Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Langka Beach Resort Satun, Thailand

$
0
0

Untuk pertama kali MrJocko datang ke Satun, salah satu daerah yang berdekatan dengan Taman Negara Thale, Thailand. Lokasi yang MrJocko tujui ialah Langka Beach Reaort, salah satu resort di kawasan perkampungan sekitar pekan kecil Pak Nam, Satun, Thailand.

Resort ni dikendalikan oleh Muslim dan menyediakan menu masakan Halal. Bilik yang disediakan juga memang diluar jangkaan kerana cantik dan mempunyai servis seperti hotel 3 bintang. Langka Beach Resort ini juga menyediakan sarapan pagi seawal jam 7.00am.

 

 

Lokasi Langka Beach Resort terletak di tepi pantai dan mengadap Laut Andaman. View laut kat sini memang cantik dan laut yang tenang memang menarik minat sesiapa sahaja yang suka pada kebiruan air laut dan langit yang biru.

Ada beberapa jenis bilik boleh anda pilih dari bilik yang berkonsepkan moden, kampung tradisional dan bilik keluarga. Harga pakej setiap bilik tak pasti kerana trip ini ditaja oleh pihak Tourism Authority of Thailand. Yang pasti rasanya harga bilik sekitar RM100 dan ke bawah.

Jadi kalau anda nak ke Satun, Thailand, anda mungkin boleh berkira-kira untuk menginap di Langka Beach Resort ini. Yang pasti, nampak macam resort yang eksklusif, walaupun hanya berada di sekitar kampung. Resort ni dekat dengan Jeti yang akan membawa kami ke Koh Lipe dan pulau-pulau sekitar Laut Andaman.


Murah, Cuma Thai Baht 49.90 Sahaja

$
0
0

Antara salah satu sebab MrJocko suka kalau datang ke Thailand kerana banyak lagi barang-barang yang dijual di Thailand jauh lebih murah berbanding Malaysia. Lihat sahaja, baju, alatan dapur, tilam 'TOTO' dan makanan, kat Thailand memang murah.

Semalam MrJocko singgah di 7Eleven di sekitar Satun ini, sempat la beli 2-3 barang. Antaranya ialah ubat gigi, air susu dalam kotak, kopi 3-in-1 dan juga minuman tenaga Kratingdaeng. Percaya atau tidak kesemua ini hanya bernilai bawah Thailand Baht 49.90 sahaja. Bermakna sekitar RM5 sahaja. Ini harga jualan runcit di 7Eleven, agaknya mesti lebih murah kalau beli di kedai runcit biasa.

 

 

Sebenarnya rakyat Thailand memang masih bertuah kerana harga barang-barang di dalam negara mereka masih murah. Kalau dibandingkan dengan Malaysia, mungkin MrJocko boleh buat perbandingan RM1 = Baht 6, bermakna, kita rakyat Malaysia bayar RM1 dan rakyat Thai bayar Baht 6 untuk nilai barang yang sama.

Apapun, memang MrJocko tak sangka yang harga di Thailand masih murah seperti tahun 2011 masa MrJocko datang ke Phuket. Harap, harga kat sini akan masih tetap murah supaya senang kami orang Malaysia nak shopping di Thailand lagi. Next trip, harap-harap Tourism Thailand bawa MrJocko ke Chiang Mai pulak. ;)

Stars On Strings Show Persembahan Puppet Terbaik Di Genting Highlands

$
0
0
Sebelum ni kita hanya melihat persembahan puppet ini hanya di Telivisyen, kini anda boleh menonton dengan mata sendiri persembahan Stars on Strings di Genting International Showroom bermula 16 November 2013 lepas sehingga 9 Disember 2013. Hanya 3 minggu sahaja, John Chisholm dan Josef Probst akan membuat persembahan mereka di Genting Highlands, Malaysia.

Bayangkan dalam persembahan Puppet yang julung-julung kali diadakan di Genting Highlands ini, sebanyak 88 watak puppet yang dicipta khas dan direka dengan sebegitu rupa untuk memberikan persembahan puppet terbaik untuk penonton semua. Bayangkan dengan pengalaman selama lebih 25 tahun, John dan Josef memang antara pencipta dan pemain puppet yang terbaik di dunia kini berada di Malaysia untuk menghiburkan anda.




Antara aksi persembahan Stars on Strings di Genting Highlands ini yang menarik perhatian MrJocko ialah aksi Micheal Jackson melakukan moonwalk, Aunty and Rat in my room dan juga Lady in Red. Bayangkan menurut John, dia memerlukan selama 3 bulan untuk memahirkan diri dengan persembahan moonwalk Micheal Jackson dan juga cabaran untuk membuat persembahan Lady in Red kerana ia sangat berat.

