Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Tiket Transformers Expo Genting Highlands 2014

$
0
0

Transformers Expo Ticket

 

Anda mungkin dah baca tentang entry Soft Launch Transformers Expo Malaysia 2014 yang akan berlangsung di Arena of Star Genting Highlands. Mesti anda nak cari di mana di jual tiket Transformers Expo 2014. Dalam ekspo ini, akan ada lebih 1,300 watak Transformers limited edition dan terbaik seluruh dunia.

Kalau anda peminat Transformers, anda wajib datang ke Transformers Expo 2014 ini. Anda akan terpesona dengan kehadiran watak Optimus Prime setinggi 23 kaki, Bumblebee dan kereta Chevrolet Camaro.

Harga tiket Transformers Expo Malaysia 2014 ialah RM55 bagi dewasa dan RM45 untuk tiket kanak-kanak.

Anda boleh dapatkan tiket-tiket ini melalui wakil jualan Resorts World Genting atau terus membelinya secara terus di Tiket Online Resorts World Genting Transformers Expo 2014.

Jangan tunggu lagi, dapatkan tiket anda sekarang...

 


Discover Scuba Diving Class Kelolaan Dive Culture

$
0
0
Seawal jam 7.00pagi, MrJocko dah siap. Hari ni ada sesi untuk kelas scuba di Kompleks Sukan Panasonic, di Seksyen 21 Shah Alam. MrJocko dan seorang lagi rakan Blooggers.com di jemput untuk menyertai satu sesi kelas yang dipanggil 'Discover Scuba Diving' oleh pihak Dive Culture.

MrJocko disambut oleh instructor hari ini ialah En Ariffin Aris, yang merupakan Instructor bertauliah PADI dan SDI dan merupakan salah seorang orang kuat Dive Culture yang beralamat di Bangsar. Pada pagi ini, MrJocko dan ada 4 lagi rakan akan sama-sama belajar pelajaran basic sebagai seorang penyelam scuba di Kolam Renang Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam ini.


scuba diving class Shah Alam

Scuba class

scuba diving class in KL


Untuk entry kali ini, MrJocko cuma nak kongsi info asas sahaja tentang pakej yang disediakan oleh pihak Dive Culture ini. Antara pakej yang mereka tawarkan ialah pakej basic seperti yang MrJocko buat pada pagi ini iaitu SDI Discover Scuba Diving RM150, SDI Advanced Advanture Diver RM650, SDI Divemaster, SDI Open Water Scuba RM950 dan SDI Rescue Diver RM650. 

Untuk maklumat pakej penuh, anda boleh layari laman web rasmi mereka di DiveCulture.com dan maklumat tambahan di sini ---> SDI Discover Scuba Diving = RM150 per session untuk kelas asas scuba yang MrJocko buat hari ini. Berminat boleh call terus En Ariffin Aris di laman web personal beliau AriffinAris.

Kalau anda berminat dengan sukan scuba ini, anda boleh lihat banyak gambar dan video menarik mereka di Fanpage Facebook MyDiveCulture

Untuk cerita panjang pasal kelas SDI Discover Scuba Diving anjuran DiveCulture.com ini, tunggu entry selanjutnya nanti... 

Susun Jigsaw Puzzle Yang Sangat Susah

$
0
0

Minggu lepas masa singgah kat Midvalley, si Kakak, Khalisha minta belikan Jigsaw Puzzle. Katanya nak main. Jadi MrJocko belikan lah satu set Jigsaw Puzzle yang saiz sederhana yang mempunyai 300 pcs. Saiz jigsaw puzzle ni pulak jenis saiz kecil dan rupanya antara jenis puzzle yang susah.

Jenis yang MrJocko belikan ini tak punya 'board' bawah sebagai panduan. Nak tak nak kami kena susun sendiri menggunakan skill yang ada. Sangat susah kerana tak tahu nak mula dari mana. Jadi untuk memudahkan cara susunan, MrJocko asingkan mengikut puzzle yang berada di tepi dan juga susun mengikut warna yang seakan sama. Ini baru first step.

Kemudian selepas ini baru kami nak susun puzzle yang berada dikedudukan tepi untuk dijadikan tapak dan asas. Tak tahu bila pulak nak start susun puzzle yang selebihnya kerana masa nak asingkan benda ni pun dah makan masa sejam.

Mungkin lepas ni nak kena tunggu hujung minggu depan. Nak kena buat satu family supaya senang dan cepat. Kalau buat sorang mesti tak siap. Atau, kalau siap pun, mahu makan masa 4-5 hari.

Ada yang terer pasang jigsaw puzzle kat sini? Korang boleh kongsi tips cara nak pasang jigsaw puzzle dengan mudah???

Restoran Subak Sungai Penchala Ada Menu Sedap

$
0
0

Sejujurnya, dah banyak kali MrJocko dengar rakan-rakan di Facebook singgah di Restoran Subak di Sungai Penchala ini. Lebih-lebih lagi dengar lokasi restoran Subak ini meriah bila tiba bulan Ramadhan. Awal Januari, MrJocko sempat singgah makan malam di sini bersama Friends of Negeri Sembilan (FON9). Kami ke Subak untuk menikmati sajian makanan Buffet sempena dengan lawatan FON9.

Kami rombongan media di jamu dengan menu-menu istimewa Restoran Subak seperti Kupang Masak Lemak, Ikan Keli Masak Sambal, Ayam Masak Halia, Telur Goreng Sambal, Sayur Kailan, Ulaman, Meehun Sup Ayam dan juga buah-buahan. Ternyata, menu di Restoran Subak memang menyelerakan.

