Fakta Atau Auta : Merokok Memendekkan Zakar Anda
Cara Mudah Ukur Body Mass Index BMI
Bagi kebanyakkan orang yang mengambil berat tentang kesihatan diri, mereka akan mengambil kira ukuran Body Mass Index atau BMI berat tubuh badan di bandingkan dengan tinggi. Cara biasa anda perlu timbang berat badan dan di bandingkan dengan ketinggian anda.
Itu cara lama, kini ada cara baru dan cara mudah untuk ukur Body Mass Index BMI diri sendiri dan mereka sekeliling kita dengan mudah, cepat dan tepat.
Cara mengukur BMI badan kita ialah dengan hanya menggunakan tangan dan ibu jari serta jari telunjuk anda. Bagaimana tu?
Jika anda letakkan tapak tangan anda di pergelangan satu lagi, pastikan Ibu Jari anda menyentuh Jari Telunjuk anda. Jika ianya setara dan bersentuhan, maka tubuh anda mempunyai BMI yang ideal.
Tetapi jika Ibu Jari dan Jari Telunjuk anda tidak bersentuh antara satu sama lain, ini bermakna anda dalam keadaan obesiti. Dan, jika Ibu Jari anda bersentuhan dengan Jari Telunjuk, malah lebih dari sekadar sentuh, makan anda seorang yang kurus mengikut BMI.
Camana? Mudah bukan. Sekarang anda tahu cara mudah untuk ukur BMI tubuh badan anda. Selamat mencuba ;)
Keputusan Juara Maharaja Lawak 2013 Bocor : Sepahtu Juara
Kalau bukan pasal nak tengok lawak di Maharaja Lawak Mega 2013, malas rasanya nak layan siaran langsung Final Maharaja Lawak Mega 2013 malam ni di Saluran Astro Warna 104. Pasal dengar kata Keputusan Final Juara Maharaja Lawak Mega 2013 malam ni dah bocor. Siapa juara maharaja lawak mega 2013 kalau bukan Sepahtu.
Macam mana MrJocko tahu keputusan Final Maharaja Lawak Mega 2013 malam ini? Ooo,,, tadi dah terjumpa dengan Nujum Pak Belalang, dia kata dia mimpi lihat Sepahtu menang sebagai Juara Maharaja Lawak Mega 2013 dan bawa balik RM500,000.
Sepahtu memang diramalkan menjadi johan Maharaja Lawak Mega 2013 selepas persembahan yang sentiasa konsisten dan terbaik setiap minggu. Semua ahli Sepahtu, Jep, Shuib dan Rahim dah menang Man of The Match Maharaja Lawak Mega 2013.
p/s : sebenarnya ini prediction MrJocko sahaja. Mintak-mintak la prediction MrJocko ni betul,,, kalau tak sure kena hentam,,, ekekekekek,,,
Promosi Celcom First : Galaxy Note 3 Rose Gold Edition
Celcom sebagai sebuah syarikat Telco yang terkenal di Malaysia kini sedang mempromosikan pakej terbaik Celcom First. Promosi Samsung Galaxy Note 3 Rose Gold Edition ini datang dengan dengan PERCUMA cover phone Moschino yang cantik bernilai RM189 setiap satu.
Mesti ramai yang tengah aim nak beli Galaxy Note 3 kan? Inilah masanya. Lagipun dengan hanya serenade RM1,588 melalui Celcom First, anda akan dapat Galaxy Note 3 Rose Gold Edition, Free cover phone Moschino dan dapat lagi peluang untuk beli Galaxy Gear Orange dengan hanya RM288 sahaja. Harga runcit Galaxy Gear ialah RM999.
Banyak lagi tawaran lain yang menarik di Celcom First. Maklumat lanjut anda layari Laman Web Celcom Malaysia. MrJocko tengah aim Galaxy Note 3 jugak ni. Ermmmmmmmm,,, nak beli jugak la satu.
