Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Food Review : Crab Factory Original Louisiana Boil Di SS2 Petaling Jaya

$
0
0
Peminat Ketam dan makanan laut seperti udang, yabbies, sotong sekitar Petaling Jaya, Kuala Lumpur dan Selangor, anda mungkin boleh cuba citarasa terbaru masakan makanan laut ini di Crab Factory : Original Louisiana Boildi SS2 Petaling Jaya, Selangor. Di restoran Crab Factory SS2 ini menyediakan menu yang unik untuk ketam, udang, sotong, yabbies dan beberapa menu lain yang akan membuatkan anda teruja dengan restoran Crab Factory ini.







Di Crab Factory SS2 Petaling Jaya ini mereka menyediakan menu anda dengan cara unik. Cara yang memang tidak akan anda jumpa di Malaysia yang mana anda akan diebrikan apron plastik dan alas meja plastik. Dalam masa yang sama makanan yang anda order akan dimasak dan diletakkan di dalam plastik khas dan digaul dengan perencah pilihan anda.

Semudah 1,2,3 dan 4, anda cuma perlu Pertama, pilih menu masakan laut mana yang anda mahu. Kedua, pilih sos kegemaran anda. Ketiga pilih tahap kepedasan yang anda mahu dan Keempat, pilih Add-On side order yang akan dimasak bersama masakan utama anda.








Anda boleh lihat sendiri pilihan harga yang dijual di restoran Crab Factory ini dan boleh pilih ketam, udang, siput, sotong yang anda mahu. Semuanya segar dan 'fresh' dari akuarium bagi memastikan anda mendapat rasa yang betul-betul segar.

Selepas pilihan dibuat, masakan anda akan siap sedia dalam masa beberapa minit dan sedia di hidangkan di atas meja anda. Dengan menu-menu yang segar terhidang di atas meja, siapa lagi mampu tahan. Memang menggiurkan. Lihat sahaja Ketam, Udang, Sotong dan beberapa menu lain, memang sangat sedap...










MrJocko mencuba ketam, udang dan juga sotong yang dihidangkan. Pergh!!! Memang meletop. Untuk menu ketam, kami dihidangkan dengan rasa pedas yang tahap maksima. Isi ketam dengan rasa pedas memang merangsangkan. Udang pula di masak dengan tahap sederhana pedas. Rasa manis udang masih terasa dan terangkat. Sotong pula, digoreng dengan tepung, rangup tetapi tetap lembut. Semuanya sedap.




Jadi, jika anda ingin mencuba satu pengalaman makan yang berlainan dan unik, sila ke Crab Factory SS2 di Petaling Jaya. Menu-menu di sini disediakan oleh dua orang Chef Melayu yang berpengalaman dan memang pakar dalam masakan mereka. Walaupun menu sebegini agak baru, tetapi mereka memang terlatih dalam bidang masakan di Crab Factory SS2.

Anda boleh ke satu-satunya outlet Crab Factory di SS2 di alamat No 21, Jalan SS2/64, 47300 Petaling Jaya, Selangor atau maklumat lanjut di Fanpage Crab Factory SS2 atau website Crab Factory Original Louisiana Boil

Tips Mudah Hilangkan Gatal Gigitan Nyamuk

$
0
0


Kalau anda mencari cara atau tips untuk hilangkan gatal akibat gigitan nyamuk, anda mungkin nak cuba petua yang telah dikongsi ini. Petua ini InsyaAllah dapat hentikan kesan gigitan nyamuk dan juga sekaligus menghilangkan rasa gatal-gatal akibat gigitan nyamuk tersebut.

Cara untuk hentikan gatal tersebut, dapatkan air panas dan rendam sudu (besi atau tembaga) ke dalam air panas tersebut. Bila sudu tersebut sudah suam, ambil dan lekatkan sudu tersebut di tempat terkena gigitan nyamuk.

InsyaAllah, rasa gatal dan bengkak akibat gigitan nyamuk akan hilang dengan cepat. Selamat mencuba.

Unik : Kad Pengenalan Haiwan Malaysia

$
0
0

Sekiranya anda mempunyai haiwan peliharaan kesayangan seperti hamster, arnab, kucing, anjing, ayam, kuda, lembu, kambing dan sebagainya mungkin anda berminat untuk dapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia. Ia merupakan Kad Identiti unik untuk setiap haiwan dan setiap haiwan yang terlibat dalam proses Kad Pengenalan Haiwan ini mempunyai identiti tersendiri.

