Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Tempat Tempat Menarik Di Gold Coast, Australia

$
0
0
Tempat Tempat Yang Menarik Di Gold Coast, Australia

Ramai yang memang memasang impian untuk menjejakkan kaki ke Gold Coast, Australia. Antara lokasi pantai yang memutih dan terbaik menjadi tarikan ramai pelancong untuk ke sana. Selain keindahan pantai Gold Coast terkenal dengan beberapa lokasi tempat yang menarik untuk dilawati oleh pelancong.

Main Beach di Surfers Paradise
Main Beach dikatakan pantai yang menjadi tumpuan utama bagi mereka yang ingin menikmati keindahan pantai di Gold Coast, melayari ombak dan juga mandi manda. Tarikan utaman Main Beach di Surfers Paradise ialah kerana lokasinya yang dekat dengan hotel dan kemudahan fasiliti yang lain. Ia memang lokasi pantai yang paling mudah untuk pelancong lawati. Pantainya yang panjang berpuluh kilometer dan pasir yang memutih akan memukau sesiapa sahaja yang melihatnya.




Main Beach Street
Lorong Main Beach ini akan mula dipenuhi dengan orang ramai serta pelancong bermula seawal jam 5 petang. Lokasi ini akan menjadi tumpuan tempat makan dan berhibur. Ada banyak Buskers, Ahli Silap Mata dan pelbagai jenis aktiviti yang mula hidup bila tiba waktu malam di Main Beach Street ini. Lokasi untuk ke sana memang mudah, boleh ambil sahaja mana-maian bas yang tertera Main Beach. MrJocko cuma berjalan kaki selama 5 minit sahaja dari hotel penginapan kami, Islander Hotel.




Skypoint, Observation Deck
Sky Point Observation Deck ini berada di tengah-tengah lokasi yang dikenali sebagai Main Beach. Anda cuma perlu bayar sekitar Aussie Dollar $22.00 untuk dewasa dan $13 untuk kanak-kanak. Apa yang anda boleh dapat di Skypoint Observation Deck ini? Di Observation Deck ini anda akan melihat 360 darjah keseluruhan Gold Coast dari ketinggian setinggi 75 tingkat atau sekitar ketinggian 225 meter. Di kedudukan ini, anda boleh melihat dengan jelas seluruh kawasan Gold Coast dan membawa sehingga 200 kilometer jauhnya. Hebat bukan???



Sea World
Untuk anda yang suka dengan taman tema, lokasi yang anda boleh tuju ialah Sea World, Gold Coast. Di sini, terdapat pelbagai haiwan laut dikumpulkan khas untuk tontonan pelawat. Bukan itu sahaja, ada persembahan khas seperti Dolphin Show, Pet Detective dan banyak lagi untuk pengalaman anda selama berada di Sea World. Harga tiket ialah Aussie Dollar $89.99 dan ia untuk Pass Masuk untuk satu hari sahaja. Kalau anda beli untuk Group Booking, 20 orang dan lebih, harga bermula dari $43.00 sahaja.



Movie World Gold Coast
Lokasi Movie World Gold Coast terletak sejauh 20 kilometer dari Main Beach, Surfers Paradise. Untuk ke sana, anda boleh dapatkan khidmat teksi atau van pihak hotel, tetapi kalau nak murah, ambil sahaja Bas. Senang sahaja untuk dapatkan bas ke Movie World Gold Coast kerana kekerapan laluan dan masa yang tepat. Anda cuma perlu buat tempahan awal untuk tiket pergi dan pulang, jadi tak perlu tunggu lama.



Dreamworld Gold Coast
Ada rakan memberitahu bahawa Dreamworld merupakan taman tema yang punyai tarikan tersendiri. Ia terletak 25 kilometer dari Main Beach dan juga punya laluan bas yang kerap. MrJocko tidak berkesempatan ke sana kerana masa yang singkat. Next time, InsyaAllah boleh pergi bawa anak-anak ke sana. Untuk tiket masuk ke Dreamworld anda perlu bayar dari Aussie Dollar $59.99 melalui Online.



Wet N Wild Gold Coast
Taman Tema Air Wet 'n' Wild ini terletak bersebelahan dengan Movie World Gold Coast. Pun begitu, anda memang kena habiskan sehari di Movie World dan seharian di Wet 'n' Wild, baru anda akan puas. Taman tema air ini memang punyai banyak tarikan 'ride' yang menarik. Jadi jika anda memang jenis yang sukakan air, anda pasti mahukan pengalaman di Wet 'n' Wild Gold Coast.



Aquaduck Ride
Jika anda hanya berada di sekitar pusat bandar Gold Coast atau Main Beach, apa kata ambil peluang untuk pengalaman baru menaiki Aquaduck. Ia sebuah bas yang direka khas untuk membawa anda di darat dan juga air. Anda akan dibawa menaiki bas unik Aquaduck ini di jalanraya sekitar Gold Coast dan kemudian akan dibawa terus masuk ke air dan akan menjadi seperti sebuah bot di laut yang berhampiran. Anda boleh dapatkan pengalaman ini dengan hanya Aussie Dollar $35.00 untuk dewasa dan $26.00 untuk kanak-kanak.




Currumbin Wildlife Sanctuary
Jika anda ke Australia, anda mesti lihat dua haiwan ini, Kangaroo dan juga Koala.Kangaroo sememangnya haiwan yang menjadi ikon di Australia dan Koala juga memang terkenal di Australia. Di Currumbin Wildlife Sanctary ini terdapat banyak lagi haiwan lain yang anda boleh lihat termasuk buaya, burung dan haiwan-haiwan lain. Untuk tiket masuk, anda boleh dapatkan secara online dengan harga Aussie Dollar RM33.00. Untuk ke Currumbin Wildlife Sanctuary, anda perlu dapatkan pengangkutan atau menaiki bas kerana lokasinya yang berada sekitar 23 kilometer dari Main Beach.