Koleksi Gambar Kucing Comel
Peminat kucing semestinya akan suka dan teruja jika dapat mempunyai kucing yang cantik dan comel. Lihat sahaja koleksi gambar kucing comel di internet ini, mesti ramai yang geram untuk memilikinya. Baka kucing comel ini biasanya mempunyai nilai yang mahal dan agak susah didapati.
Biasanya baka kucing comel terdiri dari baka Parsi yang berbulu panjang, Ragdol, Bengal yang mempunyai bentuk seakan harimau kumbang, American Curl dan banyak lagi. Baka kucing comel ini memang menjadi idaman peminat kucing untuk memilikinya.
Istilah Kucing Parsi Flat Face, British Short Hair dan juga Bengal Spot memang terkenal dan biasanya anak kucing baka ini dijual dengan harga yang tinggi. Umur sekitar 2 bulan sudah mencapai harga RM1,500 seekor. Belum termasuk kos makanan premium dan penjagaan kucing tersebut.
Apa pun, kucing sememangnya menjadi pilihan manusia untuk menjadi haiwan peliharaan terbaik sejak zaman Rasulullah. Haiwan yang manja dan menjadi peneman manusia sebagai binatang peliharaan dirumah. Ramai yang menganggap kucing sebagi binatang yang manja dan suka bermain-main.
Kalau anda minat kucing, apa kata anda ambil seekor sebagai 'anak angkat' anda di rumah. Anda akan rasai pengalaman bersama kucing comel ini dan pasti akan teruja. Kalau risau pasal risiko bulu-bulu kucing, anda boleh letakkan kucing comel anda di dalam sangkar ;)
Nasi Lemak Air Asia Tak Bogel
Ramai dah tahu rasanya isu Chef Wan, chef selebriti terkenal Malaysia yang komen pasal Nasi Lemak Bogel yang dihidangkan ketika dalam penerbangan KLIA ke Phuket. Chef Wan katanya tak puas hati dengan menu nasi lemak MAS.
Hari ni MrJocko lihat iklan di dada Harian Metro dari AirAsia. Antaranya berbunyi 'Nasi Lemak Lengkap'
Secara peribadi MrJocko setuju yang Nasi Lemak Pak Nasser atau Nasi Lemak dalam penerbangan Air Asia memang lengkap dan memang ada rasa sedap. Antara sebabnya ialah setiap hidangan Nasi Lemak sekarang dan bernilai RM12.00. Semestinya kualiti kena jaga.
Tetapi Nasi Lemak Bogel dalam penerbangan MAS ramai yang anggap ia percuma sedangkan ramai yang terlupa bahawa tiket yang lebih mahal kita bayar untuk penerbangan MAS sudah termasuk dengan pakej Nasi Lemak tersebut. Jadi, nasi lemak MAS rasanya bukan percuma atau complimentary, ia sudah termasuk dalam bayaran tiket anda.
Setuju juga kalau Chef Wan komen pasal nasi lemak MAS ni, at least ramai yang buka mata. Kalau orang biasa komen, rasanya tiada siapa yang kisah.
Bulan ni MrJocko nak naik flight dari KLIA ke Kota Bharu, harap-harap dapat lihat Nasi Lemak Bogel MAS dalam penerbangan. Kalau ada peluang dan masa MrJocko akan share gambar 'bogel' tersebut. Mesti ramai yang tak sabar nak tengok gambar bogel menggiurkan itu. Hahahaha...
Servis Big Apple Donuts & Coffee Midvalley Kedekut
My kids, Khalish dan Hasya memang suka makan donut. Jadi kalau singgah di Midvalley, memang kami akan singgah di Big Apple Donuts & Coffee di LG. Selalu memang Wife jer layan my kids untuk beli donuts yang diorang suka. MrJocko just tunggu kat depan. Tak sangka rupanya Kaunter Big Apple Donuts & Coffee di Midvalley ni KEDEKUT.
Semalam MrJocko singgah lagi kat sana, Big Apple Donuts & Coffee Midvalley. Anak-anak nak beli donuts untuk dibawa pulang. So, kami singgah beli 6pcs Donuts (1/2 Dozen set) dan air Ribena Botol. Kata Wife, kat kaunter bayaran, dia ada mintak cup 1 pcs, tetapi staff kata tak boleh bagi. Adei,,, kedekutnya...
