Kisah Seram Villa Nabila Dan Filem Hantu Malaysia
Samsung Galaxy Tab 3 Kids Kini Di Malaysia
Samsung Malaysia kini mengumumkan ketibaan Samsung Galaxy Tab 3 Kids yang dicipta khusus untuk kegunaan kanak-kanak. Peranti ini mempunyai penggunaan user mode kedua yang dibuat khas untuk kanak-kanak dan user setting membolehkan ia diakses berlainan ke aplikasi di Kids Store
Kids Store ini menyediakan akses untuk aplikasi untuk kanak-kanak sesuai untuk di'download' ke dalam Galaxy Tab 3 Kids untuk membantu kanak-kanak dalam permainan dan pembelajaran awal kanak-kanak berumur seawal 3 tahun ke atas.
Nampaknya ibu bapa tak perlu risau lagi selepas ini dengan Galaxy Tab mereka kerana anak-anak mempunyai tablet Galaxy Tab 3 Kids masing-masing dan tidak akan menggangu tablet orang dewasa.
Galaxy Tab 3 Kids ini sudah dilengkapi dengan pelbagai mainan kanak-kanak, e-book dan juga aplikasi hiburan serta pembelajaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak.
Galaxy Tab 3 Kids mempunyai spefikasi saiz skrin 7 inci dengan resolusi 1024x768 pixels dan diperkuatkan dengan kelajuan 1.2GHz dual-core precessor dan dilengkapi dengan 1GB RAM dan storan dalaman 8GB. Galaxy Tab 3 Kids juga mempunyai slot memori tambahan dan berupaya sehingga 32GB.
Galaxy Tab 3 Kids menggunakan Android 4.1 Jelly Bean versi Adroid Google dan diperkemaskan dengan Samsung TouchWIZ interface untuk support touch screen. Ia di datangkan dalam warna kuning dan mempunyai rubber case berwarna oren yang dicipta untuk keselesaan memegang bagi kanak-kanak.
Harga Samsung Galaxy Tab 3 Kids di Malaysia dijangka akan diumumkan pada sekitar harga RM899 dan akan mula dijual pada Disember 2013 di semua outlet Samsung yang mengambil bahagian. Apa lagi, dapatkan satu unit Samsung Galaxy Tab 3 Kids untuk anak-anak anda sekarang.
Jemputan Media Trip Ke Satun dan Hatyai Thailand
Cowboy Town A'Famosa Resort Melaka - Pertunjukkan Cowboy Terhebat
Entry ini menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014
Musim Cuti Sekolah, Apa Anak-Anak Anda Buat?
Menu Beef Burger Di Wondermama Bangsar Village
Semalam, MrJocko menunggu kawan dan juga klien di kawasan Bangsar Village. Kebetulan dah sampai sini, harus cari tempat makan best sementara menunggu klien datang. Perut pun lapar, jadi lokasi restoran tujuan ialah Wondermama di Bangsar Village. Kat Wondermama memang banyak menu sedap.
Pernah la beberapa bulan lepas singgah di Restoran Wondermama dengan rakan kerja Public Mutual. Masa tu MrJocko mencuba menu Nasi Goreng Daging yang memang sedap. Tambah pula dengan minuman Pandan Layer memang sangat sendap.
Tetapi kali ini MrJocko cuba menu ringkas iaitu Beef Burger. Untuk set beef burger di Wondermama ini berharga RM15.80 dan pelengkapnya ialah Hot Chocolate berharga RM8.00. Portion beef burger Wondermama tak la besar sangat tetapi ia mengenyangkan. Ada side kentang goreng dan juga sos kuah yang sedap, Yum Yum,,,
Rasa daging seperti diadun dan dibakar seperti rasa burger bakar, tetapi lebih unik mungkin kerana campuran sos tertentu. Sedap dan memang terbaik. Tak besar sesuai dengan saiz perut dan diet makan MrJocko. Ingat nak cuba benda lain, sekali dah tak larat. Rasa beef burger Wondermama memang sedap.
