Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Tips Blogging : 15 Tips Untuk Naikkan Trafik Blog

$
0
0

 

Sebelum ni, MrJocko ada menulis pengalaman sendiri berdasarkan pembacaan dan knowledge sharing ilmu menulis blog dari rakan-rakan blog terdekat tentang Tips Untuk Naikkan Ranking Alexa. Kali ni MrJocko nak kongsi cara dan Tips Untuk Naikkan Trafik Blog.

Penulis blog semestinya mahukan pembaca yang ramai masuk melayari blog mereka kerana mahu penulisan, cerita, coretan atau idea mereka dibaca oleh seramai mungkin. Antara cara atau Tips untuk naikkan trafik blog ialah :

1. Konsisten Menulis dan Menulis dengan kualiti.

Ada sesetengah blogger otai kata, at least blogger mesti punya satu entry baru setiap hari untuk di baca oleh Unique Visitor dan ia mestilah entry yang bermutu seperti lebih dari 100 patah perkataan, ada isi dan penutup dan ia karya asal, bukan karya yang sudah di 'copy paste'. Owh! Jangan lupa, jangan gunakan perkataan pendek seperti aku - ditulis 'aq', yang - ditulis 'yg' atau mereka - ditulis 'mrk' dan sebagainya. Sila guna ayat penuh untuk memudahkan pembaca.

2. Kongsi URL Blog atau Permalink Anda di Ping Web, Forum atau Search Engine berkaitan.

Bila sudah buat blog atau entry baru, rajin-rajin la kongsi permalink anda di Ping Web seperti Busuk.org, Kartikel.com, Facebook Group atau juga di Search Engine Google, Yahoo atau Bing. Ia seperti anda membuat promosi dan beritahu orang lain yang anda ada entry baru yang mungkin menarik minat mereka untuk membacanya.

3. Guna dan Update Blogroll atau Bolglist

Kongsikan URL Blog rakan-rakan blog anda di wall blogroll anda dan InsyaAllah, lambat laun, rakan-rakan lain akan masukkan blog adress anda di bloglist mereka.

4. Guna Aplikasi Komen Yang Bagus

Kalau Wordpress, aplikasi komen terbaik ialah Comment Luv. Tetapi macam MrJocko guna Blogspot, terpaksa la guna Intense Debate. Bila rakan anda komen, pembaca lain boleh melihat link adress blog mereka dan memungkinkan mereka singgah di blog 'Pengomen'.

5. Buatkan RSS Feed Button untuk pembaca.

Siapkan setting untuk RSS Feed bagi pembaca blog anda. Mereka yang berminat menggunakan RSS Feed blog anda akan tahu adanya entry baru bila mereka menggunakan RSS Feed ini.

6. Guna Links dan Selalu masukkan URL Links

Sekiranya anda membuat entry dan merujuk mana-mana blog atau website, masukkan URL Links Blog Rakan atau Website tersebut untuk memudahkan pembaca klik dan terus ke laman blog atau web yang dimaksudkan.

7. Gunakan Fungsi Tags

Anda menulis entry dalam pelbagai tajuk dan kategori yang pelbagai. Tags ini memudahkan pembaca melihat berapa kali anda menulis tentang sesuatu kategori dan ada lagi tak kategori yang sama pernah anda tulis di blog anda. Ia akan menaikkan Page Views anda.

8. Kongsi URL Permalink Blog anda di Social Bookmark

Kalau boleh rajinkan diri untuk kongsi permalink entry anda di Social Bookmark seperti Digg dan Stumbleupon. Hampir sama dengan Ping Web.

9. Guna Teknik Search Engine Optimization (SEO)

Kalau anda terer, teknik SEO ni memang terbaik dan akan menarik pembaca ke blog anda. Nak tahu apa itu SEO, anda boleh beli eBook Teknik SEO Merah Jambu Encik Titan.

10. Guna Gambar dalam setiap entry

Bayangkan anda membaca artikel yang tidak punya gambar. Rasanya ramai yang cepat 'boring' dan kurang menyerlah. Cuba selitkan gambar yang ada hubungan dengan entry anda.

11. Blogwalking

Seperti yang MrJocko share sebelum ini, kalau mahu orang masuk ke blog kita, kita kena masuk ke blog orang lain. Amalkan blogwalk dan komen blog rakan blogger lain dan InsyaAllah mereka akan datang melawat blog anda satu hari nanti.

12. Promosi Di Luar Blog

Kalau anda mahu jadi seorang blogger yang serius, anda kena ada Call Card atau Name Card untuk jenama Blog anda. Senang untuk anda tinggalkan contact number kepada pembaca atau potential sponsor.

13. Anjurkan Giveaway atau Contest

Kalau blogger Malaysia, mereka sememangnya berminat join giveaway dan contest di Blog. Cara ini boleh bawa trafik yang ramai masuk ke blog anda.

14. Calonkan Blog Anda Untuk Award yang dianjurkan.

Setakat ini di Malaysia ada beberapa Awards yang dianjurkan oleh beberapa pihak termasuk Tourism Malaysia dan DiGi Wwwow Awards. Calonkan nama anda untuk tujuan promosi.