Ni pandangan MrJocko sebagai pengguna untuk Big Apple Donut & Coffee Midvalley :
1. Bila pelanggan beli AIR di outlet anda dan mereka minta cup, bagi la. Costumer dah beli barang di kedai anda, tetapi anda kedekut dengan pelanggan. Kalau rasa ia tidak berbaloi, setiap cup tu charge la RM0.20 ke setiap satu. Donut RM2.60 boleh beli, setakat cup RM0.20 mesti pelanggan boleh bayar.
2. Samada pelanggan beli satu atau banyak, bagi la TISU untuk pelanggan. Semua maklum kalau makan donuts mesti guna tangan dan akan mengotorkan tangan. TISU ialah sesuatu yang mesti bagi. Tak perlu la nak tunggu pelanggan mintak. (Ada info kata kalau nak TISU di Big Apple Donut & Coffee kena bayar ekstra? Betul ke?)
Pendapat MrJocko, kalau betul brand Big Apple Donuts & Coffee dah besar dan gah, jangan la sampai memperlekehkan pelanggan. Kedekut sangat dengan pelanggan sampai cawan kertas (cup) dan tisu pun nak berkira. Jangan sampai pelanggan pula yang berkira-kira boikot makan Big Apple Donuts pulak. Kat Malaysia banyak lagi kedai Donuts seperti J.Co Donuts, Dunkin Donuts dan lain-lain. Mana la tau kan, kalau satu hari nanti orang tak nak makan Big Apple Donuts lagi,,,
Budak Ini Lagi Hebat Dari Wak Doyok
Kalau di Malaysia, sejak beberapa bulan lepas ramai yang duk cakap pasal Wak Doyok. Katanya Wak Doyok ni famous dengan stail Gipsi dan ada yang menjadikan pakaian dan gaya Wak Doyok sebagai ikutan fesyen. Pergh! Hebat gak gaya dan pengaruh Instagram Wak Doyok ni.
Tapi kini Wak Doyok kena bersaing dengan adik Alonso Mateo, berumur 5 tahun dari California ini. Lihat sahaja gaya dan stail Alonso Mateo ini yang memang hebat. Punyai designer sendiri, baju dan seluar custom made. Punyai ramai folower fesyen di Instagram Alonso Mateo.
Alonso Mateo ni merupakan anak kepada seorang CEO Equity Firm dan juga ibunya bertindak sebagai Pereka Fesyen Freelance. Jenis yang ada duit lebih, minat kepada fesyen dan aktif kat laman sosial, membuatkan adik Alonso Mateo ni semakin terkenal.
Tips Basuh Kereta Dalam Dan Luar
Dilema Nak Terima Award Atau 6D5N Trip
Seawal bulan Januari 2014 peluang rezeki dalam Emperor Agency, Perunding Kewangan masih memberangsangkan. Tahun ni, 2014 MrJocko layak ke Korea Selatan dan 2 rakan kongai layak ke Vietnam. Syarikat baru Blooggers juga tak kurang hebat. Kami menerima pelbagai jemputan dan setakat ini lebih 3 FAM Trip kami terima awal Januari 2014. Alhamdulillah.
Minggu lepas MrJocko terima jemputan untuk Public Mutual Branch Annual Awards Nite dinner yang akan berlangsung di Kota Bharu. Pada tarikh yang sama, MrJocko menerima jemputan untuk FAM Trip ke Surabaya dan Yogja selama 6 hari 5 malam. Adusss...
MrJocko dalam dilema. Tak tahu mana satu nak pilih kerana kedua-duanya merupakan minat dan lambang kejayaan MrJocko selepas menumpukan sepenuh tenaga dan usaha kepada perniagaan sendiri sebagai Perunding Kewangan dan Penulis Blog.
Buntu sekejap, dua-dua event memang menjadi idaman sejak dari dulu lagi. Tak tahu nak buat keputusan, tak tahun nak pilih mana satu kerana kedua-duanya adalah mungkin sekali seumur hidup.