WW - Sekali Harimau NGAP!!!
Popia Basah Kuala Kangsar Di Stadium Paroi
Entry ini menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014
Berapa Kos Sara Hidup Sehari Anda Di Kuala Lumpur?
Hotel Casa Del Rio Melaka
Coconut Shake Klebang Original Melaka
Nama Coconut Shake Klebang Original memang sudah terkenal bertahun-tahun di kawasan Klebang, Melaka. Asal cuma sebuah gerai kecil menjual Coconut Shake bersebelahan Stesen minyak Caltex di Klebang. Lokasi memang menarik kerana ia sangat selesa dan luas. Jom kita tengok apa yang ada di Coconut Shake Klebang ini.
Waktu berniaga Coconut Shake Klebang ini bermula setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga 6.30 petang. Cuma pada hari Jumaat, gerai Coconut Shake Klebang dibuka pada jam 2.30 petang hingga 6.30 petang. Kalau anda di Melaka, memang boleh beli Coconut Shake Klebang setiap hari.
Di gerai Coconut Shake Klebang, ada juga menjual nasi lemak, mee goreng, kuih muih dan pelbagai makanan kudap-kudap lain. Rasanya ini semua ni adalah hasil tumpang meniaga dari orang kampung sekitar kawasan tersebut. Sambil minum coconut shake Klebang boleh makan nasi lemak dan sebagainya.
Harga Coconut Shake Klebang murah jer. Untuk yang nak take away, harga RM2.00 biasa dan RM2.50 special. Untuk minum di sana cuma RM1.70 biasa dan RM2.20 untuk special. Untuk nasi lemak cuma RM1.20 sahaja, kuih muih pun murah.
Jadi, kalau ke Melaka, tak sah kalau tak cuba merasa Coconut Shake Klebang. Kena cuba, kerana rasa dan keunikkan Coconut Shake Klebang memang berbeza dengan coconut shake tempat lain. Burp!!!
Ninetology U9 X1 Gadget Baru MrJocko
Sedar tak sedar sudah 6 bulan MrJocko menggunakan smartphone Lenovo S890 yang dijual pada harga RM750. MrJocko beli Lenovo S890 untuk menggantikan smartphone Blackberry Torch 9810 hadiah sempena kemenangan tempat kedua di Maxis Blackberry Workshop pada tahun 2011. Kini, hasil kemenangan pada contest blogpost Ninetology Malaysia, MrJocko menerima satu unit Ninetology U9 X1, Alhamdulilah.
Jadi unit Lenovo S890 MrJocko bagi kat adik MrJocko jer la. Kalau dulu dia pakai Galaxy Neo, kalau pakai Lenovo S890 ni gambar dan speed dia lagi laju berbanding Galaxy Neo. Nampak cantik lagi, pasal MrJocko pandai jaga ;)
Unit Ninetology U9 X1 ni memang MrJocko pernah review pada bulan September lepas. Sempat la buat comparison unit Ninetology U9 X1 ini berbanding Galaxy Note 2. Selama seminggu test Ninetology U9 X1 memang puas hati. Lagipun, unit Ninetology U9 X1 ni cuma berharga RM1,199 sahaja dan lebih murah jika dibandingkan dengan gadget yang mempunyai spesifikasi yang seumpamanya.
Thank you Allah, ini semua rezeki dari-Nya. Hasil sertai event percuma, hasilnya masih memuaskan hati MrJocko dan rakan-rakan blogger lain. MrJocko sendiri sudah dapat banyak hadiah seperti pakej percutian 2 hari 1 malam di Genting Highlands, Smartphone Blackberry Torch 9810, Galaxy Tab 3 Saiz 7.0 inci, pakej percutian keluarga ke A'Famosa dan terbaru Smartphone Ninetology U9 X1. Event memang percuma, tetapi pengisian event banyak yang memberikan hasil yang berbaloi untuk kami sebagai blogger.