Banyak lagi lokasi yang menarik di Gold Coast yang boleh kita lawati. Untuk entry kali ini, MrJocko kongsikan beberapa tarikan utama yang menjadi pilihan tempat-tempat menarik di Gold Coast untuk di kongsi bersama rakan-rakan. Memang best kalau dapat ke Gold Coast, pastikan anda berada di sana sekurang-kurangnya seminggu.

Untuk maklumat lanjut tentang Gold Coast, anda boleh layari VisitGoldCoast

Cuti Awal Sempena Tahun Baru Cina 2014

$
0
0



Hari ni my kids dah cuti sekolah. Awal sehari dari sekolah biasa. Ini kerana kebiasaannya hari ini masyarakat Tionghua akan bersedia untuk makan besar bersama keluarga mereka di rumah. Maka, sekolah rendah jenis kebangsaan cina akan mula bercuti awal sehari untuk hari makan besar. 

Di sebabkan my kids cuti, rasa macam tak best pulak kalau tinggalkan diorang kat rumah Bibik. Lagipun hari ni ada kerja sikit sahaja. Sebab tu MrJocko ajak my kids temani MrJocko jumpa rakan-rakan business sekejap. Lagipun mereka memang nak ikut. 

Hari ni singgah jumpa rakan business kat restoran Mamak As-Saqeen di sebelah bangunan SME Bank Kampung Baru. Jadi, boleh la layan my kids makan roti telur dan roti tisu. My kids memang suka makan roti telur. Hari cuti seperti ni MrJocko lebih suka layan anak-anak kat rumah atau bawa diorang jalan-jalan. 

Antara sebabnya, jalan tak sesak dan orang pun tak ramai. Alhamdulillah, sudah masuk tahun kedua, betapa bersyukurnya MrJocko dengan hidup sekarang. Masa kerja yang betul-betul fleksibel. Semoga rezeki masa ini akan berterusan sampai bila-bila, Aamiinn... 

Glamorous MrJocko

Review Filem : Robocop 2014

$
0
0
Minggu ini ada cerita aksi baru untuk anda. Kali ni MrJocko berpeluang untuk menonton Nuffnang Premiere Screening filem terbaru aksi Robocop 2014. Uuntuk mereka yang mempunyai umur sebaya MrJocko, rasanya mesti ingat dengan filem pertama Robocop tahun 1987. Kali ini filem Robocop tahun 2014 tampil dengan kelainan dari segi costume dan plot cerita.





Sinopsis Filem Robocop 2014 mengisahkan seorang Polis di Balai Polis Detroit yang bernama Detektif Alex Murphy yang sedang menyiasat sebuah kes Korupsi yang berlaku di kalangan polis, khususnya rakan sekerjanya di balai Polis Detroit. Di sebabkan siasatan itu, Alex Murphy telah disabotaj dan dia melecur lebih dari 80 % akibat letupan yang berlaku di ruang parkir kereta beliau, berpunca dari cubaan membunuhnya. Letupan tersebut didalangi oleh seorang ketua penjahat dibantu oleh dua orang polis jahat.

Dalam masa yang sama, pihak OmniCorp, sebuah syarikat yang sedang me'lobi' pihak Senat untuk meluluskan projek Polis Robot, mengambil peluang untuk menyelamatkan Alex Murphy dan dijadikan Polis Robot yang mempunyai nilai-nilai manusia.

Hasil pembedahan dan projek yang diketuai oleh Dr Norton, OmniCorp berjaya dan menjadikan Alex Murphy satu subjek Polis Robot yang mempunyai nilai-nilai manusia tetapi lengkap dengan sistem data polis dan kemahiran taktikal pertarungan polis yang hebat.

Walau bagaimanapun, pihak OmniCorp yang diketuai oleh Raymond Sellars, sebenarnya mempunyai niat jahat untuk mengambil keuntungan semata-mata dalam projek Robocop ini. Apa yang akan terjadi selepas Murphy (Robocop) mengetahui yang dia sebenarnya menjadi mangsa keadaan??? Anda kena saksikan sendiri di Pawagam berhampiran.

Plot cerita Robocop terbaru agak menarik dengan olahan yang baru. Pun begitu ada beberapa scene yang dirasakan tidak perlu, lebih-lebih lagi di awal penciptaan Robocop. Aksi agak menarik tetapi masih dalam lingkungan biasa-biasa sahaja.

Apapun, untuk tahun 2014, Robocop menjadi pilihan pertama MrJocko untuk filem aksi. Filem sains fiksyen ini kira menarik dan boleh ditonton. tak rugi anda bayar untuk menonton filem ini.

Bintang : 4 out of 5 Star
Costume lama Robocop tahun 2014

Diet Makanan Kucing MrJocko

$
0
0

Anak kucing MrJocko yang bernama Miko sekarang berumur 6 bulan manakala Oreo baru berumur 3 bulan. Sebab itu, diet makanan mereka masih lagi perlukan makanan Kitten. Bukan senang nak cari diet yang serasi untuk anak kucing.

Bermula dengan brand Equilibrio, lepas tu MrJocko cuba menu Pro Diet dan sekarang kami cuba menu Royal Canin. Sesekali cuba wet food Friskies kerana wet food memang memberikan anak-anak kucing selera yang lebih. Tetapi ramai otai Peminat Kucing Malaysia tidak mengesyorkan beri Friskies dan Whiskas kerana kurang kandungan untuk kesihatan kucing.