Pandangan anda? Mana satu yang MrJocko kena pilih?
Obama, Dato Siti Mungkin Sakit Mental?
Dulu pernah ada statement yang mengatakan "mereka yang suka ambil gambar makanan dan post di Facebook atau Instagram adalah mereka yang sakit Jiwa". Hari ni ada artikel baru yang di tulis mengatakan mereka yang suka ambil gambar sendiri atau istilah 'selfie' pun punyai ciri-ciri orang yang sakit mental.
"Pakar Kesihatan Mental Thailand Dr Panpimol itu memetik kata-kata seorang pakar psikiatri Amerika yang berkata, selfie boleh menyebabkan seseorang hilang atau kurang keyakinan diri. Beliau menambah pegawai kesihatan awam di United Kingdom mengumumkan ketagihan terhadap media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan satu jenis penyakit dan lebih daripada 100 pesakit mendapatkan rawatan setiap tahun"
Nampaknya kalau betul la statement ini, ramai la orang kenamaan dan selebriti mempunyai masalah sakit mental. Kalau di US, Presiden Amerika pun jenis yang suka selfie. Sakit Mental kah dia? Di Malaysia pun ramai selebriti yang suka selfie seperti Dato Siti, Lisa Surihani dan ramai lagi. Adakah mereka juga mungkin juga sakit mental?
Mungkin ulasan atau statement Pakar Kesihatan Mental ini kena di tapis atau di selidik dengan lebih lanjut lagi apa maksud Sakit Mental dan kesan hilang keyakinan diri akibat suka selfie ni. Mungkin penjelasannya kurang jelas atau mungkin ia tidak menggambarkan maksud sebenar.
Rasanya selfie ni tak ada salah, cuma jangan lah terlalu over atau melampaui batas. Selfie pun adalah hak peribadi dan perkongsian dengan rakan-rakan network. Selagi tidak menyalahi agama dan undang-undang ambik la selfie. Ia satu cara manusia berhubung di Media Sosial di zaman ternologi ini.
Makanan Ala Steamboat Terkenal Di Korea Selatan
Yeo's Funderful Video Contest : Kids And Yeo's Funderful Cecah 1,727 Views
Alhamdulillah, dengan bantuan kawan-kawan yang menonton dan tolong share, video Kids And Yeo's Funderful Moment dah cecah sebanyak 1,727 views. Harap dalam masa beberapa hari lagi boleh dapat lagi 1,000 views.
Anda mesti lihat video ini kerana ia satu-satunya video Yeo's Funderful yang di lakonkan oleh kanak-kanak dan memang Lawak,,, kan kan kan???
Anda boleh tonton lagi dan lagi di sini http://youtu.be/weLQTx_hhuo . Satu lagi video Super Yeo's Funderful Video dah capai 2,600 views, harap dapat cecah 5,000 views menjelang Ahad depan ;). Tolong nonton dan LIKE Yeo's Funderful Video Contest dari kami Blooggers dan Video Brosur yer.
Hotel Unik YoungRangHo Resort Di Korea Selatan
Jemputan Trip 6 Hari 5 Malam Surabaya Yogjakarta
Bermula dengan jemputan Food Trail Negeri Sebilan, kemudian FAM Trip Phuket, FAM Trip Fraser Hill, FAM Trip Penang, FAM Trip Ipoh dan kemudian Taiping, bulan Februari MrJocko dijemput lagi untuk ke 6 Hari 5 Malam trip ke Surabaya dan Yogjakarta. Alhamdulillah.
Trip ini ialah trip pertama jemputan dari pihak Travel Agensi dan juga pertama ke Indonesia. Ia juga trip paling lama kerana akan merentasi Surabaya hingga ke Yogjakarta menjejak Wali Songo, sejarah ketamadunan Islam di Pulau Jawa, Indonesia.
Semestinya MrJocko gembira menerima jemputan dan berita baik ini. InsyaAllah, kalau tidak ada aral melintang, 24 Februari sehingga 1 Mac 2014 MrJocko akan jelajah Surabaya dan Yogjakarta sebagai Travel Blogger.
