Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

5 Berita Baik Dalam Masa Seminggu

$
0
0
Seminggu selepas hari Raya, kedatangan bulan Syawal memberikan 5 berita baik untuk MrJocko dan keluarga dalam masa hanya seminggu. Alhamdulillah, semoga ini semua merupakan rezeki dan limpahan berkat dari Nya dan bukan semata-mata dugaan untuk kami sekeluarga.

Rezeki 1
Setelah kami berempat, Alhamdulillah syukur, kami dikhabarkan dengan rezeki dari Allah yang tak ternilai. Belum sahih lagi 100% tetapi ujian sebelum ini sudah menunjukkan tanda-tanda Positif. Semoga selepas ini kami akan menerima tajaan produk Susu Ibu, Susu bayi dan juga produk untuk kanak-kanak :)

Rezeki 2
Tak sampai satu jam dari berita Rezeki 1, Alhamdulillah, selepas 4 tahun bersama Public Mutual Berhad, bulan Ogos 2013 MrJocko secara rasminya dinaikkan pangkat ke Career Manager/Agency Manager. Selepas setahun meninggalkan syarikat lama, Bank Negara, kini MrJocko sudah punyai Agensi Perancang Kewangan tersendiri dengan menggunakan jenama Khalifah Consultancy dan Emperor Group.




Rezeki 3
Nampaknya peluang tawaran dari sebuah syarikat yang terkenal untuk projek usahasama yang akan datang semakin jelas. Walaupun belum ada confirmation, MrJocko tetap berdoa semoga projek usahasama ini akan berjalan dengan sebaiknya. Kalau jadi, rezeki MrJocko akan ditaja untuk FLY FLY dan FLY ke luar negara buat kali pertama :)

Rezeki 4
Yang ni pun kira rezeki juga. Peluang untuk review Produk Ninetology dari syarikat tersebut. tak sabar nak tunggu. Yang ni MrJocko dah share kat entry sini Ninetology U9 X1

Rezeki 5
Semenjak dua menjak ranking Alexa naik ni, rezeki Advertorial dan CPUV semakin bertambah. Alhamdulillah,,, saya sayang Nuffnang walaupun katanya ramai yang dah tak nak letak iklan Nuffnang. MrJocko ok je dengan Nuffnang. Nak dapat income dari Nuffnang, kena usaha lebih la. Mana boleh harap Nuffnang offer cam tu jer kan??? Tulis dan kembangkan blog anda supaya semakin bermutu, mesti Nuffnang cari anda untuk Advertorial :)




Ranking Alexa MrJocko Naik Lagi 1,416 Malaysia

$
0
0
Setelah kembali menulis pada tahun 2011, nampaknya hari ini MrJocko.com capai ranking terbaik setakat ini bila berada di kedudukan 1,417 Malaysia. Ini semua hasil belajar cara cara untuk naikkan Ranking Alexa bulan lepas. Kalau awal Ogos, Ranking MrJocko dalam senarai tangga 1,706 sahaja, kali ni naik lebih 300 anak tangga.



Antara sebab utama ranking MrJocko.com naik rasanya sebab dapat komen yang banyak dari pembaca, blogwalking dan juga banyak visitor dan page views dalam masa beberapa hari ini. Thank you pembaca MrJocko. Teruskan membaca MrJocko.com yer.

Iklan Tuala Wanita Libresse Di Blog MrJocko

$
0
0

Dah banyak kali iklan tuala wanita jenama Libresse ni keluar di wall blog MrJocko walaupun blog MrJocko bukan blog seorang wanita. Kenapa? Kerana blog MrJocko memang mempunyai reader yang ramai dari golongan wanita-wanita dan awek-awek yang cun melecun.

Tak kisah la iklan tuala wanita ke, iklan make up ke, janji ia boleh sampaikan iklan produk tersebut kepada pembaca wanita yang membaca blog MrJocko. Sekurangnya pembaca MrJocko dapat info pasal produk-produk terbaik yang mereka mungkin akan gunakan pada suatu hari nanti.