15. Jangan Malu

Anda mahu jadi blogger yang serius, anda kena jadi friendly, jangan malu dan bergaul dengan blogger atau network lain. Anda blogger dan anda kini seorang selebriti, kena ada istilah 'Jual Diri'.


Apa Maksud Merdeka Bagi Anda Tahun Ini

$
0
0

Saban tahun kita sambut hari Merdeka tanggal 31 Ogos, tetapi apa sebenarnya 'maksud merdeka kepada anda untuk tahun ini? Adakah istilah 'merdeka' tahun ini memberikan apa-apa makna yang tertentu?

Tahun lepas, 2012 memberi pengertian yang agak besar kepada MrJocko selepas berhijrah dari kerja makan gaji kepada kerja sendiri, kendali sebuah Agensi Perundingan hak milik sendiri. Puas hati sangat-sangat.

 

 

Tahun ini, 2013, masih memberikan pengertian Merdeka kepada MrJocko kerana bebas untuk buat apa sahaja. Tahun 2013, MrJocko bebas sepenuhnya. Pagi boleh decide untuk bangun jam berapa, boleh plan nak pergi kerja jam berapa, boleh pilih hari ini nak pergi event mana satu dan bebas untuk balik kerja jam berapa. Ini sebenarnya kebebasan kerja (work freedom) yang MrJocko cari selama ini.

Kalau tahun 2012, sebelum berhijrah menguruskan perniagaan sendiri, terikat dengan waktu kerja 8.30pagi sehingga jam 6.00pm dan ihsan markah dari 'boss' untuk dapat penilaian gaji dan bonus yang tinggi. Kini tidak lagi, MrJocko sendiri tentukan income, bonus, cuti, waktu kerja dan waktu happy-happy untuk diri sendiri.

Inilah maksud kebebasan 'Merdeka' buat MrJocko untuk Merdeka tahun 2013. Anda bagaimana?

Cash Out Nuffnang Bulan Merdeka

$
0
0
Bulan Merdeka ni, kita pun nak celebrate Merdeka juga. Walaupun bulan Merdeka tak banyak projek yang masuk payment tetapi tetap bersyukur Alhamdulillah. Maklum la, selalunya kalau payment bulan Ogos, projek blog, advertorial dan sebagainya datang dari bulan sebelumnya, Julai. Bulan Julai kan Bulan Puasa. Banyak job bulan puasa terpaksa MrJocko tolak.

Bila dah dapat payment, setiap bulan MrJocko cash out jer. Malas nak kumpul lama-lama. Hasil cash out ni boleh la bayar bil broadband, makan-makan durian atau beli tiket flight AirAsia.




p/s : Kena rajin jugak promote diri kepada Advertiser, biar diorang kenal kita, senang mereka ajak untuk join event,,

Astro Celebrates Merdeka #UrMalaysianIsShowing Dan #GoBeyond

$
0
0
Sempena dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia yang ke-56, Astro turut sama meraikan kedatangan bulan kemerdekaan ini dengan menganjurkan kempem #UrMalaysianIsShowing dan #GoBeyond di MidValley Megamall bersama lebih 300 jemputan, bloggers dan rakan media.

MrJocko sudah berkongsi sedikit 'Teaser' tentang Kempem Your Malaysian Is Showing atau dengan hashtag #UrMalaysiaIsShowing #GoBeyond dengan tajuk Meriah Blogger di Astro Celebrates Merdeka 2013.

Majlis bermula sekitar jam 10.00 pagi lagi dan berterusan sehingga jam 5.00 petang. Bermula dengan perasmian kempem Astro #UrMalaysianIsShowing #GoBeyond dengan meriahnya berserta persembahan nyanyian. Kempen diteruskan kemeriahannya dengan Contest untuk Bloggers dan juga rakan media. Kami digerakkan dalam satu kumpulan yang mempunyai 4 peserta dan diperlukan untuk menyiap assignments dan tasks yang kesemuanya  mempunyai nilai-nilai kemerdekaan.

Antara assignment dan task kami termasuk, menyanyikan lagu Negaraku, membaca Rukun Negara, menyampaikan semangat Patriotik kepada orang awam dan banyak lagi. Hampir kesemua task yang diberikan membolehkan kami berinteraksi dengan orang awam dan menyampaikan mesej Merdeka kepada mereka yang berada di sekitar MidValley Megamall.



Kredit Picture : RedMummy

Kredit Picture : Tian Chad @ Sky Arts


Oh ya,,, tak lupa pada hari kempen tersebut, ramai selebriti terkenal tanah air turut sama seperti Lisa Surihani, Dato Aznil Hj Nawawi dan beberapa kumpulan artist lain yang bersemangat untuk luahkan sambutan kemerdekaan mereka bersama Astro.

Sempena bulan kemerdekaan ini Astro akan menayangkan banyak program-program hebat dan menarik di saluran Astro untuk pelanggan-pelanggan setia mereka. Anda pasti akan gembira di bulan Merdeka dan raikan kemerdekaan dengan program menarik di Astro Beyond.

