Pengalaman Menunggang Kuda Di Pantai Batu Ferringhi
Apa Nak Buat Bila Bateri Kong
Ramai rasanya yang tahu istilah bateri kong. Dalam bahasa lain, bateri dah tidak mempunyai sumber tenaga samada kehabisan atau dan rosak. Apa nak buat bila bateri kong? Lebih-lebih lagi bateri kereta atau motorsikal.
Perkara yang pertama bila (memang sahih) bateri kereta atau motorsikal anda kong ialah dengan mencari kabel positif dan negatif untuk tujuan recharge guna kereta atau motorsikal yang di hidupkan enjinnya. Kabel ini biasanya dikenali sebagai kabel 'jumper'. Biasanya kabel ini berwarna merah (positif) dan hitam (negatif).
Jika masih lagi tidak menunjukkan apa-apa perubahan, anda mungkin perlu ganti bateri yang baharu atau satu cara lagi, bawa bateri tersebut untuk di recharge di kedai charge bateri berdekatan.
Kalau kenderaan anda tersadai tepi jalan disebabkan bateri kong, mungkin cara terbaik towing ke workshop. Kalau tersadai dan tak menyebabkan kesesakan lalulintas, mungkin anda boleh bawa bateri untuk di recharge. Ini kerana, biasanya untuk full recharge bateri kereta memakan masa 3 jam.
Macam kes bateri kereta MrJocko, bateri tu dah kehabisan tenaga rupanya. Jadi, masih boleh dihantar untuk recharge. Kalau beli baru, bateri kereta seperti ini sekarang bernilai RM280++, tetapi dengan hanya recharge, MrJocko cuma bayar RM10 sahaja. Jimat kan?
Alhamdulillah, selepas 3 jam recharge tadi di kedai berdekatan, bateri kereta ini bukan bateri kong lagi. Dan boleh guna dan boleh menghidupkan kereta.
Jadi kalau selepas ini, bila bateri kereta anda kong atau tidak berfungsi, cuba dulu untuk recharge. Mana tahu ia masih berfungsi dan anda boleh gunakannya untuk beberapa bulan lagi. Jimat lebih RM250 untuk bateri kereta yang baru, memang sesuatu yang menggembirakan semua orang...
Kenapa Perlu Melancong
Ramai mungkin sudah tahu yang blog MrJocko kini lebih kepada entry Travel dan Lifestyle. Kalau dulu entry di sini lebih kepada cerita personal dan parenting, namun sebab banyak pertanyaan dan permintaan dari rakan-rakan, MrJocko perbanyakkan entry yang bercorak info travel dan cerita kembara MrJocko sepanjang tahun. Kenapa kembara? Kerana MrJocko rasakan, MrJocko suka melancong.
Mungkin ada yang bertanya, kenapa perlu melancong? Entry bro Jaymiee juga ada kupas isu ini, dan MrJocko pun berminat nak kongsi pendapat, kenapa perlu melancong.
Ada yang menganggap, melancong melibatkan kos yang besar. Sebenarnya kenyataan itu tidak benar sama sekali. Ada banyak cara untuk anda membuat perancangan sesuai dan bersesuaian budget anda apabila mahu melancong. Anda boleh baca pandangan MrJocko di SINI.
Reward diri sendiri dan keluarga
Antara sebab kenapa anda perlu melancong ialah untuk memberikan ganjaran kepada diri sendiri dan juga keluarga untuk bercuti ke tempat yang menarik. Kalau setahun anda berkerja keras, apa salahnya dalam masa 3 hari bawa keluarga untuk habiskan masa bercuti. Ia akan memberikan satu kepuasan kepada semua dan akan memberikan akan satu semangat baru.
Peluang melihat tempat orang
Tak kira melancong dalam atau luar negara, anda akan berpeluang melihat dan memahami budaya dan masyarakat yang berada di tempat anda bercuti. Budaya dan cara hidup orang Kuala Lumpur sama sekali tak sama dengan gaya hidup orang Kota Kinabalu. Percaya lah, anda akan menghargai pengalaman ini.
Mensyukuri Nikmat Tuhan
Jauh berjalan, luas pengalaman. Jauh berjalan, semakin banyak anda melihat betapa cantiknya bumi Allah ini dan ia tidak habis setakat itu. Kalau di Malaysia pun banyak lokasi menarik, apatah lagi di luar negara. Anda akan melihat ciptaan Tuhan yang sangat mengkagumkan.
