Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Nasi Lemak 79 sen Di Tesco Malaysia

$
0
0

Kalau anda mencari menu sarapan atau makan tengahari yang murah, cuba singgah ruang makanan di Tesco Malaysia. Anda mesti tak percaya bila melihat harga Nasi Lemak Tesco hanya 79 sen sahaja. Sangat murah.

Sebelum ni MrJocko pun tak pernah tahu bahawa di Tesco ada nasi lemak semurah 79 sen. Nasi lemak lengkap ini punyai nasi, ikan bilis, telur dan juga sambal. Memang berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

 

Nasi Lemak Tesco

Nasi Lemak Tesco

 

Kalau anda tak makan nasi lemak, mungkin boleh cuba Meehun Tesco. Harga meehun di Tesco juga amat murah iaitu RM1.99 sahaja. Pun hidangan lengkap dengan sedikit sambal dan telur.

Apa-apa pun memang banyak produk yang dijual di Tesco Malaysia memang murah. Kalau anda selalu ke Tesco dan buat perbandingan dengan Hypermarket lain, sudah pasti anda setuju bahawa, keseluruhan Tesco Malaysia menawarkan harga yang murah kepada rakyat Malaysia.


SELEBRITI TUNJUK BAKAT MELIBAS PADA 8 MAC INI

$
0
0
Sempena dengan penganjuran buat kali pertama di Malaysia selaku tuan rumah untuk kejohanan sepak takraw bertaraf dunia, ISTAF SuperSeries Finals 2013/14, anda dijemput untuk menyaksikan sebuah perlawanan sepak takraw istimewa yang melibatkan barisan selebriti tanah air dan juga para penyampai radio ERA pada 8 Mac 2014 (Sabtu), jam 6 petang di Stadium Tertutup Titiwangsa dan kemasukan adalah percuma.

Perlawanan tersebut akan menampilkan dua buah pasukan iaitu pasukan Tatatertib yang dianggotai oleh dua orang penyanyi tersohor tanah air yang juga merupakan bekas juara untuk program realiti terunggul di Malaysia, Akademi Fantasi iaitu Mawidan Hazama. Mereka akan turut digandingkan dengan seorang pelakon dan pelawak yang baru sahaja menjuarai pertandingan Maharaja Lawak Mega 2013 iaitu Rahim Sepahtu. Pasukan ini tidak akan melalui jalan yang mudah apabila mereka perlu menentang pasukan ERAvengers yang memang sudah terbukti mempunyai semangat dan kemahiran kesukanan yang tinggi. Pasukan ini bakal dianggotai oleh ArilZahidAdi dan Ray.

Perlawanan sepak takraw yang julung-julung kali diadakan akan menjadi perlawanan selingan semasa pusingan separuh akhir yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini. Kehebatan mereka memang sudah terbukti di pentas persada seni dan juga di konti. Bagaimana pula aksi mereka di gelanggang libas ini nanti? Sama-sama kita saksikan.

Bagi memantapkan persiapan kedua buah pasukan ini, mereka telah menjalani latihan di bawah seliaan dua orang bekas jaguh sepak takraw negara yang telah mengharumkan nama Malaysia dipelbagai kejohanan persada dunia iaitu Abdul Malik Samsuddin dan Zabidi Shariff.

Berbekalkan latihan intensif oleh jurulatih professional serta semangat juang dalam membuktikan kebolehan masing-masing, perlawanan bersejarah ini pastinya menjanjikan suatu aksi hebat dan kepuasan tontonan buat mereka yang hadir nanti.
Perlawanan yang dijadualkan berlangsung dari pukul 6 hingga 7 petang ini adalah bertujuan untuk menarik minat lebih ramai rakyat Malaysia dari pelbagai golongan terhadap sukan sepak takraw di samping meluaskan promosi serta memartabatkan sukan tradisional kebangsaan ini.Diharapkan melalui terapan elemen hiburan dalam perlawanan sukan seperti ini mampu untuk meningkatkan semangat kesukanan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya dalam memelihara sukan tradisi kebanggaan negara ini. 

ISTAF SuperSeries Finals 2013/14 yang dianjurkan oleh Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan disokong oleh International Sepak Takraw Federation (ISTAF) serta Asia Sports Ventures Pte. Ltd. (ASV) yang berlangsung daripada 5 hingga 9 Mac 2014 ini bakal menyaksikan sebanyak 13 pasukan lelaki dan lapan pasukan wanita terunggul dunia berentap bagi merebut kejuaraan sebagai jaguh pasukan sepak takraw dunia.

ISTAF SuperSeries Finals 2013/14 ini juga boleh di tonton melalui saluran Astro Arena (saluran 801), Astro SuperSport (saluran 810) dan Astro SuperSport HD (saluran 831) bermula daripada 7 hingga 9 Mac 2014.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang dan datanglah beramai-ramai ke Stadium Tertutup Titiwangsa, pada 8 Mac 2014, jam 6 petang dan ekspresikan sokongan anda terhadap selebriti kegemaran anda . Kemasukan adalah percuma.