Oleh kerana mungki kali ini bukan rezeki kami, kami tak berjaya menang satu hadiah pun :(. Apa pun, ia tetap sesuatu yang berharga dan pengalaman terbaik Merdeka kami dengan berkongsi sambutan yang meriah ini bersama Astro #UrMalaysianIsShowing dan #GoBeyond.



Kepada pemenang utama, member MrJocko seperti Sohoque dan Fazrol, TAHNIAH Bros... korang memang terbaik. Jangan lupa belanja yer.

Congrats juga buat Astro, Nuffnang dan Churp Churp kerana menganjurkan event seperti ini. Ia nampak kecil tetapi ia sangat memberikan impak pada orang awam di MidValley pada hari Sabtu lepas kerana, ramai yang tegur kata ' TShirt Cantik, boleh mintak satu?', "Eh! korang sambut merdeka dengan Astro ke?" dan seorang PakCik tu menjerit "Merdeka! Merdeka! Merdeka! semasa MrJocko sedang siapkan tasks di sebelahnya"

Congrats all, MrJocko kempem #UrMalaysianIsShowing dan #GoBeyond sememangnya sangat-sangat BERJAYA.

p/s : Saya anak yang lahir selepas Merdeka,,, saya harus kekalkan kemerdekaan ini.

Filem KL Gangster 2 - Siapa Ambil Selipar Aku

$
0
0
Entry KL Gangster 2 ini bukanlah satu entry pasal isu Filem KL Gangster 2 yang sudah bocor dan boleh anda download di Internet. Kenapa filem KL Gangster 2 boleh terlepas ke Internet begitu mudah? Siapa yang bertanggungjawab dalam isu upload dan download filem KL Gangster ni? Yang ni boleh baca di Budiey.com atau BeautifulNara.com.




MrJocko nak share pasal isu KL Gangster di masjid-masjid yang selalu curi dan ambik kasut atau selipar orang ketika mengerjakan Solat di masjid atau surau. Tak kira la solat fardu atau solat Jumaat. Kejadian curi kasut dan selipar ni memang kerap berlaku dan ia selalu berlaku pada hari Jumaat di saat orang tengah ramai dan sibuk untuk tunaikan solat Jumaat.

Kalau orang lelaki, mesti ada yang terkena bila datang bawa kasut, pulang terpaksa berkaki ayam. Ini semua angkara KL Gangster pencuri kasut dan selipar.





MrJocko sendiri pernah hilang selipar di Masjid. Ada beberapa kali. Nasib baik dalam kereta ada selipar dan kasut simpanan. Kalau tak, sampai umah memang berkaki ayam.

Pencuri kasut dan selipar di Masjid atau Surau, mereka ini lah KL Gangster sebenar sebenar. Sangat berani membuat jahat walaupun berada di kawasan rumah Allah. Tahu apa yang mereka buat itu salah, tetapi mereka masih lagi berani dan tidak takut dengan dosa-dosa yang mereka buat, mencuri harta orang dan menyusahkan makhluk yang sedang beribadah kepada Allah.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada pencuri kasut dan selipar di Masjid atau Surau, Amin...

p/s : ada kawan MrJocko, seliparnya hilang selepas solat Jumaat. Tetapi dia pulak ambil selipar orang lain,,, adoi,,,

Mini Giveaway Blogger Kacak HafizRahim Pui

$
0
0

Siapa nak duit RM50, sila join contest Mini Giveaway Blogger Kacak HafizRahim ini. MrJocko kalau pasal Hafiz Rahim taknak join sangat, tapi pasal teringat muka comel Lisa Surihani, terus nak join.


Hafiz : Lisa, Hang senyum pasal hang suka kat T-Shirt aku ni ka?
Lisa : Eleh! Jangan perasan. Aku suka pasal tergoda dengan Abg Kameraman yang hensem tu... Wink! Wink!,,,

Ulangtahun Ke-9 Perkahwinan MrJocko Dan Wife

$
0
0
Tanggal 29 Ogos 2004, MrJocko dan wife di satukan dalam satu majlis yang serba sederhana di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail. Selang 2 hari, tanggal 31 Ogos 2004 malam, kami mengadakan majlis Persandingan di Dewan Kampo, Bandar Tun Razak.

Gambar kahwin, gambar persandingan semua gambar lama. Untuk kawan-kawan yang tak pernah lihat gambar sanding MrJocko, tengok pelamin sudah la yer... :)




Selepas 9 tahun kami masih berempat. Di kurniakan dua anak perempuan setakat ini. Yang sulung diberi nama Khalisha dan yang kedua diberi nama Hasya. InsyaAllah, kalau ada rezeki kami seterusnya, kami akan menimang cahaya mata yang ke-3 pada April tahun depan, InsyaAllah.

Seperti biasa, tiada sambutan yang besaran untuk setiap anniversary, hanya cukup ingatan dan keceriaan kami sekeluarga.




Doakan semoga kami sentiasa gembira dan akan terus berkekalan sehingga akhir hayat. Kami sekeluarga insan biasa yang sememangnya Happy Go Lucky dan sentiasa mahu keceriaan. 