 

Lagipun, ia iklan berbayar dan membawa income kepada blog MrJocko. Dapat la sikit hasil CPUV readers blog MrJocko. Jangan lupa klik di paparan Iklan yer...

Nasi Goreng Daging Di Wondermama Bangsar

$
0
0

Pertama kali singgah di sebuah restoran unik di Bangsar Village yand diberi nama Wondermama. Konsep dekorasi dalaman restoran ala-ala Europe tetapi menyediakan menu masakan tempatan seperti Nasi Lemak, Mee Kari, Nasi Goreng dan banyak lagi.

Untuk kali pertama, MrJocko cuma mencuba Nasi Goreng Daging dan air Pandan Layer Wondermama. Pertama kali MrJocko cuba masakan Nasi Goreng Daging yang teramat sedap. Menu penuh dengan hirisan daging dan telor yang memang sedap. Mesti cuba lagi.


 

Air Pandan Layer agak biasa, sama macam di restoran lain, namun MrJocko tengok Manggo blend yang diminum oleh member MrJocko, si Hariri memang menarik dan menggiurkan.

Next time nak cuba menu 'Spider' yang katanya salah satu menu pilihan kat restoran Wondermama.

Dalam Costume Maskot Ini Sebenarnya Awek Cun

$
0
0
Kalau anda sekarang berada di Open House Raya Bank Negara Malaysia, anda kena cari Maskot Kijang yan gsedang berlegar di bangunan Sasana Kijang Bank Negara. Kalau anda dapat jumpa maskot Kijang ini, anda boleh ajak untuk bergambar dan dapatkan Angpau Raya dan Belon sempena dengan majlis Open House Raya Bank Negara Malaysia.

Tapi, ramai yang tak tahu bahawa di sebalik kostum pakaian Maskot Kijang ini, di dalamnya ada seorang awek yang cun. Lagi cun dari Neelofa atau Fazura. Oh ya,,, awek cun ni juga masih single dan belum ada buah hati. 

Jadi pada sesiapa yang nak 'try' atau tekel minah cun ni, pandai-pandai la pasang ayat untuk ajak dia dating. Anda diberi peluang untuk bergambar sahaja. Tangan tu jaga, jangan suka-suka hati nak peluk Maskot Kijang Bank Negara ni yer...




p/s : Gambar sebenar awek cun ini terpaksa MrJocko rahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. Nak kenal dia, datang Open House BNM

Misteri Mimpi Basah Shakiddo

$
0
0

Hari ini nampaknya bro Shakiddo jadi budak baik sikit. Patut la agak senyap di Facebook. Maklum la semalam katanya dia mimpi misteri sehingga tak tahu nak gambar mimpi dia yang sebenar.

Nampaknya bro Kid tido malam tak basuh kaki agaknya. Betul ke Kid mimpi menakutkan atau mimpi lain? ;)

Chris Gardner Di Malaysia 7 dan 8 September 2013

$
0
0
Pertama kali melihat poster ini MrJocko teruja. Chris Gardner Live In Kuala Lumpur pada 7 dan 8 September 2013 di Mines Convention & Exibition Centre bersempena dengan Wealth Expo 2013. Bermakna, Chris Gardner akan datang ke Malaysia dan membuat penampilan sempena Wealth Expo 2013 di Mines Convention & Exhibition Centre.
Siapa Chris Gardner ni??? Kalau anda belum kenal siapa Chris Gardner, MrJocko harap anda tonton filem The Pursuit of Happiness lakonan Will Smith dan anaknya.
 
 
Filem motivasi yang terkenal ini sememangnya berdasarkan kisah sebenar Chris Gardner sebelum beliau berjaya menjadi seorang tokoh Kewangan yang terkenal. Dari seorang yang tiada apa-apa, seorang yang pernah tinggal di tandas dan hidup sebagai seorang gelandangan, kini beliau mempunyai aset berjuta dolar US.
 
