Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Bermulanya Trip Ke Taipei - KLIA Ekspres

$
0
0

 

Setelah menyelesaikan beberapa kerja-kerja terakhir minggu ni di pejabat Public Mutual Bangsar, MrJocko terus bergegas ke KL Sentral. Terima kasih kepada Mat Din yang ambil dan hantar MrJocko. Kalau tak susah jugak nak naik teksi.

Dari KL Sentral ambil ERL KL Ekspres ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan harga tiket cuma RM35 sahaja bagi satu perjalanan. Ia akan mengambil masa selama 28 minit sahaja dan ia merupakan perjalanan terus tanpa henti dari KL Sentral ke KLIA. Sangat mudah dan cepat.

 


 

Flight MrJocko ke Taipei berlepas petang karang, tetapi kena pergi awal kerana kami pergi secara berkumpulan. Macam biasa, trip ke Taipei juga merupakan Trip yang di TAJA SEPENUHNYA oleh syarikat dimana MrJocko bernaung sekarang. Bawa duit shopping jer, yang lain, tiket flight, hotel, makan minum, tour semua sudah dibayar ;).

Memandangkan di Taipei, kurangnya Wifi Percuma, tunggu update gambar dan cerita Trip ke Taipei pada sebelah malam. InsyaAllah boleh guna internet dalam bilik. Tak kuasa MrJocko nak aktifkan roaming 3G kerana pernah terkena, kena bayar ekstra RM1,000++ sewaktu trip ke Ho Chi Minh ;(.

Bye for now. Jumpa di Taipei yer.


Selamat Tiba Di Taipei - Teaser

$
0
0


Selepas melepasi penerbangan 4 jam menggunakan China Airlines, pesawat 747, akhirnya MrJocko mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei sekitar jam 8.30 malam. Penerbangan ok dan agak selesa kerana seat memang luas.

Dari airport kami terus ke tempat makan dan kemudian ke Howard Plaza Hotel. Tunggu entry pasal Howard Plaza Hotel nanti.

Menang Contest Tune Talk #MIMMA Dari Churp Churp

$
0
0

 

Walaupun sekarang MrJocko berada di Taiwan, tapi MrJocko masih suppot aktiviti dari Nuffnang dan Churp Churp. Alhamdulillah, MrJocko menang hadiah Dua Tiket ke Tune Talk MIMMA yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu, 15 Jun 2013.

MIMMA ialah singkatan bagi Malaysian International Mixed Martial Arts dan kali ini penganjuran kejohanan ini mesti lebih meriah. MrJocko dapat tiket free, of course nak pegi lihat. Anda camana?

Tarian Kebudayaan Taiwan Di Shangrila Farm Resort

$
0
0

 

Kami sampai di Shangrila Farm Resort petang semalam selepas sesi mengutip buah Peach di ladang berhampiran di Yilan. Masa tu hujan renyai, tetapi ia tetap meriah.

Selepas makan malam, kami dihidangkan dengan tarian kebudayaan masyarakat Taiwan di Yilan, permainan Gasing dan juga membuat makanan onde-onde. Semua orang nampak happy sangat-sangat.

Untuk cerita yang lebih panjang, tunggu entry bila MrJocko pulang ke Malaysia yer ;)

Love Bridge Di Fisherman Wharf, Tamsui

$
0
0

Hari ni hari ketiga di Taipei. Hari juga MrJocko dibawa ke Love Bridge di kawasan Tamsui, sebuah pengkalan pelabuhan nelayan di daerah Tamsui, Taiwan. Kat sini ada rekabentuk jambatan yang terkenal hasil lokasi drama Taiwan yang terkenal yang dinamakan Meteor Garden.

Siapa ada tengok cerita tu??? Tempat ni sesuai untuk pasangan yang bercinta. Nak tau cerita pasal Love Bridge ini, akan MrJocko kongsi nanti.

Hasil Shopping Di Yilan dan Shilin Night Market

$
0
0

 

Untuk hari kedua, MrJocko dibawa shopping di Yilan Old Street dan sebelah malam ke Shilin Night Market. Dua dua sememangnya lokasi shopping terbaik.