Sent from my iPad

Ben's Vintage Toy Georgetown : Muzium Mainan

$
0
0
Pulau Pinang mempunyai tarikan baru. Ia adalah sebuah muzium mainan dan ia dipanggil Ben's Vintage Toy, atau Muzium Mainan Vintage Ben. Muzium ini ialah milik persendirian dan telah mengumpulkan beribu-ribu keping mainan vintaj (mainan lama dan klasik) dari tahun beliau mula berniaga dalam barangan antik dan barangan lama. 

Seperti namanya, koleksi mainan di muzium Ben' Vintage Toy ialah semua mainan vintaj dari tahun 1940-an hingga ke 1970-an. Ada antaranya ialah koleksi yang jarang ditemui. Jadi, jika anda melawat ke muzium mainan vintaj ini, anda akan merasai pengalaman seperti berjalan kaki ke lorong memori kenangan zaman kanak-kanak anda. 

Muzium Ben's Vintage Toy terletak di Lebuh Acheh yang betul-betul di hiruk-pikuk Georgetown dan sangat  mudah untuk di cari. Muzium ini tidak jauh dari mercu tanda yang terkenal di Pulau Pinang iaitu Masjid Kapitan Kling dan Khoo Kongsi. 

Di Ben's Vintage Toy, anda akan dapat melihat banyak koleksi mainan lagenda termasuk robot, anak patung, kereta api, pesawat, senjata api, permainan ruang, kereta dayung dan banyak lagi. Diperbuat daripada timah atau Bakelite sebahagian daripada mereka datang dari awal 1900 dari negara-negara seperti tahun 1920-an dan dibuat di Jerman, Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia. Datang dan memulakan perjalanan nostalgia. 

Jom singgah di Ben's Vintage Toy dan percaya lah, anda akan terpesona!





The Hub SS2 : Nilai Terbaik Pelaburan Hartanah Di Petaling Jaya

$
0
0
The Hub SS2 : Nilai Terbaik Pelaburan Hartanah Anda Di Petaling Jaya

Mencari lokasi kediaman atau ‘property’ untuk pelaburan bukan senang. Ini kerana, membeli rumah atau property memerlukan perancangan dan pilihan yang teliti dan tepat untuk memastikan pelaburan yang di buat berbaloi pada masa akan datang. Ini kerana, nilai harga kediaman sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya meningkat dengan begitu tinggi sejak beberapa tahun lalu akibat dari kepesatan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur.

Sekiranya anda sedang mencari lokasi kediaman atau pelaburan hartanah, apa kata anda masukkan ‘The Hub SS2’ dalam senarai carian hartanah anda. The Hub SS2 merupakan satu lokasi kediaman Komersil yang begitu strategik, terletak di tengah-tengah bandaraya Petaling Jaya dan dikelilingi oleh kemudahan infrastruktur yang pelbagai, untuk kemudahan anda semua.












The Hub SS2 ini akan menjadi landmark terbaru sekitar SS2 Petaling Jaya kerana apabila siap kelak, The Hub SS2 akan mempunyai bangunan yang paling tinggi di sekitar Petaling Jaya dengan ketinggian 48 tingkat kediaman kondominium moden dan mewah.

The Hub SS2 sebenarnya mempunyai 2 blok komersil yang mana termasuk satu blok bangunan kediaman kondo moden setinggi 48 tingkat dengan keluasan dari 517 sqft hingga 1,313 sgft dan 13 unit ruang pejabat komersil setinggi 4 tingkat. Bangunan ini terbina dalam keluasan 2.51 ekar yang akan termasuk lot kediaman kondo, ruang pejabat komersil dan juga landskap taman di atas tanah yang berstatus ‘freehold’.









MrJocko berpeluang melawat ruang pameran The Hub SS2 yang bertempat di Jalan Harapan, SS2 Petaling Jaya, bersebelahan dengan Seksyen 17 dan SS2 Mall. Lokasi The Hub SS2 ini berada betul-betul di tengah bandar Petaling Jaya dan punyai potensi yang sangat bagus untuk anda sebagai pembeli. Dengan harga yang ditawarkan serendah RM518,322.48 anda mungkin tidak percaya ia satu harga yang cukup berbaloi untuk satu hartanah yang murah berada di tengah-tengah bandaraya.

Anda akan mendapat unit The Hub SS2 yang ‘partly furnished’. Kabinet dapur, peti ais, perabut asas, kemasan dinding, tangga yang cantik serta rekaan siling yang memang moden dan urban.

Samada anda membeli unit Studio atau unit Duplex, anda akan tetap berpuas hati kerana setiap unit The Hub SS2 ini memang berbaloi bagi setiap unit. Untuk pelaburan, anda mungkin berpeluang untuk dapatkan kadar sewa bermula dari RM2,000 bagi unit Studio dan pastinya lebih untuk unit yang lebih besar.





