Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all 1468 articles
Browse latest View live

Mudahnya Menjemput Rezeki Bersama Nuffnang

$
0
0
Pernah baca buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki' hasil penulisan Saudara Fathuri Salehuddin? Kalau belum, MrJocko syorkan anda baca. Banyak input berguna untuk kita semua sebagai manusia dan sebagai hamba Allah. Kalau kena cara yang betul dan berkat, sebenarnya Mudahnya Menjemput Rezeki.




Nak cari rezeki, ada pelbagai cara, tak kira samada anda kerja dengan kerajaan atau anda kerja swasta. Samada anda makan gaji atau bekerja sendiri, ia semua usaha anda untuk mencari rezeki. Pelbagaikan cara anda mencari rezeki sehingga ia bersesuaian dengan cara dan minat anda. Halal sudah semestinya.





Kalau kerja sebagai Blogger, tambah-tambah seperti Blogger di bawah naungan Nuffnang, mesti akan tersenyum pada awal bulan kerana semua payment untuk jobs advertorial, CPUV dan kempen lain akan dibayar dalam bentuk cek seawal minggu pertama setiap bulan.

Banyak atau sikit, bukan isunya. Yang penting, kalau nak dapat income atau jana wang dari blog, kena la rajin dan majukan diri sebagai seorang blogger. Yang mana dah dapat payment besar seperti Shakiddo, Anarm dan Hazman Fadzil, jom la belanja MrJocko makan Durian :)



YB Khairy Jamaluddin Pun Support Blogger

$
0
0

Siapa tak kenal dengan YB Khairy Jamaluddin, Wakil Rakyat Rembau yang sememangnya menjadi orang kuat Pemuda UMNO dan kini bertanggunggjawab sebagai Menteri Belia dan Sukan. Mungkin ramai yang tak tahu beliau juga merupakan seorang penulis Blog dan blog beliau ialah Rembau.com.my

Peluang menghadiri Majlis Pelancaran Menyemarakkan Kejaguhan Atlet Malaysia ke Sukan Sea ke-27 petang tadi di Stadium Akuatik Nasional, Bukit Jalil, tidak kami lepaskan untuk bergambar dengan YB Khairy Jamaluddin. Memang sporting gila YB Khairy Jamaluddin ni dan nampaknya begitu sempoi dengan kami, Blogger.

 

 

Kami tabik YB Khairy Jamaluddin untuk program tadi. Datang tepat pada masa, ucapan perasmian yang mantap serta ruang berkomunikasi dengan media sosial dan masih ramah menegur kami walaupun kami sekadar Blogger.

Thank you YB Khairy Jamaluddin kerana sudi layan kami walaupun sekejap, anda memang YB yang punyai 'AURA' kepimpinan yang tersendiri. Keep it Up YB Khairy Jamaluddin, semoga Kementerian Belia dan Sukan akan semakin maju dibawah kendalian YB Khairy.

Kasih Seorang Emak Kepada Anak-anaknya

$
0
0
Kalau nak diceritakan tentang kasih seorang ibu atau emak kepada anaknya, mungkin kita ada berjuta-juta versi yang boleh membuahkan kita tersentuh, menangis dan hiba. Kasih ibu atau emak, memang kasih yang tiada nilai. Begitu juga dengan Emak MrJocko, Hajjah Basenah.

Hari Rabu lepas, adik MrJocko datang ke KL kerana sudah dipanggil untuk bekerja dengan sebuah syarikat Telekomunikasi terkenal di KL. Alhamdulillah. Naik bas jer dari Kelantan ke KL. Oleh kerana sekarang musim buah-buahan di kampung, Emak MrJocko bersusah payah mengirim satu kotak buah Duku dari kebun kami yang kini sedang berbuah lebat.





Buah duku ini hasil dari usaha MrJocko sendiri menanamnya ketika zaman remaja bersama arwah Ayah. Dah bertahun dah berbuah dan memberikan hasil yang agak lumayan. Cuma sayang, jarang-jarang sekali MrJocko sempat balik ke kampung pada musim buah. Kalau tidak, durian, rambutan, duku, limau bali, buah salak dan macam-macam lagi boleh dipetik di hadapan rumah jer.