Mengeratkan hubungan sesama keluarga atau rakan
Ada yang melancong bersama keluarga dan ada yang melancong bersama rakan. Sepanjang tempoh perjalanan, kita berada 24 jam sehari bersama mereka. InsyaAllah, sedikit sebanyak ia akan mengeratkan hubungan sesama kita.
Peluang Sementara Masih Bernafas
Ada yang berpendapat, simpan duit dulu banyak banyak, kerja keras dan dalam masa 10 tahun akan guna duit itu untuk travel luar negara dan keliling dunia. Kalau sempat, kalau tak sempat 10 tahun, anda ada masalah lain seperti kesihatan atau anda sendiri meninggal, camana agak-agak impian anda??? Sebab itu, secara peribadi, kalau kita ada lebihan duit untuk melancong, rancang awal-awal, kemudian pergilah melancong. Tak perlu jauh-jauh atau percutian yang mahal. Kalau dapat melancong di Malaysia pun ia sudah cukap bagus.
Banyak lokasi menarik di Malaysia dan di luar Malaysia. Ambil la kesempatan dan rancang dari awal. Bila anda sudah melancong, anda akan mungkin dapat jawap soalan, kenapa perlu melancong? Bagi MrJocko, kalau anda nak melancong, boleh sahaja. Kalau macam MrJocko, ubah sikit sahaja cara hidup, jimat dalam beberapa perkara yang tak penting sangat dan tukarkan kos itu semua kepada kos melancong. Alhamdulillah, kami sempat merasa trip ke Indonesia, Singapura, Korea, Jepun, Taiwan, Vietnam dan lain-lain.
Saya Berjaya Kumpul Duit RM1.8 Juta
Tugas MrJocko sebagai Career Manager bermula Ogos 2013 memberikan rezeki yang lebih sedikit berbanding sebelumnya. Dengan kenaikkan dari Supervisor kepada Manager, rezeki untuk bulan bermula Ogos lebih sedikit berbanding sebelumnya. Pun begitu, kerja mesti diteruskan, tak boleh buat kerja secara lewa. Hasilnya, rezeki untuk tahun 2013, MrJocko berjaya kumpul sales sekitar RM1.8 juta dan berjaya untuk layak ke NSC Trip 2 ke Korea Selatan.
Dalam kerjaya sebagai Perunding Kewangan seperti MrJocko, kejayaan dinilai berdasarkan sales yang kami buat. Sangat simple. Tak perlu cakap berbuih hebat pemidato, tak perlu perancangan rapi dan teratur, tak perlu bodek boss atau upline. Semuanya bergantung kepada jumlah sales.
Sekiranya pada bulan Januari ini, anda berjaya dapatkan satu sales bernilai RM10 juta, anda sebenarnya sudah berjaya untuk dapatkan Trip Challenge tertinggi dan sudah boleh cuti selama 11 bulan. Best tak?
Beginilah cara MrJocko kerja. Kerja yang fleksibel mencari klien untuk melabur dan tambah pendapatan dalam Unit Amanah dan menjaga akaun mereka sebaik mungkin. Alhamdulillah, kalau kita sebagai orang yang bertanggungjawab menjaga akaun mereka buat yang terbaik, klien akan terus melabur dan melabur.
Untuk tahun keempat, MrJocko masih berjaya dapatkan kepercayaan klien. Di samping itu, tahun lepas MrJocko berjaya mengajak 5 rakan untuk sertai agensi MrJocko buat kerja parttime. InsyaAllah, peluang untuk belajar menjadi sebagai Perunding Amanah seperti MrJocko terbuka untuk semua.
InsyaAllah, tahun ni kalau tiada aral, MrJocko ke negara K-Pop Korea Selatan. Nampaknya kali kedua MrJocko ke sana. Harap dapat pengalaman baru bercuti di sana. Anda pun boleh. Berminat untuk kerja parttime dengan waktu yang sangat minima, sila hubungi MrJocko ditalian telefon dan email.