 
MrJocko sudah book 2 tiket untuk menghadiri Wokshop dua hari Chris Gardner Live in Kuala Lumpur pada 7 dan 8 September ini dan berharap dapat peluang terbaik menimba ilmu dan praktikkan dalam agensi MrJocko.
Masih teringat antara kata-kata Chris Gardner, "Kalau anda mahukan sesuatu, pergi dapatkannya. Tiada alasan"

Meriah Blogger Di Astro Celebrates Merdeka 2013

$
0
0

Memang meriah petang tadi di tingkat 3 Midvalley Megamall berhadapan Food Junction apabila ramai blogger dari Nuffnang dan ChurpChurp sertai Astro Celebrates Merdeka. Lebih dari 100 blogger dan peserta lain mengambil bahagian dalam tema event Your Malaysian Is Showing dan Go Beyond.

Dah macam perjumpaan Blogger-blogger pulak. Ramai yang hadir termasuk yang sempat MrJocko sapa KakRed, Fazrol, HafizRahim, Sohoque, Penaberkala, BioMed dan ramai lagi sampai tak cukup tangan nak tulis.

Event anjuran Astro ni memang best dan dianjurkan sempena dengan sambutan Merdeka yang ke-56 dengan menggunakan #UrMalaysianIsShowing dan #gobeyond Astro.

Nak tahu apa aktiviti yang ada kat sana, apa yang best, siapa menang contest Astro #UrMalaysianIsShowing #gobeyond #NuffnangMy dan #Churp2 ni tunggu entry MrJocko esok ;)







Gol Kelantan vs Terengganu Piala Malaysia 24 Ogos 2013

$
0
0

Keputusan perlawanan Piala Malaysia 2013 antara Kelantan vs Terengganu malam ini, 24 Ogos 2013 menyaksikan Kelantan menang dengan keputusan Kelantan 2 - 0 Terengganu. Saksikan gol jaringan Dickson Nwakaeme dan Zairo Anuar Zailani

 

 

First Time Guna Clean Pro Express Laundry Self Service

$
0
0

Hari ni MrJocko nak cuba servis Clean Pro Express, salah satu kiosk mencuci dan mengeringkan pakaian dengan konsep Dobi Self Service. Kebetulan ada satu kiosk baru dibuka dekat rumah MrJocko. Kena la cuba.

First time sampai sini dan kat kiosk Clean Pro Express ini ada menyediakan 6 mesin basuh baju dan 4 mesin pengering. Harga untuk cucian maksima 14 kg hanya RM7 sahaja dan harga untuk guna pengering atau dryer hanya RM4 untuk tempoh sekitar 25 minit. Lama tu.

 

 

Bagi masa MrJocko test dulu servis dobi di Clean Pro Express ni, nanti MrJocko kongsi cerita camana anda boleh cuci baju dengan mudah, murah dan dapat hasil yang terbaik.

Review Filem : Elysium

$
0
0

Minggu lepas, MrJocko sertai Nuffnang Premiere Screening sekali lagi di GSC Midvalley. Kali ini untuk tayangan perdana filem Elysium. Kalau anda peminat Matt Damon dan Jodie Foster, anda mungkin akan tengok filem Elysium ini. Tapi sebenarnya yang lebih menarik ialah jalan ceritanya.

Elysium mengisahkan satu konflik diantara gologan Kaya dan Miskin pada masa akan datang. Mereka yang miskin akan menetap di bumi dan hidup dalam kedaifan dan kekotoran manakala mereka yang mempunyai harta dan kaya akan berpindah ke sebuah dunia buatan yang diberi nama Elysium.


 

Pihak pemerintah yang memerintah akan tinggal di Elysium sebuah lokasi habitat buatan yang boleh dikatakan serba lengkap, serba moden dan rakyat yang berada di Elysium adalah warganegara yang hidup dalam kemewahan. Oleh kerana cara hidup yang mewah dan eksklusif hanya mereka yang mampu sahaja boleh berpindah atau diseludup masuk ke Elysium.