Tak sempat nak kongsi gambar di sana, tetapi yang dapat MrJocko kongsi, antara hasil-hasil yang sempat MrJocko beli di Yilan dan Shilin. Ini aja yang sempat. Nanti petang selepas ke Memorial Hall dan Muzium, kami nak shopping lagi.

Tunggu yer.

Sakan Borong Beg Tangan Kulit Di Taipei

$
0
0


Sebelum ni, ramai yang beritahu bahawa di Taiwan juga menjadi salah satu destinasi shopping yang terkenal di Asia. Antara yang menarik untuk shopping di Taipei ialah barangan kulit termasuk kasut dan beg tangan.

Di Shilin Night Market, Yilan Old Street dan juga dikebanyakkan tempat di Taipei terkenal dengan jualan barangan kulit. MrJocko pun tak nak lepas peluang untuk membeli beberapa beg tangan untuk keluarga di Malaysia.

 

 

Antara yang sering diberitahu oleh Tour Guide di sini, kualiti barangan kulit yang berasaskan kulit lembu di Taipei memang bagus. Mereka kata, jika anda memakai barangan kulit dari 'Made in Taiwan' barangan kulit anda tidak akan berbau walaupun sudah lama.

Produk kulit di Taiwan memang banyak dan dibuat rekaan kasut dan beg tangan dengan kualiti tersendiri. Cuba beli dulu, anda baru tahu.

Lokasi Destinasi Di Taiwan NSC 2013

$
0
0

Rasanya ramai yang dah tahu MrJocko bercuti di Taipei, Taiwan. Kali ni MrJocko nak kongsi lokasi destinasi MrJocko singgah selama 5 hari di Taipei.

Antara lokasi yang ditandakan pin itu termasuklah airport Taipei, Shilin Market, Ximenting, Love Bridge dan yang jauh sekali kami ke Yilan.

Kalu lihat peta tak la jauh sangat tetapi perjalanan kami dari Taipei ke Yilan memakan masa satu jam 45 minit dan melalui sebuah terowong yang 'Terpanjang Di Asia' sejauh 15 kilometer. Kalau nak bandingkan dengan Terowong Karak, sangat jauh bezanya.

Hari ni last di Taipei. Kejap lagi nak ke Menara Taipei 101. Gambar anda boleh lihat di Twitter @mrjocko atau Facebook MrJocko ;). Follow la yer,,,

Gaya Mencium Kepala Ratu Di Yehliu

$
0
0

Antara lokasi terkenal di Yehliu, Taiwan ialah lokasi Yehliu Geopark yang mana menempatkan beberapa tinggalan batu batu pantai yang terhakis. Antara yang terkenal ialah Kepala Ratu (Queen's Head) dan Kasut Pari-pari (Fairy Shoes).

MrJocko sempat mencuri peluang mencium Kepala Ratu di Yehliu Geopark dan ia disaksikan oleh orang ramai. Apa lagi yang best di sini? Tinggu entry penuh di Yehliu Geopark.

Mana Satu Tiket Tiruan Pahang vs Johor Darul Takzim

$
0
0

Mesti ramai semalam tahu isu perlawanan antara Pahang Vs Johor Darul Takzim kecoh dan akhirnya ditangguhkan ke satu tarikh yang belum di tetapkan. Ramai penonton yang pulang hampa kerana bayar duit, tapi tak dapat tengok perlawanan antara Pahang vs Johor Darul Takzim.

Apa punca yang menyebabkan perlawanan Pahang vs Johor Darul Takzim ditunda? Ada info mengatakan penonton terlalu ramai sehinggakan stadium penuh dan ramai yang beli tiket tak dapat masuk.

Ada yang kata, banyak terjumpa tiket palsu perlawanan Pahang vs Johor Darul Takzim, betul ke? Apa komen FAM yer?

Back To Work MrJocko

$
0
0

Fuh!!! Selepas seminggu bercuti di Taipei melawat Yilan, Jiefun dan juga bandaraya Taipei, banyak yang MrJocko nak kongsi kepada pembaca blog MrJocko tentang trip ke Taipei. Banyak lokasi menarik, makanan halal yang sedap, tempat shopping yang murah dan tempat-tempat yang patut anda lawati semasa di Taipei.