Antabax Dan Giant Kumpul Dana RM53,000 Bantu WAO
Barangan Penjagaan Tambahan Untuk Kucing Anda
5 Kereta Sedan Terbaik Bawah Harga RM100,000
Apa Dia XOX Voopee : Teaser
Plet W1N Milik Sultan Johor, Plet W11N Milik PM Najib
Nurul Izzah Di Lamar Sultan Melaka
Ramai dah dengar agaknya isu pergolakkan rumah tangga YB Nurul Izzah. Biasa lah kalau jadi YB mesti terkenal seperti Selebriti. Ramai dah baca pasal isu panas fail cerai YB Nurul Izzah. Patutnya, kalau kita sebagai sesama saudara muslim, doakan semoga YB dan husband akan kekal selamanya.
Belum selesai isu YB Izzah dengan kes permohonan cerai, tiba-tiba bakal Sultan Melaka khabarnya berminat untuk memperisterikan YB Nurul Izzah sekiranya betul berlaku perpisahan itu. Memang bakal Sultan Melaka ini sangat berani menyuarakan hatinya.
Raja Nor Jan Shah, yang mengisytiharkan diri beliau sebagai bakal pewaris Sultan Melaka sudah beberapa kali dah menarik perhatian umum dengan majlis Istiadat Di Raja yang pernah beliau buat.
Apakah benar beliau adalah pewaris sah Sultan Melaka? Kalau benar, patutkan rakyat Melaka memasyhurkan beliau sebagai Sultan Melaka? Tentang lamaran Raja Nor Jan Shah, agak-agak YB Nurul Izzah berminat tak nak jadi Permaisuri Melaka?
Ikan Bakar Belakang Istana Lama, Jalan Bellamy
Sekali lagi MrJocko singgah di restoran Ikan Bakar Belakang Istana, Jalan Bellamy. Kali singgah makan bersama Tuah dan famili. Kami singgah awal sebelum masa Solat Jumaat, jadi tak la ramai dan sesak sangat
Kami cuba menu ikan pari bakar RM12.00, ikan keli bakar RM8.00 dan juga ikan tongkol RM10.00. Ingat nak ambik sotong dan udang, tetapi harga sotong dan udang bakar kat sini agak mahal. Kalau di gerai Anwar, bawah pokok ketapang, seekor sotong cuma RM4.00 sahaja.
Untuk rasa ikan bakar, gerai yang mula-mula di gerai ikan bakar Jalan Bellamy ini rasanya agak kurang. Lebih kurang sama je dengan ikan bakar lain, tiada yang special. Kalau dulu MrJocko singgah di gerai paling hujung, sos untuk perapan dan bakar ikan memang lebih sedap.
Jadi kalau ke ikar bakar belakang istana lama Jalan Bellamy, cuba dulu gerai paling hujung. Kalau dulu memang rasa dia MrJocko suka, memang sedap...
Anda peminat makanan? Sudah pasti mesti singgah di ikan bakar Jalan Bellamy ni.
Cara Buat Capati Gergasi
Mula-mula lihat video ni macam tak caya. Bayangkan melihat roti capati gergasi yang bersaiz besar seperti ini. Selalunya kita lihat saiz sebesar pinggan sahaja, tetapi yang ni saiz sebesar orang.
Cara roti capati gergasi ini dimasak melihatkan 'tukang masak' tersebut seperti sudah biasa dan 'expert' dengan cara masak. Cara uli dan tebar menjadi besar, kemudian bakar menggunakan alat khas, sangat hebat.
Persoalan sekarang kalau la anda lihat cara masak roti capati gergasi ini, anda masih nak makan tak? Ni bukan setakat tangan, malah lengan badan semua digunakan untuk memasak?
Roti capati gergasi ni sebenarnya untuk siapa? Besar sangat, siapa nak makan?
Beli Takaful Sebelum Anda Terlambat
Takaful atau dari bahasa mudah, konsep tabungan berkelompok untuk simpanan dan perlindungan diwaktu kecemasan dan kesusahan mengikut shariah sebenarnya mempunyai fungsi yang boleh membantu pemegang polisi disaat ditimpa musibah atau bencana. Ramai orang Islam khususnya tidak nampak akan kelebihan Takaful dan ramai juga antara kita terlewat dalam mendapatkan polisi takaful ini.