Masih ada masa kalau anda nak menonton Stars on Strings di Genting International Showroom sehingga 9 Disember nanti. Harga tiket Stars on Strings cuma RM25 untuk VIP dan RM15 untuk tempat duduk PS1. Bagi pemegang 'Rewards Card Member, anda boleh menikmati special rate, cuma RM18 untuk tiket VIP dan RM11 untuk PS1. Jika anda ada tiket First World Indoor tiket dan Fantastica!2 tiket, anda cuma perlua bayar RM10 sahaja untuk satu tiket Stars on Strings PS1.






Apa lagi, jom bawa anak-anak ke Genting International Showroom untuk menyaksikan persembahan hebat Stars on Strings. Anak-anak MrJocko memang suka dan sangat berpuas hati. maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Resorts World Genting. atau call 03-61011118

Kenaikkan Gaji Sehingga 373% Wow!!!

$
0
0

Selama MrJocko kerja di sebuah badan berkanun selama 12 tahun, seingat MrJocko kenaikkan gaji tertinggi yang pernah MrJocko dapat ialah 10%. Itu pun kerana penyelarasan skim gaji baru. Kalau tak average kenaikkan gaji tahunan sekitar 7%. Bermakna, kalau masa tu gaji RM1,000 naik la ekstra RM100 menjadikan ya RM1,100.

Isu semasa dan berita terkini di Selangor, bagi mereka yang menyandang jawatan sebagai Menteri Besar, EXCO Kerajaan Negeri, Speaker, Timbalan Speaker dan ADUN, mereka sememangnya bertuah kerana mendapat kenaikan gaji dari 87% sehingga 373%. Kenaikkan gaji seperti ini memang Wow, Wow, Wow,,,

 

 

Bagaimana perasaan rakyat Selangor tentang isu kenaikkan gaji baharu orang-orang Kerajaan Negeri Selangor ni? Anda gembira atau terasa seperti ia terlalu tinggi? Apakah rasional disebalik kenaikkan gaji baharu ini? Adakah ini akan bermulanya stage di mana kerajaan negeri mula menunjukkan kepincangan dalam pengurusan amanah dan harta benda negeri Selangor?

Beruntung lah mereka yang menerima kenaikkan gaji baharu di Selangor kerana dalam keadaan ekonomi Malaysia yang seperti ini, mereka masih boleh memberikan kenaikkan gaji baharu yang sangat tinggi berbanding orang lain. Mungkin kenaikkan gaji baharu tidak menjadi masalah, tetapi, jangan lah sampai terlalu tinggi sehingga 373%.

Majalah Leisure Travel, Majalah Kembara Santai Malaysia

$
0
0

Kalau anda seorang yang suka travel atau mengembara ke serata dunia, sudah pasti anda akan mencari maklumat tentang lokasi pengembaraan anda melalui bacaan di majalah, buku atau juga carian di internet. Sekiranya anda nak cari info lokasi kembara santai seluruh dunia, boleh baca majalah Leisure Travel terbitan AmLeisure Media Sdn Bhd.

Majalah Leisure Travel ini keluaran Malaysia dan punyai banyak artikel setiap edisi keluaran serta menyentuh banyak aspek travel dari segi info lokasi dan tempat-tempat menarik, info hotel dan makanan serta perkongsian artikel dari pengalaman pengembara lain.

 

 

Ia merupakan bahan bacaan untuk anda dapatkan info kembara serata dunia dan ia memang akan membantu anda mengenali dunia luar sebelum anda ke sana. Ada info tentang Eropah, Timur Tengah dan juga semestinya Asia. Tak lupa, promosi terkini, info pakej pilihan dan beberapa 'contest' di dalam majalah Leisure Travel ini yang membolehkan anda mungkin memenangi hadiah-hadiah menarik.

Untuk peminat kembara, cuba dapatkan naskah majalah Leisure Travel anda dengan hanya RM9.00 sahaja dan mungkin beberapa artikel di dalam majalah Leisure Travel ini akan memberikan anda idea untuk percutian anda seterusnya dengan mudah.

Dua Keping Cek Payment Dari Nuffnang

$
0
0

Selepas siap mandi semua pagi ni, buka emel tengok ada notification dari HSBC. Rupanya payment untuk previous job dah masuk dan cek bayaran sudah dihantar, Alhamdulillah. Seingat MrJocko ini kali kedua MrJocko menerima dua keping cek dalam satu masa. Ini semua hasil blog dan advertorial dari Nuffnang.

Tahun ni tahun kedua MrJocko aktif menerima advertorial dari Nuffnang, harap-harap tahun depan 2014, blog MrJocko akan terus menerima advertorial berbayar dari Nuffnang. Masuk tahun 2014, harap rate advertorial MrJocko akan naik dan lebih dari bayaran tahun ni 2013. Bukan nak demand sangat, tapi harap-harap ada kenaikkan 'komisen' yang lebih berbaloi untuk blog MrJocko.com.