Terima kasih buah Hajjah Basenah kerana susah payah hantar buah duku ke KL. Walaupun kat KL pun melambak buah Duku, Rambutan dan Durian, Hajjah Basenah cakap tak sama dengan hasil yang di tanam dengan keringat sendiri.

Peluang Review Maggi Ketam Size XXXL

$
0
0
Nampaknya minggu ni banyak berita baik yang MrJocko masih terima pada minggu ini bermula dengan advertorial untul Milo, kemudian Nescafe dan hari ni dapat lagi rezeki advertorial DiGi. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, projek yang dibawa oleh bro SHAKIDDO ni memang lagi menarik. Projek untuk sama-sama kenduri makan Maggi Ketam di Bucida Court.




Lihat sahaja gambar Maggi Ketam ini. Dah la Ketam tu besar, olahan menu Maggi Ketam ini memang nampak menyelerakan. Tak sangka di Kuala Lumpur ada restoran yang sediakan menu Maggi Ketam. Tak sabar nak kenduri Maggi Ketam bersama-sama rakan-rakan Blooggers yang lain. 

Tunggu review pasal menu Maggi Ketam Bucida Court yer. Kami, 10 Blogger akan kongsi tentang harga, rasa dan review restoran yang menjual menu Maggi Ketam ni. Jangan lupa singgah balik di Blog MrJocko :)

Top 10 Entry Bulan Ogos 2013 MrJocko

$
0
0

Sepanjang bulan Ogos 2013 nampaknya banyak entry yang tersenarai dalam Top 10 Entry Ogos 2013 MrJocko adalah entry lama yang mengandungi organik keywords yang MrJocko istilahkan sebagai pilihan pencari di Google.

 

Lihat saja senarai entry yang menjadi pilihan pembaca antaranya :

1. Harga Tiket RedCarpet Muzium Patung Lilin

Info tentang pelancaran dan pembukaan Muzium Patung Lilin di Shah Alam.

2. Harga Tiket Taman Tema Genting

Ramai yang nak ke Genting Highlands dan perlukan info tentang harga tiket taman tema Genting.

3. Tempat Menarik Di Bali

Info tentang lokasi pelancongan yang menarik di Bali, Indonesia.

4. Harga Tol PLUS dari Sungai Besi

Yang ni selalunya pembaca cari untuk menilai harga tol PLUS bermula dari Sungai Besi ke destinasi mereka.

5. Kelantan FA Ranking ke-142

Entry ni naik bila MrJocko berkongsi di The Red Warriors FB Group.

6. Jep Sepah Menang dan Kalahkan Jozan

Gambar kemenangan Jep Sepah sebagai Artis Komedi Lelaki terbaik.

7. Izara Aishah Kacukan Kelantan

Semua orang kenal Izara Aisah dan tak ramai yang tahu bahawa Izara Aishah ada juga darah Kelantan sebelah nenek beliau.

8. Hutang PTPTN Tak Masuk CCRIS

Ramai yang nak dapat kepastian tentang berita PTPTN dan CCRIS ini

9. Patut La Orang Kelantan Lawa

MrJocko kongsi petua untuk jadi cantik dan lawa seperti orang Kelantan.

10. Nasi Goreng Daging Wondermama.

Info tentang nasi goreng Restoran Wondermama yang memang sedap.

Entry ini ialah entry sokongan kepada Denaihati.

Anda Support Nuffnang, Nuffnang Support Anda

$
0
0
Pernah juga beberapa kali MrJocko dengar keluhan beberapa orang blogger, katanya, dah lama mereka join Nuffnang, satu komuniti blogger yang memberi peluang kepada blogger untuk menjana pendapatan melalui blog, tetapi sehingga kini mereka tidak pernah diberi peluang untuk sertai event atau jemputan dari Nuffnang. Akhirnya mereka frust dan beralih ke komuniti blogger yang lain.