 

 

Antara yang menjadi pilihan MrJocko ialah Kupang Masak Lemak, Ikan Keli Masak Sambal dan juga Meehun Sup Ayam yang sedap. Ulaman yang disediakan juga membuatkan MrJocko terasa seperti makan di kampung, ditambah dengan persekitaran restoran Subak yang dikelilingi oleh pokok-pokok dan rekaan dekorasi ala kampung yang menghijau.

Untuk memudahkan anda mencari lokasi Restoran Subak ini, guna Google Maps. Ia berada di tepi jalan besar sekitar Sungai Penchala. Ada banyak ruang parkir dan ia sesuai untuk lokasi makan bersama keluarga. Nyaman sekali kerana ia berada di tengah bukit bukau Kampung Sungai Penchala.

Menu Terbaru Kangkung Edisi Masterchef

$
0
0

Bersempena dengan penurunan harga Kangkung di pasaran, ramai chef-chef ternama mengambil inisiatif mencipta menu terbaru yang sedap dan terbaik untuk penggemar masakan atau pun 'food lover'. Menu kangkung ini nampaknya akan memberi kelebihan kerana ia satu menu sihat dan bagus untuk kesihatan kita.

Chef utama di McDonalds Malaysia mengambil langkah paling awal mencipta menu McBurger yang dinamakan sebagai McKangkung. Menu sihat ini datang dengan kombo set dan akan dijual mulai esok.

 


 

Restoran pasta yang terkemuka di Midvalley pula memperkenalkan menu western eastern mereka dengan mencipta menu KangkungBall Tomato. Menu khas ini hanya untuk bulan Januari 2014 sahaja dan ia hanya dijual untuk tempoh terhad.

 

 

Di Ulu Kuala Krai juga tidak mahu ketinggalan dengan menu kangkung mereka. Terkini sudah ramai mencuba menu Kangkung Cicah Kopi O untuk menu minum petang dan juga sarapan pagi bermula hari ini.

 

 

Anda pula bagaimana? Apakah menu Kangkung kegemaran anda bersempena dengan penurunan harga kangkung minggu ini? Kongsikan menu kangkung pilihan anda.

Selawat Ke Atas Nabi Muhammad SAW

$
0
0

 

Salam Maulidur Rasul : Nabi Muhammad S.A.W

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

Ada Apa Di 100 Doraemon Secret Gadget Expo

$
0
0
Anda mungkin tahu yang sekarang ni Doraemon berada di Malaysia, hehehe. Sebenarnya, sekarang sedang berlangsung 100 Doraemon Secret Gadget Expo di tingkat 2, ruang pameran VIVA Mall, Cheras. Ekspo ini  berlangsung dari 14 Disember 2013 sehingga 26 Mac 2014. Untuk makluman, harga tiket cuma RM25 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak. Soalannya, apa yang ada di 100 Doraemon Secret Gadget Expo ini?

MrJocko sempat membawa anak-anak, Khalisha dan Hasya pusing-pusing masuk ke 100 Doraemon Secret Gadget Expo ini. Dengar sahaja ada Doraemon, mesti budak-budak suka. Tambah lagi ini antara pameran Doraemon yang terbesar pernah ada di Malaysia.

Dalam Ekspo 100 Doraemon Secret Gadget ini, ada 100 Gadget Rahsia yang pernah Doraemon guna di dalam watak kartunnya, Doraemon samada gadget untuk memantu Nobita atau Gadget yang biasa Doraemon guna. 100 gadget rahsia ini dipamerkan bersama watak kartun Doraemon untuk tatapan pengunjung. 

Dalam pameran ini juga ada disediakan lorong mesing masa, taman permainan di dalam cerita kartun Doraemon, watak Nobita dan Siezuka berkahwin, Ibu Bapa Nobita, Cikgu Nobita, Giant, Sunyo, Meja Mesin Masa, Pintu Ajaib dan bermacam-macam lagi ada. Dengan kata lain, di ekspo 100 Doraemon Secret Gadget ini, anak-anak dan orang dewasa akan teruja melihat apa yang ada sebenarnya dalam dunia kartun Doraemon.














Khalisha dan Hasya memang happy sangat-sangat, hinggakan selepas masuk kali pertama, mereka masuk untuk kali kedua. Tak puas katanya. Memang banyak tarikan yang menarik di dalam pameran ekspo ini. Paling menarik minat mereka ialah bersantai di taman permainan. Boleh mereka duduk kat sana berhenti penat dan seakan bermain dengan watak-watak katrun dan Doraemon.

Untuk anda yang belum bawa anak-anak ke 100 Doraemon Secret Gadget Expo di VIVA Mall, Cheras, apa kata ambil kesempatan ini untuk ke sana. Kalau sebelah pagi biasanya orang ramai, cuba pegi sekitar jam 3.00 hingga 6.00 petang. Waktu ni memang orang tak ramai dan anda berpeluang untuk pusing dan bergambar dengan watak-watak kartun seperti Doraemon, Nobita, Siezuka, Giant, Sunyo dan watak-watak lain di dalam kartun Doraemon. 