 

Makanan kucing terbaik

Makanan kucing terbaik

 

Kalau nak teruskan dengan jenama Royal Canin, lagi mahal kos yang terpaksa MrJocko tanggung. Sebab itu MrJocko nak cuba satu lagi jenama Blackwood untuk kitten. Ramai yang kata brand Blackwood lebih murah dan kualiti lebih baik.

Masalah, brand Blackwood ni susah nak jumpa dijual dikedai Haiwan Peliharaan yang biasa. Tak tahu sebab kenapa jarang kedai menjual jenis Blackwood ini.

Setakat ni diet anak kucing MrJocko diberikan dry food Pro Diet atau Royal Canin dan dicampur dengan wet food whiskas. Alhamdulillah, anak-anak kucing MrJocko suka makan.

Harap dapat cari diet yang bagus untuk Miko dan Oreo kerana nak bagi bulu Oreo yang mempunyai baka Parsi menjadi lebat dan cantik.

Hari Wilayah Promosi Diskaun RM30 Sahaja Untuk Saman DBKL

$
0
0

Untuk anda yang tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, anda akan menyambut hari cuti umum pada 1 Februari 2014 ini. Oleh kerana cuti umum ini bertindih dengan hari cuti umum Tahun Baru Cina pada 31 Januari dan 1 Februari 2014, maka anda akan dapat cuti tambahan pada 3 Februari 2014 sebagai cuti ganti Hari Wilayah.

Untuk anda yang ada saman DBKL, boleh ambil kesempatan ini untuk bayar saman anda di kaunter DBKL berdekatan. Ada diskaun untuk semua saman berkaitan DBKL serendah RM30 sahaja. Bawa notis saman anda dan bayar diskaun ini sementara masih ada peluang.

 

Diskaun DBKL sempena Hari Wilayah

Diskaun DBKL sempena Hari Wilayah

Diskaun Hari Wilayah

 

Tema sambutan Hari Wilayah 2014 ialah "Wilayah Persekutuan Ceria" bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. Menjadi aspirasi Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang ingin menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai sebuah bandar yang ceria dalam aspek persekitaran yang bersih serta indah, kemudahan perumahan yang kondusif dan selamat, sistem pengangkutan dan jaringan lalulintas yang sistematikdan berteknologi tinggi.

Banyak aktiviti menarik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Jom ambil kesempatan ini untuk raikan Hari Wilayah bersama keluarga.

Nasi Lemak Mali's Corner

$
0
0

Mali's Corner Setapak

 

Mali's Corner memang terkenal dengan menu Char Kway Teaw Udang. Anda boleh pilih untuk makan Char Kway Teaw Udang biasa atau Char Kway Teaw Special yang penuh dengan udang. Setiap hidangan akan dimasak secara satu persatu. Ini yang uniknya menu Char Kway Teaw Mali's Corner.

Semalam MrJocko singgah di Mali's Corner Platinum Walk Danau Kota. Bukan nak makan Char Kway Teaw tetapi nak cuba menu Nasi Lemak Mali's Corner.

Untuk rasa Nasi Lemak Mali's Corner, MrJocko rasa biasa saja. Kalau rasa nasi lemak dan sambal di Mali's Corner rasa yang biasa-biasa sahaja. Untuk rasa ayam rempah, mungkin ada rasa kelainan, tetapi tidak la terlalu sedap.

Jadi untuk menu Nasi Lemak di Mali's Corner rasa biasa-biasa sahaja. Untuk nilai yang dibayar, rasanya setara, tetapi untuk menjadi tarikan rasanya tidak.

 

Pelancaran XOX Voopee : Revolusi Baru Cara Berhubung

$
0
0

XOX Berhad telah memperkenalkan satu aplikasi baru mereka yang dikenali sebagai XOX-Voopee, satu perkhidmatan mudah alih yang inovatif, yang membolehkan pengguna telefon pintar mempunyai 'nombor telefon bimbit sebenar' kedua, tanpa menggunakan telefon tambahan atau kad SIM tambahn.

Aplikasi telefon pintar mudah alih XOX Voopee ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Datuk Eddie Chai, Group Managing Director XOX Berhad, Mr Ng Kok Heng, Group CEO XOX Berhad,  Dato' Lee Chong Wei, Lim Khim Wah dan Goh V Shem, bintang Badminton Malaysia.

Pengguna telefon pintar adalah terlalu biasa dengan aplikasi mudah alih yang membolehkan percuma Voice-Over-Internet-Protocol (VoIP), SMS, dan mesej segera (IM), tetapi kini revolusi penggunaan cara berhubung akan beralih kepada cara XOX Voopee yang mana anda akan berpeluang menggunakan aplikasi XOX Voopee dengan membuat SMS dan Panggilan Data secara PERCUMA.

Bagaimana anda boleh guna XOX Voopee secara PERCUMA
Aplikasi XOX Voopee ini memaksimakan penggunaan data talian 3G Internet anda atau penggunaan WIFI, dan berhubung dengan pengguna XOX Voopee lain secara PERCUMA. Dengan cara ini, pengguna tidak akan dibebani dengan kos yang tidak perlu. Dengan aplikasi XOX-Voopee ini juga, pengguna boleh menelefon atau menghantar SMS kepada rangkaian nombor talian Telco selain XOX Voopee, tetapi ia dikenakan kos yang sangat minima. Jadi, kalau nak dapat panggilan atau sms PERCUMA, guna sahaja Aplikasi XOX Voopee.