Ada banyak sebab kenapa anda sepatutnya memilih The Hub SS2 untuk hartanah baru anda. Antaranya :

Sebab # 1: Penghargaan kepada handover
Selangor Dredging Berhad ( SDB), iaitu pemaju hartanah The Hub SS2, telah membuktikan keberanian mereka dengan projek sebelumnya iaitu Ameera (Condominium) dan Fives Stone (Condominium)Nilai hartanah ini meningkat sebanyak 41% Secara purata apabila projek tersebut siap. SS2 adalah satu kawasan yang sangat matang dan hampir tidak ada projek hartanah baru yang memiliki status ‘pegangan bebas’ seperti The Hub SS2 ( The Hub SS2 mungkin akan menjadi projek milik bebas terakhir di SS2 ). Jadi ia adalah satu pilihan yang baik untuk melabur dalam The Hub.

Sebab # 2 : Pembinaan Jalan Harapan
The Hub SS2 terletak di sebelah Jalan Harapan, yang tidak lama lagi akan menjadi salah satu daripada jalan-jalan utama di SS2 , dan ia akan menghubungkan Rothman Roundabout (Sin Chew Jit Poh ) kepada Jalan Damansara (punyai jaringan yang sama ke Tropicana City Mall) . Jalan Harapan akan diperluaskan untuk menjadi jalan utama 6 lorong dan jalan dijngka siap pada bulan Julai 2014. Hartanah The Hub SS2 mesti akan naik apabila kemudahan jalanraya ini siap kelak.

Sebab # 3: KIDEX Highway
Satu lebuhraya baru, Kidex akan dibina berdekatan dekat dengan The Hub SS2 ini , yang mana ia akan menghubungkan Puchong Kinrara ke Damansara . Lebuhraya KIDEX akan siap kira-kira 4 tahun dari sekarang dan ia membantu The Hub SS2 lebih bernilai.
Sumber : http://thepropertychannel.blogspot.com/2012/03/kidex-highway.html . 

Sebab # 4: Penyempurnaan MRT
Projek MRT dijangka siap sekitar 2017, dengan stesen yang terdekat menjadi hanya 2.7km dari The Hub . Pengurusan Hub ini menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik bagi pemilik untuk perjalanan ke stesen setiap hari. Ini akan memberikan gaya hidup yang lebih baik dan mengelakkan kesesakan lalu lintas di The Hub SS2.

Sekiranya anda berminat, apa lagi, segera aturkan temujanji anda dengan Pengurus Jualan En Winson di talian +6019-2119111 ataupun layari di laman web http://bit.ly/thehubpj untuk maklumat lanjut. 
Atau boleh juga ke laman web ini http://www.sdb.com.my/sdbproperty_The_Hub_@_SS2.aspx
On ya!!! Anda boleh sertai ‘Peraduan Instagram The Hub SS2’ mulai hari ini 6 Mac 2014 dan berpeluang menangi sebuah iPad Mini 16GB. Maklumat lanjut, sila ikuti terma dan syarat di bawah : 

Instagram brief: 
1) Malaysians are known to have good savings in their bank accounts for investments and financial crisis. Our domestic spending is strong, backed by strong Malaysian savings. 
2) Submit a picture of your home / property investment and tag #TheHubSS2
3) The Hub SS2 Instagram profile : http://instagram.com/thehubss2
4) Contest period : 6th March 2014 - 31st March 2014 

Pesawat MAS MH370 Ke Beijing Di Khuatiri Terhempas : Updated Masih Hilang

$
0
0

UPDATED : 11.30 am

Pesawat MAS MH370 masih HILANG. Operasi mencari masih diteruskan. Berita Pesawat Selamat Mendarat di Naning dikatakan berita PALSU.

UPDATED : 10.00 am

Pesawat MAS MH370 Kuala Lumpur ke Beijing telah SELAMAT mendarat. Alhamdulillah...

Sebuah pesawat MAS MH370 yang berlepas dari KLIA menuju ke Beijing, China dikhuatiri terhempas selepas terputus hubungan dengan Kawalan Trafik Udara. Penerbangan itu membawa 227 penumpang dan 12 Kru Pesawat sepatutnya mendarat di Beijing pada hari yang sama semalam.

Pihak berkaitan akan memaklumkan seberapa segera tentang berita terkini Pesawat MAS MH370 Kuala Lumpur ke Beijing ini. Doakan semoga semuanya selamat dan dijauhkan dari kejadian yang tidak diingini.

 

Pesawat MAS MH370 Beijing

 

"Malaysia Airlines flight MH370, which was supposed to fly into Beijing after departing Kuala Lumpur, has lost contract with air traffic control.

There are 227 passengers on board including two infants, the airline said in a statement.

There are also 12 crew members.

The airline "is currently work with the authorities who have activated their Search and Rescue team to locate the aircraft,"  it said.