 

 

Tahun 2013 banyak peluang baru yang MrJocko sertai dan sudah lebih 5 trip tajaan yang MrJocko dapat. Antaranya 2 kali bersama Resorts World Genting dengan keluarga, trip ke A'Famosa bersama keluarga, Food Trail Negeri Sembilan dan FAM Trip dengan Tourism Thailand. Ini semua juga antara hasil dari blog yang berbaloi dan akan MrJocko terima selagi ada tawaran.

Untuk yang baru berblog, teruskan usaha, jangan cepat putus asa. Banyak lagi peluang kat luar sana untuk anda. Kejayaan bukan boleh datang begitu sahaja, ada cabaran dan rintangan yang anda kena hadapi.

Untuk 2 keping cek bayaran pada bulan ni, Terima Kasih Nuffnang ;)

Kadar Bayaran Tol Naik Lagi? Atau Ura-Ura Sahaja

$
0
0

Betul ke ada info dan berita yang mengatakan kadar bayaran Tol di lebuhraya di Malaysia akan dinaikkan? Atau adakah ini semata-mata khabar angin sahaja. Siapa yang tahu cerita sebenar pasal kenaikkan kadar bayaran tol di lebuhraya Malaysia, boleh la share yer...

Di saat banyak harga barang-barang naik dan semakin mahal, nampaknya kadar bayaran tol pula akan dinaikkan. Agaknya kalau betul kadar tol ini akan naik, apa rasional kenaikkan kadar tol untuk kali ini?

 

 

Sepanjang 4 hari di Hatyai menghala ke Pak Bara Satun, ke pulau-pulau di sekitar ini tak nampak satu pun jalanraya ber'tol' di sini. Jalannya pula rasanya agak baik dan jarang mempunyai struktur berlubang. Kalau masuk ke lebuhraya, ia mempunyai dua lorong dan pemanduan agak selesa.

Kalau di Thailand tak ada TOL,,, harap-harap di Malaysia suatu hari nanti akan sama tiada TOL. Malaysia Boleh.

Shopping Di Hatyai

$
0
0

Hatyai memang sebuah bandar komersil dan ia mempunyai tarikan yang tersendiri. Lokasi Hatyai sebenarnya agak jauh dari sungai dan pantai, tetapi ia tetap menjadi tumpuan pelancong untuk melawat bandar Hatyai. Antara aktiviti menarik kat Hatyai ialah membeli belah atau 'shopping'.

Hatyai juga adalah transit pelancong untuk ke pulau Koh Lipe dan pulau sekitar daerah Satun di Thailand. Ia menjadi pilihan pelancong untuk persinggahan sementara sebelum ke pulau dan selepas ke pulau.

Antara yang menjadi pilihan pembeli di sini ialah pakaian. Yang paling popular ialah Tshirt yang sudah dicetak. Banyak design menarik dan dijual dari RM10 hingga RM20 sehelai.

 

 

Biji Gajus Goreng memang terkenal di Hatyai. Harga jualan cuma sekitar RM18 bagi setiap kilo dan anda boleh pilih beberapa jenis Biji Gajus Goreng yang ada samada biasa, rangup dan juga campuran perasa lain. Jangan risau, ramai yang meniaga di sekitar pasar Hatyai ialah orang Islam dan produk halal.

Buah-buahan juga menjadi tarikan utama. Antara yang best ialah buat Nenas Phuket yang manis, Buah Mangga, Buah Mata Kucing dan juga Jambu Air. Harga murah berbanding Malaysia. Sayang kita tidak dibenarkan mrmbawa pulang buah-buahan ini kerana ia antara benda yang perlu dikuarantin. Kalau nak rasa, beli dan makan kat sana ;).

Ini antara barang-barang yang MrJocko beli di Hatyai. Paling banyak ialah Tshir, hampir RM150 habis untuk Tshirt sahaja. Pun begitu ia berbaloi.

Benda lain banyak yang menarik, cuma untuk kali ni MrJocko beli barang-barang ni sahaja. Cukup la untuk kenangan ke Hatyai, Thailand. InsyaAllah, ada rezeki tahun depan boleh lagi singgah ke Hatyai, Amin.


PayQuik Kiosk Top-up Telco Dan Bayaran Bil Setempat

$
0
0

Pertama kali MrJocko lihat kiosk PayQuik ini di Stesen Komuter Bank Negara dan terfikir apa fungsi mesin kiosk PayQuik ini. Bila dah sampai dekat, baru MrJocko faham yang mesin kiosk PayQuik ini ialah kiosk untuk top-up telco dan membayar bil-bil setempat.