7 Bahasa Tubuh Lelaki Sexy Yang Perempuan Minat Dalam Diam

$
0
0
Kalau anda lelaki, pasti anda selalu cari peluang nak ambil hati perempuan. Samada hari perempuan yang bakal dijadikan isteri atau rakan perempuan, anda mesti nak lihat sentiasa macho di hadapan seorang perempuan. Jom kita lihat 7 gaya bahasa tubuh lelaki yang perempuan rasakan ianya SEXY.

Ada banyak bahasa tubuh lelaki yang orang perempuan suka, tetapi kalau anda di pejabat, antara yang biasa menjadi tumpuan ialah :

1. Gaya Lelaki Lipat Lengan Baju.
Ada wanita yang merasakan ramai lelaki nampak macho dah kuat bila mereka melibat lengan baju. Gaya lipat baju ini menampakkan kesungguhan atau gaya lelaki yang hebat. Itu kalau baju lengan panjang. Kalau baju lengan pendek jangan lipat nanti nampak bulu ketiak pulak :)



2. Gaya lelaki mengusap jambang atau janggut.
Ada wanita sukakan lelaki yang punyai jambang yang terurus. Nampak gaya lelaki sebenar kerana bila lelaki tidak punyai misai, janggut atau jambang, nampak macam terlalu lembik. Pastikan jambang atau janggut anda dijaga rapi, jangan sampai ada kutu yer.



3. Gaya duduk ala filem 'Save The Last Dance'
Gaya duduk ini menampakkan lelaki yang punyai fokus yang tinggi. Kesungguhan dalam mendengar dan seorang yang setia mendengar. Orang perempuan suka la kalau macam ni, nampak sexy. Sexy tak mana??? Entah.



4. Gaya lelaki letakkan jari di bibir.
Gaya ini leabih kepada gaya manja kot. Mungkin orang wanita suka lelaki yang punyai ciri-ciri lelaki sejati tetapi lembut. Gaya seperti ini masih menunjukkan keseriusan dan fokus yang tinggi. Bab mana yang sexy? Korang tahu tak??



5. Gaya lelaki serlahkan otot lengan
Mungkin semasa dalam pejabat golongan lelaki secara tidak sengaja menunjukkan otot-otot lengan mereka kepada rakan-rakan perempuan. Ini bahaya kerana boleh dikatakan ramai perempuan sukakan lelaki yang berbadan tegap dan nampak sasa. Kalau anda lelaki pastikan tubuh anda sasa. Kalau kurus cekeding,,, adesss nampak tulang.



6. Gaya lelaki betulkan 'neck tie'
Lelaki dan tali leher menunjukkan mereka lelaki maskulin dan elegen. Lelaki yang memakai tali leher menampakkan mereka golongan lelaki eksekutif. Gaya lelaki yang sedang memperbetulkan tali leher mereka menarik minat ramai perempuan, katanya lelaki itu seksi dengan gaya bersahaja. Bagi yang tak pakai tali leher, korang betulkan seluar, mesti nampak seksi jugak :)



7. Renungan mata yang stim
Kadang-kadang ramai wanita terpesona dengan mata lelaki yang dalam keadaan 'stim' seperti ini. Apa yang menarik minat wanita tidaklah diketahui. Mungkin mereka suka melihat lelaki dalam keadaan 'kalah' kepada mereka. Mata stim ni kena buat betul-betul, kalau tidak orang akan nampak lelaki tu macam seorang yang tak siuman pulak,,, hahaha



Itu dia 7 Bahasa Tubuh Badan Lelaki yang perempuan suka dalam diam. Rupanya, ramai perempuan suka lelaki macho dalam diam yer. Ingatkan orang lelaki sahaja yang sukakan bahasa tubuh orang perempuan. Pada pandangan anda, antara lelaki dan perempuan, bahasa tubuh lelaki atau perempuan yang lebih mengancam ???

Pirates Show Di Sea World Gold Coast

$
0
0
Antara pengalaman yang tidak mungkin MrJocko lupakan ialah ketika percutian ke Gold Coast, Queensland, Australia. Lokasi sepanjang Main Beach atau Surfers Paradise memang lokasi pantai yang cantik dan terbaik. Di kawasan ini ada terletaknya satu taman tema yang dikenali sebagai Sea World.

Dalam Sea World Gold Coast  sebenarnya banyak lokasi dan tarikan menarik. Antara yang anda wajib tonton ialah persembahan Lanun atau Pirates Show. Dalam persembahan ini anda akan lihat cerita aksi pendek tentang kisah Lanun yang ingin merompak harta karun yang dipunyai oleh sebuah kapal.

Sepanjang aksi ini, anda akan lihat aksi stunt dan akrobatik dari pelakon-pelakon Pirates Show ini. Ia sesuatu yang sangat mengujakan melihat aksi yang hebat seperti aksi dalam TV atau Filem di depan mata. Mereka memang professional dan aksi yang mereka buat bukan senang.










Persembahan hebat ini biasanya dipertontonkan hanya sekali setiap hari. Masa MrJocko sampai di sini sekitar jam 12.30 tengah hari, mereka baru sahaja mulakan aksi Pirates Show ini. Mungkin kerana ia memerlukan stamina dan aksi yang serius, persembahan ini dibuat sekali sahaja dalam masa satu hari. Apa pun, jangan risau, anda boleh menonton aksi lain di Sea World seperti Pet Detective, Dolphin Show dan juga pertunjukkan lain.

Untuk memudahkan anda mengikuti persembahan yang disediakan, anda boleh lawati laman web Sea Worlds Australia untuk maklumat lanjut.