Any members of the public who need direct information may contact 603 7884 1234"

Selebriti Di ISTAF SuperSeries Finals 2013/2014

$
0
0
Sempena dengan Kejohanan Sepak Takraw ISTAF SuperSeries Finals 2013/2014 di Stadium Tertutup Titiwangsa, beberapa orang Selebriti terkenal tanah air turut sama memeriahkan kejohanan Sepak Takraw ini. Antara Selebriti yang hadir untuk kejohanan Selebriti Takraw ISTAF ini ialah Mawi AF, Hazama AF, Shahir AF, Rahim Sepahtu, Yassin, Zahid AF, Adi Fashla, Ray EraFM, Aril AF, Hanif EraFM dan juga seorang wakil pemain Sepak Takraw Wanita Malaysia yang dikenali sebagai Adik.

Untuk kejohanan Selebriti Takraw ISTAF kali ini, dua kumpulan akan berentap untuk merebut Piala Selebriti ISTAF. Mawi yang menjadi Ketua Pasukan Tatatertib, mempunyai pemain hebat seperti Rahim Sepahtu, Hazama, Yassin dan juga Shahir AF. Mereka mendapat latihan intensif dari Jurulatih Takraw Professional selama lebih sebulan sebelum perlawanan.





Pasukan ERAvengers pula di ketuai oleh Ray EraFM dan di anggotai oleh Adi Fashla, Zahid AF, Aril AF dan Adik (pemain sepaktakraw Malaysia) Mereka juga punyai latihan yang teratur oleh Jurulatih Takraw Professional.





Perlawanan diantara kedua pasukan ini berlangsung pada jam 6.00 petang dan di saksikan lebih dari 5 ribu penonton di dalam Stadium Tertutup Titiwangsa, Kuala Lumpur. Aksi Sepak Takraw mereka memang di luar dugaan. Tengok sahaja aksi Hazama sebagai killer pasukan Tatatertib, membuat libasan yang hebat. Aksi Tekong Mawi tidak kurang hebatnya. Begitu juga Rahim yang sememangnya pandai dalam menimbang bola takraw.

Pasukan ERAvangers juga memang tidak terkalah dalam aksi mereka. Ray sebagai Tekong, Adi sebagai Killer dan Zahid sebagai Apit Kanan memang mencuit hati penonton. Mereka memang pandai bermain Sepak Takraw dan mampu untuk bermain di peringkat antarabangsa.




Tamat permainan Selebriti Sepak Takraw ISTAF 2014, nampaknya Piala Selebriti ISTAF Sepak Takraw ini di kongsi bersama antara pasukan Tatatertib dan juga ERAvengers. 

Memandangkan sambutan dan kemeriahan sambutan yang di perolehi, mungkin mereka akan mengadakan beberapa lagi siri perlawanan Sepak Takraw Selebriti pada masa akan datang. Selebriti Mawi, Hazama, Shahir, Rahim, Yassin, Ray, Adi, Aril, Zahid dan Hanif juga menyuarakan harapan mereka supaya rakyat Malaysia terus menyokong sukan Sepak Takraw Malaysia yang sememangnya sudah lama menjadi ikon kita Orang Melayu di Bumi Malaysia.

Ulang Tahun Ke-2 Kidzania Kuala Lumpur

$
0
0


Kidzania Kuala Lumpur telah memasuki tahun kedua dan sedang meraikan Ulang Tahun Ke-2 Kidzania Kuala Lumpur dengan pelbagai tawaran menarik. Sempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-2 Kidzania Kuala Lumpur baru baru ini, seramai 200 pengunjung terawal di berikan tiket masuk PERCUMA, manakala pengunjung berikutnya diberikan 40% diskaun dari harga tiket masuk untuk sama-sama meraikan Ulang Tahun ke-2 Kidzania Kuala Lumpur.

Majlis sambutan ulang tahun kedua ini dipengerusikan oleh Gabenor KidZania Malaysia, 
Yang Mulia Tunku Dato’ Ahmad Burhanuddin, yang juga Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd, Encik Andrés Fabre, 
Ketua Pegawai Operasi Global KidZania Central Government, diiringi Encik Mohd Daud Mohd Arif, Setiausaha Bahagian Pembangunan Industri, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan Tuan Haji Zainuddin Abas, Pengarah Bahagian Ko-Kurikulum dan Seni, Kementerian Pendidikan Malaysia bagi merasmikan upacara memotong kek.





Di majlis ini juga, Kidzania Kuala Lumpur menyerahkan hadiah kepada 2 pemenang Utama bagi Peraduan Kidzania KL yang dianjurkan sebelum ini. Setiap mereka menerima pakej lawatan sekeluarga ke Kidzania Dubai selama 3 hari 2 malam dan pakej tersebut bernilai RM25,000 setiap satu.