Antara bayaran yang anda boleh buat menggunakan mesin kiosk PayQuick ini termasuk bayaran prepaid dan postpaid telco seperti DiGi, UMobile, Maxis dan Celcom.

Untuk pembayaran bil lain, anda boleh bayar bil Astro, Syabas, Telekom dan banyak lagi bil-bil lain di mesin kiosk PayQuik. Sertakan bil anda semasa membuat bayaran supaya senang anda berurusan.

 

 

Dengan ada mesin kiosk PayQuik di stesen-stesen KTMB ini, senang la untuk kita mencari alternatif lain dalam membuat bayaran untuk bil telco dan bil-bil semasa bulanan. Mudah bila anda cuma perlukan sekitar beberapa minit untuk menyelesaikan pembayaran anda. Mesti korang setuju bila MrJocko kata mesin kiosk PayQuik ini membantu kita dalam menyelesaikan bil bulanan dengan mudah.

Paul Walker, Pelakon Fast And Furious Mati Eksiden

$
0
0
Mungkin ramai yang terkejut menerima berita kematian aktor terkenal Paul Walker, bintang filem yang bersinar melalui filem Fast And Furios. Paul Walker di katakan kemalangan kereta apabila keretanya terbabas dan melanggar pokok kemudian terbakar di Santa Clarita, bahagian utara Los Angeles.

Ada berita mengatakan yang pada ketika itu Paul Walker bersama seorang lagi rakannya memandu sebuah kereta Porsche GT hilang kawalan terbabas dan melanggar pokok. Akibat kemalangan itu, kereta Porsche GT tersebut terbakar.





MrJocko mula kenal aktor ini menerusi filem paling terbaik menerusi sequel Fast and Furios 1,2,4,5 dan 6. Dalam filem Fast and Furios pertama, MrJocko sempat jual T-shirt design Fast and Furios. Bukan itu sahaja, terpengaruh dengan kereta dalam filem Fast and Furios, MrJocko sanggup beli sebuah kereta yang sudah di 'make-up' dan memang pernah masuk majalah kereta dan magazine lain beberapa kali pada ketika itu.

Mungkin selepas ini dah tak ada sequel filem Fast and Furious. Kalau ada pun, sudah pasti tak akan sama kombinasi lakonan Paul Walker dan Vin Diesel.

Safari Wonderland A'Famosa Resort Melaka

$
0
0
Safari Wonderland A'Famosa sebenarnya punyai banyak tarikan yang tidak diketahui ramai. MrJocko sendiri pertama kali ke Safari Wonderland A'Famosa Resort di Melaka bulan lepas dan begitu teruja selepas seharian berada di dalam Safari Wonderland ini.
Lokasi Safari Wonderland A'Famosa ini berada di dalam A'Famosa Resort dan berada bersebelahan dengan pintu masuk A'Famosa Water Theme Park. Di dalam Safari Wonderland ini mempunyai beberapa bahagian tarikan, antaranya :
1. Ada lawatan ke Safari,
2. Ada ruang pejalan kaki menyusuri kandang haiwan seperti Burung Bangau, Angsa, Rakun, Unta, Kuda Padi, Burung Merak dan macam-macam lagi,
3. Menaiki bot ke Monkey Island A'Famosa
4. Melawat Farm House
5. Ada pertunjukkan burung Colour of The Bird pada jam 12.00 tengahari dan 3.45 petang.
6. Elephant Encounters, sesi bari makanan kepada gajah pada jam 10.15 pagi dan 4.30 petang.
7. Pertunjukkan Pelbagai Haiwan pada jam 11.20 pagi dan 3.00 petang ; dan
8. Pertunjukkan Wild Wild West yang memang terbaik, show pada jam 2.15 petang.
 

Contest SEO Eridy - Hadiah Berjumlah RM500

$
0
0
Contest SEO Eridy, itulah contest SEO terbaru yang MrJocko jumpa semasa blogwalk. Nampaknya dalam Contest SEO Eridy ini, tuan punya blog menyediakan hadiah yang cukup menarik. Walaupun MrJocko tidak pernah ke laman blog ini, rasanya apa salahnya kalau MrJocko support Contest SEO ini.

Dari segi blog, nampak layout blog Eridy.com ini simple sangat. Hanya ada iklan di bahagian atas, tak tiada wigdets atau plugin lain. Sangat simple dan semestinya loading ke blog ini lebih cepat dari loading ke blog MrJocko.

Tiada banner pengenalan oleh tuan punya dan dalam blog ini, memang kita takkan kenal siapa Mr Eridy ni melainkan info profil pendek berkenaan nama pendek Eridy, umur 24 tahun, berasal dari Sabah dan kerja dalam bidang IT Technician.