Harap tunggu beberapa hari lagi kerana balik jer dari Taipei, MrJocko terus kena kerja. Banyak kerja yang perlu di habiskan dan terpaksa attend course selama 2 hari. Harap bersabar menunggu cerita 'Minah Kepala Ikan', 'Juara Kaki Tidur' dan juga 'Devina Yang Cute'.

Aksi Terlampau Di Taipei Part 1

$
0
0
Fuh!!! Akhirnya selesai kursus selama dua hari. Next two days ada lagi dan akan disambung minggu depan. baru boleh rileks sikit. Baru perasan hari ni belum sempat tulis entry. Ramai yang mesej tanya pasal Trip ke TAIWAN. Maaf tak sempat tulis entry panjang lagi pasal Taipei dan Taiwan

Sementara itu, apa kata layan dulu gambar-gambar aksi terlampau semasa di Taipei. Ia dirakamkan secara spontan dan secara tak tahu malu sepanjang trip dari Yilan, Tamsoi dan lokasi di Taipei.







Saya enjoy sepanjang Trip PERCUMA ke Taipei. Anda pun boleh. Nak tahu camana? Boleh terus hubungi saya :)

Rasmi Butik Baru Man Utd Di Sogo

$
0
0

 

Hari ni destinasi untuk sesi terapi shopping kami pilih Sogo KL. Lama jugak tak singgah sini. Kebetulan kat Sogo memang ada Sales Sogo sehingga 16 Jun 2013.

Di tingkat 3 bangunan Sogo sudah diubahsuai dan kini menempatkan butik Man Utd, Uniqlo, Polo dan banyak lagi. Butik pilihan semestinya Man Utd.

Butik Man Utd ini baru dibuka di Sogo dan banyak promosi menarik kat sini. Sempat beli Tshirt Man Utd dengan harga RM89.90 dan dapat promosi RM1 saja untuk pembelian tshirt kedua, murah kan?

 

 

Review Restoran - Bismilla Restoran Taipei HALAL

$
0
0
Hari pertama kami sampai di Taipei, sudah menunjukkan jam 8.30 malam waktu tempatan. Dari Airport, kami terus ke bandaraya Taipei dan ia memakan masa selama satu jam setengah. Rasanya jarak dari airport Taoyuan ke Taipei hampir sama sengan KLIA ke Kuala Lumpur.

Sampai di Taipei, kami terus di bawa makan ke Restoran Bismilla, salah satu restoran Halal di bandaraya Taipei. Restoran ini agak besar dan boleh memuatkan sehingga 80 orang pelanggan dalam satu masa. Menu yang dihidangkan masakan ala Thai dan ia di adaptasi dan di masukkan unsur masakan orang Taiwan. 

Menu kami di Bismilla termasuk la Lobster, Ikan Siakap Stim, Udang Goreng, Sup Tomyam, Sayur Kubis, Kangkung, Kailan dan juga special Bubur Pulut Hitam. Rasa memang sedap dan masih punyai citarasa yang biasa kita makan di restoran masakan ala thai.









Harga makanan kat sini MrJocko tak pasti kerana kami ditaja sepenuhnya selama 4 kali singgah makan tengahari dan makan malam di sini. Yang pasti semua lauk yang disediakan adalah sedap-sedap belaka.

Kalau anda ke Taipei, mudah jer nak cari lokasi restoran Bismilla ni. Ia terletak bersebelahan dengan Stadium Taipei. Nak lagi mudah, cari alamat Songshan Qu Taipei dan InsyaAllah anda akan dapat jumpa lokasi Halal Bismilla Restaurant ini.

Lokasi kedai ini juga berdekatan dengan Halal Restaurant Yunus. Nanti MrJocko cerita pasal Restoran Halal Yunus di Taipei yang terkenal itu. 


Review Hotel - Novotel Taoyuan Airport Taiwan

$
0
0


MrJocko mulakan cerita trip Taipei dengan memberikan review hotel tempat kami menetap di Taipei. Kita start dengan Novotel Taoyuan Airport dan ia diklasifikasikan sebagai hotel 5 bintang.