Kad Pengenalan Haiwan Malaysia ini di tawarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk memudahkan Tuan Punya haiwan mengenal pasti identiti haiwan mereka jika berlaku perebutan atau isu-isu berbangkit. Kad Pengenalan Haiwan ini bertindak seperti passport yang akan menjadi dokumen khas haiwan peliharaan.

Bagaimana Proses Untuk Dapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia?
Anda boleh bawa haiwan peliharaan anda ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan melakukan proses pendaftaran ini. Ia bermula dengan pengesahan jenis baka haiwan, rekod kesihatan, nama dan tuan punya, gambar dan juga prosea penanaman CIP Khas pada haiwan tersebut sebagai identiti unik mereka sepadan dengan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia.

Kos ini biasanya hanya dikenakan sekitar RM25 sahaja dan ia akan menjadi identiti haiwan kesayangan anda selamanya.

Bagi yang ingin berbuat demikian dan dapatkan Kad Pengenalan Haiwan Malaysia, boleh hubungi atau kunjungi terus Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Malaysia yang berhampiran.

Minggu Yang Penuh Dengan Advertorial

$
0
0

Sejak seminggu lepas, banyak email masuk. Kebanyakkannya dari wakil Public Relation (PR) dari syarikat advertising dan juga event management. Alhamdulillah, kebanyakkannya advertorial berbayar dan tawaran yang agak menarik. Jemputan event PERCUMA pun ada, InsyAllah, mana yang sempat MrJocko join.

Di samping itu, minggu ni Blooggers Dot Com, sibuk juga dengan jemputan Food Review oleh pihak M2Cafe Setapak. Minggu ni seramai 30 blogger akan sekali lagi ke M2Cafe sempena dengan tawaran promosi terbaru M2Cafe pada bulan Februari 2014.

 

Jadual blogger padat

 

Kemuncak program ialah Trip 6 hari 5 malam MrJocko ke Surabaya dan Yogjakarta pada hari Isnin minggu depan. Semoga semua dipermudahkan Allah dan tiada sebarang masalah. Trip kali ini menjejak sejarah Wali Songo, sejarah Ulamak terkenal di Indonesia.

Bersyukur dengan hasil yang sudah dapat di tuai selepas 6 tahun menulis blog. Walau belum sehebat Kak RedMummy dan Abg Nara, ia tetap berbaloi dan memberikan MrJocko pengalaman yang sangat-sangat berharga. Semoga rezeki ini akan berterusan dan target untuk tahun ini, FAM Trip ke Australia dan Taiwan, Ameen.

Kadar Dividen KWSP Sejak 2000 Hingga 2013

$
0
0

Dividen KWSP 2000 - 2013

 

Setiap pekerja yang tertakluk kepada Undang-undang Buruh di Malaysia wajib mempunyai Akaun EPF (KWSP). Kebanyakkan pekerja akan mempunyai akaun KWSP yang datang dari caruman bulanan hasil dari kombinasi caruman gaji pekerja itu sendiri dan caruman dari syarikat.

Oleh kerana KWSP juga mempunyai pelaburan yang tersendiri, maka setiap tahun KWSP akan memberikan dividen kepada pencarum EPF dengan kadar jaminan minima 2.5% setiap tahun. Ini semua tertakluk kepada Akta KWSP 1991.

Untuk pengagihan kadar dividen KWSP pada tahun 2013, ia mencipta sejarah kerana mencapai tahap dividen tertinggi sejak tahun 2000. Rekod paling tinggi dividen KWSP ialah pada tahun 1983 hingga 1987 yang mana ia mencatat dividen 8.5% setiap tahun.

1. Harapan semoga dividen KWSP akan naik sehingga 8% tahun depan kerana secara perbandingan mudah, jika ASB boleh beri sekitar 8% setahun, kenapa KWSP tidak boleh ???

2. Mohon pihak KWSP menimbang untuk memberikan perlindungan Takaful kepada pencarum kerana setakat hari ini, seandainya contoh, seseorang pencarum menyimpan RM100,000 dalam KWSP, sekiranya beliau meninggal, pewaris hanya layak tuntut RM100,000 nilai simpanan dicampur dengan dividen yang ada. Sekiranya ada sedikit bahagian Takaful, mungkin boleh berikan tambahan RM10,000 atau lebih mengikut kadar simpanan pencarum.

3. Baki Akaun 2 boleh di keluarkan sepenuhnya untuk urusan Mengerjakan Umrah dan Haji, sekali seumur hidup.

Offer Pakej Tablet The Malay Mail Penipu?