Contest SEO Eridy ini katanya bermula pendaftaran sehingga 11 Disember 2013. Contest akan bermula pada 12 Disember 2013 dan akan berakhir pada 30 Disember 2013. Kalau anda nak join, senang saja, cuma buat entry mengikut kreativiti sendiri tentang Contest SEO Eridy dan gunakan keyword 'Contest SEO Eridy' sebagai kata kunci.

Pemenang akan dipilih oleh tuan punya blog berdasarkan 'Kedududukan Di Muka Surat Pertama carian Google "Contest SEO Eridy" menggunakan Google Private Browsing'. Kalau anda nak cek sendiri pun boleh, gunalah Google Private Browsing untuk semak kedudukan keyword Contest SEO Eridy anda.

Bagi yang sertai peraduan ini, Good Luck. Ini ada lah salah satu cara untuk anda sebagai blogger mencuba dan mengasah skill untuk mempertajamkan teknik SEO dalam blog anda. Kali ini, cabaran anda untuk bermain dengan keyword Contest SEO Eridy. Mana tahu anda bakal memenangi hadiah bernilai RM200 sebagai pemenang dan hadiah-hadiah lain sebagai usaha anda dalam mempertajamkan skill SEO anda dengan menggunakan kata kunci Contest SEO Eridy.

Fasai Seafood Langka Beach Resort Pakbara

$
0
0
Hari pertama kami, untuk makan malam Tourism Authority of Thailand membawa kami ke sebuah salah satu restoran yang terkenal di daerah Langu ini. Restoran ini dinamakan Fasau Seafood terletak di sekitar pantai Pakbara. Nampaknya restoran Fasai Seafood ini ada kaitan dengan resort kami menginap Langka Beach Resort Pakbara.

Restoran Fasai Seafood ini merupakan restoran halal dan menyediakan banyak menu asli Thai yang memang sedap dan original. Untuk menu malam ini kami dihidangkan dengan menu Tulang Putih Ayam Goreng, Ikan Siakap Goreng Special, Sotong Goreng Halia, Sayur Goreng dan juga yang terbaik Udang Galah Masak Special.






ini ialah tulang putih ayam yang di goreng rangup,,, memang sedap :)






Kombinasi lauk pauk yang dihidang di restoran Fasai Seafood Pakbara ini memang terbaik. Lauk ikan siakap goreng ini nampak berbeza cara penyediaannya dengan restoran di Kuala Lumpur. Lauk sotong masak halia juga ada sedikit perbezaan, sedap dari biasa. Yang paling best, Udang Galah yang dimasak istimewa. Ia seperti dibakar dan rasanya memang segar dan sangat sedap.

Lokasi makanan halal yang mudah untuk anda semua cari sekitar pantai Pakbara di daerah Langu ini. Di sekitar ini punya banyak resort dan hotel budget untuk mereka yang menjadikannya transit sebelum dan selepas ke pulau-pulau sekitar Koh Lipe, Koh Adang dan sekitang Laut Andaman.

Kalau anda bergerak dari Padang Besar dan memandu sehingga ke Jeti Pakbara, sepanjang jalan mudah sahaja untuk mencari makanan halal. InsyaAllah kalau dalam jarak beberapa kilometer anda akan mudah mengenali kedai makan Muslim dan Halal dari Satun sehingga ke Pakbara.

Makanan yang disediakan sekitar restoran halal di sini memang sedap. Ia mempunyai keunikkan tersendiri dan setiap restoran mempunyai menu masakan mereka yang tersendiri, asli dan sedap. Ambil peluang bercuti ke Satun dan sekitar pulau-pulau di sini seperti Pulau Koh Lipe, Koh Adang, Koh Rawi, Koh Khai dan banyak lagi pulau-pulau yang menarik samada untuk menikmati keindahan pulau atau datang ke sana untuk aktiviti memancing. 

Jom travel ke Thailand, Amazing Thailand.

Berapa Unique Visitor Harian Blog Anda

$
0
0

Kalau anda seorang blogger, salah satu perkara yang anda selalu fikirkan ialah Unique Visitor atau istilah mudah berapa pengunjung yang melawat ke laman blog anda dalam masa sehari. Semakin ramai pembaca yang datang melawat ke blog anda, semakin bernilai jenama blog anda dan semakin mudah untuk anda menerima jemputan 'event' dari PR company dan syarikat penaja untuk tujuan promosi produk dan perkhidmatan mereka.

Tentu sekali PR company dan Penaja mahukan blogger yang mempunyai pembaca yang ramai berbanding dengan pembaca yang sedikit. Oleh sebab itu, setiap blogger akan sentiasa memastikan entry dan blog mereka dikunjungi ramai pembaca bagi menjenamakan blog mereka ke tahap yang lebih professional.