Untuk Wife, Intan Mardiana, Selamat Menyambut Ulangtahun ke-9 Perkahwinan kita, semoga kita sekeluarga sentiasa 'happy' dan masih berpeluang untuk pusing jalan-jalan satu dunia. Amin,,,

Gambar 6 Blogger Satu Famili

$
0
0

Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai satu famili. Bila ada peluang, cepat-cepat ambil peluang untuk rakam kegembiraan beramai-ramai.

Gambar ni hasil rakaman dari SmartPhone BroFramestone. Walaupun dah hampir sebulan baru boleh dapat tengok hasilnya, ternyata kualiti gambar ini memang superb. Nak tahu kamera SmartPhone apa boleh tengok cerita dari BroFramestone kat sini

 

 

Gambar ni diambil selepas menghadiri Open House Datin Sri di Bukit Tunku. Ini semua projek dari Bro Shakiddo. Kami, Sohoque, Boni Kacak, BroFramestone dan Deq Noor mengikut Shakiddo ajer,,, ;)

Harap lepas ni boleh buat event lebih besar untuk kumpulkan blogger dan famili dalam satu event. Camana Bro Shakiddo dan Sohoque?


Homework - Usaha Tangga Kejayaan

$
0
0

Bagi mereka yang hantar anak-anak ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC), anda mesti tahu yang anak-anak anda memang selalu dibebani dengan kerja rumah (homework) yang banyak setiap hari sejak dari Tadika lagi.

Pembelajaran untuk murid-murid aliran SRJKC ini memang berbeza dengan Sekolah Kebangsaan. Kalau Sekolah Kebangsaan, member kata kadang-kadang sahaja murid-murid punya kerja rumah yang perlu disiapkan, tetapi kalau murid-murid SRJKC setiap hari mesti ada sekurang-kurangnya 1 kerja rumah.


 

Bila sesekali fikir, rasa kesian juga, tapi memandangkan ia satu aktiviti yang bagus, ia merupakan usaha murid-murid supaya cepat pandai, kami sebagai ibubapa, kena support usaha ini. So, tiap-tiap malam, kena pantau usaha mereka buat kerja rumah.

Bukan senang, tetapi sentiasa fikir, Usaha Itu Tangga Kejayaan. Anak nak belajar, ibubapa pun kena la beri sokongan. Semoga dipermudahkan usaha anak-anak MrJocko belajar di SRJKC ini, Amin...

p/s : rasa sangat berbaloi bila hantar anak ke SRJKC

Krisis Air Lembah Klang - Jom Mandi Kolam

$
0
0
Minggu ini satu Kuala Lumpur dan penduduk sekitar negeri Selangor dikejutkan dengan Krisis Air yang mana sebab tumpahan minyak diesel di kolam tadahan/takungan air Syabas mengakibatkan penduduk di KL dan Selangor kan menerima gangguan bekalan air. Ada info lain kata, gangguan ini akan mengambil masa sehingga seminggu. Camana tu?
 
Ada member sekitar Shah Alam pagi adi update di Facebook, bekalan air rumahnya sudah kembali normal. Ada rakan di Petaling Jaya kata sudah 2 hari rumah beliau tiada bekalan air. Kawasan anda macamana pula???
 
Kawasan kediaman MrJocko Alhamdulillah masih menerima bekalan air. Masih lagi boleh mandi kolam seperti biasa. Harap-harap ia akan beterusan. Semoga masalah krisis air ini akan cepat diselesaikan oleh pihak yang berwajib.
 
 
 
 
Kalau tak ada air, susah nak buat kerja. Nak mandi, nak masak, nak basuh baju dan macam-macam lagi. Bagi yang masih mengalami gangguan air, boleh cari alternatif sesuai. Jangan sampai tak mandi dua tiga hari sudah, busuk nanti.
 

Kenapa Saya Kerja Keras

$
0
0
Sejarah hidup MrJocko ramai yang belum tahu dan InsyaAllah akan dikongsikan satu hari nanti. Yang penting MrJocko memang asal dari orang kampung dan miskin. Waktu kecil MrJocko pernah tinggal di rumah beralaskan batang nibong, berdindingkan buluh dan beratapkan daun pokok nipah.

Peluang untuk sertai Rancangan Persediaan ke PPP Jepun tahun 1996 selepas SPM terpaksa dilepaskan kerana beberapa sebab. Akhirnya MrJocko pilih UiTM (masa tu ITM). Grad Diploma jer terus datang KL untuk kerja.




Oleh kerana pengalaman MrJocko sendiri pernah hidup susah maka semangat untuk kerja dan jadi 'orang kaya' memang menebal. Semasa berhijrah ke KL banyak juga kerja yang pernah MrJocko cuba, siang keja pejabat, malam meniaga di Uptown dan buat buisness kecilan sehingga la MrJocko dapat tawaran kerja di Bank Negara.

Sekarang selepas resign dari Bank Negara, MrJocko masih melakukan beberapa kerja untuk menyimpan duit dan untuk menyara keluarga supaya tidak hidup susah seperti MrJocko. Tetapi, bukan bermaksud untuk hidup bermewah, tetapi supaya MrJocko boleh menyediakan belanja yang cukup untuk keluarga dan anak-anak.

