Masjid Sunan Ampel |
Makam Sunan Gresik |
Masjid Agung Tuban |
Makam Sunan Bonang |
Makan Sunang Muria |
Makam Sunan Kudus |
Makam Sunan Kalijaga |
Makam Sunan Gunung Jati |
Waris keturunan Sunan Geseng bersama keluarga di Magelang |
Masjid Sunan Geseng |
Masjid Sunan Ampel |
Makam Sunan Gresik |
Masjid Agung Tuban |
Makam Sunan Bonang |
Makan Sunang Muria |
Makam Sunan Kudus |
Makam Sunan Kalijaga |
Makam Sunan Gunung Jati |
Waris keturunan Sunan Geseng bersama keluarga di Magelang |
Masjid Sunan Geseng |
Asal nama Uptown datang dari pasar malam di sekitar Damansara Utama dan Damansara Uptown sekitar tahun 1999. Pada masa tu, ia bermula dengan gerai-gerai jual VCD dan juga kasut dan baju bundle. Dan, MrJocko antara orang pertama yang meniaga di Uptown Damansara.
Semakin hari, gerai jualan semakin bertambah dan setelah 2 tahun ia dipenuhi dengan pelbagai jenis gerai barangan dan servis. Uptown Damansara menjadi semakin padat.
Bila Uptown Damansara ditutup, peniaga berpindah ke Danau Kota, Veledrom KL dan juga Kota Damansara. Kini, di sekitar KL dan Selangor ada banyak kawasan yang di panggil 'Uptown' dan semakin bertambah ke negeri lain.
Antara yang menjadi Uptown terbaik setakat ini MrJocko rasakan di Uptown Danau Kota. Lokasi yang paling dekat dengan Kuala Lumpur, pilihan gerai yang banyak serta ramai pengunjung. Kawasan Uptown Danau Kota seakan menjadi Ikon Uptown di bandaraya KL.
Banyak barang-barang yang dijual di sini dari pakaian, gadget, aksesori, barang kereta, barangan kanak-kanak, beg, barangan wanita dan macam-macam lagi. Malah jangan terkejut kalau anda jumpa agen Takaful, Unit Trust dan Salesman kereta yang turut sama dalam Uptown.
Sekali sekala memang syok juga datang Uptown kerana banyak benda yang boleh kita survey dan lihat. Semua jenis ada dan boleh tawar menawar.
Tak nak beli tak apa, mungkin sekadar window shopping atau singgah sambil makan malam kat Uptown Danau Kota. Lagipun, ada nampak juga kelibat pelancong luar negara datang ke Uptown. Ia mungkin boleh dimasukkan dalam senarai lokasi wajib singgah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kan? Apa kata Tourism Malaysia?
Glamorous MrJocko
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa di bangunan Wisma FAM, Kelana Jaya ada tersimpan Piala yang paling Mahal dalam arena Bolasepak Malaysia. Piala ini menjadi kebanggaan Pemain, FAM dan juga rakyat Malaysia kerana ia antara merupakan kejayaan terbesar Pasukan Bolasepak Malaysia sejak dari dulu lagi. Piala apa yang paling mahal di Wisma FAM?
Kalau anda nak tahu, piala yang dimaksudkan itu ialah Piala AFF Suzuki 2010. Piala tersebut Malaysia menangi pada kejuaraan AFF Suzuki Cup 2010. Ia piala kebanggaan semua.
Kalau anda salah seorang dari jutaan peminat Bolasepak Malaysia, anda boleh melawat Gallery Piala yang dipertontonkan di Lobi Bangunan Wisma FAM, Kelana Jaya ini. Ada pelbagai koleksi piala yang pernah menjadi kebanggaan kita, sejarah FAM dan beberapa info tentang bolasepak Malaysia.
Ambil masa, ambil peluang untuk kenali sejarah bolasepak Malaysia dan mungkin ia memberikan anda satu semangat baru.
Glamorous MrJocko
Kenyataan Akhbar PM Najib Razak pada MH370
Tujuh hari yang lalu Malaysia Airlines penerbangan MH370 hilang. Kami sedar ini adalah masa yang menyeksa untuk keluarga mereka di atas kapal. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesakitan yang mereka perlu melalui. Fikiran kita dan doa kita bersama dengan mereka.
Saya telah dinilai operasi carian berterusan sepanjang masa. Pada awal operasi, saya mengarahkan kawasan carian untuk diperluas, saya mengarahkan pihak berkuasa Malaysia untuk berkongsi semua maklumat yang berkaitan secara bebas dan telus dengan pasukan siasatan yang lebih luas; dan saya meminta agar rakan-rakan dan sekutu kami menyertai operasi itu. Sehingga hari ini, 14 buah negara, 43 kapal dan 58 pesawat yang terlibat dalam carian. Saya ingin mengucapkan terima kasih semua kerajaan untuk membantu mereka pada apa-apa masa yang penting.