 

 

Untuk blog MrJocko.com purata unique visitor (UV) harian hanya sekitar 800 UV dan lebih 60% dari pembaca blog MrJocko ialah new visitors. Dalam purata 800 UV sehari, setiap dari mereka datang dan singgah membaca 2 entry dalam blog MrJocko. Selalunya paling ramai datang jenguk blog MrJocko sekitar jam 12.00 tengahari sehingga jam 3.00 petang. Hampir 30% dari mereka masuk ke blog MrJocko dengan bantuan carian Google dengan bantuan organik keyword.

Jika blog anda punyai UV sekitar 1,000 sehari atau lebih, MrJocko syorkan anda aktif dengan syarikat Komunit Blogger seperti Nuffnang ke, Innity ke atau Komli. InsyaAllah anda akan dapat hasil dari blog anda.

Itu serba sedikit maklumat ringkas tentang berapa unique visitor harian blog MrJocko. Sememangnya MrJocko pun mahukan lebih ramai pengunjung ke blog MrJocko dan mendapatkan maklumat tentang makanan dan travel yang pernah MrJocko kongsikan di sini. Masih belum berpuashati dengan UV blog MrJocko. Di harapkan dapat capat 1,500 UV setiap hari. Berapa pula UV blog anda???

Sim Card Unlimited Use Untuk Social Apps

$
0
0

Semasa MrJocko mengikuti rombongan FAM Trip Satun Hatyai tajaan pihak Tourism Authority of Thailand, MrJocko tak guna khidmat roaming dari Telco di Malaysia. Kali ini MrJocko cuba untuk guna 'local sim card' untuk kegunaan di Thailand.

Alhamdulillah, walaupun tak pandai baca dalam bahasa Thailand, tetapi MrJocko berjaya mendapatkan Sim Card Prepaid AIS 3G dengan hanya 150 Baht atau sekitar RM15 sahaja untuk penggunaan yang Unlimited selama satu minggu.

Dalam pakej sim card AIS 3G ini mempunyai nilai tambah 100 Baht dan penggunaan data internet yang unlimited selama satu minggu dengan data plan maksima kelajuan sehingga 5.0GB. Dengan pakej sim card unlimited social appd ini MrJocko dapat guna sepanjang 4 hari berada di Thailand.

 

 

Sangat berpuashati kerana dengan nilai RM15 itu MrJocko dapat guna data plan yang memuaskan dan meluas. Bayangkan sehingga MrJocko guna data plan tersebut sehingga hari ke empat, data yang digunakan cuma 500mb sahaja dan masih berbaki 4.5GB.

Jadi, jika anda mahu ke Thailand, MrJocko syorkan anda guna local sim card AIS 3G ini jika anda mahu mencuba sesuatu yang baru. Sesekali cuba produk atau servis tempatan supaya anda dapat bezakan antara servis tempatan dan servis yang anda guna di Malaysia. Sudah pasti ada beza. Anda cuba kemudian anda boleh kongsi dengan rakan yang lain.


Lawak Ke Der 3 Di Istana Budaya

$
0
0

Lawak Ke Der 3, Bagi peminat persembahan lawak di Istana Budaya yang di beri nama Lawak Ke Der, anda mungkin tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya Kuala Lumpur bermula esok, Rabu, 4 Disember 2013 sehingga Ahad, 8 Disember 2013.

Sudah pasti ramai yang ingat lawak terbaik Jozan, Nabil, Harith, Jambu, Osbon dan pelawak-pelawak lain yang mengambil bahagian dalam edisi Lawak Ke Der dan Lawak Ke Der 2 yang lalu. Nampaknya Hans Isaac memang masih lagi percaya dengan persembahan Lawak Ke Der ini sebagai satu produk beliau yang masih boleh dijual kepada peminat lawak dan komedi tanah air.

 

 

Untuk persembahan Lawak Ke Der 3 tahun 2013 kali ini, ia akan menampilkan persembahan lawak terbaru dari Jambu, Nabil, Douglas Lim dan Harith Iskander. Pertujukkan akan bermula pada 4 Disember 2013 jam 8.00 malam sehingga 8 Disember 2013. Cuma pada hari Sabtu 7 Disember dan Ahad 8 Disember, ada persembahan tambahan pada jam 3.00 petang sempena dengan hari minggu.

Bagi anda yan gnak mendapatkan tiket Lawak Ke Der 3, anda boleh layari laman web www.ticket2u.biz dan tempah tiket anda secara online. Anda boleh memilih tiket Lawak Ke Der 3 anda dari tiket yang berharga RM46, RM96, RM126, RM176, RM196 dan RM356 untuk seat VIP.