Selepas setahun resign dari Bank Negara, MrJocko sudah boleh menguruskan Agensi sendiri dengan mempunyai kekuatan 18 rakan kongsi. Oleh kerana kerjaya Financial Planner yang sangat fleksibel, MrJocko ambil peluang untuk menjadi seorang blogger. Kenapa? Adakah kerana income sebagai Financial Planner tidak cukup???

Kalau ditanya, gaji sebanyak mana pun tak akan cukup. Tetapi apa yang MrJocko cari ialah kerjaya yang fleksibel. Jadi blogger boleh asah cara penulisan kita dan peluang untuk kita jana income serta bergaul dalam network yang lebih besar. Ini juga satu peluang. 





Ada yang tanya, "Tak penat ke"? Siang membawa ke malam memang penah, tetapi itu lah dia usaha dan kerja keras untuk berjaya. Bukan senang, tetapi kalau kita lakukan secara Istiqamah, InsyaAllah boleh berjaya. Lihat sahaja ranking Alexa MrJocko sebelum ini dan sehingga September 2013, ia sudah cecah 991, satu pencapaian yang MrJocko sangat berpuas hati.

Pandangan MrJocko, ingat la bahawa kejayaan dan kesusahan kita banyak berpunca dari diri sendiri. Seperkara lagi, bersedia la untuk kerja keras dan berjaya. bersedia juga untuk hidup susah. Dan ketika hidup susah, JARANG SEKALI akan ada kawan dengan baik hati datang bertanya khabar dan akan membantu kita. Oleh itu, masa kita susah, hanya KITA SENDIRI (dengan keizinan Allah) boleh kembali berjaya. Jangan sesekali harapkan bantuan orang lain melainkan kita bermula dengan usaha kita sendiri.

Kenapa MrJocko kerja keras, MrJocko kerja keras untuk keluarga dan anak-anak MrJocko, kerana MrJocko sedar, kami bukan datang dari keluarga orang-orang kaya.

p/s : bukan senang nak KAYA, tetapi sangat senang kalau nak SUSAH

Rezeki Review Samsung Galaxy Note II Dan Ninetology U9 X1

$
0
0
Sebenarnya dah lama MrJocko tunggu tawaran dari syarikat atau advertiser untuk review produk seperti smartphone atau gadget, namun jarang dapat peluang. Jadi bila ada peluang yang ditawarkan oleh pihak Ninetology Malaysia untuk review smartphone mereka, apa lagi, terus daftar dan Alhamdulillah MrJocko terpilih untuk review Ninetology U9 X1.
 
Rupanya, bukan satu yang diberi, pihak Ninetology berbesar hati memberikan satu lagi device untuk di review dan peluang MrJocko dapat Samsung Galaxy Note II memang tak dijangka. Sekali review dapat 2 smartphones, memang berbaloi.
 
 
 
 
 
Walaupun MrJocko ada mempunyai Galaxy Note kepunyaan Wife, model Galaxy Note II ini sebenarnya lebih canggih berbanding model Galaxy Note sebelumnya. Banyak features baru yang ada berbanding model Galaxy Note lama.
 
Untuk review yang MrJocko akan share berkenaan Samsung Galaxy Note II dan Ninetology U9 X1 ini semestinya akan di ceritakan dalam entri akan datang. Rasa puas hati dan bernasib baik bila dapat peluang gadget-gadget terkini seperti yang dilakukan oleh program Tech Kaiju Arena Ninetology ini. Terima kasih kepada Samuel Lee dan geng-geng Ninetology kerana beri MrJocko peluang.
 
p/s : Berita kurang baik, ESOK dah kena pulang balik Samsung Galaxy Note II dan Ninetology U9 X1,,, berita baik, MrJocko dapat review model baru G Optimus G Pro E985,,, Alhamdulillah.

Bagi Copy IC Untuk Dapat Hadiah Kemenangan

$
0
0

Hari ni sekitar jam 2.20 petang MrJocko menerima satu email dari sebuah syarikat (mungkin) yang menggunakan nama Team Samsung HA dan menggunakan emel samsungha@mapsasia.my. Lepas MrJocko check, tak jumpa pulak laman web www.mapsasia.my tetapi bila semak whois domain dapat trace ia mungkin di bawah syarikat Marketing And Promotional Services (Asia) Sdn Bhd.

Oleh kerana teruja kononnya MrJocko salah seorang pemenang kontest Samsung Raya dan bakal menerima 4 keping Tiket Wayang dan Kombo Bertih Jagung, MrJocko ambil inisiatif menelefon no telefon tertera untuk tujuan pengesahan.

 

 

Ini kerana ada beberapa sebab yang memusykilkan MrJocko, antaranya :

1. Kenapa MrJocko kena email kepada mereka copy IC? Itu dokumen yang sangat Private and Confidential. Tak boleh ke pengesahan dengan cara lain?

2. Katanya pihak mereka menghubungi pemenang menggunakan no telefon bimbit pemenang tetapi gagal. Logik tak kalau 24 pemenang ini semuanya gagal dihubungi. Kami bukan tinggal di dalam hutan dan susah nak dapat coverage.