$
0
0

Rasanya sudah lebih dari seminggu MrJocko register pakej yang ditawarkan melalui Facebook The Malay Mail, pakej #malaymailgr8deals yang menawarkan Langganan The Malay Mail (secara online) dan dapat pilihan Pakej A, Tablet Huawei MediaPad 7 Youth dengan hanya RM288 sahaja atau Pakej B, Tablet Galaxy Tab 3.0 saiz 7 inci dengan hanya RM538 sahaja.

Pakej #MalayMailGr8Deals dari The Malay Mail ini memang menarik kerana setiap pakej datang dengan Tablet yang ditawarkan, 1 tahun langganan Malay Mail Online, 4 ePaper Access, Aplikasi dan beberapa tawaran lain. Sudah pasti tawaran ini akan menarik minat siapa sahaja yang mahukan Gadget Tablet murah kan?

 

The Malay Mail Great Deals 2014

 

Walau bagaimana pun, secara peribadi, MrJocko sebagai salah seorang yang sudah mendaftar lebih dari seminggu masih tertanya dengan tawaran ini. Antara yang menjadi pertanyaan :

1. Tempoh tawaran Pakej A dan Pakej B dalam #malaymailgr8deals ini?

Rasanya dah banyak kali cari tempoh promosi #malaymailgr8deals ini tetapi yang ada cuma tertulis 'Selagi Stok Masih Ada'. Rasanya terma ini kurang jelas.

2. Selepas membuat pendaftaran dan 'order' melalui link dari Facebook The Malay Mail di alamat http://www.themalaymailonline.com/gr8 , sehingga hari ini belum ada pengesahan yang MrJocko terima tentang pendaftaran atau 'order' tersebut. Macam mana MrJocko nak buktikan yang mereka menerima pandaftaran MrJocko??? Yang ada cuma 'prompt message' bahawa saya berjaya daftar. Itu sahaja...

3. Terma 'Selagi Stok Masih Ada' adalah sesuatu yang kurang jelas. Mungkin ada had atau mungkin tiada had. Harap pihak berkaitan MRCA memantau iklan #malaymailgr8deals ini samada mematuhi syarat atau mengelirukan?

Memang dengan tawaran yang murah dan hebat seperti tawaran iklan The Malay Mail Great Deals 2014 ini menarik minat MrJocko untuk langgan The Malay Mail Online dan dapatkan tablet yang murah tetapi dalam masa yang sama ia antara iklan yang membuatkan MrJocko tertanya adakah betul pihak ini memang menawarkan sejumlah tawaran yang berbaloi atau mengambil kesempatan untuk menarik minat pengguna semata-mata dengan menggunakan iklan yang mengelirukan.

Jika betul promosi ini dari The Malay Mail, apa salahnya beritahu berapa unit sebenarnya yang mereka tawarkan. 100 unit, 1,000 unit atau 10,000 unit. Mohon pencerahan. Kalau tak, mungkin ramai akan ingat iklan #malaymailgr8deals ini mungkin satu penipuan.

Musim Umrah Kali Ini Bukan Rezeki Saya

$
0
0

Cadangan asal memang bulan Februari 2014 ini MrJocko nak buat Umrah, namun rezeki belum kesampaian. Kadang-kadang rasa kecewa juga kerana banyak kali dah duk plan tapi peluang memang tiada. Bulan ni hanya mampu hantar 9 saudara-mara termasuk Mak Long dan Kakak Sepupu ke tanah suci untuk mengerjakan Umrah bermula semalam.

Rasa teruja jugak bila lihat ramai bakal-bakal tetamu Allah yang berseri-seri gembira untuk ke Mekah dan Madinah. Sedikit rasa cemburu, kenapa la aku belum ada peluang ke sana. Tempat lain dah pergi, umrah belum berkesempatan.

 

Pakej Umrah Murah

Pakej Umrah yang murah

 

Harapan untuk tahun ini atau tahun depan, akan terus berusaha untuk ke sana. Nak harapkan peluang pergi Haji, ada lebih 20 tahun lagi masa menunggu. Lama lagi, masih sempat ke nak tunggu lagi 20 tahun.

Kalau lah dapat sertai musim Umrah 2014 ini bersama-sama saudara mara yang lain bukankah ia satu pengalaman yang terbaik. Tapi nak buat camana, belum ada keizinan dariNya. Mungkin ada rahmat lain.

Tahun depan, InsyaAllah.

Trip 6 Hari 5 Malam Surabaya Yogjakarta Confirmed

$
0
0

Akhirnya pagi ni MrJocko dah dapat confirmation untuk flight pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Surabaya dan Yogjakarta ke Kuala Lumpur. Trip kali ini menjejaki sejarah Ketamadunan Islam Walisongo di Indonesia. Siapa Walisongo?