Homestay Kampung Pachitan, Port Dickson

$
0
0
Homestay Kampung Pachitan, yang terletak di daerah Port Dickson merupakan salah satu produk Homestay yang sangat terkenal di Negeri Sembilan. Di kampung ini, anda akan berpeluang merasai cara menginap di homestay atau 'inap desa' yang sebenar kerana penduduk di Kampung Pachitan ini sudah lama aktif dengan konsep Homestay Kampung Pachitan.

Walaupun Homestay Kampung Pachitan ini terletak lebih kurang 20 kilometer dari bandar Port Dickson, ia tetap menarik tumpuan pelancong tempatan dan luar negara untuk merasai pengalaman menginap di suasana kampung yang sebenar dengan pakej yang sangat berbaloi.

Bulan November 2013 yang lepas, MrJocko dan rakan media dijemput untuk ke Kampung Pachitan bagi majlis perasmian Negeri Sembilan Food Trail 2013. Kami para media di hidangkan dengan menu makanan tradisi mereka iaitu Nasi Ambeng dan juga persembahan kebuyaan masyarakat Kampung Pachitan. Dalam majlis ini juga kami dihidangkan dengan pelbagai menu lain yang menarik seperti kuih muih tradisi dan juga produk hasil kampung yang mereka usahakan.









Sejarah Kampung Pahitan ini di katakan berasal dari Kampung Pachitan di Jawa Timor. Siapa yang membuka kampung ini tidak dapat dipastikan tetapi mereka memang berasal dari Pachitan, Jawa Timor. Cara hidup masyarakat di sini memang menyerupai cara hidup masyarakat di Pachitan, Jawa Timor.

Antara pekerjaan utama masyarakat di Kampung Pachitan di awal penempatan mereka ialah sebagai peladang samada menanam pokok kopi, kelapa dan sekarang beralih kepada kebun getah. Selain dari ini, dengan kewujudan homestay Kampung Pachitan, mereka aktif dalam industri kecil dan sederhana dan pembuatan makanan secara kecil-kecilan.





Di Homestay Kampung Pachitan ini, memang sudah terkenal dengan konsep homestay yang sangat berjaya. Bukan sahaja ia menjadi tumpuan pelancong tempatan, ia juga menjadi pilihan pelancong luar negara. Sewaktu MrJocko berkunjung ke sana, ada sekumpulan pelajar dari Jepun sedang menjalankan aktiviti 'Program Anak Angkat' di Homestay ini selama seminggu.

Mungkin kalau anda mahukan pengalaman hidup di kampung dengan cara hidup kampung yang sebenar, anda boleh ke Homestay Kampung Pachitan, Port Dickson. Ia akan memberikan anda satu pengalaman yang unik dan lain dari pengalaman inap desa anda sebelum ini.

Entry ini menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014

Binatang Yang Ada Dalam Sea World Gold Coast

$
0
0
Mungkin ada yang bertanya, kalau ke taman tema Sea World, Gold Coast, binatang apa yang ada di dalamnya? Apa yang sebenarnya menarik di Sea World ini? Jawapannya, banyak perkara menarik yang boleh anda buat di dalam Sea World ini termasuk menyaksikan pertunjukkan, melihat binatang-binatang laut dan juga aksi roller coaster dan juga gelungsur air.

Ada banyak binatang jinak yang berada di dalam Sea World Gold Coast ini termasuk burung Seagurl, Peguin, Ikan Pari, Jerung, Ikan Lumba-Lumba, Tapak Sulaiman, Polar Bear, Singa Laut dan beberapa jenis haiwan laut lain untuk tatapan pengunjung.












Sepanjang hari, di dalam Sea World ini ada lebih dari 5 persembahan dan pertunjukkan yang anda boleh saksikan mengiku jadual yang disediakan bermula seawal pagi 11.00am. Kalau anda ke sana, anda mesti tonton kesemua pertunjukkan tersebut, berbaloi-baloi. Ada persembahan yang dilakukan di dalam Sea World mengikut musim dan ada persembahan tetap Sea World yang menjadi tarikan utama pelancong ke sana.

Sayang sekali masa MrJocko ke sana tak bawa anak-anak. Kalau bawa anak-anak sudah pasti mereka akan suka dengan show dan apa yang ada di dalam taman tema Sea World ini. Sudah pasti MrJocko akan singgah lagi ke Sea World Gold Coast ini bersama anak-anak dan keluarga. Pantai Surfers Paradise yang cantik dan juga ada banyak taman tema terbaik di Gold Coast.

Projek Vaccine Dan Deworm Kucing Oreo

$
0
0

Baru sehari Oreo bersama keluarga kami. Oreo, seekor kucing 'mixed breed' long hair Persian kami baru adopt dari seorang pemilik kucing dari Manjalara. Oreo, anak kucing jantan berumur 2 bulan dan masih belum di vaksin dan diberi ubat cacing.

Oleh kerana kucing diawal umur beberapa bulan ni perlu dapatkan suntikan Vaksin dan juga ubat cacing (vaccine and deworm), maka jenuh la MrJocko google kat internet info tentang harga perkhidmatan vaccine dan deworm haiwan peliharaan kucing ini. Terjumpa info yang sangat berguna tentang kadar bayaran Perkhidmatan di Klinik Veterinar bagi haiwan peliharaan seperti kucing di laman web Kujie2U. Bila tahu berapa kos perkhidmatan untuk vaksin, deworm dan sebagainya, MrJocko pilih nak hantar Oreo ke Klinik Haiwan (Veterinar)

 

 

Sebab tak nak bagi Oreo sakit, tadi sebelum Asar, kami bawa Oreo ke Klinik Veterinar berdekatan dengan rumah. Sampai sahaja, terus masuk jumpa doktor. Buku Rekod dibuat khas untuk oreo sebagai rekod suntikan dan rawatan. Pembantu klinik memeriksa hidung, mulut, telinga dan bulu kucing untuk memastikan keadaan tubuh badan Oreo agar tiada penyakit yang merbahaya.