Ada banyak aktiviti yang boleh anak anda lakukan di Kidzania Kuala Lumpur. Pengalaman Pertama MrJocko dan keluarga di Kidzania KL memang Best.  Ada aktiviti proses air minuman, buat kek, buat coklat, jadi doktor, jadi engineer, jadi polis, pilot dan macam-macam lagi. 

Dengan aktiviti di Kidzania KL, anda sebagai ibubapa, mempunyai untuk menyuntik cita-cita anak-anak anda memenuhi impian cita-cita mereka apabila dewasa kelak. Macam anak-anak MrJocko, Khalish dan Qistina, peluang jadi Pilot dan Doktor menjadi impian mereka.

Sempena dengan sambutan Ulang Tahun ke-2 ini, Kidzania Kuala Lumpur akan mengadakan Promosi Hebat sepanjang bulan Mac 2014. Anda boleh rujuk maklumat penuh di laman web Kidzania KL. Dapatkan 40% Diskaun dari jam 1.00 pm hingga 5.00 pm dari hari Isnin hingga Jumaat (kecuali cuti sekolah dan public holiday) dan 20% Diskaun pada hari Sabtu, bermula jam 4.00 pm hingga 9.00 pm (kecuali public holiday)

Jom bawa anak-anak anda ke Kidzania Kuala Lumpur. Penuhi impian mereka dengan cita-cita yang ada di Kidzania. Ia tempat yang selamat kerana keselamatan anak-anak anda menjadi keutamaan mereka. Anak-anak anda pasti akan punyai pengalaman terbaik mereka jika ke Kidzania Kuala Lumpur.

9Giveaway: FREE 100 Doraemon Secret Gadgets Expo TICKETS!

$
0
0
9Giveaway : FREE 100 Doraemon Secret Gadgets Expo TICKETS

The 9th March 2014 9Giveaway starts NOW till 9pm! 100 Pairs of Tickets for the 100 Doraemon Secret Gadgets Expo is now underway! What’s more, each tickets is entitled for you to WIN a TRIP to the land of rising sun - JAPAN via lucky draw at the expo!

All you need to do is be the first 100 to Sign up to get the tickets! CLICK HERE



Rahim Keluar Sepahtu Sertai Pasukan Unequein

$
0
0
Selepas menang Maharaja Lawak Mega 2013 nampaknya Bro Rahim R2 (asalnya) semakin mendapat peluang dalam industri hiburan tanahair. kali ini Rahim Sepahtu di tawarkan menjadi sebahagian dari pasukan Unequien di bawah ketuanya,  Mawi AF.

Rahim Sepahtu nampaknya sudah menerima tawaran daripada Mawi dan sudah bersama pasukan Mawi Unequien sejak sebulan yang lepas. Anggota ini juga disertai oleh Hazama AF, Shahir AF, Yassin dan juga Mawi AF sendiri. Adakah Rahim Sepahtu dah buat keputusan keluar dari Sepahtu???





Sebenarnya aksi Rahim Sepahtu ini dirakam ketika perlawanan Sepak Takraw Selebriti ISTAF Finals 2013/2014 bertempat di Stadium Tertutup Titiwangsa. Rahim bersama Mawi, Hazama, Shahir dan juga Yassin berada dalam satu pasukan sempena dengan perlawanan Sepak Takraw Selebriti ini menentang pasukan Eravengers.

p/s : Memang hebat jugat aksi lambungan dan timbangan bola takraw si Rahim ni walau pun nampak 'BERAT'...

Wajib Singgah : Nami Island, South Korea

$
0
0
Lokasi wajib singgah kalau ke Korea Selatan semestinya Nami Island. Di sana, Nami Island lebih dikenali sebagai nama Namiseon. Ia terletak di kawasan Chuncheon, Korea Selatan, Nami Island ialah sebuat pulau kecil berbentuk bulan kecil di tengh tasik. Ia di katakan terbentuk melalui sungai Sungai Han Utara melalui pembinaan Empangan Cheongpyeong. 

Nami Island semakin menjadi terkenal selepas drama popular Korea Selatan iaitu Autum In My Heart dan semakin lama, semakin menjadi tumpuan pelancong dunia. Ternyata landskap di Nami Island memang cantik tak kira musim bunga, sejuk, luruh atau musim panas. Anda akan terpesona kalau ke Nami Island.












Untuk ke Nami Island dari Seoul, anda boleh pilih untuk menaiki shuttle bas, kereta api atau drive. Perjalanan dari bandaraya Seoul menuju ke Nami Island mengambil masa sekitar satu jam 30 minit sahaja dengan menaiki bas. Kalau memandu sendiri, mungkin lagi cepat. Jangan risau, kalau anda rancang dengan baik, bas dan keretapi dari Seoul ke Nami Island memang cukup untuk anda pergi dan balik dalam masa satu hari.

Anda perlu berhenti di ruangan jeti dan perlu menaiki Feri menuju ke Pulau Nami. Tiket feri MrJocko lupa pulak sebab masa tu dibeli oleh Travel Agent kat sana. Perjalanan feri ke Pulau Nami memakan masa 10 minit jer pun.