Mungkin ramai juga blogger tak faham tentang cara dan bagaimana Nuffnang beroperasi. Mari MrJocko kongsi info secara mudah dan ringkas apa yang MrJocko faham tentang Nuffnang (Nuffies) dan Blogger Nuffnang (Nuffnanger).




Cost Per Click - CPC
Yang biasa semua blogger akan dapat ialan banner Iklan dari Nuffnang yang dikenali sebagai CPC - Cost Per Click. Setiap banner ini mempunyai nilai yang tersendiri. Sekiranya ada pembaca klik banner iklan tersebut, sejumlah nilai wang akan Tuan Blog akan terima. Ia mungkin sedikit tetapi ia akan meningkat dengan nilai yang lebih besar sekiranya blog anda menerima banyak klik pada banner tersebut.




Cost Per Unique Visitor - CPUV
Yang ni beza sikit sahaja dari banner iklan yang CPC. Biasanya Advertiser akan pilih blog mana yang mereka mahu letakkan kempen mereka dan melalui klik tersebut, tuan blog akan menerima lebih sikit income dari banner CPC. Tak semua orang akan menerima CPUV tetapi tak semestinya blog anda famous baru anda boleh dapat CPUV. Biasanya Advertiser akan memilih blog berdasarkan produk dan NICHE blog pilihan mereka.


Nuffnang Premiere Screening
Sekiranya anda mendaftar dengan Nuffnang, anda akan lihat di dalam Website Nuffnang dan Blog Nuffnang banyak info, aktiviti dan peraduan yang pihak Nuffnang anjurkan. Antaranya ialah Nuffnang Premiere Screening yang mana hampir setiap minggu ada sahaja tawaran contest untuk blogger sertai Nuffnanf Premiere Screening. Mudah jer, komen dan follow step yang diarahkan di dalam contest tersebut, jika anda terpilih, anda mungkin memenangi 2 Pass Percuma menonton Tayangan Perdana. Kalau anda sangat bernasib baik, akan menerima hadiah-hadiah tambahan seperti yang MrJocko menang Perfume Ferrari seperti ENTRY INI.

Advertorial Post - Proposed Sponsored Posts
Untuk Advertorial, ia merupakan tahap tertinggi dalam komuniti blogger Nuffnang. Pihak advertiser akan meminta Nuffnang cadangkan beberapa nama Blogger untuk sertai kempen mereka. Blogger tersebut akan dijemput hadiri kempen tersebut, samada product launch, press conference, lunch, party dan banyak aktiviti lain mengikut apa yang advertiser cadangkan. Imbuhan untuk setiap blogger yang sertai Sponsored Post ini jauh lebih tinggi berbanding CPC, CPUV dan Premiere Screening. Untuk sampai tahap ini, anda perlu menjadi seorang blogger yang memenuhi kriteria pihak Nuffnang dan Advertiser.




Jadi, bagaimana untuk dapat peluang TERPILIH menjadi Blogger yang terlibat dalam SPONSORED POST? Anda kena la selalu dan rajin participate dalam event, kontest, survey atau apa-apa aktiviti yang pihak Nuffnang anjurkan. Anda kena ingat di Malaysia sahaja, kini mempunya lebih 300,000 blog yang aktif. Sekiranya anda tidak menonjolkan diri, bagaimana pihak Nuffnang nak kenal dengan anda dan blog anda??? Anda tidak perlu BODEK Nuffnang, cukup sekadar anda rajin sertai aktiviti Nuffnang. Anda support Nuffnang, InsyaAllah Nuffnang akan support anda balik.

Kesimpulannya, sekiranya anda berusaha dengan cara yang betul anda mungkin akan tahu betapa mudahnya menjemput rezeki. Biar lah buat permulaan sikit demi sedikit kerana lama-kelamaan, InsyaAllah dengan komitment dan konsistansi yang anda tunjuk, anda mungkin akan dapat tawaran yang lebih besar, Amin.