3. Katanya dah hubungi, tetapi gagal dapatkan talian kami. Kalau line tak ada sekali pun, mesti ada notification Missed Call.

4. Bila dihubungi, wakil staff yang bercakap, nama 'Das' katanya selalunya pemenang lain bagi confirmation guna IC copy melalui emel dan tiada masalah sebelum ini. Nampaknya pihak Marketing and Promotional Services Asia Sdn Bhd ni mungkin tak aware betapa bahayanya berkongsi Soft Copy IC kepada pihak ketiga.

Kesimpulannya, saya tak pasti pula samada syarikat ini genuine atau tidak, tetapi untuk saya emel soft copy IC kepada mereka, mintak maaf. Copy IC adalah dokumen utama yang paling rahsia dan P&C kepada MrJocko. Bayangkan kalau ia jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Mahu berjela hutang CCRIS.

Nak bagi Copy IC dan dapat hadiah 4 keping tiket wayang dan bertih jagung kombo??? Tak pa, simpan la hadiah tu. MrJocko beli pun tak apa tiket wayang tu.

Kepada pihak Samsung Malaysia, sekiranya ia memang datang dari wakil anda atau team anda, sila la semak balik prosedure dan step pengesahan pemenang dengan cara yang lebih baik. Malu la, kalau syarikat besar seperti Samsung tak ambil berat pasal isu sensitif seperti ini.

p/s: mampus la MrJocko tak dapat JOB dari Samsung Malaysia lepas ni

Syiling Peringatan 50 Tahun Muzium Negara

$
0
0
Dua hari lepas, hari Isnin, MrJocko lihat ramai yang sedang beratur di bangunan Sasana Kijang Bank Negara. Ingatkan ada open house lagi. Tapi awal sangat, seawal pagi, mana mungkin. Rupanya ada sesi jualan Duit Syiling Peringatan 50 Tahun Muzium Negara.

Bank Negara Malaysia mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan ulang tahun Muzium Negara Ke-50. Muzium Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail. 




Yang MrJocko pegang ini Set 3 dalam 1 mengandungi  satu emas pruf, satu perak pruf dan satu emas nordic pruf dan dijual dengan harga RM2,000 setiap satu set.

Untuk informasi, Reka Bentuk Duit Syiling Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan tersebut adalah seperti yang berikut: Bahagian Hadapan Imej bahagian hadapan Muzium Negara dipaparkan pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “JUBLI EMAS MUZIUM NEGARA” dan tahun “1963 – 2013” yang menandakan ulang tahun ke-50 Muzium Negara tertera pada bahagian atas duit syiling. 

Bahagian Belakang Imej mural dari Muzium Negara dipaparkan adalah pada bahagian tengah duit syiling. Perkataan “BANK NEGARA MALAYSIA” iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling ini tertera di bahagian bawahnya.

Siapa berminat cuba la datang ke Sasana Kijang Bank Negara. Mana tau ada lagi stok terhad yang dijual.

Tips Blogging - Cara Mudah Nak Naikkan Trafik UV Ke Blog

$
0
0
Dah banyak kali dah MrJocko sedar, kalau anda sebagai blogger, update cerita pasal artis, selalunya mesti banyak trafik baru yang masuk. Contoh yang MrJocko buat mudah jer, cuma Ping Entry lama ke satu web dan group Facebook. Tajuknya cerita pasal Izara Aishah. Cuba tengok hasilnya...





Nah! Tak sampai seminit, berduyun-duyun pembaca datang masuk ke Blog MrJocko, semua nak baca cerita pasal Izara Aishah yang comel lote ni. Patut la blog hiburan dan blog gossip ramai pembaca. Rupenya ramai pembaca suka baca kisah dan gossip artis.

Setakat ni, dah lama MrJocko elak dari buat entry pasa Gossip dan Cerita Panas Artis dan Selebriti. Kalau nak baca, pandai-pandai la cari sendiri. Apa pun sekali sekala cerita pasal kejayaan selebriti, perkara baik Selebriti atau motivasi mereka tak salah. Ia mungkin boleh memberikan semangat dan dorongan kepada orang lain. :)

p/s : kalau la MrJocko tulis Gossip, nama MrJocko akan jadi MrJocky... hehehe

Berserah, Bertawakkal Berbeza Dengan Malas

$
0
0

Ini sekadar pandangan peribadi dan permerhatian MrJocko kepada sesetengah keadaan yang mana ramai yang mengambil alasan mudah dengan mengatakan mereka berserah dengan ketentuan Allah. Kalau setakat itu rezeki mereka, mereka bertawakkal sahaja.

Tetapi betulkah cara Tawakkal semata-mata seperti itu tanpa berusaha terlebih dahulu?

Ambil contoh bertawakkal dengan rezeki yang anda tanpa mahu terus berusaha untuk mencuba dapatkan rezeki yang lebih baik. Tawakkal tidak akan jadi sekiranya hanya menunggu rezeki bergolek. Tawakkal tidak sepatutnya bila mengharap keajaiban berlaku tanpa ada usaha untuk mendapatkannya.