Apa pun pengalaman di Nami Island, Korea Selatan memang terbaik. Bagaimana mereka menjaga pulau kecil itu, membuat landskap dan menjadikan kawasan itu sebagai tarikan utama pelancong ke Korea Selatan. Di situ ada pelbagai kemudahan lain seperti cafe, kiosk kedai, kedai cenderahati, tapak persembahan, tapak permainan kanak-kanak dan macam macam lagi.

Sebab itu, Nami Island antara lokasi wajib singgah pelancong kalau ke Korea Selatan. KoreaOK...

Antara Punca Kapal Terbang Boleh Terhempas

$
0
0
Malaysia dan umumnya satu dunia masih mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 Boeing 777 yang masih hilang dan belum di ketahui status terkini tentang kehilangannya. Pelbagai andaian dan teori sudah kita dengar, namun pihak bertanggungjawab samada Malaysia Airlines, DCA, Tentera dan pihak Kerajaan memohon agar kita cuma menunggu pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab sahaja.


Gambar Hiasan

Antara kemungkinan yang paling kuat dikatakan pada saat ini, dikatakan kapal terbang MH370 dari KL ke Beijing ini dikhuatiri terhempas di Laut China Selatan. Kebenarannya belum dapat dipastikan. 

Apakah punca-punca atau sebab yang mungkin boleh menyebabkan sesebuah kapal terbang itu terhempas:

1. Hujan Lebat
Hujan yang terlalu lebat boleh mengakibatkan gangguan pada pesawat. Ia antara punca utama yang boleh mengakibatkan kapal terbang terhempas.

2. Awan Tebal
Awan Tebal juga boleh mengganggu isyarat pesawat. Kemungkinan berlaku gangguan dan Pilot akan menghadapi masalah. 

3. Kerosakan Enjin
Kalau dah rosak bahagian enjin, jangan kata kapal terbang, kenderaan darat pun boleh membahayakan penumpang. Sebab itu, seperti MH370, ia menjalani servis yang teratur dan memang mengikut jadual.

4. Kebakaran
Jika berlaku kebakaran, potensi untuk kapal terbang terhempas juga akan tinggi. Ini kerana sistem pesawat akan terganggu.

Ini sahaja antara info yang MrJocko tahu. Mungkin pakar atau yang mempunyai pengetahuan yang lebih pasal aircraft ini boleh kongsi info lain, antara punca-punca dan sebab yang boleh membuatkan sesebuah pesawat itu punyai risiko terhempas.

Apapun sehingga belum ada berita yang sahih, kita masih lagi mengharap semoga MH370 akan selamat. Harapan rakyat Malaysia dan seluruh dunia memang mahukan keselamatan semua yang berada di dalam penerbangan MH370 itu. Jom, doakan semoga MH370 akan selamat dan pihak berwajib dapat selesaikan misteri kehilangan ini secepat mungkin, Ameennn.

Sesi Jalan-jalan Bersama Oreo

$
0
0

Memandangkan kucing baka campuran Parsi MrJocko, Oreo ialah kucing indoor dalam rumah, sekali sekala kena juga bawak kucing ni jalan-jalan tengok luar rumah. Tak nak bagi ia stress sangat kalau asyik duduk kat dalam rumah.

Last week, hantar Oreo pegi grooming kat Petsmore Desapark City sambil bawak dia jalan-jalan. Malangnya terpaksa que panjang sangat, jadi terpaksa la hantar lain kali.

Sebelum balik, bawa Oreo pusing dalam cage carrier. Nampak senyap jer. Nak lepas luar takut dia hilang, terpaksa la biarkan dia sekor-sekor dalam cage sementara tunggu Khalish dan Qistina main.

Nasib baik Oreo tak buat perangai. Good boy... Nanti nak kena ikat tali dan lepaskan dia kat taman permainan.

Harga Kos Untuk Kiriman Dokumen dan Parcel Poslaju

$
0
0

Poslaju Pos Malaysia

 

Bagi anda yang mencari maklumat tentang kos pengiriman dokumen atau parcel menggunakan Poslaju ke seluruh Malaysia, anda boleh semak senarai harga atau kos penghantarannya kat sini. Ada senarai harga kos perkhidmatan penghantaran Poslaju ke kawasan Kuala Lumpur hingga ke Sabah.

Bagi dokumen, barangan tersebut biasanya mempunya berat dari 1 gram sehingga 2,000 gram (2kg). Dan barang-barang melebihi 2,000 gram (2kg) sehingga 5,000 gram (5kg) dikategorikan sebagai Parcel (Bungkusan).

Pihak Poslaju mengenakan harga serendah RM5.00 bagi dokumen dan setinggi RM16.00 bagi penghantaran Poslaju ke sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Manakala, pihak Poslaju mengenakan harga serendah RM16.00 bagi dokumen dan setinggi RM67.00 bagi penghantaran Poslaju ke Sabah.