Banyak lagi yang MrJocko kena baca pasal Walisongo, Surabaya dan juga Yogjakarta. Ini kali pertama ke sana dan trip kali ini di kendalikan oleh Kembara Ilmu Shah Alam. Yang menjadi tarikan utama ialah sejarah Walisongo yang terkenal di sini, sejarah 9 Ulamak Besar yang masyhur di Indonesia.

MrJocko berpeluang menjejak mereka dari Surabaya ke Yogjakarta. Kalau tidak ada aral melintang, kami akan melawat tempat-tempat menarik berkenaan jejak warisan Walisongo ini dari Surabaya ke Yogjakarta.

InsyaAllah, mohon diberikan kemudahan dan keselamatan sepanjang MrJocko di sana. Harap tidak ada masalah sepanjang trip 6 hari 5 malam ini. Tak sabar nak jejak sejarah Tamadun Islam di Surabaya dan Yogjakarta.

Bagi yang berminat, boleh follow Facebook, Twitter dan Instagram MrJocko.

 

Surabaya Trip

 


Duit BR1M Dah Masuk Akaun

$
0
0

Duit BR1M Malaysia

 

Nampaknya sejak pagi tadi ramai rakan-rakan gembira, senyum sampai telinga. Hati memang rasa senang. Kata mereka duit BR1M dah masuk dalam akaun bank masing-masing. Baik yang ada kat kampung atau di bandar, ramai yang dah dapat.

Rata-raya mereka dah terima duit RM650 sebagai duit bantuan dari kerajaan dengan permohonan BR1M yang mereka buat tahun lepas. Walaupun nampak macam tak banyak, sebenarnya nilai BR1M ini banyak membantu Rakyat yang berada di dalam kelompok kemiskinan.

Anda ada apply BR1M? Camana dah dapat atau belum?

Kebaikkan Baja Haiwan Untuk Haiwan Peliharaan

$
0
0

Kalau anda ada memelihara Kucing, Arnab atau Anjing yang berbulu panjang, anda mesti impikan bulu haiwan kesayangan anda berbulu panjang lebat dan cantik. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan Baja Haiwan. MrJocko baru cuba Baja Haiwan ni untuk Kucing MrJocko, Miko dan Oreo.

Apa kebaikkan menggunakan Baja Haiwan ni? Antara kelebihan guna baja haiwan termasuk :
1. Mempercepatkan Pertumbuhan Haiwan.
2. Melancarkan Sistem Penghadaman.
3. Pembesaran Haiwan.
4. Dapat Mencegah Penyakit(Kurap, Hama, dah sebagainya)
5. Mengurangkan Bau Najis.
6. Menyukarkan Haiwan Anda Mendapat Penyakit.
7. Menguatkan Anti-Body.
8. Baik Untuk Pembiakan(Untuk Penternak).
9. Mesra Alam.

Cara guna baja haiwan ni mudah sahaja. Cuma satu penutup untuk dicampurkan ke dalam 1.5 liter air untuk diberi minum kepada haiwan anda. Untuk semburan pula, cuma satu penutup untuk 1 liter air. Boleh sembur air campuran baja haiwan ini ke badan haiwan anda untuk memastikan haiwan tersebut aktif dan sihat.

Semalam MrJocko dah sembur kat dua dua kucing MrJocko. Kita tengok kesan Baja Haiwan ni nanti. Apa-apa, InsyaAllah MrJocko update.

Penggambaran Jalan-Jalan Cari Makan Di M2Cafe Danau Kota

$
0
0

Semalam, Jumaat 20 Februari 2014, rakan Blooggers Dot Com menerima jemputan khas dari owner Restoran M2Cafe Steamboat Danau Kota. Menu-menu di lokasi restoran ini pernah kami review sebelum ini. Memang sedap, murah dan berbaloi, sebab itu kami teruja untuk ke sini lagi.

Kali ini, rakan Blooggers sama-sama memeriahkan Restoran M2Cafe Steamboat dan penggambaran rancangan Jalan-jalan Cari Makam (JJCM). Tidak lupa, kehadiran Man Raja Lawak dan Elly Raja Lawak turut memeriahkan suasana.

 

Jalan jalan Cari Makan M2Cafe

Jalan jalan Cari Makan M2Cafe

Jalan jalan Cari Makan M2Cafe

 

Ternyata ramai pelanggan di M2Cafe mengambil kesempatan untuk menegur dan bergambar dengan Man Raja Lawak. Majlis pun agak meriah dengan kehadiran kami semua. Tambah-tambah si Man Raja Lawak yang selamba buat orang ketawa.