Novotel Taoyuan terletak betul-betul bersebelahan dengan Airport Taoyuan. Dari Novotel ke bandaraya Taipei, anda perlukan sekitar satu jam hingga satu jam setengah untuk sampai ke destinasi. Boleh menaiki teksi atau bas sahaja. Laluan keretapi atau MRT dari Taoyuan Airport ke Taipei masih dalam pembinaan buat masa ni.

Bilik yang kami menginap ialah Standard Deluxe. Ada dua katil single, TV HD, Mini Bar, sofa, almari dan kemudahan sterika. Bilik air luas dan ada tub mandi. Paling unik, cermin bilik air di lengkapi dengan teknologi Magic Glass. Apa itu magic glass???

Katil memang selesa ditambah dengan bantal yang empuk. Syiokkk bila tido. View dari bilik nampak flight mendarat dan berlepas. Bestnyaa...

Review Hotel - The Howard Plaza Taipei

$
0
0


Hari pertama kami sampai di Taipei, kami di bawa menginap di The Howard Plaza Taipei. Untuk pengetahuan anda, Howard Plaza ni terletak betul-betul ditengah bandaraya Taipei dan ia hanya beberapa meter dari shopping mall SOGO Taipei dan LRT. Sangat senang kalau nak ke mana-mana.

Kalau anda mencari lokasi The Howard Plaza Hotel, boleh cari alamat No. 160 Section 3, Ren Ai Road, Daan District, Taipei City. Kalau beri alamat ini kepada Pemandu Teksi, InsyaAllah mereka boleh bawa tanpa masalah.




Walaupun bangunannya nampak bangunan lama, tetapi katanya The Howard Hotel Plaza ini berstatuskan 5  bintang. Dekorasi dalaman boleh dikatakan luas, ruang lobby yang besar dan punyai ruang Cafe dalam yang selesa. Howard Plaza Taipei ada dua pintu masuk dan juga punyai bilik-bilik yang amat selesa untuk anda rasai pengalaman bermalam di sini.

Setiap bilik mempunyai tab mandi dan bilik air yang kemas. Untuk kali ni, MrJocko menetap di bilik Standard Deluxe yang mempunyai 2 katil single dan 3 bantal yang empuk. Punyai LCD TV berstatus HD dan ada lebih dari 100 siaran samada dari Taiwan, China, ESPN dan juga siaran Jepun.






Di dalam bilik, mereka menyediakan mini bar, meja dan kerusi untuk tujuan buat kerja barangkali, 2 kerusi rehat serta almari dan kemudahan seterika yang cukup. Bak kata orang, boleh buat semua benda dalam bilik, tak perlu nak panggil Room Service. Semua ada di dalam bilik anda.

Harga bilik atau room rates The Howard Plaza ni MrJocko tak pasti kerana untuk trip ini, kami ditaja sepenuhnya. Kalau anda nak tahu harga bagi The Howard Plaza boleh semak di Howard Taipei.




Untuk kali ni, kami menetap selama 3 hari di sini. Best dan memang berbaloi. Nak jalan-jalan sekitar Howard Plaza memang mudah. Boleh naik teksi atau naik LRT saja. Dengar kata ada kawan naik LRT dari stesen berdekatan ke Zoo Taipei. Murah pulak tu.

Kalau anda satau keluarga atau melancong berdua, Howard Plaza memang sesuai untuk anda. Lokasi senang dan juga dekat dengan Halal Food. Nak ke Taipei 101 pun dekat, cuma bayar sekitar RM10 sahaja bagi satu perjalanan. Untuk review hotel Shangrila Farm Resort dan Novotel Taoyuan, tunggu entry akan datang. Bye.

Gempar Gambar Kacukan Buaya Dan Panda

$
0
0


Siapa kat sini suka Beruang Panda? Nampak kiut kan? Apa akan jadi kalau Beruang Panda dikacukkan dengan seekor buaya? Pernah tak anda terfikir jika suatu hari nanti seekor buaya dikacukkan dengan seekor beruang Panda.