Cepat dapatkan tiket-tiket Lawak Ke Der 3 anda sekarang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi terus 03-40265558 dan 03-41478600 atau lihat maklumat di sini http://www.istanabudaya.gov.my/en/persembahan-terkini

 

Phu Pha Phet Cave Gua Terbesar Di Thailand

$
0
0
Mungkin ramai yang belum tahu bahawa lokasi Phu Pha Phet Cave di Satun, Thailand ini sebenarnya begitu dekat dengan sempadan Malaysia. Gua Phu Pha Phet ini sebenarnya telah di isytiharkan sebagai gua terbesar di Thailand dan gua batu kapur keempat terbesar di dunia. 

Pengalaman MrJocko sendiri mendaki bukit tersebut dengan ketinggian lebih 300 anak tangga sebelum memasuki pintu gua Phu Pha Phet ini sangat mengujakan. Lokasi pintu gua dari kaki bukit hanya sekitar 400 meter sahaja. Anda jangan risau, tak perlu tenaga yang banyak, ia umpama satu latihan kaki biasa yang semua orang boleh buat.




Phu Pha Phet Cave ini terletak di kawasan pergunungan Tanawwasri, Nakhon Si Thammarat. Ia berada di wilayah Satun. Phu Pha Phet Cave juga dikenali sebagai 'Berlian Tebing' kerana bentuk stalacites dan stalagmites di dalam gua Phu Pha Phet ini akan bercahaya seperti berlian apabila disinari lampu cahaya. Memang berkelipan indah.

Sepanjang jalan di dalamnya punyai struktur titian pejalan kaki yang dibuat khas untuk kemudahan pengunjung. Anda akan merasai pengalaman berada di gua terbesar di Thailand ini dan pusing di dalamnya melihat pemandangan dan keunikkan binaan semulajadi dalam gua Phu Pha Phet ini.

Di dalam gua Phu Pha Phet ini mempunyai sekitar 20 gua kecil dan besar untuk anda lawati. Di dalamnya terdapat susur tangga pejalan kaki dan lampu-lampu yang di sediakan oleh pihak berkaitan untuk memudahkan pengunjung melihat keunikkan isi gua Phu Pha Phet ini. Banyak yang menarik ada di dalam gua Phu Pha Phet dan anda tak akan jumpa di tempat lain. Kalau anda seorang yang suka kepada alam, anda mesti suka dan wajib ke Phu Pha Phet Cave Thailand ini.

Ia merupakan pengalaman terbaik di mana menyusuri perjalanan di dalam gua Phu Pha Phet dan menikmati keindahan alam dan ruang legar gua yang begitu luas dan tinggi. Deruan air terjun di dalam gua dan di bawah gua memang memberikan pengalaman terbaik.

Jom ke Gua Phu Pha Phet, anda mesti terpesona dengan Amazing Thailand

Glamorous MrJocko

Nasi Arab Restoran D'Oasis Port Dickson

$
0
0

Selepas MrJocko kongsi gambar-gambar makan di Restoran D'Oasis Port Dickson bulan lepas, ramai rakan bertanya kat mana lokasi Restoran Nasi Arab di Port Disckson itu. Kalau nak mudah, anda boleh cari lokasi Restoran D'Oasis PD Nasi Arb ini berdekatan dengan bangunan Marina Beach Resort di Jalan PDS2, PD Sunggala Gateway. Lokasi kedua restoran ini boleh di lawati di PD Waterfront. Pilih sahaja lokasi mana anda mahu.

Menu utama di restoran D'Oasis PD ini menyediakan masakan nasi arab dan lauk pauk masakan arab. Tukang masak utama mereka sememangnya sudah lama berpengalaman dalam masakan Arab dan sudah begitu mahir tentang menu-menu masakan negara timur tengah ini.

 

 

Menu yang MrJocko cuba malam itu ialah Nasi Arab dan Kambing Kuzi dilimpahi Nasi yang sangat sedap. Anda boleh rasa beza kesedapan Nasi Arab yang di masak dan punyai keunikkan tersendiri kerana di D'Oasis mereka menggunakan beras yang bermutu tinggi dan mahal untuk kepuasan pelanggan. Pun begitu, kalau anda nak tahu, harga makanan kat sini sangat berpatutan. Cukup la MrJocko beritahu, harga minuman Jus Buahan cuma sekitar RM3 sahaja, berbanding lokasi restoran lain yang berharga sekitar RM5 untuk segelas.

Lauk kambing yang di masak oleh tukang masak D'Oasis sangat sedap. Langsung tak ada bau dan rasa kambing masih asli. Di limpahi dengan timbunan nasi arab dan bahan-bahan sampingan membuatkan tak puas makan nasi arab kat Restoran D'Oasis.