Apa pun, MrJocko berpuashati dengan hadiah terbaru ini. Dah dapat, dah rezeki pakai jer la, tak payah nak jual. Ini hasil kerja MrJocko dan umpama bonus berkerja sebagai Blogger. Alhamdulillah.
Big Ice Cream Tarikan Terbaru A'Famosa Water Theme Park
Cita Cita Nak Beli Porsche Cayenne
Kalau anda masih belum ada cita-cita untuk memiliki sebuah kereta mewah, apa kata mula simpan keinginan dalam diri untuk memiliki sebuah kereta mewah berjenama Porsche Cayenne seperti ini. Cita-cita MrJocko apabila ada kemampuan, tearing in until membeli sebuah Porsche Cayenne seperti ini.
Apa salahnya menanam cita-cita tinggi seperti ini kerana bagi MrJocko, ia memberi suntikan semangat untuk MrJocko berkerja dengan lebih kuat lagi. Semua orang tahu yang sebuah kereta Porsche Cayenne ini bernilai lebih dari RM250,000 sebuah dan ada model yang lebih mahal dari itu.
Jadi untuk dapatkan modal untuk membeli kereta yang melebihi RM250,000 itu, MrJocko akan berkerja keras demi mencapai cita-cita tersebut. Bukan senang, tetapi juga ia bukan mustahil.
MrJocko sendiri selalu tanam dalam tujuan anak-anak MrJocko supaya menjadi orang berguna dan menjadi orang yang banyak harta. Harta dunia dan harta akhirat. Banyak harta di dunia dengan banyak duit, masa, tenaga dan yang baik-baik. Banyak harta akhirat dengan ilmu agama.
Ermmm... Bila la ada peluang nak drive kereta Porsche Cayenne ini. Teringin juga nak cuba pegang steering dan drive Porsche Cayenne pusing satu Malaysia, Amin. Siapa boleh pinjamkan MrJocko untuk drive Porsche Cayenne ini?
Pengalaman Menginap Di First World Hotel, Genting Highlands
Cuti sekolah hujung tahun 2013 kami sekali lagi ke Resorts World Genting. Semua orang tahu, Genting Highlands antara lokasi percutian tanah tinggi dan paling sejuk di Malaysia. Pilihan kami semestinya di First World Hotel, salah satu hotel yang paling dekat dengan Taman Tema Genting Indoor dan Outdoor Park.
Di First World Hotel Genting, banyak pilihan bilik yang anda boleh pilih samada Standard Room, Deluxe Room, Superior Deluxe dan World Club Room untuk pengalaman penginapan anda di Genting Highlands. Anda boleh menempah bilik secara online atau walk-in ke Kaunter Lobby First World Genting. Tapi kalau tanya MrJocko, baik anda tempah secara online kerana mudah dan cepat.First World Hotel ialah salah satu hotel yang terbesar didunia dan ia dikelilingi oleh First World Plaza yang berkeluasan lebih 500,000 kaki persegi.
Kami sangat selesa bila berada disini dan senang untuk akses ke First World Plaza dan juga Taman Tema Genting. Samada anda menginap di Tower 1 atau di Tower 2, lokasi hotel First World ini memang sangat strategik. Dalam bilik disediakan Jug dan juga cawan untuk kemudahan pengguna. Anda boleh mendapatkan bekalan air panas dan air minuman 24 jam sehari berdekatan bilik anda. Katil yang selesa dan 4 bantal enpuk untuk tidur anda. Bekalan air panas untuk mandian semestinya ada.
Musim cuti sekolah ni, kalau anda nak ke sana, baik tempah awal-awal di First World Hotel Booking Online. Mana la tahu kot-kot bilik penuh memandangkan musim cuti sekolah memang ramai yang bercuti ke Genting Highlands bukan sahaja orang Malaysia, tetapi dari Singapura, Indonesia, Thailand dan juga pelancong dari negara-negara Arab.
Selamat bercuti ke Genting Highlands, Pahang, Malaysia. Untuk sementara, Taman Tema Outdoor kini ditutup untuk kerja-kerja naik taraf pembinaan Twentieth Century Fox Theme Park.
