mereka dengan cara yang betul.

"Ini juga dapat dilihat sebagai platform kepada peminat haiwan peliharaan untuk berkumpul bersama-sama dan berkongsi minat dalam bidang ini," katanya ketika ditemui semasa memberikan penerangan kepada wakil media di MIBC, hari ini.

Menurutnya lagi, orang ramai juga berpeluang untuk memiliki kucing peliharaan sendiri menerusi program Pengambilan Kucing Angkat Terbesar di Melaka Pet Expo 2014 yang akan diberikan secara percuma pada program itu.

"Pemberian secara percuma kepada orang ramai yang berminat pada program itu adalah bagi membela nasib kucing yang kurang bertuah itu untuk dipelihara," ujarnya.

Katanya lagi, expo berkenaan turut dimeriahkan dengan Pertandingan Kucing membabitkan kira-kira 170 ekor kucing pelbagai baka dari dalam dan luar negara, di samping Pameran Haiwan Peliharaan Mini (Small Pet), Pameran Haiwan Exotic juga Taman Arnab.

Read more: http://gotomelaka.blogspot.com/2014/03/melaka-pet-expo-di-mibc.html#ixzz2xKaG0SS9

Pengalaman Pertama Di Restoran Roppan Bandung

$
0
0

Pertama kali rasanya melihat restoran Roppan di Bandung Indonesia. Masa ke Surabaya dan Jogjakarta akhir bulan Februari 2014, rasanya tidak kelihatan pulak restoran ini kat sana. Tapi di Bandung, ternampak ada 3 outlet antaranya di Festival Citylink, Cihampelas Walk dan satu lagi lupa di kawasan mana.

 

Rupanya Restoran Roppan ni antara restoran pilihan terbaru di Indonesia yang menyajikan menu masakan Bento dari Jepun dan juga menu roti yang unik. Banyak menu yang anda boleh cuba di Restoran Roppan ini kerana ia punyai pilihan yang pelbagai.

 

Restoran Roppan, Japanese Cuisine

Restoran Roppan, Japanese Cuisine

 

Kali pertama MrJocko mencuba menu Set Bento Daging yang disertakan dengan Ikan Goreng Rangup dan Salad. Ada Nasi semestinya. Memang menarik dan harganya agak murah berbanding set bento di Malaysia.

Kali kedua, MrJocko mencuba roti set untuk sarapan pagi. Anda boleh memilih 4pcs Roti Pilihan di Roppan dengan hanya Rp32,000 atau dengan harga sekitar RM10. Harga biasa seperti menu Donut di J.Co Donuts atau Big Apple rasanya. Tetapi Roti di Roppan memang unit berbentuk 3 segi. Memang sedap dan menarik.

Andai anda ke Bandung, mungkin boleh cuba singgah di Roppan dan mencuba kelainan di Restoran Roppan, menu masakan Jepun ini. Mungkin ia akan memenuhi citarasa anda selain menu J.Co Donuts menu-menu lain.

Viewing all 1468 articles
Browse latest View live