Max yang merupakan salah seorang anak yatim dan tinggal dibumi terpaksa memikirkan cara untuk ke Elysium setelah dia mendapat pendedahan radiasi yang tinggi ketika kerja dan hanya mampu hidup selama 5 hari sahaja. Dengan bantuan kawannya, beliau merancang untuk seludup masuk ke Elysium tetapi di halang oleh Menteri Pertahanan, Jodie Foster.

Nak tahu cerita selanjutnya, semestilah kena tonton sendiri. Memang best dan ia sebuah filem fiksyen yang mudah untuk di fahami dan diikuti.

Bintang : 4 out of 5

Majlis Open House Aidilfitri Exabytes

$
0
0
Hari Ahad, kami sekeluarga berbesar hati menerima jemputan ke Majlis Open House Aidilfitri Exabytes yang diadakan di pejabat Exabytes Setiawalk Puchong. Majlis Open House Exabytes ini dihadiri oleh rakan niaga Exabytes dan juga beberapa orang blogger yang terpilih termasuk Shakiddo dan Sharidawati.

MrJocko sampai di pejabat Exabytes kira-kira jam 12.30 tengahari dan kami disambut oleh staff dan juga CEO Exabytes Mr. Chan. Ruang pejabat Exabytes ni memang nampak simple, moden dan juga menarik kerana ia lebih kepada dekorasi orang muda.

Kami dihidangkan dengan menu yang sedap-sedap seperti Sate, Roti Jala, Lemang, Kari Ayam, Rendang Daging, Nasi Himpir, Meehun Goreng, buahan dan banyak lagi. Sudah tentu la Sate menjadi pilihan MrJocko.



Sementara makan, kami dihadiahkan dengan cabutan Lucky Draw dan juga Quiz. Alhamdulillah, MrJocko dan Wife menang hadiah Lucky Draw, masing-masing 2 buah buku motivasi penulisan CEO Exabytes, Mr. Chan.

Majlis selesai sekitar jam 5.00 petang dan terima kasih kepada Ms Thara, Staff Exabytes dan juga Mr. Chan sendiri kerana melayan kami sebaiknya. Semoga Exabytes terus success dalam menyediakan khidmat hosting dan server kepada pelanggan mereka. Tahun depan jangan lupa jemput kami lagi yer... ;)

Kejadian Di Raba Blogger Terlampau

$
0
0
Dalam kemeriahan sambutan Astra Celebrates Merdeka di Midvalley pada hari Sabtu yang lepas, ada kejadian yang tak baik berlaku kepada MrJocko. Tak tahu dari mana tiba-tiba muncul seorang blogger terlampau dan membuat aktiviti 'sexual harrassment' kepada MrJocko. Habis satu badan kena raba.

Kejadian ini memang tidak disengajakan. Pun begitu beberapa orang paparazi sempat merakamkan aktiviti raba meraba tersebut dan sebenarnya sudah di siarkan di sebuah blog Blogger On Off. Malu rasanya diperlakukan sedemikian dihadapan ramai pengunjung di Astro Celebrates Merdeka.




Sampai ke hari ini terasa geli geleman. Sampai hari ini juga, MrJocko tak tahu siapa yang meraba dan melakukan jenayah 'sexual harassment' ini kepada MrJocko... uhukkk uhukkk :(. Kalau sesiapa tahu siapa blogger yang gay itu, sila laporkan kepada pihak berwajib dengan segera. Nyah tak tahan oooo

Teruja Menonton Magic Di Superstar Magic 3 Genting Highlands

$
0
0

Bulan puasa lepas semasa menghadiri majlis Resorts World Genting, MrJocko menerima 2 Pass jemputan untuk pertunjukkan Superstar Magic 3 di Genting International Showroom Hotel Genting Grand. Alhamdulillah, oleh kerana member MrJocko, bro Cipotz tak dapat join, maka diberinya 2 lagi pass masuk ke Superstar Magic tersebut menjadikannya 4 keping pass masuk. Cukuplah untuk kami sekeluarga.