Entry ini menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014
Bosch Asian Range Memasak Secara Bergaya
Pelancaran Freeport A'Famosa Outlet Village Melaka
Freeport Retail, sebuah syarikat pemaju dan operator yang mengenengahkan konsep outlet retail yang terkenal di Eropah kini bersama-sama Langkah Realliti Sdn Bhd, anak syarikat penuh Kumpulan A'Famosa akan membangunkan sebuah kawasan pusat membeli belah yang dinamakan Freeport A'Famosa Outlet Village di A'Famosa Resort, Melaka. Ia merupakan satu kerjasama yang disokong sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Melaka untuk pembangunan dan kemajuan Negeri Melaka pada masa akan datang.
Oleh yang demikian pelancaran Freeport A'Famosa Outlet Village ini disaksikan sendiri oleh Ketua Menteri Melaka, Y.A.B Datuk Seri Ir Hj Idris Hj Harun bertempat di Casa del Rio Hotel Melaka. Projek ini dijangka akan memulakan kerja-kerja pembinaan seawal March 2014 dan dijangka menelan kos sebanyak RM190 juta di kawasan seluas 310,000 kaki persegi di A'Famosa Resort, Melaka.
Secara kasar, Freeport A'Famosa Outlet Village ini akan mempunyai rekaan senibina projek Malaysia - British dan ia mampu memberikan tarikan rekaan bangunan yang cantik dan menarik. Bermakna, ia akan menjadi tarikan dalam pelbagai aspek termasuk rekaan landskap bangunan Freeport A'Famosa yang menarik.
Apabila siap pada Fasa 1 pada April 2015, dalam Freeport A'Famosa Outlet Village ini akan mempunyai pelbagai butik dan outlet kedai yang menjual barangan berjenama dari luar negara dengan harga yang murah menawarkan diskaun sehingga 70% lebih murah dari harga jualan biasa untuk market pasaran Melaka dan umumnya Malaysia.
Trip Ke Satun Dan Hatyai - Teaser
Selain itu, di kawasan ini ada Gua yang terbesar di Thailand yang dikenali sebagai Phu Pha Phet. Lokasi gua ini memang berada dalam kawasan Taman Negara Thailand dan ia mempunyai struktur yang cantik dan unik.
Nampaknya, semua lokasi tersebut belum MrJocko sampai dan InsyaAllah dengan keizinanNya, rezeki untuk melihat keindahan ciptaan Allah ini akan tercapai. Tak sabar untuk bersama-sama dalam Trip ke Satun dan Hatyai ini. Bagi yang nak melihat dan ikuti perjalan MrJocko, jangan lupa follow Twitter dan Instagram @MrJocko yer... :)
Hamid Restaurant Hatyai Halal Food
Hari pertama singgah di Hatyai, kami sampai jam 12.45 petang waktu Thailand. Sampai Hatyai terus di bawa makan ke Hamid Restaurant Hatyai, salah satu restoran makanan halal yang sedap dan terkenal di Hatyai. Lokasi Hamid Restaurant ni berada di depan McDonalds Hatyai. Mudah jer nak cari.
Untuk hari ni, menu yang dihidangkan ialah Siakap Goreng 3 Rasa, Tomyam Seafood Putih, Seafood Masak Halia, Ayam Goreng dan Telur Dadar. Kena pulak air buah epal, memang terbaik.
Memang restoran Hamid ni memang terbaik. Paling sedap Ikan Siakap Goreng 3 Rasa. Serius rangup dan kena dengan taste MrJocko. Tomyam putih pulak original rasa dari Thailand. Memang terbaik.
Lauk satu lagi seafood masak halia memang digoreng sedap. Rasa sotong dan daging udang sebati dengan rasa halia, ia memang terbaik.
Semestinya kalau anda ke Hatyai, mesti singgah makan di Hamid Restaurant Hatyai. Rasa memang sedap, unik dan servis memang cepat. Harga jangan risau, murah dari harga Kuala Lumpur.
Ini adalah entry Live dari Hatyai