Terima kasih kepada owner Restoran M2 Cafe iaitu En Azhar dan juga Cikgu Fizi yang jemput kami rakan-rakan Blooggers. Menu M2 Cafe memang sedap, sebab itu ia menjadi pilihan pelanggan dan peminat steamboat. Cuma sekitar RM30 sahaja untuk dewasa dan anda akan dapat merasai menu sotong, ketam, udang, ayam, ikan, daging, daging dan ayam bakar dan banyak lagi. Memang berbaloi... Anda kena rasa sendiri...

AirAsia FREE SEATS 24 Hour Priority Access

$
0
0

Free Seat Air Asia

 

Anda ada Big Points? Kalau ada ini peluang anda tebus FREE SEATS untuk tiket penerbangan AirAsia ke lokasi terpilih. Access ini dibuka untuk pemegang Kad BIG AirAsia dan anda diberikan 24 jam lebih awal bermula hari ini 23 Februari 2014 sehingga tengah malam nanti.

Cepat dapatkan tiket penerbangan AirAsia PERCUMA anda bermula sekarang sehingga 2 Mac 2014 dan terbang lah dari 1 Oktober 2014 hingga 30 April 2015, tahun depan.

Miko Bunting 2 Minggu Yeay!

$
0
0

Ingat tak MrJocko pernah share cerita pasal Miko Gatal dan Hantar Miko Pergi Kahwin beberapa minggu lepas? Selepas dua minggu hantar Miko pegi 'kahwin' atau mating dengan Kucing Baka Parsi Pure Flat Face, semalam bawa Miko ke Klinik Haiwan untuk Vaksin dan Deworm.

Selepas kongsi sedikit info tentang Miko, Pembantu Perubatan di Klinik Haiwan (Vet) tersebut bagi tahu untuk sementara ni tak boleh nak suntik Vaksin dan Deworm kerana Miko mungkin sedang bunting 2 minggu. Yeay!!!

 

Kucing Bunting

Kucing Bunting

 

Memang sebelum ni, ada nampak tanda-tanda awal kucing yang bunting. Miko mula terlebih mesra, nak lepak sebelah kitaorang je dan selera makan kurang. Sehari segenggam makanan kering (pebbles) pun tak habis. Tapi kalau wet food dalam tin memang dia suka. Nampaknya lepas ni kena baca info tentang 'Tips Dan Cara Jaga Kucing Yang Bunting' pulak.

Dalam masa seminggu dua lagi, ingat nak bawa Miko pegi scan perut. Ala, macam scan baby dalam kandungan. Ada banyak Vet yang ada servis scan baby haiwan ni. Harga untuk scan baby ni tak pasti, mungkin sekitar RM50.

Harap si Miko dapat mengandung dan melahirkan anak kucing baka Semi Flat Face dalam masa dua minggu lagi. Kalau dapat 4 ke 5 ekor anak kucing, boleh la pilih seekor lagi untuk di pelihara dan selebihnya boleh di beri kepada peminat kucing lain untuk di pelihara sebagai 'anak angkat'.

Kalau kualiti cantik, mungkin harga mencecah RM1,000 seekor. Ermmmmmmmm,,, masyukkk,,,

Tempat Menarik Di Surabaya, Indonesia

$
0
0

Esok jam 9.45 pagi MrJocko akan beruang kat ke Surabaya, Indonesia. Apa yang best di Surabaya? MrJocko sempat buat survey sikit dan dapat buat sedikit maklumat bahawa ada banyak tempat menarik di Surabaya yang perlu anda lawati jika ke sana. Antaranya :

Gunung Bromo

Gunung ini walaupun bukan puncak tertinggi di kawasan ini tetapi ia sangat terkenal dengan keindahan pemandangan nya. Gunung Bromo merupakan Gunung Berapi yang masih aktif di ketinggian 2,329 meter dan menjadi pilihan ramai pelancong kalau ke Surabaya.

 

Tempat menarik di Surabaya

Tempat menarik di Surabaya

 

Jembatan Suramadu

Bukan hanya di Palembang sahaja yang memiliki jembatan megah, tapi Surabaya juga punyai Jambatan Suramdu. Di sini, ada jambatan terkenal yang bernama Jembatan Suramadu. Jembatan ini dibuka secara rasmi pada tahun 2009 dengan panjang sekitar 5.438 meter dan lebar sekitar 30 meter.