Segala penghantaran dijamin selamat dan cepat serta mempunyai insurans. Jadi, untuk traveller macam MrJocko, senang nak bawa barang kalau travel pegi dan balik dari KL. Mudah dan mutah serta selamat kalau nak kirim barangan.

Betul Ke Ada Jual Bateri Kereta Murah?

$
0
0

Mungkin ada yang perasan cerita Bateri Kereta MrJocko Kong minggu lepas. Selepas guna 2 tahun dan 3 bulan akhirnya dah tak boleh guna lagi dah. Nak tak nak terpaksa beli bateri baru. Dan, biasa lah, nak jimat punya pasal, cari bateri murah kat internet.

Pada mulanya, memang banyak tawaran bateri kereta murah di internet samada di forum-forum kereta dan juga Mudah.my. Tapi, selepas MrJocko call atau sms, hampir kesemuanya menjual bateri tersebut dengan harga yang hampir sama dengan harga di workshop.

 

Bateri Kereta Murah

 

Sebagai contoh, banyak iklan bateri kereta murah menawarkan harga sekitar RM150. Wow!!! Memang nampak murah, tetapi sebenarnya harga tersebut bermaksud 'harga bermula dari RM150'.

Sebenarnya untuk bateri kereta untuk kereta sedan biasa seperti Wira, Waja, Kia atau Vios, ialah jenis DIN55 atau NS60. Dan sebenarnya jenis ini pun mereka jual dengan harga RM260 untuk satu unit. Jadi... Mana kebenaran tentang jualan bateri kereta murah yang mereka tawarkan?

Personal opinion MrJocko, harga yang ditawarkan adalah harga biasa yang dijual oleh workshop. Kalau nak murah sebenarnya, anda boleh beli di Kedai Jualan Sparepart Kereta yang berlambak sekitar KL khususnya.

Rajin sikit, ambil masa ke kedai sparepart dan beli sendiri. Untuk jenis DIN55, NS50 dan NS60 bateri sel basah boleh dibeli dengan hanya RM190 - RM220 sahaja. Untuk bateri sel kering cuma RM230-RM260 mengikut brand. Anda cuma perlu tukar bateri sendiri. Mudah jer.

So, lagi jimat beli sendiri. Bateri yang selalu ditawarkan murah itu, kebanyakkannya sekadar tawaran yang mengelirukan. Pendapat peribadi MrJocko, beli kat kedai, senang nak claim warranty, kalau apa-apa terjadi.

Terpaksa Tolak FAM Trip Bangkok Minggu Depan

$
0
0

Sejak dua menjak ni, rezeki sponsored trip semakin bertambah. Alhamdulillah atas kurniaan rezeki mu ini Ya Allah. Bulan Mac 2013 ada trip ke Surabaya Jogja, hari ni ke Pulau Perhentian dan minggu depan ke Bangkok, Thailand dan selepas itu ke Bandung, Indonesia.

Mungkin rezeki ini datang selepas usaha MrJocko yang masih lagi konsistem dalam menulis entry kembara dan sabar menanti peluang yang ada. Bukan senang, tetapi semua ini tidak mustahil kalau kita buat kerja dengan cara yang betul. Rezeki ada di mana-mana.

 

 

Sayangnya, untuk FAM Trip ke Bangkok minggu depan pada 16 Mac hingga 20 Mac terpaksa MrJocko tolak kerana jadual yang ketat. Nak hantar wakil, tetapi perlukan rakan yang betul-betul berkaliber kerana ini melibatkan pihak ketiga yang mempunyai reputasi yang baik. Sayang kerana terpaksa lepaskan peluang begitu sahaja.

Sebab itu, dari dulu MrJocko tubuhkan syarikat yang di berikan nama Blooggers Dot Com. Tujuannya, bila tawaran datang atas nama 'Blooggers' MrJocko boleh menghantar mana-mana wakil dari komuniti Blooggers. Tetapi kalau tawaran datang atas nama individu, ia amat susah untuk mencari pengganti.

Harap untuk bulan April dan seterusnya, akan ada lagi tawaran FAM Trip ke Thailand. Ini kerana, trip ke Thailand ialah antara satu trip yang terbaik pernah MrJocko sertai pada tahun lepas. Thailand, its Amazing Thailand.


Aaleja Pakistan and Indian Halal Food Di Taipei

$
0
0
Sewaktu MrJocko dan rakan-rakan rombongan NSC Trip ke Taipei tahun lepas, kami sempat singgah mencuba menu masakan di salah satu restoran masakan Pakistan dan India Muslim di bandaraya Taipei. Nama restoran itu ialah Aaleja Pakistan And Indian Halal Food. Restoran Aaleja Pakistan and Indian Halal Food ini terletak di Yanji Street, Taipei.