Apa itu XOX Voopee?
XOX-Voopee ialah satu revolusi dan cara baru anda berkomunikasi dan berhubung. XOX-Voopee adalah SIM-PERCUMA yang memberikan anda nombor telefon mudah alih kedua sebenar pada telefon pintar anda yang sedia ada tanpa memerlukan kad SIM tambahan atau telefon. 

XOX-Voopee tidak seperti aplikasi lain, XOX-Voopee juga membolehkan anda untuk memanggil dan teks bukan nombor telefon XOX-Voopee. Untuk anda dan sesiapa sahaja yang anda memanggil, XOX-Voopee berfungsi sama seperti perkhidmatan mudah alih biasa. 

XOX-Voopee juga merupakan pengendali mudah alih global yang menggunakan kuasa Internet melalui sambungan data mudah alih atau WiFi untuk menyediakan perkhidmatan mudah alih yang membolehkan anda membuat panggilan TANPA HAD yang berkualiti tinggi Suara Panggilan HD dan SMS, di mana sahaja dan bila-bila masa.




Cara Untuk Divert Call menggunakan XOX Voopee
Ever think of staying connected with #friends and #family anytime, anywhere, even though you’re at #overseas? Here’s the simple tips for you:
1. Go to your #XOXVoopee “More” setting and tap on “Call Forwarding”.
2. Click “ON” for above part to divert all your incoming calls to your Voopee number, and then click “Save”.
3. Now, #callforwarding is DONE!

XOX Voopee mensasarkan pengguna Voopee akan berkembang dengan cepat kerana ia satu aplikasi yang viral. Sasara 500,000 pengguna Voopee pada akhir tahun 2014 adalah tidak mustahil kerana XOX Voopee sememangnya aplikasi komunikasi yang terbaik buat masa ini.

Bagus bukan bila anda mempunyai pilihan menggunakan aplikasi baru yang memberikan anda kelebihan yang tidak pernah anda fikirkan. Guna untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan menggunakan SMS dan Panggilan secara PERCUMA. Lebih bagus bila anda gunakan panggilan dari Luar Negara kepada keluarga atau rakan anda tanpa bayaran satu sen pun kerana ianya PERCUMA. Roaming Percuma, ia memang terbaik...

Apa lagi, dapatkan aplikasi Voopee XOX anda ini di Google Play Store dan nikmati SMS dan Panggilan PERCUMA anda di dalam Malaysia dan juga ketika di Luar Negara. Semuanya PERCUMA...

Tips Mandikan Kucing

$
0
0

Bagi peminat kucing! anda mesti mahukan kucing anda sentiasa sihat, bersih dan cantik. Antara cara untuk jaga kebersihan binatang peliharaan anda ialah dengan memandikannya dengan kerap. Seperti contoh, kucing disyorkan untuk mandi sekali dalam masa seminggu. Pun begitu, kalau kucing anda berada di dalam rumah, indoor dan dalam suasana yang bersih, sebulan sekali pun boleh.

Tips untuk mandikan kucing ada beberapa langkah yang perlu anda ambil perhatian. Antara tips mudah yang MrJocko buat ialah :

Sebelum Mandi

1. Beri kucing anda makan sekenyang-kenyangnya,

2. Ajak kucing anda bermain hingga dia keletihan,

3. Berus bulu kucing anda sebelum mandi,

 

Tips mandikan kucing

Tips mandikan kucing

 

Di Masa Mandikan Kucing

1. Sediakan air suam, air sejuk buat kucing anda kesejukkan,

2. Sediakan shampoo kucing, berus mandi, gayung untuk jirus, dan tuala,

3. Jirus dengan air suam dicampur dengan shampoo perlahan di badan sahaja, jangan jirus muka kucing,

4. Berus guna sikat kucing untuk buang bulu yang luruh dan hama/kutu kalau ada,

5. Bilas kucing anda dengan air suam sehingga bersih,

Selepas Mandi

1. Balut kucing dengan tuala dan lap kan sehingga boleh,

2. Bagi yang tidak punyai blower, Balut kucing anda sehingga kucing hilang rasa sejuk,

3. Bagi yang ada blower, blow kucing perlahan sehingga kering,

4. Biar kucing anda rehat dan jilat badan untuk proses pengeringan semua jadi,

5. Bila dah kering, sikat/berus bulu kucing anda biar terurus.

Bukan senang kan nak pelihara kucing ni, kerana salah satu musuh kucing ialah debu, Hama dan juga kekotoran. Tapi bagi yang minat dengan kucing, kepuasan mempunyai kucing yang comel, manja dan aktif menjadi satu kepuasan. Anda ada kucing???


Anak MrJocko Jadi Model Tidak Berbayar

$
0
0

Hari ni ada saudara mesej gambar. Katanya ada gambar Khalish terpampang di 'bunting' satu Gerai Satay terkenal di Port Dickson, gerai Satay Samudra. Katanya, ingatkan MrJocko dah buka kedai satay di Port Dickson.

Selepas dapat gambar, memang sah itu gambar Khalish. Gambar tu ialah gambar ketika kami makan Satay Famili di Saujana Utama, Rawang. Masa tu kami makan satay gerai member MrJocko iaitu si Amrul, taukeh satay terkenal di Saujana Utama.

 

Model iklan kanak-kanak

Model iklan kanak-kanak

 

MrJocko tak kisah pun siapa nak pakai gambar dari Blog MrJocko, asalkan ia membawa kebaikkan. Mana tahu dengan sumbangan sedikit itu boleh berikan kepada MrJocko dan keluarga sedikit rezeki yang melimpah ruah. Selagi gambar itu tidak di salah guna sudah la.