 

Vaccine and Deworm

Vaccine and Deworm

 

Lepas pemeriksaan, doktor membuat suntikan vaksin (vaccine) di celah pangkal kaki dan masukkan ubat cacing (deworm) untuk memastikan kucing tidak diserang penyakit cacing. Selepas doktor haiwan tu buat pemeriksaan, tak sampai 2 minit, semua selesai. Nampak Oreo seperti menangis. Badannya terketar-ketar, mungkin kerana takut dan sakit dicucuk vaksin.

Sepanjang jalan balik ke rumah, Oreo mengiau tak henti. Kesian la pulak. Harap-harap Oreo tak demam dalam 2-3 hari ni kerana doktor kata, biasanya kalau kebiasaannya, kucing akan demam selepas kena suntik vaksin. Satu lagi, selepas cucuk vaksin, kucing tak boleh dimandikan dalam tempoh seminggu.

So, untuk vaksin dan deworm seterusnya, kena tunggu selepas 3 bulan. Kemudian, lagi 3 bulan dan seterusnya 1 tahun selepas itu. Jarak vaksin ni hampir sama dengan jarak suntikan pelalian bayi selepas dilahirkan. Harap Oreo sentiasa sihat, anak-anak happy kat rumah dapat main dengan Oreo.

Oreo : Kucing Putih Baka Long Hair

$
0
0
Entah camana, MrJocko minat pulak dengan kucing putih ni. Pemilik asalnya nak bagi Kucing di diambil sebagai anak angkat kerana owner asal dah ada banyak kucing. So, hari Rabu lepas, MrJocko pergi ambil anak kucing warna putih, baka long hair ini di Manjalara. Alhamdulillah, kucing putih ini selamat dah pindah rumah.

Oleh kerana ia berwarna putih dan juga jantan, maka kami memilih untuk menamakan nya Oreo. Sebab kerana pemilik asal kata ia dah pandai makan Biskut. MrJocko ingatkan Biskut macam kita selalu makan, rupanya Biskut yang di maksudkan ialah DryFood untuk Kitten.

Selama 3 hari Oreo kat rumah, dia masih lagi takut-takut. Walaupun sebenarnya frame badan dia agak besar kerana baka kacukan, tetapi dia macam takut dengan Miko, kucing betina kat rumah. Mungkin sebab si Orea baru berumur  2 bulan. Yang unik, tarikh lahir Oreo, sama macam MrJocko iaitu 8 November.




Dari hari pertama, banyak kali Orea mengiaw dan bunyi macam menangis. Mungkin sebab belum biasa dengan rumah. Lepas tu, kalau lepas kat dalam hall, macam-macam tempat dia nak pergi. Lompat sana sini dan cari lubang sempit nak masuk. Masuk hari kedua baru dia nak main.

Sekarang Oreo dah okay sikit. Itupun pasal pagi tadi bagi makan makanan basah, ketulan ayam. Baru nampak dia makan berselera sekali. Sebelum ni, dia macam tak nak makan. Mungkin sebab lapar dia 'menangis' kot.

Semalam kami dah hantar pergi ke Klinik Haiwan untuk Vaksin dan Deworm. Nampaknya ia sihat dan tak demam. Harap-harap esok lusa dia semakin sihat. Pasni nak hantar pegi Grooming pulak, supaya bulu cantik...

Sejarah Nama Bola Di Piala Dunia Sejak 1970

$
0
0

Untuk peminat bolasepak, khususnya peminat sukan bolasepak Piala Dunia 2014, mungkin anda nak tahu serba sedikit sejarah tentang bola-bola yang digunakan sepanjang penganjuran Piala Dunia. Apakah nama-nama khas bola yang digunakan dalam setiap Piala Dunia tersebut. Jom kita kongsi info tentang nama bola di Piala Dunia.

 

Nama bola Piala Dunia

 

Telstar: Mexico, 1970. Adidas mula membuat bola bola sepak pada tahun 1963 tetapi dibuat rasmi Piala Dunia FIFA bola pertama pada tahun 1970. Ini adalah bola pertama yang digunakan dalam Piala Dunia untuk menggunakan jenis Buckminster yang reka bentuk. Selain itu, bola pertama dengan 32 panel hitam dan putih. The Telstar lebih kelihatan pada televisyen hitam putih (1970 FIFA Piala Dunia Mexico ™ adalah yang pertama yang akan disiarkan secara langsung di televisyen).

Telstar Durlast R: Jerman Barat, 1974. Dua perlawanan bola telah digunakan pada tahun 1974 - adidas Telstar dikemaskini dengan penjenamaan hitam baru menggantikan penjenamaan emas dan versi semua-putih baru Telstar dinamakan adidas Chile diperkenalkan. 1974 juga merupakan kali pertama Piala Dunia bola boleh membawa nama-nama dan logo.