Jadi pada Ahad, 18 Ogos 2013 kami ke Genting Highlands sekali lagi untuk menyaksikan pertunjukkan tersebut.

Show Superstar Magic 3 ini sudah memasuki tahun ketiga dan semakin lama semakin bagus berbanding sebelumnya. Ramai Ahli Silap Mata terkenal dunia kini berada di Genting Highlands untuk pertunjukkan ini. Untuk sesi slot pertunjukkan hari tersebut, ada 7 Ahli Silap Mata hebat bergabung dan berkongsi satu pentas untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.

 

 

Paling mengujakan MrJocko, aksi Ahli Silap Mata Muda dari Korea Selatan yang menunjukkan aksi silap matanya bersama burung Merpati. Sangat tangkas dan menakjubkan. Yang lain pun tak kurang hebat dengan aksi Silap Mata dan Komedi serta aksi mengapungkan diri serta aksi tukar baju yang memang pantas.

Pertunjukkan Superstar Magic 3 ini masih lagi dipersembahkan sehingga September 2013 dan harga tiket bagi Superstar Magic 3 cuma RM48 sahaja. Jom ke Genting dan bawa keluarga berhibur dengan aksi Silap Mata Superstar Magic 3.

5 Sebab Mengapa Syarikat Beralih Kepada Blogger Untuk Tujuan Pemasaran

$
0
0
Mungkin ada yang bertanya, kenapa lately banyak company menggunakan blogger untuk tujuan pemasaran produk dan servis mereka??? Sebelum MrJocko jawab soalan tersebut, kita lihat beberapa fakta yang MrJocko pernah baca.

Rasanya bermula sejak tahun 2009, Media Social seperti Blog kini mendapat perhatian syarikat seluruh dunia dalam membantu mereka mencapai sasaran target pemasaran mereka. Sejak revolusi Smartphone diperkenalkan, semua info dihujung jari, kita akan melihat perkembangan Online Advertising ini semakin berkembang pesat sejak dari tahun tersebut.

Blogger mendapat kelebihan dalam perkembangan positif ini yang mana pihak syarikat berlumba mencari Blogger yang berkualiti untuk mereka gunakan dan mengiklankan produk atau servis mereka sebagai salah satu teknik pemasaran yang berkesan.

Mengikut salah satu kajian, hampir 67% syarikat kini sudah mempunyai plan untuk menggunakan social media (blogger) untuk membantu mereka memasarkan produk atau servis mereka. Jadi rakan-rakan blogger sekalian, ambil peluang yang ada dan tingkatkan kualiti blog anda supaya blog anda menjadi pilihan syarikat-syarikat awau wakil agensi pengiklanan untuk menggunakan khidmat anda.



Okay, kita kembali kepada tajuk asal, mengapa syarikat kini mula beralih kepada Blogger atau Media Social untuk memasarkan produk mereka?

1. Informasi kini di hujung jari
Kalau dulu, sekitar tahun 80-an hingga akhir 90-an, kita hanya punya Televisyen atau Internet di rumah untuk kita dapatkan maklumat mengenai berita, cerita dan juga promosi produk selain suratkhabar dan majalah. Namun sejak lahir Smartphone, teknologi 3G kini membawa semua maklumat ke dalam Smartphone dan ia berada dihujung jari. Ramai antara kita kini online 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 30 hari sebulan.