Ingat nak cari juga lokasi Satay Samudra di Port Dickson ni. Mana tahu bila ke sana kami sekeluarga dapat makan satay Percuma ;).

Cuaca Sejuk Di Pantai Timur Semenanjung Malaysia

$
0
0

Sejak sebulan yang lepas negara dikejutkan dengan fenomena Cuaca Sejuk yang melanda negara. Antara lokasi yang dikatakan mengalami cuaca sejuk melampau ialah Kuala Besut dan Tanah Merah. Ada yang masuk berita, cuaca malam sejuk seperti berada dibawah ais. Ada cuaca malam mencecah 16° Celcius. Sejuk tu...

Ada info yang kata di Gunung Kinabalu ada embun yang beku akibat cuaca sejuk ini. Di Vietnam pula ada salji turun dan di hutan Indonesia juga dikhabarkan salji juga turun melanda beberapa kawasan.

 

Cuaca sejuk pantai Timur

Cuaca sejuk pantai Timur

Cuaca sejuk pantai Timur

 

Selepas sebulan, cuaca pagi hari di Kuala Besut masih mencecah sekitar 17° Celcius. Memang sejuk. Di kawasan lain seperti di Pekan, Pahang dan di Kampung Tekek, Johor juga masih merekodkan cuaca sejuk pada 3 Februari 2014. Kalau berterusan seperti ini, makin sejuk sikit Malaysia, kan bagus.

Di Kuala Kumpur kalau malam hari boleh turun sehingga 27° Celcius sahaja. Kalau siang ia akan naik sehingga 35° Celcius secara purata. Harap kalau cuaca sejuk turun sehingga 20° Celcius dah kira rahmat Allah. Harap-harap Kuala Lumpur pun boleh sejuk seperti Kuala Besut dan Tanah Merah.

Tak turun salji pun ok, janji sejuk... Yer tak?

Gambar Anak Perempuan Khairul Fahmi Dan Leuniey

$
0
0

Gambar anak Khairul Fahmi dan Leuniey

 

Mungkin ramai yang belum tahu bahawa Leuniey dan Khairul Fahmi kini sudah bergelar ibu dan bapa. Leuniey telah selamat melahirkan seorang baby perempuan yang sangat comel.

Lihat dulu gambar terbaru bayi Khairul Fahmi dan Leuniey melalui laman web The Red Warrior Football Club Official.

Info Ringkas Kucing Parsi : Persian Cat

$
0
0

Kucing Parsi dipercayai adalah salah satu baka kucing yang tertua. Ada sejarah awal secara umum mengatakan bahawa kucing ini asalnya datang dari Parsi (kini Iran) dan Turki. Pengembara Itali Pietro della Valle (1586 - 1652) dikreditkan dengan membawa kucing baka Parsi ini pertama datang ke Eropah, tiba di tanah air dari Itali pada tahun 1620 dengan mereka.

Menjelang 1800-an Kucing Parsi telah menjadi baka popular di Eropah dan baka Kucing Parsi mula tiba di Amerika pada akhir 1800-an. Dalam tambahan Harpers Mingguan bertarikh 27 Januari 1872 terdapat ilustrasi daripada beberapa pameran kucing dari rancangan London Crystal Palace, termasuk kucing Parsi. Anda boleh lihat di SINI.

Lukisan awal (lihat di atas) dan gambar Kucing Parsi menunjukkan baka kucing yang berbeza untuk orang Persia hari ini. Imej-imej di bawah adalah diambil dari terbitan Life Negara di Amerika bertarikh September 1908.

 

Kucing Parsi Comel

 

Kucing Parsi adalah jenis baka yang unik, baka berkaki agak pendek, tebal besar besar. Kucing Persia adalah juga berotot dan sederhana dan adakalanya antara saiz yang besar dalam kelurga kucing. Yang ketara jenis muka kucing ini yang 'flat rate dan juga bulu-bulu yang panjang dan gebu.

Perangai Kucing Parsi

Kucing Parsi mempunyai sifat yang manja dan lembut. Biasanya mereka mempunyai personaliti yang santai. Mereka adalah baka penyayang dan menyayangi penjaga mereka.

Kucing Parsi adalah kucing yang tenang, mudah untuk manusia berinteraksi senang bersama haiwan lain. Mereka selalunya tidak suka kepada suasana yang bising.

Warna kucing Parsi

Kucing Parsi datang dalam pelbagai warna, termasuk warna penuh putih, hitam, oren, kelabu dan bercampur dwi-warna.

Keperluan Khas

Parsi memerlukan dandanan setiap hari untuk menjadikan ia kucing yang sihat dan jinak. Ini hanya akan mengambil masa beberapa minit setiap hari.

Sesetengah Kucing Parsi mungkin mempunyai mata berair kerana ia cukup sensitif dengan udara sejuk. ini boleh di atasi dengan perlahan-lahan menyapu bersih muka dan hidung kucing tersebut.

Disebabkan muka rata dan jenis baka yang secara semula jai, Kucing Parsi mungkin mempunyai masalah semasa cuaca panas.

Kucing Parsi Sesuai Untuk Siapa?

Dengan perangai lembut dan santai mereka, Kucing Parsi adalah sesuai untuk semua keluarga, walaupun keluarga dengan kanak-kanak. Tetapi anda harus pandai menjaga kucing untuk kesihatannya dan keluarga anda.