Tango Durlast: Argentina, 1978 Reka bentuk bola diwakili keanggunan, dinamik dan semangat. Pada tahun 1978 Perlawanan bola termasuklah 20 panel dengan triad yang meninggalkan kesan optik 12 bulatan serupa. Tango inspirasi reka Perlawanan bola untuk berikut kejohanan Piala Dunia lima.

Tango Espana: Spain, 1982. Adidas memperkenalkan bola baru yang mempunyai bertatahkan getah sepanjang lipit supaya air meresap melalui. Bola pertama dengan kualiti tahan air. Memakai Am dari menendang bagaimanapun bermakna getah mula memakai selepas masa yang singkat dan perlu diganti semasa permainan. Terakhir kulit asli piala dunia bola.

Azteca: México, 1986. Piala Dunia FIFA Mexico, menyaksikan pengenalan polyurethane bersalut bola pertama yang hujan-tahan. Yang pertama bola perlawanan sintetik, dengan kualiti yang baik pada permukaan keras dan basah.

Bola itu adalah yang pertama untuk memasukkan reka bentuk yang diilhamkan oleh negara tuan rumah. The Azteca dihiasi dengan elegan dengan reka bentuk yang diilhamkan oleh seni bina Aztec dan mural Mexico.

Etrusco: Itali, 1990. Bola pertama dengan lapisan dalaman busa poliuretana hitam. Nama dan reka bentuk yang dibayar penghormatan kepada sejarah Itali dan seni halus Etruscan.

Questra: Amerika Syarikat, 1994. Piala Dunia FIFA Amerika Syarikat, 1994, bola rasmi yang menyelubungi dalam lapisan busa polistirena.

Ini bukan sahaja menjadikan ia lebih kalis air tetapi membenarkan bola pecutan yang lebih besar apabila ditendang. Permainan bola baru berasa lebih lembut untuk disentuh. Baik kawalan bola dan halaju yang lebih tinggi semasa bermain. Reka bentuk bola mewakili teknologi angkasa, roket halaju tinggi dan Amerika "Usaha untuk bintang-bintang."

Tricolore: Perancis, 1998. Menjelang tahun 1998, Piala Dunia FIFA Perancis telah dimainkan dengan bola yang sported merah-putih-biru tiga warna Perancis. A berangkat dari corak hitam dan putih tradisional lama. Rasmi pertama Piala Dunia bola berwarna bola sepak. Tricolore yang menggunakan teknologi cetak underglass dengan lapisan nipis buih sintaktik.

Piala Dunia ICON Wanita 1999 Match Ball

Bola pertama yang direka khas untuk Piala Dunia Wanita

Fevernova TM: Korea Jepun, 2002. Untuk Piala Dunia FIFA Korea Jepun, 2002, Adidas mencipta bola baru yang terdiri dari lapisan dalaman tebal untuk meningkatkan ketepatan bola dalam penerbangan. Fevernova termasuk lapisan busa sintaksis halus yang dibenarkan untuk laluan penerbangan yang lebih tepat dan boleh diramal. Budaya Asia diilhamkan kelihatan berwarna-warni revolusioner.

Reka bentuk Fevernova untuk Piala Dunia Amerika Syarikat Wanita 2003

Teamgeist Jerman, Berlin dan Akhir Ball 2006

Satu konfigurasi baru yang radikal mengurangkan jumlah yang mata panel sentuh membentuk luaran licin dan sempurna bulat yang bertambah baik ketepatan dan kawalan. Sebelum Teamgeist, permukaan Perlawanan Piala Dunia bola mempunyai perbezaan ketara bergantung kepada di mana pemain akan menyerang bola kerana lipit, rabung dan ketidaksempurnaan lain di mana panel datang bersama-sama. Reka bentuk kipas revolusioner Teamgeist dikurangkan sudut dan mencipta permukaan yang licin untuk bermain lebih baik. Bola telah direka dengan warna tradisional bendera Jerman dan telah menyerlahkan dengan warna keemasan trofi Piala Dunia.

Adidas memperkenalkan Match Ball 2007 World Cup ™ Wanita FIFA

Jabulani - Bola Padanan Rasmi untuk Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan.

Yang Jabulani memaparkan baru cengkaman n teknologi alur yang menyediakan pemain bola dengan penerbangan stabil dan cengkaman di bawah semua keadaan. Dengan lapan haba terikat 3-D panel yang sfera dibentuk buat kali pertama, Jabulani adalah lebih bulat dan tepat daripada pendahulunya.

Jo'bulani - Gold Akhir Rasmi Match Ball untuk Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan.

Piala Dunia 2011 Wanita Rasmi Match Ball - SpeedCell

Piala Dunia 2014 FIFA Brazil Adidas Brazuca

Brazuca telah disahkan sebagai nama Perlawanan bola selepas undi awam di Brazil, telah mengambil bahagian dalam lebih daripada satu juta peminat bola sepak di negara tuan rumah.

Kelas Melukis Anak-Anak

$
0
0

Memandangkan semalam, cuti umum untuk Hari Thaipusam, kitaorang duduk kat rumah jer layan TV dan kucing. Malas nak keluar takut tersekat dalam kesesakkan lalulintas. Biasanya musim Thaipusam sekitar Gombak dan kawasan sekitar termasuk Jalan Kuching sesak teruk. Jadi, tak nak pening-pening, kami stay kat rumah jer.

My kids pulak, MrJocko suruh buat kerja sekolah. Nasib baik tak banyak. Jadi mereka siapkan awal. Dari tak ada apa-apa aktiviti, MrJocko suruh kakak dan adik buat lukisan. Kira mereka masuk kelas Lukisan yang dibuat oleh Daddy diorang la kot, hahaha...