2. Kelemahan Suratkhabar dan Majalah
Kini, ramai sudah tidak lagi ada masa untuk membaca suratkhabar atau majalah. Memandangkan informasi kini banyak boleh dicapai melalui smartphone, SuratKhabar dan Majalah semakin lama semakin dilupakan. Teknik pemasara menggunakan Suratkhabar dan Majalah rasanya sudah makin merosot. Kenapa tidak, kalau kebiasaannya, satu iklan bersaiz A4 di suratkhabar utama berharga sekitar RM5,000 hanya untuk terbitan pada hari minggu sedangkan dengan RM5,000 pihak syarikat boleh menggunakan khidmat 25 blogger yang mempunyai 1,000 UV setiap hari (bersamaan 25,000 UV sehari dan sebulan boleh cecah seramai 750,000 UV) dan ia akan kekal di dalam blog atau internet selama-lamanya.

3. Konsep Media Social yang menyeluruh.
Seorang blogger biasanya mempunyai akaun Facebook, Twitter dan juga Instagram. Ini belum termasuk akaun Media Social lain yang mereka aktif. Bayangkan produk Syarikat disebarkan melalui Facebook, Twitter, Instagram dan ia kemudian dikongsi dalam network mereka. Bukan kah ini satu teknik pemasaran 'Mouth-to-Mouth' secara tidak langsung??? Of course ini lebih efektif berbanding iklan biasa.

4. Penulisan Blog ada guna konsep 'Review'.
Tidak seperti iklan di TV, Radio, Suratkhabar atau Majalah, pengiklanan atau pemasaran produk dan servis menggunakan Blogger ada kelebihan kerana ada konsep 'review'. Secara mudah, pelanggan yang berpotensi melihat produk dan servis dengan lebih jelas kerana banyak blogger membuat review dan memberi komen mereka secara jelas berbanding iklan tradisional.

5. Ada Interaksi antara Blogger dan Pembaca
Tidak seperti iklan TV, Radio, Suratkhabar dan Majalah, menggunakan khidmat blogger membolehkan pembaca atau visitor meninggalkan komen, pertanyaan, feedback atau apa sahaja berkaitan peroduk tersebut. Labih banyak komen atau interaksi antara blogger yang memasarkan produk dan servis anda lebih bertambah 'kepopularitian' produk dan servis anda.

Kesimpulannya, memilih blogger atau media social untuk mengiklankan produk atau servis sesebuah syarikat memang lebih murah, efisien dan lebih telus berbanding penggunaan iklan di TV, Radio, Suratkhabar atau majalah. Lihat sahaja iklan di TV kalau nak iklan di waktu puncak, anda mungkin akan habiskan sekitar RM100,000 untuk semua kos termasuk rakaman iklan, kos pelakon, kos tambahan dan juga bayaran untuk siaran. Sedangkan dengan menggunakan Media Social, anda boleh jimat hampir 70% dari kos tersebut.





Rasanya, ramai syarikat diluar sana memang menanti peluang untuk bekerjasama dengan blogger atau media social. Kalau anda nampak peluang ini sebagai Blogger, cepat kemaskini blog anda, bina jenama Blog yang mempunyai kualiti tersendiri dan insyaAllah kalau anda berminat untuk menjadi seorang Blogger yang sebenar, anda akan dapat peluang ini dan berjaya seperti RedMummy, Eyriqazz, Shakiddo dan beberapa nama lain yang sememangnya hebat.

Best bila dapat produk, anda guna, anda review dan anda DI BAYAR. Jana income anda dengan Blog, jangan sia-siakan masa anda.

p/s : Nak jadi blogger pun bukan senang oiiiii

MrJocko Bakal Timang Baby Tahun 2014

$
0
0

Alhamdulillah, akhirnya masih terbukti yang MrJocko masih lagi gagah perkasa. Rezeki selepas hari raya yang PERTAMA seperti yang MrJocko share tempohari, salah satunya kerana Wife confirmed sedang mengandung 6 minggu.

 

 

 

 

 

Nampaknya kena kerja lebih rajin dan kena lebih usaha untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Dulu berempat, tahun depan InsyaAllah kami berlima. Mohon rakan-rakan doakan yang terbaik untuk Wife MrJocko dan baby dalam kandunga. Tak kisah kalau dapat anak perempuan atau lelaki, tetapi kali ini kalau di izinkan harap-harap dapat cahaya mata lelaki, Amin.