Bagi yang emel dan bertanya, macam mana MrJocko dapat peluang untuk berkerjasama dengan pihak Penaja dan Travel Agensi, ia sebenarnya hasil penulisan blog yang konsisten, bina network, berikan yang terbaik dan sabar dalam menulis dan menjadi blogger. Ia bukan sesuatu yang mudah, tetapi anda pun tidak mustahil untuk dapatkan peluang ini jika anda sabar dan konsisten.
Anda mungkin punyai lebih peluang yang jauh lebih bagus dari apa yang MrJocko terima. Kuncinya hanya perlu sabar dan terus menulis. Cari peluang dan ambil peluang. InsyaAllah anda pun akan jadi lebih hebat.
Bila Dalam Kesusahan Makin Hilang Kawan
Awal Januari 2014, ramai kenalan MrJocko mengambil langkah berani untuk berhenti kerja di tempat lama dan berhijrah ke syarikat baru. Mereka impikan sesuatu yang lebih baik. Semestinya nak kehidupan yang lebih baik. Malangnya bukan semua berjaya.
Alkisah ada seorang rakan ini mengambil langkah untuk berhenti kerja kerana tidak tahan dengan gaji kecil, kerja yang banyak serta karier yang tidak jelas. Dia resign dan cadang nak buka perniagaan. Malangnya, tak sampai sebulan hidupnya semakin susah dan dibebani tanggungan yang berat.
Masalah beliau mungkin satu isu lain, tetapi MrJocko lihat rakan sekeliling yang selalu lepak minum, kerja sekali, rakan bertahun seakan mengambil kesempatan dan lebih banyak memperli, mengutuk dan mengata yang bukan-bukan. Nampak seperti tak ada seorang pun yang berminat nak bantu tetapi ramai yang seolah-olah berkata 'Padan Muka'.
Kenapa jadi sampai begini. Tak kira la siapa mereka, kalau rakan atau bekas rakan kita ditimpa masalah, apa salahnya kita membantu samaada dari segi wang, tenaga atau idea. Tolong sekadar mampu.
Jika tak mampu, tak perlu lah memburukkan lagi keadaan. Sedarla mungkin hari ini kita senang, esok lusa kita susah, agak-agak ada tak orang nak bantu kita???
Skool Of Lawak Program Realiti Lawak Terbaru ASTRO
Bermula malam ini, 14 Februari 2014 jam 10.00 malam akan bermulanya Minggu Pertama persembahan Program Realiti terbaru ASTRO yang diberi nama Skool of Lawak. Rancangan Skool of Lawak ASTRO ini akan disiarkan setiap Jumaat di Saluran 132 Warna dan 134 Mustika HD.
Program Realiti ini mengumpulkan barisan pelapis Pelawak baru dengan konsep lawak yang berbeza. Peserta digabungkan dengan Team yang mereka tidak kenal dan akan beraksi untuk menjadi pelawak di pentas Skool of Lawak setiap minggu dibawah pimpinan tenaga pengajar yang berpengalaman seperti Hafsham, Sabri Yunus, Khir Rahman dan Fauziah Nawi.
Pengacara untuk Program Ujian Skool of Lawak menggandingkan Johan Rajalawak dan Jep Sepahtu, manakala untuk dairi mingguan akan diacarakan oleh Syuk SYJ.
Ada 11 Kumpulan yang dikenali dengan nama Kelas dan setiap kelas mempunyai nama-nama bertemakan Bunga. Setiap Kelas mempunyai 3 pelajar dan ini bermaksud keseluruhan pelajar Akhir Skool of Lawak ialah seramai 33 orang.
So, kalau anda dah rasa boring bila tamat Maharaja Lawak Mega 2013, anda boleh cuba menonton 'Ujian Skool of Lawak' pulak. Dengar kata Lawak mereka 'Ada Kelas'...
FREE Giveaway : 5 Unit Norton 360 Multi Device Bernilai RM249 Setiap Satu
Norton 360 Multi Device memang terbaik untuk peranti anda samada anda guna PC, Mac, Android atau tablet.