 

Kelas Melukis Kanak-kanak

 

Kelas pertama, tajuk 'Butterfly'. MrJocko bagi satu gambar Rama-rama dan suruh mereka tiru dengan ikut teknik yang mudah dan cepat. Alhamdulillah, mereka boleh buat. Antara kakak dan adik, nampaknya si adik, Hasya lagi pandai melukis berbanding si kakak, Khalisha.

Sebenarnya, apa yang MrJocko baca, melukis ni sebenarnya bagus untuk melatih otak kiri dan daya kreativiti. Kalau anda seorang yang bijak pandai dalam pembelajaran akademik, perbanyakkan melukis atau libatkan diri dalam 'seni lukisan atau seni kreatif' kerana ia akan membantu anda membuah keputusan kemudian hari bukan sahaja berdasarkan logik, tetapi keputusan yang berdasarkan logik dan kreatif.

Tak ramai yang pandai memanipulasi otak kiri ini, jadi kalau anda berjaya menggunakan banyak otak kiri, anda mungkin di anugerahkan kreativiti yang tinggi. Nak train otak kiri, belajar la melukis, sikit-sikit pun ok, janji melukis. InsyaAllah otak kiri anda akan berfungsi.


Kawasan Pelancongan Yang Selamat Di Thailand

$
0
0
Mungkin ramai yang mengetahui bahawa keadaan Politik di Thailand, khususnya bandaraya Bangkok tidak berapa stabil buat masa ini. Mungkin ramai yang pada asalnya bercadang untuk melancong ke Thailand, mula berubah fikiran untuk membatalkan trip mereka ke Thailand.
 
Sebenarnya, dalam keadaan sekarang, bandar yang terlibat dengan keadaan Politik yang tidak stabil ini hanya tertumpu di bandaraya Bangkok sahaja. Buat masa ini, banyak lokasi pelancongan di Thailand yang jauh dari Bangkok masih dalam keadaan selamat dan boleh dikunjungi. Selagi belum ada AMARAN Khusus, kawasan pelancongan di Thailand, selain Bangkok masih lagi selamat untuk dikunjungi.
 
 
 
 
 
Antara lokasi yang anda masih boleh lawati di Thailand buat masa ini dengan selamat ialah Chiang Rai, Chiang Mai, Mae Hong Son, Khon Kaen, Kanchanaburi, Pattaya, Koh Samet, Koh Chang, Khao Lak, Koh Samui, Phuket, Hatyai dan banyak lagi. Semua ini anda boleh lawati dengan menggunakan penerbangan atau menaiki bas.
 
Di lokasi yang MrJocko sebutkan itu, banyak tarikan pelancong yang anda boleh lawati, seperti keindahan taman negara, pantai yang indah, laut dan juga pusat membeli belah yang murah bagi mereka yang 'gila shopping'.
 
Jadi, jika anda nak ke Thailand, pilih la lokasi lain. Kalau nak pilih Pulau, sememangnya Phuket, Koh Samui, Koh Samet, Koh Lipe antara lokasi pulau peranginan yang terbaik di Thailand. Jom kita lawat Thailand, The Amazing Thailand.

Perniagaan Guna Sistem Piramid Tidak Halal

$
0
0

Ramai sebenarnya nak tahu apa hukum meniaga melalui perniagaan Multi Level Marketing atau MLM? Apa pula hukum berniaga dengan menggunakan konsep sistem Piramid dalam MLM? Ramai yang sudah terlibat dalam business MLM ini dan ramai juga masih tak sedar tentang halal haram perniagaan tersebut.

MrJocko sekadar berkongsi maklumat tentang apa yang diperkatakan oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri dalam satu sesi soal jawab di suratkhabar utama. Dr Abdul Salam mengupas secara ringkas tentang beza perniagaan MLM yang menjual barangan dan MLM yang guna konsep Sistem Piramid.

 

Hukum MLM Sistem Piramid

 

Apa yang MrJocko faham, kalau MLM yang membuat perniagaan jual beli menggunakan subjek atau perkhidmatan yang halal, berasaskan cara jual beli yang sah, maka pendapatan kita InsyaAllah halal. Tetapi, sekiranya MLM tersebut hanya fokus kepada cari downline, dapat registration, tak perlu jual barang atau perkhidmatan, maka pendapatan dari skim Piramid MLM seperti ini mungkin mempunyai unsur yang haram.

Secara mudahnya, nak buat perniagaan sebenarnya mudah sahaja, tetapi nak untung dengan banyak bukan sesuatu senang. Nak kerja dan cari duit juga senang, tetapi nak kaya sebenarnya bukan sesuatu yang mudah. Sebab itu antara cara nak kaya ialah belajar bersungguh-sungguh selama hampir 14 tahun, punyai warisan keluarga yang kaya atau harta pusaka yang berjuta.

Oleh itu wahai rakan-rakanku, pilihla cara kerja yang sebaiknya. Mungkin ada peluang kita jadi kaya dengan cepat, tetapi kalau kita buat jahat kepada orang, menipu orang, ambil kesempatan ke atas kebaikkan orang lain, aniaya orang lain dan pelbagai cara yang tak betul, itu semua tidak akan memberikan rezeki yang berkat. Wallahua'lam.