 

 

Ini sekadar pandangan peribadi dan permerhatian MrJocko kepada sesetengah keadaan yang mana ramai yang mengambil alasan mudah dengan mengatakan mereka berserah dengan ketentuan Allah. Kalau setakat itu rezeki mereka, mereka bertawakkal sahaja.

Tetapi betulkah cara Tawakkal semata-mata seperti itu tanpa berusaha terlebih dahulu?

Ambil contoh bertawakkal dengan rezeki yang anda tanpa mahu terus berusaha untuk mencuba dapatkan rezeki yang lebih baik. Tawakkal tidak akan jadi sekiranya hanya menunggu rezeki bergolek. Tawakkal tidak sepatutnya bila mengharap keajaiban berlaku tanpa ada usaha untuk mendapatkannya.

Memang benar rezeki Allah itu sudah ditentukan, tetapi sebagai manusia kita harus bekerja seperti kita mahu hidup 1000 tahun dan beribadah seperti akan mati keesokkannya.

MrJocko ingatkan diri sendiri supaya jangan MALAS dan sekadar menunggu rezeki datang bergolek. Selagi ada daya, MrJocko akan kerja keras untuk mencari rezeki. Hari ni sekecil kuman malas, esok jadi sebesar gajah,,,

Kesimpulannya, kena sentiasa ingatkan diri bahawa tawakkal tak bermaksud menunggu rezeki datang jatuh ke riba. Kena ada usaha. Kalau belum di beri rezeki oleh Allah, cuba lagi dan lagi.

MrJocko yakin anda akan puas bila mencuba dan terus mencuba, dari menjadi dayus seorang yang pemalas.

Resepi Nasi Goreng Terbaik MrJocko

$
0
0

Hari Sabtu lepas, memandangkan keadaan Mem Besar yang tengah mabuk mengandung, MrJocko ambil kesempatan untuk jadi Chef, buat sarapan pagi untuk anak-anak. Nak masak benda lain, tak cukup bahan dan lama. So, buat benda mudah, Goreng Nasi jer la.

Cara-cara buat Nasi Goreng resepi MrJocko mudah jer. Kalau nak cuba, ikut step-step di bawah :

1. Panaskan minyak

2. Masukkan bawang kuning secukupnya dan goreng sehinggan kekuningan dan naik bau.

3. Masukkan perencah Kiub Ayam Knorr dan kacau sehinggan sebati.

4. Masukkan garam secukup rasa.

5. Bila semua sudah sebati, masukkan nasi dan kacau perlahan sehingga rata rencah dan perasa.

6. Masukkan 4 biji telur, daging cincang dan kacau sebati.

7. Masukkan perencah Cukup Rasa Maggi dan kacau.

8. Bila dah masak anda boleh hidangkan dengan telur mata atau ikan kering.

 

 

Mudah kan? Lihat sahaja aksi anak-anak MrJocko. Tanpa di suruh, mereka kata sangat sedap, lebih sedap dari masakan Mummy. Ekekekeke

Maharani Malaysia 100% Halal Seafood Restaurant Gold Coast

$
0
0
Memandangkan dah nak penghujung tahun, mesti ramai yang tengah berkira untuk pergi melancong. Salah satu destinasi hebat yang mesti lawat ialah Gold Coast, Australia. Sekitar Main Beach di Gold Coast anda tak perlu risau kerana banyak makanan Halal dan salah satunya Restoran Maharani Malaysia, Makanan Seafood 100% Halal.

Kalau anda ada peluang ke Gold Coast, jangan lupa singgah makan di sini. Kedudukan restoran Maharani Malaysia ini cuma beberapa meter dari Hard Rock Cafe Surfers Paradise dan bersebelahan dengan Islander Hotel. Owner restoran ini ialah pasangan Muslim dari Malaysia dan Singapura. Ia dikendalikan bermula dari tengahari dan selalunya akan tutup operasi sekitar jam 7.00 malam.




set Nasi Goreng Ayam ini berharga RM36.00 :)

Selama 4 hari MrJocko di Gold Coast, boleh katakan ini restoran kegemaran kami. Kami makan tengahari dan makan malam kat sini. Walaupun kalau kita convert kepada duit Malaysia, harga sepinggan Nasi Goreng Ayam ialah RM36, ia masih murah berbanding dengan nilai kat sana.

Rasa memang sedap. Lebih-lebih lagi rasa Bubur Kacang yang diberikan PERCUMA kepada kami kerana kami sangat COMEL... ekekeke... Restoran ini memang terkenal bagi pelancong Malaysia kat sana kerana salah satu Restoran yang 100% di jamin halal. Rasa memang sedap dan tak rugi kalau anda singgah di sini untuk menikmati juadah di Maharani Malaysia Seafood Restaurant di Gold Coast.

Pelancaran Alcatel OneTouch IdolX

$
0
0
Setelah dilancarkan di Hong Kong pada 12 Ogos 2013, Alcatel, sebuah jenama telekomunikasi terkemuka kini melancarkan produk terbaru mereka yang diberi nama Alcatel OneTouch IdolX. Produk terkini ini sudah memasuki pasaran Malaysia dan kini sedang hangat diperkatakan. 

MrJocko berkesempatan untuk menyaksikan majlis pelancaran produk Alcatel OneTouch IdolX di Tropicana City petang tadi.