Sejak hari pertama, pihak berkuasa Malaysia telah bekerja di tangan-tangan dengan rakan kongsi kami - termasuk negara-negara jiran, pihak berkuasa penerbangan dan kuasa carian multinasional - ramai daripada mereka telah di sini di atas tanah sejak Ahad.
Kami telah berkongsi maklumat dalam masa nyata dengan pihak berkuasa yang mempunyai pengalaman yang diperlukan untuk mentafsir data. Kami telah tanpa henti bekerja untuk membantu penyiasatan. Dan kita telah meletakkan keselamatan negara kedua untuk mencari pesawat yang hilang.
Ia secara meluas difahami bahawa ini telah menjadi keadaan tanpa duluan.
Kami telah menjalankan operasi mencari ke atas tanah, di Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Andaman dan Lautan Hindi. Pada setiap peringkat, kami bertindak atas dasar maklumat yang disahkan dan kami mengikuti setiap plumbum yang boleh dipercayai. Kadang-kadang petunjuk ini telah membawa mana-mana.
Terdapat spekulasi sengit. Kami memahami keperluan terdesak untuk maklumat bagi pihak keluarga dan mereka yang menonton di seluruh dunia. Tetapi kita mempunyai tanggungjawab untuk penyiasatan dan keluarga untuk hanya melepaskan maklumat yang telah disokong. Dan motivasi utama kami sentiasa untuk mencari pesawat.
Dalam fasa pertama operasi carian, kami mencari berhampiran jawatan terakhir MH370 yang diketahui, di Laut China Selatan. Pada masa yang sama, ia telah dibawa kepada perhatian kami oleh Tentera Udara Diraja Malaysia, berdasarkan radar utama mereka, pesawat - identiti yang tidak boleh disahkan - mencatat keuntungan kembali. Data radar utama menunjukkan prosiding pesawat pada laluan penerbangan yang mengambil ia ke kawasan utara Selat Melaka.
Memandangkan ini data yang boleh dipercayai, yang kemudiannya disokong dengan pihak berkuasa antarabangsa yang berkaitan, kami telah meluaskan bidang carian untuk memasukkan Selat Melaka dan, kemudian, ke Laut Andaman.
Awal pagi ini saya telah diberi taklimat oleh pasukan penyiasatan - yang merangkumi FAA, NTSB, yang AAIB, pihak berkuasa Malaysia dan Pemangku Menteri Pengangkutan - pada maklumat baru yang bangsal cahaya lanjut mengenai apa yang berlaku kepada MH370.
Berdasarkan maklumat satelit baru, kita boleh mengatakan dengan ijazah tinggi kepastian bahawa Komunikasi Pesawat Menangani dan Pelaporan System (ACARS) telah digantung sebelum pesawat mencapai pantai timur Semenanjung Malaysia. Tidak lama selepas itu, berhampiran sempadan antara kawalan trafik udara Malaysia dan Vietnam, transponder pesawat dimatikan.
Dari sudut ini dan seterusnya, radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia menunjukkan bahawa pesawat yang dipercayai - tetapi tidak disahkan - untuk menjadi MH370 memang berpaling. Ia kemudian terbang arah barat kembali ke atas Semenanjung Malaysia sebelum membelok barat laut. Sehingga titik di mana ia meninggalkan liputan radar utama tentera, gerakan-gerakan ini adalah selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang di atas kapal terbang.
Hari ini, berdasarkan data satelit mentah yang diperolehi dari pembekal perkhidmatan data satelit, kita boleh mengesahkan bahawa pesawat yang ditunjukkan dalam data radar utama adalah penerbangan MH370. Selepas kerja-kerja forensik banyak dan perbincangan, FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia, bekerja secara berasingan pada data yang sama, bersetuju.
Menurut data baru, komunikasi terakhir disahkan antara kapal terbang dan satelit itu
di 8:11 AM waktu Malaysia pada hari Sabtu 8 Mac. Pasukan penyiasatan membuat pengiraan lagi yang akan menunjukkan sejauh mana pesawat itu mungkin telah diterbangkan selepas titik ini terakhir kenalan. Ini akan membantu kita untuk menghalusi carian.
Disebabkan oleh jenis data satelit, kami tidak dapat mengesahkan lokasi tepat kapal terbang apabila ia lalu membuat hubungan dengan satelit.
(Kenyataan penuh PM boleh di cari di carian Google)
Glamorous MrJocko
|
|
Alhamdulillah, rezeki hari Khamis lepas, ada owner kucing ni serahkan kepada MrJocko seekor kucing Parsi yang comel, baka Semi Flat yang berumur 9 bulan. Kucing Parsi comel warna kelabu ni memang sangat manja dan jinak.
