Tepat jam 9.30 pagi Sabtu, 10 November 2013, bertempat di kediaman Mawar Karim, Kajang dengan sekali lafaz, Fizo Omar atau Wan Hafizol Bin Wan Omar mengesahkan beliau kini Suami yang sah buat Mawar bin Karim. Majlis Akad Nikah Fizo Mawar ni MrJocko tengok secara live di Saluran TV9, temankan wife.
Melihat dari siaran langsung majlis akad nikah Fizo Omar ni memang nampak agak 'grand' kerana MrJocko lihat dari sudut hantaran antara kedua-dua belah pihak. Katanya ada hantaran motorsikal Itali (Ducati kot...), Emas 11 kilo, dan pelbagai hantaran yang mahal-mahal. Maklum la, Fizo seorang ahli perniagaan tauke Hot Burger yang semakin maju serta Mawar menguruskan butik tudung jenama Fareeda milik keluarganya.

Tahniah buat Fizo Omar dan Mawar. Zaman sekolah dulu walaupun aku tinggal dekat jer dengan kampung Fizo Omar, tak pernah pulak bersua. Selalu aku singgah beli Bahulu Sri Jawa, kedai Mak dan Ayah Fizo yang terletak di kaki Bukit Jawa, Selising, Kelantan.
Kalau korang tak sempat nak saksikan siaran langsung akad nikah Fizo Omar dan Mawar Krim di TV9, tunggu sahaja lihat gambar-gambar akad nikah Fizo Omar dan Mawar Karim di Facebook dan Blog Hiburan terpilih. Mesti ada. Kedua-dua pengantin segak dan tampan dalam berbaju pengantin berwarna Putih.
Dengan selesainya majlis Akad Nikah Fizo dan Mawar ini, semoga keduanya akan hidup bahagia selamanya, kekal berkasih sayang hingga akhir hayat, Amin.