Persediaan Asas Untuk Memelihara Kucing

$
0
0

Untuk rakan-rakan yang baru mula nak belajar memelihara Kucing, mesti anda tengah cari info dan maklumat berkenaan perkara asas yang anda mesti sedia kan sebelum memelihara Kucing. MrJocko pun spend masa hampir sebulan juga untuk dapatkan maklumat basic tentang pemeliharaan Kucing ini. Bermula dari pengambilan Miko, seekor anak Kucing baka campuran tempatan berumur 4 bulan, kini mempunyai seekor lagi Kucing Putih baka campuran Long Hair yang baru diberi nama Oreo, berumur 2 bulan.

Antara perkara asas yang anda kena ada ialah yang utama Sangkar Kucing. Untuk seekor atau dua anak Kucing, anda hanya cukup menggunakan sangkar bersaiz 2 kaki ini. Harga sekitar RM90 hingga RM150 bergantung kepada brand dan jenis material sangkar tersebut.

Anda juga perlu sediakan bekas untuk Kucing ini 'membuang' berserta pasir khas untuk bahan buangan kucing ini. Bekas tersebut bernilai dari RM5 dan pasir khas tersebut berharga bermula RM17 untuk setiap 10 liter. Di samping itu sediakan juga bekas makanan dan bekas air untuk kucing dan setiap satu bekas ini bermula dengan RM3 ke atas.

 

 

Anda boleh dapatkan sangkar kucing hanya di kedai haiwan atau klinik haiwan berdekatan. Tetapi untuk bekas bahang buangan kucing, pasir khas dan bekas makanan serta bekas minuman kucing anda boleh dapatkan di Pasaraya Besar seperti Tesco, Giant dan juga AEON.

Dah ada perkara asas ini, baru anda boleh pelihara kucing pilihan anda dengan selesa dan teratur. Pastikan anda beli makanan yang sesuai kerana makanan kucing dewasa (adult) tidak sesuai untuk dijadikan makanan untuk anak kucing (kittens). Pastikan anda memilih makanan yang sesuai untuk diet kucing anda supaya kucing anda sihat dan tidak kehilangan berat badan dan bulu. Selamat mencuba...

Barang-Barang Dah Naik Harga

$
0
0
Semalam hari Ahad, seperti biasa, sebulan sekali, MrJocko dan famili singgah di Pasaraya untuk beli barang-barang dapaur. Kalau dulu masa cuti sekolah, banyak makan kat luar, sekarang, nak kena jimat, kena banyak masak kat rumah. Sebab tu kena beli barang basah dan barang dapur untuk masak kat rumah. Nasib baik juga sekarang ni adik MrJocko ada kat rumah, jadi boleh tolong masak dan sebagainya.

Berbalik kepada cerita shopping di pasaraya, nak kongsi sedikit tentang kenaikkan barang-barang kegunaan seharian. Kalau dulu rasanya untuk separuh trolly seperti ini, kami habiskan dalam RM250-RM300 sahaja. Tapi semalam, untuk barang-barang yang hampir sama, kena bayar lebih dari RM350++.

Yang ketara rasanya Ayam, Daging dan juga Ikan. Buah anggur yang selalu MrJocko beli pun dah tak ada dah yang dijual dengan nilai RM8 sekilogram. Jus buahan, air kotak anak-anak dan beberapa barangan dapur lain pun rasanya naik juga, tetapi tak ketara. Tetapi secara kesimpulannya, boleh dikatakan banyak dah harga barang yang biasa kami beli naik dan nampaknya kos untuk barangan dapur kami pun semakin naik. Kena buat sesuatu ni.

So, nampaknya, untuk tahun 2014, kena kerja lebih keras, kena perlu lebih jimat dan kena pandai kawal kewangan seharian. Kalau dulu minum air teh tarik, sekarang minum Teh O, kalau dulu makan spageti, sekarang kena makan nasi campur dengan lauk seketul ayam.




Banyak lagi cara untuk berjimat, kena cari dan ubah sikit cara hidup. Nampaknya, diri sendiri, anak-anak dan keluarga semua kena berjimat. Letrik, Air dan barang-barang tidak perlu kena la kami kurangkan. Harap-harap dengan berjimat ini dapat membantu kami mengawal kewangan kami dengan baik.

Income Pertama Blog Dari Nuffnang 2014

$
0
0

Hari ni buka mailbox, sekali lihat ada satu surat dari Nuffnang. Buka jer surat tu ternampak sekeping cek seperti biasa, income dari blog bulan lepas. Alhamdulillah, bulan ni cek dari Nuffnang sampai awal. Dapat la simpan income kali ni nak buat beli MacBook Air InsyaAllah.

Rezeki untuk income bulan Disember 2014 nampaknya paling banyak setakat ini. Sebelum ni memang tak pernah dapat cek sebayak ini. Rezaki penutup event tahun 2013 memang banyak advertorial, event dan sponsor post.

Untuk nilai tempelan iklan di Nuffnang sekarang ini tak la banyak sangat. Yang banyak ialah sponsored post. Untuk income bulan Januari, hampir kesemuanya 95% datang dari event sponsored post Nuffnang.

 

 

Nampak memasuki bulan Januari, slow sikit. Tak banyak job advertorial masuk, harapkan income dar CPUV sahaja, camana nak banyak ni.

Untuk anda yang ada Nuffnang, cek la baki Cash anda dalam akaun Nuffnang. Mana tau anda mungkin akan dapat jobs dan addition income dari sumber Nuffnang. Teruskan menulis...

Viewing all 1468 articles
Browse latest View live