 

Sudah Jual Gadget Lama Ex Mobile Note Dan iPod Touch4 Gen

$
0
0
Sebenarnya MrJocko jenis sayang kalau barang yang dah lama pakai. Maklum la, ada sentimental value. Tetapi kali ni, MrJocko terpaksa jual gadget yang lama sementara ia masih ok dan berfungsi. Kali ni MrJocko terpaksa iklankan dan jual smartphone jenama Ex-Mobile buatan China yang mempunyai specs yang hampir sama dengan Samsung Galaxy Note. Satu la gadget yang MrJocko terpaksa jual ialah iPod Touch 4 Gen.





Kalau nak kira, dua-dua gadget ni MrJocko sayang nak jual, tetapi oleh kerana dah lama dah tersimpan dalam drawer, maka rasanya lebih baik MrJocko jual sahaja dari dibiarkan rosak. 

Untuk Smartphone jenama Ex-Mobile Note MrJocko hanya jual pada harga RM250 sahaja dan iPod Touch 4 Gen dengan harga RM400. Alhamdulillah, dua-dua barang tersebut sudah dijual dan selamat di terima oleh pembeli. Yang beli Ex Mobile, adik tu ambil barang di Komuter BNM dan untuk iPod Touch MrJocko post barang tu ke Felda Kluang, Johor.




Sekarang, MrJocko masih ada Blackberry Torch 9810 dan smartphone Lenovo S890. Nak jual jugak, tapi belum ada masa nak iklankan kat Mudah.my atau kat Facebook. Kalau ada sesiapa nak beli, jangan lupa call atau sms MrJocko yer.

Dapat Sponsor Smartphone Ninetology Model U9 X1

$
0
0

Semalam MrJocko singgah di Starbucks Midvalley untuk ambil 2 set smartphones tajaan Ninetology Malaysia. Dua set smartphones ini akan MrJocko review dalam masa seminggu. Model yang MrJocko dapat ialah Ninetology U9 X1 yang merupakan salah satu produk terbaru dari Ninetology Malaysia yang telah dilancarkan pada bulan Julai 2013.


 

Untuk set baru Ninetology U9 X1 ini di datangkan dalam kotak yang mempunyai :

1 unit Smartphone U9 X1

1 unit Bateri1 unit Charger

1 unit Cover Case (back)

1 unit Headphone

1 unit Screen Protector

1 unit User Manual

1 unit Warranty Card

 

Unit Ninetology U9 X1 yang MrJocko terima datang dalam warna hitam dan sudah punyai screen protector original. Ninetology U9 X1 mempunyai size skrin 4.8 inci dan skrin Super Amoled HD. Ia mempunyai kamera belakang dengan resolusi 13.0mp dan kamera hadapan 2.0mp. U9 X1 mempunyai video dan boleh merakam video dengan sokongan rakaman 720p.

Ninetology U9 X1 datang dengan Android 4.2 Jelly Bean dan Quad-Core Processor 1.2 GHz. Model U9 X1 ini mempunyai 1GB RAM dan internal storage 16GB. Jangan risau, anda boleh tambah extra 'External Memory Card' sehingga 64GB.

Cukup dulu untuk pengenalan produk Ninetology U9 X1. MrJocko dalam proses untuk review produk U9 X1 ini dan akan berkongsi dengan anda dalam masa dua tiga hari nanti. Tunggu review selanjutnya.

 

Penting Sangat Ke Ranking Alexa Untuk Blogger

$
0
0
Kalau anda seorang blogger, sudah pastinya antara topik yang paling hangat diperkatakan ialah ranking blog anda di kalangan blogger lain mengikut kiraan Alexa samada ranking Global atau Ranking di Malaysia. Penting sangat ke ranking Alexa untuk seorang blogger???