Selain menjadi penghubung antara Surabaya dan Madura, Jambatan ini menjadi salah satu ikon di Surabaya. Untuk merentasi jambatan ini, pemandu kereta harus membayar sebanyak Rp 30,000 (RM10) dan penunggang motor harus membayar Rp 3,000 (RM1). Anda boleh menikmati pemandangan Selat Madura yang indah dari jambatan ini.

Masjid Cheng Hoo

Salah satu bangunan unik yang ada di Surabaya ialah Masjid Cheng Hoo. Ia memiliki bentuk campuran antara gaya arkitektur Arab, China dan Jawa. Masjid berbentuk menyerupai kelenteng ini berada di kawasan kompleks Gedung Serba Guna Pembina Imam Tauhid Islam Jawa Timur, Jl Gading No 2, Surabaya. Masjid ini di bina kerana ingin mengenang jasa Laksamana Muslim dari China yang bernama Laksamana Cheng Hoo, di atas jasanya menyebarkan Islam ke Nusantara.

Monumen Kapal Selam

Kalau mahu mencuba sesuatu yang menarik ketika melancong ke Surabaya, anda boleh kunjungi Monumen Kapal Selam yang ada di tengah Kota Pahlawan ini. Monumen yang juga merupakan museum ini adalah kapal selam KRI Pasopati 410 yang dibuat pada tahun 1952.

Anda hanya perlu membayar Rp 5.000 untuk masuk ke Monumen Kapal Selam ini dan menikmati pengalaman yang berbeza. Ada beberapa ruangan yang boleh anda dijelajahi seperti ruang listrik, ruang periskop, sehingga ke bilik khusus kapten.

Museum 10 November

Muzium ini di bina untuk memperingati Peristiwa 10 November 1945 di Surabaya. Ini adalah perang pertama semenjak Kemerdekaan Indonesia. Untuk mengabadikan peristiwa ini, Surabaya membangun Museum 10 November yang berada di Jl Pahlawan. Muzium ini buka setiap hari dari pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00 petang pada hari Isnin, pukul 3.00 petang pada hari Selasa hingga Khamis dan pukul 1.00 petang pada Jumaat hingga Ahad.

Ciputra Waterpark

Ia merupakan satu taman tema air yang terbesar di Indonesia. Ciputra Waterpark yang berada di kawasan Citraland, Surabaya memiliki kawasan taman tema air seluas 5 hektar. Di sini, pengunjung boleh mencuba permainan terkenal iaitu Roc Tower. Gelongsor setinggi 15 meter ini akan membuat anda berteriak dengan gembira. Bagi hari Selasa hingga Jumaat, tiket masuk waterpark ini adalah Rp 55,000, sedangkan hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum adalah antara Rp 70,000 hinggan Rp 75,000. Pada hari biasa, waterpark ini buka pukul 1.00 petang hinggan 7.00 malam dan hujung minggu ia dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam.

Pasar Turi

Makan sambil berbelanja, Pasar Turi tempatnya. Pasar ini menawarkan beragam kedai dengan harga yang murah. Pasar ini punya kisah unik kerana telah beberapa kali dilahap api namun tetap boleh berdiri teguh. Setiap hari, pasar ini selalu didatangi pengunjung, tak pernah sepi sedikitpun.

Jembatan Merah

Jembatan Merah bukan sekadar jambatan yang menghubungkan antara Jalan Rajawali dan Kembang Jepun, tetapi ia lebih dari itu. Ini adalah jambatan bersejarah yang telah terbina sejak zaman Kolonial dahulu. Jambatan ini dulunya dibangun atas kesepakatan Sultan Pakubuwono II dengan VOC tahun 1743 lalu.

Sekitar tahun 1890, pembatas jambatan yang tadinya terbuat dari kayu diganti menjadi besi yang masih bertahan hingga kini. Di sekitar jambatan, ada beberapa bangunan peninggalan Belanda yang menambah kental suasana Kolonial.

Nampaknya memang banyak tempat menarik di Surabaya, Indonesia. Samada sempat atau tidak, masih dalam perancangan kerana untuk trip kali ini hanya berada 2 hari sahaja di Surabaya dan kemudian akan ke Yogjakarta. IsyaAllah, kalau berkesempatan memang mahu ke tempat menarik di Surabaya ini.

Cikgu Tak Perlu Teruskan PBS

$
0
0

Sejak dua menjak ni, ramai Cikgu luahkan rasa tak puas hati pasal SPPBS atau mudahnya PBS. Apa dia PBS ni? Kenapa ramai sangat cikgu tak puas hati dengan arahan baru ini? Ramai yang menyuarakan pendapat tidak setuju dengan perlaksanaan PBS di sekolah.