Dapatkan nasihat daripada pakar Kucing Parsi sebelum meneruskan niat untuk memelihara baka tersebut, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak kecil dirumah atau mereka yang mempunyai alahan penyakit Asma/Lelah.

Kucing Parsi akan memerlukan dandanan setiap hari supaya ia menjadi haiwan peliharaan yang manja dan jinak. Kos untuk memelihara seekor Kucing Parsi agak mahal berbanding haiwan peliharaan lain seperti ikan, burung, hamster dan binatang seumpamanya. Jadi, anda boleh memilih untuk teruskan atau tidak. Ini kerana untuk baka seekor anak Kucing Parsi yang asli boleh mencecah sehingga RM3,500 seekor. Itu tidak termasuk penjagaan harian dan kos rawatan bulanan.

Biarlah Kerja Gaji Kecil Asalkan Tidak Meminta-minta

$
0
0
MrJocko tersentuh melihat PakCik ini, beliau seringkali dilihat menjaja kerepek di kaki lima bangunan di sekitar Seksyen 15 Shah Alam. Dekat dengan pejabat MrJocko. Port favourite beliau ialah ATM Public Bank, hujung corner bangunan hadapan sekali. Pandai PakCik ni memilih tempat. Kalau orang cina selalu cakap, kalau meniaga, pilihan utama ialah lokasi, kedua lokasi dan ketiga lokasi.

Dengan selembar tikar dan plastik karepek pelbagai jenis, beliau duduk dan mempelawa sesiapa sahaja yang lalu lalang untuk membeli kerepek yang dia jual. 3 paket cuma RM10, masih belum naik harga. Sebelum ni pernah lihat dia menjaja ke sana-sini sekitar ter sebut, tetapi sekarang dia banyak duduk di depan mesin ATM itu sahaja. Mungkin tak larat dah nak bimbit kerepek ke sana-sini.



Sekali tengok memang rasa simpati. Namun dalam hati, MrJocko respek PakCik ini, kerana diwaktu umur yang mungkin mencecah 60 tahun, beliau masih lagi guna kudrat beliau untuk berkerja. Walaupun kita lihat mungkin untung mereka tidak seberapa, tetapi dengan meniaga seperti ini, jauh lebih mulia dari meminta-minta.

Setiap pembeli yang datang singgah membeli paket kerepek beliau tak kira satu atau banyak, beliau doakan semoga pembelinya dimurahkan rezeki. Aduss,, tersentuh dengar doa PakCik ini. Cerita di sebalik hidup dia, tidak la kita nak korek tetapi cara dia mendoakan setiap pembeli yang singgah amat menyentuh perasaan.

Semoga PakCik terus diberikan kekuatan untuk mencari rezeki halal seperti ini. Nampak mudah, tetapi percaya lah, ia amat mengusik jiwa. MrJocko sendiri pernah berniaga menjaja di kaki lima selama beberapa tahun dan memang punyai pengalaman dipandang sinis dan dipandang rendah. Maklum la, meniaga kaki lima. Tetapi, harap ramai yang sedar, meniaga seperti ini, jauh lebih baik dari meminta-minta dan kerja yang shubahah... 

Menang Hadiah Ketiga Tech Kaiju Contest 2013

$
0
0

Awal pagi hari ni menceriakan hari Selasa dan minggu pertama Februari 2014 untuk MrJocko. Ada banyak berita baik, tetapi yang ini antara Terbaik setakat hari ni, tahun 2014. MrJocko menang hadiah ketiga dalam Tech Kaiju Contest yang dianjurkan oleh Ninetology Malaysia.

Pagi tadi MrJocko menerima emel dari Eric Ninetology Malaysia dan mengesahkan MrJocko menang tempat ketiga Tech Kaiju Contest, Alhamdulillah. Tujuan asal join Tech Kaiju ialah untuk dapat peluang review SmartPhone dari Ninetology Malaysia tetapi akhirnya memberikan kemenangan kepada MrJocko.

Hasil dari kemenangan ini MrJocko akan terima Cash RM1,000 dan Satu (1) Unit SmartPhone dari Ninetology pilihan MrJocko. Berbaloikan? :).

 

Tech Kaiju winner

 

MrJocko dah guna Ninetology U9 X1 dan rasanya nak mintak pulak Ninetology U9 Z1+. Gadget ni punyai 13Mp Camera, 5.0" screen, 1.2Ghz QuadCore dan smartphone termahal Ninetology ;).

Terima kasih kepada pembaca blog MrJocko.com dan juga Ninetology Malaysia kerana memilih MrJocko sebagai salah seorang pemenang. MrJocko memang support product Ninetology Malaysia.

Hantar Miko Pergi Kahwin Dengan Balak Parsi

$
0
0
Masuk bulan Februari 2014, umur Miko, baka kucing tempatan atau jenis baka Mongrel, dan memasuki bulan ke-6. Bermula akhir bulan lepas, si Miko mula mengiaw pelik dan panjang. Kadang-kadang berterusan selama hampir sejam. Selidik punya selidik, kata member mungkin kucing MrJocko ni 'on heat' atau tengah musim nak mengawan

Mulanya ingat nak hantar ke Klinik Haiwan dan di neuter sahaja, tetapi kesian pulak. So, MrJocko ambik keputusan untuk 'kahwin'kan Miko dulu untuk kali pertama. Selepas ni, kalau dia beranak, baru nak jalankan operasa neuter atau 'kasi'. 