Menu yang kami cuba kat sana ialah Capati dengan kuah Dal, kuih yang seakan-akan Samosa, Nasi beriyani, Daging Lembu dan juga kari dal yang punyai rasa yang boleh dikatakan sedap dan citarasa India Muslim. Menu makan tengahari ini memang mengenyangkan kami setelah berada di sana selama 2 hari. Bila dapat makan kari di negara yang mempunyai iklim yang sejuk dan dingin, memang dapat membantu badan jadi panas sedikit. 







Boleh dikatakan semua rakan-rakan dalam rombongan ini memang berselera pada tengahari tersebut kerana dihidangkan dengan menu masakan yang berasaskan kari India Muslim. Sedap dan memang terangkat. Walaupun di Taipei, rasa kari India memang masih tak hilang keasliannya.

Ada satu menu tu tak sempat nak ambil gambar, Kari Ikan. Memang terbaikkk... Leka dan terliur sampai terlupa nak ambik gambar menu tersebut...




Kebetulan, hari kami singgah di sana, tuan punya kedai ada bersama-sama kami. Rupanya beliau berasal dari Pakistan dan kini menetap dan berkahwin dengan wanita Muslim di Taipei. Nampak gaya macam restoran beliau Aaleja Pakistan dan India Halal Food. 

Kalau ke Taipei, jangan lupa singgah di Aaleja Pakistan and Indian Halal Food, boleh cari alamat menggunakan Fanpage Restoran Aaleja di atas. :)

WW : #PrayForMH370

$
0
0

#PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370 #PrayForMH370

 

 

#PrayForMH370 #PrayForMalaysia #PrayForMalaysianAirlines

Menu Roti Canai, Roti Telur dan Roti Pisang Di Pak Bara, Thailand

$
0
0
Sewaktu MrJocko menyertai FAM Trip ke Hatyai dan Satun pada bulan November 2013, banyak lokasi makan-makan yang best dan murah sekitar pekan kecil Pak Bara ini. Salah satunya kedai kopi yang kecil tetapi agak terkenal di kawasan resort penginapan MrJocko masa tu, Langka Beach Resort. Kat sini menurut rakan yang sertai Trip, gerai seperti ini dipanggil Kedai Minum Teh.


katanya bermaksud 'Kedai Minum Teh'




Lokasi kedai ni tak jauh dari resort Langka Beach Resort. Hanya walking distance dan berada di tepi jalan utama dari Satun menuju ke Jeti Pak Bara. Lokasi Kedai Teh ini juga berada di persisir pantai dan memang mempunyai pemandangan yang menarik. Cuma, sayang, masa kami singgah, waktu menunjukkan jam 11.00 malam.


Roti Pisang Thailand

Roti Canai Thailand

Roti Telur Thailand

Kalau nak tahu, harga roti canai, roti telur dan roti pisang di kawasan Pak Bara ini agak murah kerana kos sara hidup di sini memang kawasan kampung. Berbaloi untuk makan Roti Telur dan secawan Teh dengan hanya RM2 sahaja. murah kan???

Oleh itu, andai anda nak ke pulau-pulau sekitar Koh Adang, Koh Lipe dan sekitarnya, boleh la singgah sarapan, makan tengahari atau makan malam di sekitar Pak Bara. Ada banyak gerai dan restoran seafood Thailand Halal yang ada di kawasan itu sebab hampir 90% penduduk kawasan ini beragama Islam. Sedap, Murah dan Halal.

Akibat Pray For MH370, Dia Kena Saman

$
0
0

Niatnya memang baik kerana turut bersimpati dengan insiden kehilangan Pesawat MAS atau Boeing 777 MH370 beberapa hari yang lepas. Namun apa yang beliau buat di kenderaan beliau 'Pray For MH 370' nampaknya membawa masalah.

Kalau macam ni, rasanya confirm kena saman oleh brader JPJ ni tak?

 

Saman JPJ

 

Gambar Lobby Hotel Concorde Shah Alam Runtuh?

$
0
0

Hari ni kecoh pasal bumbung lobby Hotel Concorde, Shah Alam runtuh petang tadi 13 Mac 2014 jam 5.00 petang. Ada member Shah Alam share tadi di group Whatsapp. Sekali tengok, memang nampak teruk.

Nampak seperti bumbung lobi hotel Concorde tu seperti runtuh keseluruhan. Memang rosak teruk. Harapan semoga tak ada sesiapa pun yang cedera atau jadi mangsa, tak kira la pekerja atau pelanggan hotel.

Pun begitu, belum ada berita sahih diterima. Dalam berita jam 8.00 malam tadi pun tak ada di sebutkan. Ada sesiapa lagi yang boleh sahihkan berita bumbung lobi hotel Concorde ni runtuh???

p/s : risau gak kalau macam ni. Selalu travel kalau duk hotel biasa lepak kat lobi hotel jer pasal nak dapatkan WIFI Free ;)

 

Bumbung hotel runtuh

Bumbung hotel runtuh

 

Viewing all 1468 articles
Browse latest View live