Lihat di sini, adakah ini hasil kacukkan Buaya dan Beruang Panda. Kalau jadi macam ni, anda rasa anda masih berani untuk memeluk Buaya Panda ini??? MrJocko tak sanggup. Belum dapat peluk, sekali kena NGAP!!! Hahaha

Bila Facebook Kena Serang Virus

$
0
0
Cerita bermula bila MrJocko buka mesej yang dihantar oleh seorang brader ni di Private Message Facebook. Nampak seperti file. So, MrJocko klik la untuk buka apa yang terkandung. Ingatkan ada benda yang urgent.

Sekali bila dah buka, alahai, rupanya gambar lucah tahap XXX. Bila dah terbuka baru perasan itu virus. Belum sempat MrJocko buat apa, terus virus ni merebak dan menghantar virus yang sama kepada rakan-rakan facebook. Kesian mereka.

Bila Facebook kena virus, tak boleh nak buat apa dah. tunggu jer pihak Facebook clearkan virus tersebut di dalam rangkaian Facebook.





Pengajaran bila anda nak buka sesuatu melalui mesej Facebook, email atau apa-apa nota di internet, sila berhati-hati. Nasib baik ia sekadar beri kesan kepada Facebook sahaja. Tu pun nasib baik protection dari pihak Facebook memang cepat bertindak. Bayangkan kalau virus itu menyerang komputer, laptop netbook atau tablet anda, mesti lagi susah kan??? 

Careful frens...

Blogger Red Bean Army Dikenalpasti

$
0
0
Sejak dari sebelum PRU13 lagi kecoh pasal segerombolan blogger atau hacker internet yang dikenali sebagai Red Bean Army. Siapa dia Red Bean Army??? Mereka ialah satu kumpulan individu yang dikatakan Pro DAP dan bergerak untuk menyerang dan melancarkan serangan-serangan dalam bentuk blog dan artikel kepada mereka-mereka yang Pro Barisan Nasional. 


Sejauh mana kebenaran dan penglibatan kumpulan ni, kena tanya pihak polis atau pihak berkaitan. Ada yang berkata fungsi Red Bean Army banyak memecahbelahkkan rakyat Malaysia. Betul ker???





Dalam informasi berkaitan katanya ada beberapa individu sudah dikenalpasti menjadi sebahagian dari kumpulan Red Bean Army ni. Tunggu saja penerangan dan pengesahan dari pihak Polis dan pihak berwajib.

Yang pasti, mrJocko bukan sebahagian dari Red Bean Army. MrJocko cuma guna Red NetBook Blogger dan juga minat warna merah. Tak minat nak campur dlam urusan yang boleh menghuru-harakan negara.



Sun Yat-sen Memorial Hall Taipei

$
0
0
Hari pertama di Taipei, kami di bawa melawat ke Dewan Memorial Yat-sen Sun Kebangsaan yang di bina bagi mengingati Sun Yat-sen yang dianggap Bapa Kewujudan Negara Taiwan. Sun Yat-sen Memorial Hall ini terletak di Taipei, Republik China (Taiwan). Ia adalah satu peringatan kepada Bapa Republik Kebangsaan China, Dr Sun Yat-sen, dan telah siap pada tahun 1972. 

Di dalam bangunan ini terletak Tugu yang diukir menyerupai Sun Yat-sen. Sebagai seorang muslim, lawatan kami ke sana sekadar berdasarkan pengetahuan sejarah dan bukan bertujuan mengagungkan Tugu berkenaan. Ada sejarah tersendiri berkenaan cerita bagaimana Sun Yat-sen lari dari China dan berpindah ke sebuah kawasan lain dan menubuhkan negara yang bernama Taiwan.






Jumlah kawasan bangunan meliputi 29,464 meter persegi (7.3 ekar) di ruang terbuka 115,000 meter persegi (28.4 ekar). Ia mengandungi memaparkan kehidupan Matahari dan revolusi beliau mengetuai, dan juga merupakan pusat sosial, pendidikan dan kebudayaan pelbagai guna untuk orang ramai.

Antara daya tarikan di sini ialah acara Changing Guard ataupun Pertukaran Pengawal yang akan dilakukan setiap satu jam dan setiap acara akan mengambil masa selama 15 minit. Kalau ke Taipei, jangan lupa singgah ke Sun Yat-sen Memorial Hall untuk melihat acara Pertukaran Pengawal.
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live