Oleh kerana Miko ialah baka biasa atau baka Mongrel, so, MrJocko cadang nak kahwinkan dia dengan baka jenis Pure Persian, jenis yang Flat Face seperti dalam gambar ni. Cadangannya diharapkan kalau la Miko beranak, ada la baka kucing parsi yang comel-comel. Baka jenis Parsi Flat Face ni bukan senang nak cari. Kalau ada jual pun, anak baru 2 bulan dah mencecah harga RM1,000 ke atas.




Selepas beberapa hari cari baka Parsi tersebut, akhirnya hari Isnin lepas, MrJocko berjaya dapatkan partner untuk Miko. Dan sekarang sudah 2 hari Miko berada di rumah partner nya. Harap-harap Miko dapat mengawan dan melepaskan 'miang' yang dia alami sejak seminggu yang lepas, hahaha,,,

Minggu depan, selepas seminggu, baru boleh ambik Miko. Biasanya proses mengawan ni memakan masa selama seminggu. Kalau tak jadi, kena tambah seminggu lagi dan kalau boleh biar la sampai jadi :)

So, kat rumah skang tinggal si Oreo sorang-sorang. Happy pulak si Miko pasal selalu kalau Miko ada, asyik nak bergaduh manjang. Sekarang pasal dia sekor-sekor, happy la pasal bilik yang paling besar dah jadi dia punya. Dah masuk 3 bulan, tetapi rangka si Oreo besar lebih dari Miko. Baka jenis Parsi tetapi tak tau baka apa, besar semacam jer. Tunggu masa beberapa bulan lagi, baru nak bawak Oreo pulak ke Klinik Haiwan untuk di 'neuter'kan :). Kalau tak, masa dia nak mengawan, mahu di pancut air sana sini dalam rumah,,,

Temuduga Kemasukkan Rekrut Baru Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)

$
0
0
TUDM

Sedikit info ringkat tentang Temuduga Pemilihan untuk kemasukan baru TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM)

Pemilihan awal Perajurit Muda (Lelaki) TUDM Siri 51/14 - Zon Semenanjung

Kelayakan Akademik:
* Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris.
* Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ketukangan yang berkenaan dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan lulus mata pelajaran Matematik, salah satu subjek Sains dan Bahasa Inggeris diperingkat SPM.


Lain-lain Syarat Kelayakan:
* Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih 25 tahun pada tarikh angkat sumpah.
* Penglihatan dan Pengecaman warna yang baik.
* Diperakui sihat dan tidak cacat anggota.
* Syarat minima ukuran fizikal:
- Tinggi - 1.62 m
- Berat - 47.5 kg
- BMI - 18-25 (berat/tinggi x tinggi)
- Dada - Biasa 76 cm Kembang 81 cm.


Dokumen Dan Sijil Yang Diperlukan (Asal Dan Salinan):
* Sekeping gambar terkini berukuran pasport
* Sijil SPM/SPMV
* Sijil SKP Tahap 2
* Kad Pengenalan
* Sijil Lahir
* Sijil Berhenti Sekolah
* Salinan Kad Pengenalan waris/penjaga yang sah
* Sampul Surat berukuran A4 beralamat sendiri
* Setem RM 1.00
* Sila bawa bersama sebatang pen (biru/hitam)


Pusat-pusat Pemilihan:

Zon Utara:
* 18/2/14 - Tanjung Malim, Perak - SMK Khir Johari
* 19/2/14 - Perda, P.Pinang - SMK Perda
* 20/2/14 - Kolej Tentera Udara - Dewan Serbaguna
* 22/2/14 - Kangar, Perlis - SMK Putra
* 23/2/14 - Kulim, Kedah - SMK Keladi
* 24/2/14 - Georgetown, P.Pinang - SMK Georgetown
* 25/2/14 - Taiping, Perak - SM King Edward VII


Zon Selatan:
* 18/2/14 - Jasin, Melaka - SMK Jasin
* 19/2/14 - Kota Tinggi, Johor - SMK Tun Habab
* 20/2/14 - Batu Pahat, Johor - SMk Tinggi Batu Pahat
* 22/2/14 - Masjid Tanah, Melaka - SMK Ghafar Baba
* 23/2/14 - Rembau, N.Sembilan - SMK Undang Rembau
* 24/2/14 - Jelebu, N.Sembilan - SMK Undang Jelebu


Zon Timur:
* 11/3/14 - Jerantut, Pahang - SMK Temin
* 12/3/14 - Kuala Terengganu - SMK Chung Hwa Wei Sin
* 13/3/14 - Tanah Merah, Kelantan - Kolej Vokasional Tanah Merah
* 15/3/14 - Kota Bharu, Kelantan - SMK Dato Ahmad Maher
* 16/3/14 - Besut, Terengganu - SMK Permaisuri
* 17/3/14 - Kemaman, Terengganu - SMK Sultan Ismail
* 18/3/14 - Pekan, Pahang - SMK Dato Mahmud Mat


Zon Tengah:
* 15/4/14 - Banting, Selangor - SMK Telok Datok
* 16/4/14 - Bangi, Selangor - SMK Jalan Tiga
* 19/4/14 - Kuala Lumpur - Pengkalan Udara Kuala Lumpur



Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi: Markas Tentera Udara Bahagian Sumber Manusia Sel Kerjaya Dan Pengambilan TUDM di talian 03-26812412/2413


AIRFORCE TUDM FOR NEXT GENERATION









Kecoh Will Smith Mati Accident Dalam Filem Hancock 2

$
0
0
Will Smith mati akibat kecederaan parah ketika jatuh dari aksi lakonan stunt Hancock 2. Itu lah berita yang tengah panas kat Facebook. Nak tengok video Will Smith mati, kena masuk dan share dulu di facebook. Ternyata berita macam ni berita tipu dan sekadar scam untuk dapatkan link atau like pihak tertentu. Atau, ni mesti kerja orang-orang yang suka cari publisiti murahan ni.
 