Untuk makluman umum, anda boleh membeli seberapa banyak polisi takaful (konsep insurans yang mengikut Shariah), tetapi untuk kos bayaran bil perubatan, anda hanya layak untuk tuntut menggunakan satu polisi sahaja. Tetapi, untuk bayaran pampasan faedah harian hospital, kemalangan dan kematian, anda boleh tuntut sebanyak mana yang anda carumkan mengikut syarat-syarat yang terkandung dalam polisi Takaful anda.
Walaubagaimana pun, semua ini tertakluk kepada syarat-syarat asas. Antara syarat utama dalam takaful ialah, ketika anda membeli polisi Takaful samana Medical Card atau General Life, anda tidak mempunyai 36 sakit kritikal yang termaktub dalam terma Takaful dan Insurans. Bermakna, anda sihat atau tidak pernah mempunyai penyakit yang kritikal untuk melayakkan anda mendapat perlindungan sepenuhnya.
Untuk makluman juga, kebanyakkan syarikat Takaful memberikan masa dari 1 tahun sehingga 2 tahun dari tarikh polisi diambil untuk memastikan pemegang polisi memang tiada penyakit kritikal seperti yang dimaksudkan. Walau bagaimana pun, untuk kes seperti kemalangan, polisi aktif serta merta dari tarikh duit anda diterima oleh syarikat Takaful berkenaan.
Seperti kes yang MrJocko handle ini, pemegang polisi pada awal tidak memberitahu syarikat yang beliau mempunyai penyakit Asma atau Lelah. Bila ditanya, beliau hanya memberitahu bahawa pernah masuk ke hospital dengan alasan 'penyakit buatan orang'. Namun selepas 3 bulan, beliau mula menghantar borang claim untuk hospital benefit. Namun selepas diselidik, dalam report tersebut ternyata Doktor secara jelas menyebut 'ia adalah disebabkan penyakit Asma atau Lelah'. Oleh sebab ini, secara kebiasaan, tuntutan beliau kemungkinan besar, 100% akan ditolak kerana penyakit Asma, Jantung, Kanser dan lain-lain bukan satu penyakit yang memakan masa dua atau tiga hari. Lebih jelas, rupanyan pemegang polisi sudah ada rekod Asma sejak lebih 5 tahun yang lepas.
Tiada pilihan untuk pemegang polisi melainkan Agen menasihatinya untuk 'surrender'. Pun begitu, jika serahan balik polisi atau 'surrender' dibuat dalam masa selepas setahun, kerana sekurang-kurangnya pemegang polis akan menerima balik sedikit refund. Ini semua terpulang ke atas budi bicara dan persetujuan antara Agen dan Pemegang Polisi.
Seperkara lagi, apabila pemegang polisi menghantar serahan balik polisi atau 'surrender' ia bukan automatik stop pada hari tersebut. Banyak syarikat akan mengambil masa beberapa hari untuk tujuan proses dan semua bergantung kepada polisi syarikat yang berbeza.
Jadi, sekiranya anda belum mempunyai Takaful, MrJocko cadangkan :
1. Beli satu polisi yang minima untuk perlindungan dihari kecemasan
2. Pilih polisi yang bersesuaian dengan anda, jangan terikut-ikut dengan cadangan Agen.
3. Sebaiknya pilih polisi yang mempunyai Takaful Investment link dengan kadar yang tidak terlalu banyak kepada Investment.
4. Kalau anda sudah punyai salah satu atau lebih dari 36 penyakit kritikal, maklumkan kepada Agen atau Syarikat Takaful anda. Jika anda menyembunyikan fakta sebenar, anda mungkin di nafikan menerima faedah yang anda pernah beli.
5. Bayaran Polisi Takaful kanak-kanak lebih murah berbanding Polisi Takaful dewasa.
Sweet Crispy Di Kiosk Hot & Roll
Yang sebenarnya suka sangat makan benda ni ialah Khalish dan Hasya. Ada beberapa kali diorang makan Sweet Crispy di Hot & Roll ini dengan Aunty Ciey diorang. Yang lain seperti prata diorang tak suka, mereka cuma mahu jenis Sweet Crispy perisa pisang sahaja. Favourite mereka.
Tadi pun masa singgah di Tesco nak beli barang dapur Khalish dan Hasya ajak makan di Hot & Roll. Memandangkan MrJocko dan wife tak layan sangat, kami belikan mereka jer la Sweet Crispy perisa pisang. Satu set bersama minuman Oreng hanya RM5.90. Kalau beli Sweet Crispy sahaja cuma RM4.90.