Pratonton : Filem Cuak
Minggu lepas MrJocko di jemput ke Pratonton filem Cuak, salah satu filem yang boleh dikatakan sebagai filem indie dan lain dari filem Malaysia yang biasa. Filem Cuak mengetengahkan hampir 90 peratus watak atau muka baru dan kekuatan filem ini mungkin dari keunikkan filem itu sendiri.
Filem yang di arahkan oleh gabungan 5 pengarah ini mengisahkan Adam yang sedang dalam keadaan 'cuak' melalui saat-saat akhir zaman bujangnya apabila beliau dalam perjalanan untuk majlis Akad Nikah beliau dengan pilihan hatinya iaitu Brenda, seorang muallaf.
Adam seakan gemuruh, gugup dan cuak untuk menamatkan zaman bujang beliau kerana teringatkan kisah rakannya Reza yang sudah kahwin dan kehilangan masa bersosial dengan rakan-rakan, rakannya Zul yang selalu sana sini tak boleh serta rakan-rakan lain yang bersikap takutkan komitmen untuk kahwin.
Siapa Brenda dan apakaj keputusan Adam di saat terakhir beliau untuk akad nikah? Jadi ke Akad Nikah? Adam memang Cuak?
Olahan idea jalan cerita Cuak bagi MrJocko amat menarik. Simple tetapi punya plot yang boleh disambung dengan baik. Cuma banyak scene yang memakan masa terlalu lama seperti masa Adam dalam Toilet, scene Adam kene interview oleh Parents Brenda, scene dalam Club masa main Pool dan banyak lagi.
Satu lagi yang rasanya mungkin timbul isu bila ada disentuh sensitiviti Agama dalam filem Cuak ini. Scene Adam bergaduh dengan Brenda tentang 'perlu ke Azan di laungkan begitu kuat' sedangkan ramai orang sekitarnya bukan orang Islam?
Rasanya scene ini tak perlu kerana ia mungkin akan menyentuh isu agama yang sensitif.
Barisan pelakon utama yang memegang watak Adam dan Brenda memang bagus dan mungkin boleh maju sekiranya ada peluang lain. Watak Adam memang selamba dan agak kelakar, mengingatkan MrJocko kepada Adam Sandler.
Kalau anda mahukan citarasa baru, mungkin boleh cuba menonton filem Cuak di pawagam berhampiran. Cerita yang boleh dikategorikan sebagai genre Drama Komedi, ia ditayangkan dalam menggunakan hampir 80% Bahasa Inggeris dan ia memang mempunyai nilai filem Malaysia yang kreatif.
Bintang : 2.5 out of 5
Fish Feeding City Park Seremban 2
Pertama kali sampai di City Park Seremban 2 sebab anak sepupu ajak nak pergi tengok ikan-ikan di Taman Tasik City Park ini. Katanya kat sini ada banyak ikan keli afrika dan juga ikan kap yang besar.
Lokasi City Park Seremban 2 ini cuma sekitar 5 kilometer dari bandar Seremban. Kawasan ni agak baru tetapi diwaktu petang memang ramai penduduk sekitar beriadah kat sini. Antara aktiviti utama, bagi makan ikan di tasik City Park Seremban 2.
Anda boleh bawa sendiri makanan ikan atau roti dari rumah atau boleh beli makanan ikan dan roti dari peniaga sekitar taman tasik dengan harga RM1 setiap satu. Murah jer.
Anda boleh duduk sepanjang jambatan dan bagi ikan makan. Anda akan teruja melihat beribu-ribu ikan yang timbul terdiri dari ikan keli Afrika, ikan Kap dan pelbagai jenis ikan sungai yang lain.
Memang seronok layan bagi ikan makan ni. Kalau anda bernasib baik boleh lihat saiz ikan keli Afrika yang besar timbul untuk makan roti yang anda lempar ke dalam tasik.
Kalau ada sekitar Seremban, jangan lupa la bawa keluarga dan anak-anak ke City Park Seremban 2, banyak aktiviti berfaedah yang anda boleh buat kat sana.