 
 
 
Ada berita lain mengesahkan Will Smith tak mati pun. Ini semua khabar angin dan kekecohan berita palsu. Will Smith masih lagi hidup. Saja bikin panas la korang ni,,,
MrJocko memang tunggunfilem terbaru Will Smith yang berrtajuk Hancock 2.

Yeos Funderful Contest : Kids And Yeos FUNderful Moment

$
0
0

Yeos Funderful Video Contest sebenarnya satu peraduan yang dianjurkan oleh Yeos Malaysia untuk mencari video clip pendek bertemakan minuman Yeos dan punyai elemen Fun dan menarik seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Yeos Malaysia.

Yeos Funderful Video Contest bermula 1 November 2013 dan asalnya berakhir pada 15 Disember 2013 tetapi ia dilanjutkan sehingga 31 Januari 2014. Dalam masa peraduan tersebut, anda boleh menghantar video clip 60-90 saat yang mempunyai elemen 'fun' dan 'wonderful' serta mesti diselitkan dengan produk Yeos Malaysia atau Cintan Noodles dalam mana-mana bahagian tersebut.

 

 


Peraduan ini diadili oleh 3 Juri terpilih iaitu Mr Ong Chay Seng, COO of Yeos Malaysia, Mr Osman Ali, Pengarah filem Ombak Rindu dan juga Mr Dick Chua, Pengarah muda yang kreatif.

Kami, Blooggers dengan kerjasama Video Brosur sempat menghantar 2 video clips untuk peraduan ini. Untuk rakan-rakan, kalau ada berkesempatan, tonton la 2 Video Clip MrJocko dan Blooggers iaitu Kids and Yeos Funderful Moment dan juga Super Yeos Funderful. Lihat sampai habis dan klik LIKE atau komen kalau anda suka.

Terima kasih ;)

Kenapa Data 3G Smartphone Cepat Melebihi Kuota

$
0
0
Masa kini rata-rata pengguna telefon akan mempunyai smartphone dan menggunakan Data 3G untuk plan Telco mereka. Bagi yang menggunakan data 3G sudah pasti kuota bulanan menjadi musuh utama. Ini kerana, kebiasaannya bila kuota sudah mencapai had limit, kelajuan melayari 3G akan berkurangan. Lebih teruk jika anda menggunakan data 3G had limit minima seperti 500mb sahaja, kerana tidak sampai seminggu data 3G anda akan mencapai had limit.

Antara salah satu cara untuk mengelakkan data 3G anda cepat melebihi data limit pakej yang anda daftar dengan Telco anda ialah memastikan Setting Gmail anda tidak sewenangnya menyiarkan gambar secara automatik. Ini kerana, apabila smartphone menerima gambar dan tunjukkan ia ke dalam skrin anda, banyak data telah dibazirkan di situ. 

Bagaimana cara untuk setting Gmail tersebut? Mudah sahaja. Ikuti langkah untuk set Gmail anda tidak 'Auto Show' gambar dalam emel anda. 

1. Buka Aplikasi Gmail anda



 2. Cari 'Setting' ...


3. Kemudian di dalam Setting anda klik kepada 'General Setting' dan pilih 'Images'



4. Di Images, anda cuma perlu disable Always Show dan pilih 'Ask Before Show' ... Kemudian 'Save' dan ia sudah selesai.




Mudahkan? Dengan setting terbaru ini, anda akan dapat jimatkan beberapa GB data yang anda terima sekiranya anda pengguna tegar Gmail. Untuk email biasa seperti Yahoo dan Hotmail, konsepnya hampir sama. Pastikan anda ke Setting dan pilih 'Ask Before Show' untuk setiap image.

Selamat mencuba dan selamat berjimat :)

Apa Dah Jadi Dengan NUFFNANG???

$
0
0
Memasuki bulan ketiga, rasanya selepas November 2013, blog MrJocko sudah kurang dapat jemputan dari pihak Nuffnang. Samada advertorial atau CPUV Nuffnang, dua-dua lubuk income utama dari Nuffnang  ni semakin sedikit, Kenapa agaknya??? Apa dah jadi dengan Nuffnang?

Kalau ikutkan dari segi UV dan performance blog MrJocko, rasanya agak stabil dan naik sedikit dari tahun lepas. Namun amat menyedihkan bila jarang dan mendapat peluang untuk kerjasama dengan Nuffnang. Apa salah blog MrJocko ni??? Adakah pasal dah ramai blog lain yang dah semakin hebat, maka blog MrJocko dah diketepikan???




Lihat saja rekod ini sejak awal Januari, ades,,, amat menyedihkan. Kalau la macam ni, agak-agak tahun depan nak kena balik kampung tanam kacang la gamaknya. Kalau dulu ia dikenali sebagai Buffered Earning yang selalu menari-nari di dalam Blog, tetapi kini, ia hanya mengesut merangkak-rangkak,,, why,,, why,,, why,,,

Harap untuk Februari 2014 ke atas Nuffnang akan lebih baik kepada MrJocko.com. Share la job dengan kitaorang yang dah lama setia dengan Nuffnang ni. Dah lama tak dapat hadiah menarik, offer menarik dan advertorial yang best-best dari Nuffnang...

Soalan sebenarnya patut ditanya, Apa dah jadi dengan Blog MrJocko? Lama tak dapat Job dari Nuffnang :)So,,, Nuffnang oh Nuffnang,,, Ada job baik jangan lupa MrJocko yer...
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live