Ada lagi berita baik, kucing yang Khalish dan Hasya letak nama 'Kitty' ni sudah pun bunting 5 minggu, Yeay!!! Nampaknya kali ini baru betul MrJocko nak dapat cucu. Hari tu, masa Miko dikatakan bunting rupanya Bunting Palsu. Kesian kat Miko. Cedera teruk masa mating, tapi tak bunting.
Rasanya cukup la pencarian MrJocko untuk mencari anak kucing baru. Kalau ada rezeki, Kitty bakal beranak sekitar 12 April 2014 nanti. Harap-harap anak Kitty ni comel macam baka ibu dan bapaknya, semi flat persian cat.
Glamorous MrJocko
Matta Fair Mac 2014 sudah melabuhkan tirainya pada hari ini. Tawaran pakej percutian ke seluruh destinasi menarik seluruh dunia bermula pada 14, 15 dan 16 Mac 2014 di Dewan PWtC, Kuala Lumpur. Apa komen anda untuk Matta Fair Mac 2014? Bagi MrJocko, ia tidak berbaloi.
Pengalaman MrJocko, pagi tadi sampai di PWTC jam 10.30 pagi. Orang masih tak ramai dan MrJocko ke sana dengan motorsikal, jadi tak ada masalah untuk cari tempat parking. Jimat duit parking dan kesesakkan jalan raya.
Lokasi Matta Fair Mac 2014 masih menggunakan 4 dewan termasuk Hall 1, Hall 2, Hall 3 serta satu lagi Hall 1A, yang berada di tingkat satu. Rasanya kali ini Matta Fair Mac 2014 lebih padat berbanding Matta Fair tahun 2012, tahun terakhir MrJocko ke sana. Ternyata di Matta Fair tahun ini, punyai banyak tawaran murah, menarik dan pelbagai pakej yang membuatkan anda teruja.
Lihat sahaja pakej ke Korea, Tokyo, Vietnam, Europe dan juga lokasi dalam negeri. Banyak tawaran yang menarik dan diskaun pakej sehingga 70%, memang hebat.
Antara yang banyak tumpuan di Matta Fair 2014 tadi ialah lokasi Korea Selatan, Taiwan dan juga Australia. Boleh kata memang kaunter Travel Agent semua penuh dengan potensi pembeli. Nampaknya orang Malaysia memang masih punyai wang lebih untuk melancong. Masih mampu untuk berjimpa dan orang Malaysia, ramai yang banyak duit ;)
Seluruh dewan MrJocko jelajah dan sempat menziarahi Booth rakan PR yang MrJocko kenal seperti Zack di A'Famosa Resort, Tourism Authority of Thailand, Tourism Malaysia dan juga kaunter Leisure Travel Magazine.
Nampaknya memang Matta Fair Mac 2014 ini tidak berbaloi kerana MrJocko tak beli satu pun pakej. Tak berbaloi pusing 4 dewan, lenguh kaki tetapi tak beli apa-apa. Tak berbaloi kerana sanggup tahan lapar makan tengahari.
Harap bulan-bulan akan datang ada tawaran tajaan untuk trip lagi dalam Malaysia dan ke luar negara supaya selepas ini MrJocko tak perlu lagi beli pakej untuk travel,,, Ameennn ;)
Glamorous MrJocko
Di saat kita bersedih dengan kehilangan pesawat MAS mh370 pada 8 Mac, negara dikejutkan dengan satu lagi insiden yang sememangnya menjadi kejutan kepada semua. 6 dilaporkan maut dan berbelas lagi dikatakan kritikal di hospital akibat penyalahgunaan dadah di satu konsert yang dipanggil Future Music Festival Asia 2014 bertempat di Bukit Jalil, Malaysia.
Kalau sekitar tahun 1990-an dulu, di luar negara memang terkenal dengan konsert WoodStock. Tak sangka benda-benda macam ni dah sampai juga ke Malaysia.
Apa dia FMFA?
Future Music Festival Asia (FMFA) was introduced following the success of Future Music Festival (FME) in 2008, a two-day music festival at five (5) major cities in Australia with 40,000 attendees. As part of expanding the festival to Asia, the event now takes place in Malaysia and brings together massive music fest lovers. FMFA is expected to gather an approximate thirty (30) international artistes with different genres of music varying from dance to hip hop and R&B.
Mungkin faktor keuntungan menjadi sebab kenapa konsert ini diadakan lagi di Malaysia. Bayangkan kalau yang hadir seramai 40,000 dengan harga tiket minima RM150, maka anda sendiri boleh bayangkan berapa hasil kutipan dari tiket Future Music Festival Asia ini???