Sambil diorang makan Sweet Crispy, MrJocko cuba sikit. Ermmm rupanya sedap jugak menda ni. Patut la my kids suka makan. Sekali rasa seperti Apam Balik Mini yang nipis dan ada diletakkan pisang di dalamnya. Memang menambahkan sedap.
Lepas ni kalau singgah di Hot & Roll Kiosk MrJocko akan cuba menu lain pula. Rasanya ada 5-6 menu lain yang ada dijual di Hot & Roll Kiosk. Mana tau ada menu yang akan menjadi favourite MrJocko pulak...
Anda pernah cuba menu di Hot & Roll?
Artikel MrJocko Di Majalah Libur Edisi Keluaran Februari 2014
Alhamdulillah, rezeki pertama MrJocko bersama Majalah Libur apabila 2 artikel yang MrJocko hantar sudah diterbitkan oleh Majalah Libur keluaran Februari 2014. Ingatkan satu artikel sahaja, tetapi nampaknya kedua-dua artikel diterbitkan serentak.
Artikel pertama tentang membara FAM Media MrJocko bersama 6 wakil ke Hatyai dan Satun di Thailand. Trip 4 hari 3 malam ini anjuran Tourism Authority of Thailand dan MrJocko dijemput bagi mewakili Majalah Libur. Satu trip yang sangat menarik kerana peluang MrJocko explore tempat menarik di Satun, daerah La-ngu, Selatan Thailand.
Artikel kedua ialah cerita FAM Media ke Pulau Pinang. Ini antara jadual perjalanan terbaik MrJocko bersama Tourism Malaysia ke Pulau Pinang dan berpeluang merasai pengalaman 2 hari 1 malam di dalam Superstar Libra, cruise yang membawa kami keliling Laut Andaman. Anda mesti cuba.
Terima kasih kepada Editor Majalah Libur En Meor Khairi dan juga Karangkraf yang memberikan MrJocko peluang ini. Pengalaman FAM Trip Media memang sesuatu yang menakjubkan.
InsyaAllah, dalam keluaran akan datang akan ada Artikel membara dari wakil Blooggers Dot Com dan ia akan berkongsi tentang tempat menarik sepanjang membara kami di seluruh Malaysia dan luar Malaysia.
Betina Gatal Mula Nak Cari Jantan
Masuk bulan ni, dah 3 bulan MrJocko pelihara Miko, kucing betina yang kami adopt dari Persatuan Peminat Kucing Kuala Lumpur Dan Selangor di Carnival MATRADE bulan November 2013. Alhamdulillah, Miko sihat dan semakin membesar.
Masuk bulan ketujuh umut Miko, bulan yang agak mencabar kerana di saat memasuki alam dewasa ini, kucing betina MrJocko ini sudah menunjukkan perubahan perangai. Dari hari ke hari bunyi Meow si Miko agak berlainan. Agak kasar dan panjang. Ditambah dengan gaya dia menggesel badan disana sini. Sah, kucing betina ini sudah gatal atau istilah kucing diberi nama 'On Heat'.
Dah memasuki bulan ketujuh Miko mula menunjukkan reaksi mahu mengawan. Bunyi Meow dia seakan cara mencari Kucing Jantan untuk dijadikan partner. Dah akil baligh rupanya kucing MrJocko.
Nak di kahwinkan dengan Oreo, tidak seauai kerana Oreo Kucing Jantan yang baru mencecah 3 bulan. Belum matang. Kucing lain pula bukan senang nak cari.
Kalau kucing nak mengawan, apa yang perlu dibuat?
Buat masa ini hanya ada 2 pilihan untuk kucing yang tengah nak mengawan. Pertama, kena padankan kucing dengan mana-mana kucing jantan untuk mereka mengawan. Kedua, hantar ke Klinik Haiwan untuk dimandulkan.
MrJocko tengah membuat perkiraan untuk Miko dalam masa beberapa hari ni. Samada nak di'mating'kan atau nak dimandulkan. Kesian lihat Miko seharian asyik bising mencari teman.
Kalau pandangan anda, apa yang perlu MrJocko buat???