Kalau tanya MrJocko, of course la penting. Secara kasar, ia mengukur prestasi blog anda setiap hari mengikut kriteria Alexa samada dari segi penerimaan UV, Bounce Rate, Page Views, Keywords dan macam-macam lagi. Semua blogger impikan blog atau web diorang berada di Top Ten Blog Terbaik Malaysia, tetapi, ia memang bukan mudah.

Penting kerana ia ibarat memberitahu pembaca dan juga Advertiser khususnya yang Blog kita ada punyai ciri-ciri keistimewaan yang tersendiri. Ada kualiti dan punya sebab-sebab yang bagus untuk pembaca lain singgah ke blog kita. Ibarat bila kita menduduki 'exam', selepas result, kita dapat No. 1 dalam kelas. Kita antara yang paling bagus. Ia jauh lebih baik dari dapat no. 30 di dalam kelas yang sama...

Pembaca mungkin tak kisah ranking blog, tetapi advertiser mesti mencari blog yang punyai ranking terbaik untuk mereka bagi job atau letak iklan. Bila ada iklan di blog, bermaksud masyukkkkk $$$ :).

Tahun lepas sekitar bulan Oktober 2012, Blog MrJocko cecah ranking terbaik setakat hari tu iaitu, 5,739 dan ia merupakan satu pengalaman terbaik. Hasil dari pembelajaran, upgrade layout, sertai event Nuffnang, tulis cerita sendiri bukan copy paste, konsisten menulis, maka hari ini tak sangka Ranking Alexa Blog MrJocko sudah cecah 1,160.

Akan teruskan usaha untuk amalkan salah satu TIPS NAIKKAN RANK ALEXA ini dan berharap pada September 2013, ranking Alexa MrJocko akan naik dan berada dibawah 1,000 seperti blog Tauke Unifi dan Samsung, Raja Makan dan juga Orang Paling Kacak. Amin,,,,



Perangai Pelik Wife Bila Mengandung Anak Ketiga

$
0
0
Kali terakhir Mem Besar mengandung ialah pada tahun 2007 dan melahirkan anak kedua kami Hasya Nur Qistina. Masa tu Alhamdulillah, wife mengalami alahan mengandung yang sangat minima dan tak seteruk mana. Masih lagi rajin buat kerja rumah dan masih boleh puasa selama sebulan. Dalam masa mengandung 9 bulan, tak sampai 5 hari wife ambil MC dari panel klinik.

Tetapi kali ni, nampaknya kesan alahan kepada mengandung semakin teruk. Nampak sangat alahan yang pelik dilalui wife sejak sebulan lalu. Alahan kali ni tak sama macam alahan mengandung Khalish dan Hasya. Antara alahan dan perangai pelik wife sejak mengandung sebulan yang lepas :

1. Suka makan. Kali ni, pantang ada makanan, dia makan ajer. Katanya dia cepat lapar.
2. Tak boleh bau ubat gigi dan tengok anak-anak gosok gigi. Katanya dia rasa nak muntah tengok anak-anak gosok gigi.
3. Belum sampai sebulan, dia dah mengidam nak makan Tau Fu Fa.
4. Sudah ada 10 nama untuk kemungkinan Anak Lelaki.
5. Cepat penat. Kul 10.00 malam dah nak tidur.
6. Malas. Kalau dulu, sampai bulan ke 8 masih okay jer sapu sampah, masak, mop lantai, kemas rumah. Kali ni, beza sangat-sangat. Malas nak buat keja.
7. Sebulan pertama tak ada loya dan muntah.
8. Kali ni dia suka makan Seafood.
9. Asyik rasa sejuk. Baju tebal dan selimut kalau duduk kat hall rumah.
10. Suka makan badam dan kacang.




Doakan semoga kali ini rezeki kami dapat anak lelaki, Amin Ya Rabbal A'lamin,,,

Viewing all 1468 articles
Browse latest View live