Mungkin sebab itu, untuk sementara Guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sehingga kenyataan mengenainya dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam masa terdekat. 

 

 

Ketua Pengarahnya Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya akan memaklumkan hasil penelitian dan kajian semula berkaitan PBS setelah Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berpuas hati dengan penambahbaikan yang dicadangkan. 

MrJocko bukan cikgu, tetapi faham sikit tentang isu PBS berkaitan guru ni. Ramai mengeluh sebab kalau betul PBS akan dilaksanakan sepenuhnya, terlalu banyak kerja yang akan mereka tanggung. Nampaknya kalau PBS dilaksanakan, tak dapat la mereka balik kerja jam 2.00 agaknya.

Harap pihak kementerian dan cikgu dapat selesaikan cara baik. Kalau tak kesian kat murid-murid kalau cikgu mengajar dalam keadaan terpaksa atau tak puas hati. Kalau boleh biar cikgu gembira supaya kualiti pengajaran akan bertambah baik ;).


Review Aplikasi MyTeksi

$
0
0

Hari ini MrJocko perlu kenderaan untuk bergerak dari rumah ke KL Sentral. Nak mintak wife tolong hantar, terlalu awal, jam 5.00 pagi. Nak drive sendiri, tak tahu nak letak kereta. Lama tu, 6 hari. Mana nak parking?

Akhirnya MrJockp decided untuk guna aplikasi MyTeksi. Senang sahaja. Semudah 1, 2 dan 3.

Bagaimana Cara Guna aplikasi MyTeksi.

Anda cuma perlu download aplikasi MyTeksi di smartphone anda. Cuma daftar sekali dan pilih lokasi anda dan tujuan anda. Jangan lupa letak masa anda perlukan khidmat teksi tersebut. Sistem akan kongsi permintaan anda dengan pemandu teksi berdekatan.


Jika ada pemandu yang setuju ambil anda, mereka akan Call atau SMS anda untuk maklumat lanjut.

Mudah sahaja kerana ia memang cepat dan menjimatkan masa. Bayangkan MrJocko just apply dalam sistem aplikasi MyTeksi. Tak sampai seminit dah ada pemandu yang call untuk ambil MrJocko dari rumah ke KL Sentral.

Jadi, jangan lupa download aplikasi MyTeksi dan nikmati pengalanan mememliki apps hebat di smartphone anda.

 

Diet Ayam Rebus Untuk Kucing

$
0
0

Kucing kalau selalu sangat diberikan makanan dry food dan wet food mungkin akan rasa muak. Sebab itu kalau anda rajin, cuba sekali sekala masak beberapa menu yang dikongsi oleh pemilik-pemilik kucing di internet. Nak mudah, cuba masak menu Ayam Rebus.

Cara nak masak Ayam Rebus untuk diet kucing anda ni sangat mudah. Anda cuma perlu dapatkan daging ayam sahaja kemudian rebus dengan air sukatan sederhana. Tidak perlu tambah garam atau perasa lain, hanya rebus dengan air dengan api sederhana sehingga menggelegak dan biarkan selama 15 minit.

 

Kucing Parsi Comel

Ayam rebus untuk kucing

 

Bila sudah masak, anda cuma perlu buang air dan sejukkan. Daging Ayam tersebut anda perlu carikkan dan jadikannya dalam saiz yang kecil supaya mudah di kunyah oleh si Kucing anda. Air rebusan kalau boleh beri kucing anda minum kerana ia bagus untuk sistem pertahanan badan.

Mudah kan? Hasilnya si kucing anda akan makan sampai habis. Makanan Ayam Rebus ini juga bagus untuk diet kucing anda. Cuba la...

Public Mutual Pemenang Terbesar 10 Awards The Edge-Lipper

$
0
0

Public Mutual Awards Edge Lipper

 

Public Mutual Berhad menang lagi 10 awards di The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2014. Tahun ini, tahun ke 11 Public Mutual menang berturut-turut. Kemenangan ini adalah kemenangan me buktikan bahawa Public Mutual sebagai syarikat pengurusan Dana terbaik di Malaysia yang mana kini mempunyai lebih dari 42% dari keseluruhan Dana unit Amanah di Malaysia.

Nak melabur dalam Unit Amanah? Cari la Public Mutual ;)

Berapa Banyak Gula Anda Minum

$
0
0

Gula dalam minuman anda

 

Lihat sahaja kadar gula yang ditunjukkan di gambar ini, berapa banyak gula yang anda minum bila anda minum air kotak, air tin dan yang paling ketara Big Gulp. Nampak tak perbezaannya.