Pelikat Pants Official Merchandise Oleh Afdlin Shauki
Pelikat Pants ialah seluar size lebar, besar dan unik dibuat dari material kain pelikat yang kemudiannya dijahit rekaannya menjadi seluar. Dari segi gambaran mudah, Pelikat Pants sebenarnya berbentuk 3 segi panjang yang mana bentuk sudut atas ialah untuk pinggang dan sudut bawah kiri dan kanan ialah untuk kaki seluar.
Pemakaian Pelikat Pants Afdlin Shauki ni mudah sahaja. Hanya sarungkan dan pakai. Getah seluar akan membuahkan anda selesa di bahagian pinggang dan kain pelikat yang lebar memastikan anda selesa dengan ruang Pelikat Pants.
Pelikat Pants sesuai untuk pakaian santai dan untuk dijadikan seluar tidur. Walau bagaimanapun, anda masih boleh guna Pelikat Pants kalau keluar ke shopping complex kerana rekaan Pelikat Pants ini sebenarnya untuk kegunaan universal. Paling selesa bila guna Pelikat Pants untuk solat.
Ada pelbagai saiz Pelikat Pants. Bermula dari saiz S sehingga saiz XXXL. Jangan risau, samada anda kurus atau gemuk, InsyaAllah ada saiz untuk anda.
Harga yang dijual secara runcit sekitar RM75 sahaja. Harga ini berpatutan kerana mengambil kira kualiti kain pelikat, rekaan yang besar dan juga ia official merchandise oleh Afdlin Shauki. Berminat nak jadi pengedar, boleh terus hubungi Man Raja Lawak.
Char Kway Teow Best Di Coffee Terrace
Sudah baberapa kali MrJocko berpeluang singgah di Genting Highland dan singgah makan di Coffee Terrace, Hotel Grand Genting. Antara yang menarik minat MrJocko kalau makan di Coffee Terrace ialah Char Kway Teow, ia memang Char Kway Teow terbaik di Genting Highland.
Anda boleh cuba resepi Char Kway Teow ini dengan mendapatkan pakej makan tengahari atau makan malam di Coffee Terrace. Biasanya, pakej untuk seorang sekitar RM70 dan lebih 100 menu terbaik di Genting Highland terhidang di sana.
Anda cuma perlu ke ruang Nyonya Kitchen dan order Char Kway Teow untuk anda. Chef akan masak Char Kway Teow mengikut citarasa anda. Udang lebih, Taugeh lebih, atau mahukan lebih telur.
Memang best char kway teow Genting Coffee Terrace ini dan sudah pasti setiap kali MrJocko ke sini, pasti akan order satu pinggan atau dua untuk diri sendiri. Nanti cuba yer...
Gambar Pameran Transformers Expo Malaysia 2014
The Pet Safari Ikano Power Centre Damansara
Kalau anda seorang yang minat dengan haiwan peliharaan, anda mesti teringin ke The Pet Safari Kuala Lumpur. Lokasi The Pet Safari berada di Tingkat 2 bangunan IPC (Ikano Power Centre) Mutiara Damansara. Ruang di The Pet Safari ini memang luas dan dipenuhi dengan pelbagai pilihan aksesori dan barangan berkaitan haiwan peliharaan.
Di The Pet Safari ada bahagian untuk jualan haiwan peliharaan, akuarium air tawar dan air masin, ruang jualan barangan makanan haiwan, aksesori haiwan, bilik grooming dan banyak lagi.
Di The Pet Safari ada menjual haiwan seperti anjing, kucing, hamster, ular, kala jengking, kura-kura dan pelbagai jenis haiwan peliharaan lain. Pendek kata, kat sini ada cukup lengkap untuk anda lengkapkan hobi memelihara haiwan peliharaan.
Ada banyak barang kat The Pet Safari murah dari harga runcit biasa. Antara yang menarik, pasir untuk kucing, harga cuma RM16.90++ bagi setiap 1.5kg. Murah tu kerana biasa saiz 1.5kg dijual dengan harga lebih RM20 setiap paket 1.5kg.
Jadi, kalau anda singgah ke Mutiara Damansara, singgah la ke The Pet Safari Kuala Lumpur. Anda mungkin boleh gembirakan hati anak-anak anda dengan adanya pelbagai jenis haiwan peliharaan di sana. Masuk Percuma, jangan risau...