Sepatutkan syarat lebih ketat perlu dikenakan ke atas konsert seperti ini. Contoh, umur mesti lebih dari 21 tahun dan setiap konsert 'berbayar' maksima crowd hanya 5,000 orang sahaja. Paling mudah, tak payah buat la konsert seperti ini, tiada nilai-nilai yang menguntungkan kepada sesiapa sahaja.
Untuk adik-adik, bagi yang sedang belajar, habiskan study dulu. Kalau umur masih bawah 21 tahun, banyak lagi yang boleh korang buat. Lepas habis belajar, dah ada duit sendiri baru korang buat la apa yang korang nak buat. Terasa rugi, sebab di saat ada remaja lain seperti Arwah Ammar yang menyimpan niat untuk mati syahid, ada lebih ramai lagi yang lalai dan hanyut di Future Music Festival Asia (FMFA) tak tahu nak ke mana. Akhirnya mati dalam keadaan yang sangat mengaibkan. Nauzubillah.
Glamorous MrJocko
Sekiranya anda ada mengalami masalah penjagaan gigi dan mahu mencuba sesuatu yang baru, apa kata anda mencuba produk Philips Sonicare Toothbrush rechargeable. Produk ini adalah produk No. 1 yang disyorkan oleh Professional Dental seluruh dunia.
Produk berus gigi Philips Sonicare boleh charge ini mempunyai teknologi sonic yang membolehkan ianya bergetar 30,000 dalam masa hanya satu minit. Philips Sonicare berupaya menghilangkan sehingga 90% kotoran untuk gigi yang putih dan senyuman yang menawan.
Lagipun produk Philips Sonicare ini mudah dibawa kemana sahaja dengan travel charger dan adapter. Setiap charge penuh membolehkan anda menggunakannya sehingga 3 minggu. Lama tu.
Anda boleh menggantikan kepala berus Philips Sonicare ini samada untuk kegunaan orang dewasa atau kepala berus mini untuk kegunaan kanak-kanak. Satu keluarga boleh menggunakan Philips Sonicare ini dan sememangnya ianya sesuai untuk semua usia dan di mana sahaja.
Cuba lah Philips Sonicare Toothbrush rechargeable hari ini dan rasai perbezaannya berbanding berus gigi yang biasa ;).
Glamorous MrJocko
Sejak beberapa hari ni, Kitty seperti tak ada selera nak makan. Sebabnya dulu dia selalu makan Pro Diet, tetapi kini kat rumah MrJocko, kami bagi BlackWood. Mungkin kerana tak biasa atau mungkin juga sebab baru pindah rumah, dia masih tak selesa.
Tak senang hati tengok muka Kitty sedih, MrJocko bawa ke Vet di Taman Sri Sinar. Selepas diperiksa, Kitty tak demam, tak ada masalah dan sihat. Mungkin sebab tertekan sebab dah memasuki minggu ke-6 bunting kali pertama.
Sebab kesian nampak dia kurus, Vet nasihatkan supaya bagi Vitamin dan Mineral tambahan untuk kucing. Kami di berikan Oral Gel jenama Felavite II. Felavite sejenis Vitamin dan Mineral tambahan untuk menambahkan lagi supliment untuk kucing dan menambahkan lagi selera makan kucing anda.
Ya, memang betul, Kitty suka makan Felavite ni dan selera makan dia sudah kembali pulih. Semalam dia dah boleh habiskan satu pek 80g Wet Food, Alhamdulillah.
So, jika kucing anda ada masalah selera makan, boleh cuba berikannya Felavite, Vitamin dan Mineral tambahan untuk supliment mereka.
Glamorous MrJocko
Kucing ni MrJocko adopt dari seseorang dari Bandar Manjalara. Masa nak ambil, beriya-iya owner beritahu yang kucing ni jenis baka Parsi dan baka induk ibu adalah Kucing Parsi dan Domestik Long Hair. Memandangkan baru je nak belajar pelihara kucing, MrJocko ambik jer la.
Selang sebulan tengok bulu Oreo ni tak panjang-panjang. Bila mesej owner asal kucing ni, satu haram pun tak angkat dan reply mesej. Erm,,, nak kata dia menipu tak berani jugak, tapi terasa macam ditipu. Apa pun Oreo ni memang aktif dan suka main-main. Bulan Mac 2014 masuk umur 5 bulan dan suprisingly, badan si Oreo ni macam besar sikit berbanding kucing lain yang sebayanya.
Owh ya, Oreo ni kucing jantan. Nampaknya dalam masa beberapa bulan lagi nak kena hantar Vet untuk neuter kan. Kalau tak, mahu dia pancut air di dinding masa nak mengawan.
Kucing parsi putih |
Kucing parsi putih |
Kucing parsi putih |
Kucing parsi putih |
Kucing parsi putih |
Glamorous MrJocko