Memang sebaiknya kita minum lebih banyak air putih untuk kesihatan. Kalau air yang mempunyai perisa, selalunya mempunyai kadar gula yang sangat banyak dan membahayakan kesihatan.

Lebihan gula yang tidak dihadam akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik antaranya kencing manis. Bila dah kena penyakit kencing manis, anda akan menghadapi masalah kesihatan yang agak serius kalau tidak di kawal.

Sebab itu, jaga pemakanan dan minuman anda dan jauhkan meminum air yang mengandungi kadar gula yang banyak.

Tanda Kucing Bunting Atau Mengandung

$
0
0

Ada rakan tanya, macam mana MrJocko tahu yang kucing MrJocko bunting? Jawapan yang mula-mula MrJocko jawab, perasan perubahan perangai kucing itu sendiri dari mula-mula bising 'mengeow' nak mengawan kemudian jadi senyap dan manja semacam.

Ada banyak lagi tanda-tanda kucing bunting atau mengandung. Banyak info kat internet dan kat sini MrJocko kongsi antara info pasal tanda kucing bunting atau mengandung.

1. Kucing anda terlebih mesra

Sikap kucing yang terlebih manja. Kalau kucing bunting ni, ia mahukan perhatian yang lebih dari biasa. Kucing bunting akan mula manja dengan ownernya minta dibelai. Miko juga macam tu. Kalau boleh dia nak duduk lepak sebelah kita. Kucing Bunting juga akan lebih kerap menggesel-gesel badannya ke arah owner.

2. Kucing lebih banyak berada di rumah

Kucing bunting tidak suka berlegar-legar di luar rumah. Kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur atau berehat di dalam rumah. Kucing juga tidak berminat lagi untuk 'mencari' kucing jantan.

3. Putingnya bertukar warna dan bengkak

Selepas 3 minggu hingga 4 minggu, Puting kucing bunting akan berubah warna dari merah jambu ke warna kemerahan. Putingnya juga akan sedikit membengkak dan lebih besar dari biasa. Kira perubahan seperti perempuan mengandung jugak kan?

4. Berat badan kucing bertambah

Bermula selepas minggu ke-4, Kucing anda nampak gemuk dari biasa. Ini adalah kerana kucing bunting mula bertambah selera makan dan bertambah berat badan dari hari ke hari.

5. Kucing sentiasa lapar

Seawal 2 minggu, kucing seperti hilang selera makan. Loya tekak agaknya. Tetapi selepas minggu ke-3, Kucing bunting akan sentiasa berselera untuk makan. Kucing akan meminta makanan dengan lebih kerap. Anda perlu menambah makanan kucing lebih dari biasa bagi menampung peningkatan selera makan kucing bunting anda dan memastikannya cukup vitamin.

Kucing bunting dikatakan akan mengandung sekitar 60 hingga 65 hari. Ada yang kata sehingga 70 hari. Tetapi nak senang ingat, kita ambil tempoh 9 minggu, bersamaan dengan masa mengandung manusia selama 9 bulan.

Kalau dah mencapai 9 minggu, harap tuan punya akan sediakan kotak dan tempat yang sesuai untuk kucing ini beranak. Kucing yang akan melahirkan anak, akan mencari tempat beranak yang agak privacy, gelap dan tersembunyi. Pastikan kotak yang anda buat itu selesa untuk kucing tersebut beranak.

 

 

 

Biasa kucing akan beranak sebanyak 4-5 ekor anak kucing. Kalau bernasib baik, semua anak kucing akan hidup. Tetapi jika tidak dijaga dengan betul, mungkin seekor atau dua ekor akan mati selepas lahir.

Anda tak perlu banyak kerja, cuma pastikan kucing beranak secara normal. Bantu sedikit jika perlu. Tak perlu risau, kucing akan ada sifat survival semulajadi.

Setelah kucing selesai beranak, anda kemaskan lah tempat beranak tersebut. Tunggu dalam masa 2 - 3 jam selepas kucing selesai beranak. Kalau semua dah selesai, pastikan anak-anak kucing itu dapat susu ibu kucing tersebut.

Seperkara lagi, kalau nak bagi orang pun, tunggu la anak kucing tu umur 2 bulan atau putus susu. Kalau tak, kesian kat anak kucing tu sebab tak pandai makan dry food atau wet food.

p/s : Tak sabar nak tunggu Miko beranak...

Viewing all 1468 articles
Browse latest View live