Majlis pelancaran Alcatel OneTouch IdolX ini dihadiri oleh ramai wakil media yang turut sama untuk melihat dengan lebih dekat kehebatan gadget terbaru dari Alcatel OneTouch IdolX. Bayangkan anda boleh memiliki Smartphone yang mempunyai ciri-ciri high-end dengan harga sekitar RM1,000 sahaja. Bukan kah ia berbaloi?

Dari segi rekabentuk Alcatel OneTouch IdolX ini sudah jauh beza dari model Alcatel sebelum ini. Ia memang rekaan model, terkini dan semestinya memenuhi citarasa pengguna-pengguna smartphone. Di datangkan dalam 3 warna iaitu Slate, Red dan Yellow. Walau bagaimanapun, untuk pasaran Malaysia cuma dipasarkan warna Slate dan Merah.






Kalau nak dibandingkan dengan harga sekitar RM1,000, spesifikasi Alcatel OneTouch IdolX ini memang antara specs terbaik. Kenapa? Kerana Alcatel OneTouch IdolX ini mempunyai ciri-ciri hebat seperti Skrin bersaiz 5 inci FULL HD 1080p mempunyai display edge-to-edge, ketebalan cuma 6.9mm dengan kamera 13.1 megapixel. Walau Alcatel OneTouch IdolX ini cuma berharga sekitar RM1,000 tetapi ia mempunyai Processor Quad Core 1.5 GHz CPU dan dengan kelajuan Dual Carrier 42 Mbps. Ini antara spesifikasi asas yang perlu anda tahu dan ia memang terbaik setakat ini dalam range harga RM1,000.





Semestinya MrJocko sangat mengesyorkan anda untuk membeli smartphone Alcatel OneTouch IdolX ini sekiranya anda bercadang untuk membeli smartphone baru. Mungkin anda risau dengan jenama Alcatel dan bimbang dengan nilai selepas guna, tetapi percaya la bro, kalau dengan spesifikasi seperti yang ada di Alcatel OneTouch IdolX ini, ia mungkin bernilai lebih RM2,000 kalau ia berada dibawah jenama telekomunikasi terkenal yang lain.




Oh ya, kalau anda berminat, jangan tunggu, dapatkan Alcatel OneTouch IdolX ini dengan harga hebat, harga promosi hanya di LAZADA MALAYSIA dan anda cuma bayar RM999 sahaja. Cepat sementara stok masih ada. :)

Jadi Sahabat Yang Berfaedah Bukan Yang Bagi Musibah

$
0
0

Ingin rasanya berkongsi dengan rakan-rakan sedikit pandangan supaya jadilah Sahabat yang memberi manafaat kepada sahabat lain, bukan sahabat yang memberi masalah atau musibah kepada sahabat.

Selagi kita bernama manusia, semua orang ada rakan, ada kawan dan sahabat. Tahap antara rakan, kawan dan sahabat pula berbeza antara satu sama lain. Rakan istilah bagi mereka yang kita cuma kenal-kenal biasa. Kawan mungkin mereka yang selalu mendampingi kita, lepak dan aktiviti seharian. Manakala sahabat ialah taraf yang lebih tinggi yang mana berada di sisi kita saat senang dan susah.

 

 

Andai kita mempunyai rakan, cuba sedaya upaya untuk jadikan mereka kawan kita. Bila sudah serasi menjadi kawan, letakkan mereka di sisi anda sebagai sahabat. Sebagai sahabat, selagi mampu, jadilah sahabat yang boleh memberi manafaat kepada mereka.

Sahabat Yang Memberi Manafaat

Andai anda punya sahabat, bantu mereka selagi mampu. Tidak semesti memberi bantuan dalam bentuk kewangan sahaja, mungkin kita boleh bantu dari segi sokongan moral, idea, pandangan dan peluang-peluang lain yang memberi faedah kepada mereka. Bantuan dan sokongan anda mungkin kecil tetapi ia mungkin boleh memberi manafaat kepada mereka. Orang yang bergelar Sahabat Yang Memberi Faedah ialah orang yang selalu 'memberi' kepada sahabat yang lain.

Sahabat Yang Memberi Musibah

Mesti pernah kita dengar pepatah, rakan ketawa ramai, rakan menangis susah di cari. Jika kita tidak mampu untuk membantu sahabat kita, jangan pula kita menambah masalah kepada mereka. Andai kita seorang sahabat, elakkan dari menyusahkan sahabat yang lain. Orang yang bergelar Sahabat Yang Memberi Musibah ialah orang yang selalu 'mengharapkan' sahabat yang lain.

Kesimpulannya, dalam persahabatan seharian, mesti ada antara kita yang kadangkala terguris dan terasa dengan perangai dan perbuatan sahabat lain. Ini kerana kita kadangkala terlalu mengharapkan sahabat kita berbuat baik kepada kita sedangkan kita juga mungkin tidak sebaik yang diharapkan. Bertolak ansur antara satu sama lain, jaga kepentingan sahabat seperti kepentingan kita, InsyaAllah kita akan punyai Sahabat Sejati.

Viewing all 1468 articles
Browse latest View live