Jadi, kalau anda berada di sekitar Port Dickson atau bercuti ke Port Dickson, ambil peluang untuk mencuba masakan nasi arab dan lauk pauk dari negara timur tengah ini. Anda pasti teruja dan akan berpuas hati.

Glamorous MrJocko

Lawak Ke Der 3 The Opening Show 4 Disember 2013

$
0
0

Lawak Ke Der 3 merupakan sequel persembahan Lawak Pentas yang sudah memasuki edisi ketiga di Panggung Sari Istana Budaya. Setelah berjaya dengan Lawak Ke Der dan Lawak Ke Der 2, Hans Isaac nampaknya membawa edisi Lawak Ke Der 3 dengan menampilkan Nabil, Jambu, Douglas Lim dan juga Harith Iskander. Manakala seorang lagi pelawak Malaysia, Kuah Jenhan dibawakan khas sempena dengan edisi English pada hari Jumaat, 6 Disember 2013 nanti.

MrJocko berkesempatan untuk turut serta dalam persembahan pembukaan Lawak Ke Der 3 di Panggung Sari, Istana Budaya semalam, Rabu 4 Disember 2014. Persembahan pembukaan semalam, memang mendapat sambutan yang menggalakkan. Hampir 500 orang rasanya yang datang untuk menyaksikan pembukaan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya semalam.

 

 

Nabil masih kekal sebagai pengacara dan tampil dengan lawak joget dan lagu, scene kereta accident dan paling terbaik dengan lawak payment job lawaknya. Walaupun keluar sekejap-sekejap, tapi persembahan Nabil masih terbaik.

Jambu pula pertama kali dibawa masuk untuk Lawak Ke Der 3 dan punyai 2 segmen. Lawak perlawanan Catur dan satu lagi Lawak di Taman Hospital. Ia memang lawak yang baru dan MrJocko tercuit dengan aksi lawak spontan Yus dan Tauke ni.

Bila tiba persembahan Douglas Lim, semua orang menunggu punch line dari Mamat Cina ini. Ternyata, si Douglas Lim terbaik malam itu. Lawak dalam bahasa komedi si Douglas sangat menjadi dan kami ketawa dari awal sampai akhir persembahannya. Bak kata Douglas, 'Best Gila Babi', Hahaha...

Aksi Harith Iskander merupakan persembahan penutup semalam. Kali ni Harith Iskander memang tampil dengan gaya yang sama tetapi lawak baru dan tak pernah MrJocko dengar dari Harith. Kali ni Harith banyak berkongsi pasal sejarah hidupnya dan ia tetap membuatkan MrJocko tergelak-gelak. Banyak sungguh idea si Harith ni.

Untuk persembahan Lawak Ke Der 3 ini, nampaknya menjadi tumpuan persembahan Douglas Lim. Walaupun pertama kali membuat persembahan di Istana Budaya, Mamat Cina ini memang terbaik la.

Bagi peminat lawak dan komedi Malaysia, jangan lepaskan peluang anda untuk ke Istana Budaya untuk menyaksikan persembahan Lawak Ke Der 3 dengan barisan Stand-up Comedy dan Pelawak terbaik di Malaysia. Tiket hanya serendah RM46 dan ia boleh didapati di www.ticket2u.biz dan juga di kaunter Istana Budaya. Lawak Ke Der 3 dibawakan untuk anda oleh Escape.

p/s : Thanks to Bro Framestone yang ajak MrJocko ke Lawak Ke Der 3

CellAds Booth Di Perhimpunan Agung UMNO Ke 67 PWTC

$
0
0

Sempena dengan Perhimpunan dan Persidangan Agung UMNO ke-67 di PWTC kami CellAds mengambil peluang untuk berkongsi produk kami dengan pengunjung di PWTC.

Hari ini MrJocko berkesempatan untuk melawat tapak booth dan melihat rakan-rakan CellAds berkerja dengan mempromosikan Aplikasi CellAds untuk kegunaan Smartphone anda.

 

 

Apa itu CellAds? Seperti yang pernah MrJocko kongsi sebelum ini, CellAds ialah satu aplikasi yang anda boleh muat turun percuma ke Smartphone anda dan kumpul points untuk anda tukar kepada hadiah-hadiah percuma. Dengan kata mudah anda cuma perlu download dan nikmati ganjaran percuma seperti Top-up Kredit, Voucher, Tiket Wayang dan pelbagai ganjaran yang boleh ditebus dengan menggunakan points terkumpul.

Sangat mudah dan anda boleh kumpul automatik selepas menerima panggilan telefon atau sms.

Cuba la download aplikasi CellAds dan nikmati ganjaran hebat. Cari CellAds di PlayStore dan muat turun sekarang.

Viewing all 1468 articles
Browse latest View live