Berapa Gaji Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia 2013

$
0
0
Pernah tak kita tertanya-tanya, berapa sebenarnya gaji dan elaun-elaun tambahan lain yang diberikan kepada Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Mungkin ramai yang tidak tahu tentang berapakah sebenarnya gaji dan elaun tambahan yang diterima oleh Menteri dan Timbalan Menteri setelah mereka dilantik oleh kerajaan.

MrJocko dapat info ini dari satu laman web. Tak pasti juga samada kebenaran maklumat ini, tetapi sebelum ini MrJocko pernah baca artikel di suratkhabar utama Malaysia yang anggaran gaji Menteri sekitar RM40,000 ke RM50,000 termasuk elaun tetap setiap bulan.



Kalau kita ikut nilai yang dikongsi di sini, mungkin kita nampak satu nilai imbuhan yang besar kepada Menteri dan Timbalan Menteri. Nilai RM18,000 untuk gaji Menteri, elaun keraian, elaun Wakil Rakyat, elaun Perumahan, Elaun Parking dan nilai keseluruhannya bernilai RM55,650 merupakan jumlah gaji yang besar. Sebab itu kita sebagai rakyat memang berharap supaya Menteri menjalankan tugas-tugas mereka dengan sebaik mungkin. 

Nilai gaji yang sebesar itu datang dari duit cukai rakyat dan sememangnya sebagai amanah kepada Menteri untuk melakukan kerja mereka sebaiknya. Ada juga sesetengah Menteri yang berhati mulia sanggup mengetepikan beberapa bahagian duit gaji dan elaun mereka untuk membantu rakyat. Ada juga yang kluar duit poket sendiri untuk salur bantuan. Menteri macam ni la yang kita nak.

YB KJ pun nampaknya antara Menteri yang semakin di sukai ramai kerana dibawah kendaliannya, Kementerian Belia dan Sukan semakin nampak bergerak dan menjalankan tugas-tugas yang baik.

p/s : kat mana agaknya kita boleh tahu nilai sebenar gaji jemaah menteri, timbalan menteri, senator dan sebagainya sebagai panduan untuk kita rakyat Malaysia???

Main Dengan Rakan Blogger

$
0
0

Sebelum ni kecoh bila DaddyDee dedahkan cerita bawah kain dia dengan entry "Main Dengan MakCik". Dia ingat dia hebat, meh sini MrJocko nak cerita kisah benar pengalaman "Main Dengan Blogger" pulak.

MrJocko main dengan blogger di Papa Johns Malaysia, Centrepoint Bandar Utama semalam ketika bersama blogger-blogger lain di Nuffnang Raya Bersama Papa Johns Malaysia. Ramai blogger blogger hebat lain turun hadir dan main bersama termasuk Penaberkala, Mahamahu, Rawlins dan ramai lagi.


 

Kredit gambar hebat dari Aku Biomed

Permainan yang MrJocko maksudkan ialah "main masak-masak siapkan pizza Papa Johns". Tugas kami, 3 orang dalam satu kumpulan mengumpul bahan-bahan seperti hirisan daging, kepingan nenas dan potongan cendawan untuk siapkan satu Pizza.

Kami mulanya diberi beberapa kepingan hirisan daging, nenas dan cendawan dan kemudian disuruh untuk cukupkan 5 keping hirisan daging, 5 kepingan nenas dan 8 potongan cendawan. Riuh rendah satu restoran Papa Johns dan akhirnya, group MrJocko memang kumpulan pertama siapkan pizza yang diperlukan, Yeah!!!

Tahniah juga pada rakan group MrJocko iaitu Penaberkala dan Mahamahu. Korang memang hebat bila main... Ekekeke. Itu la sahaja cerita panas MrJocko main dengan blogger.


Public Relation Company Pun Tak Tahu Guna Media Social

$
0
0

Sebenarnya dah lama MrJocko nak kongsi pengalaman sendiri berkenaan dengan kebanyakkan Public Relation Company (PR Company) yang ada di Malaysia. Ada antara mereka begitu berjaya, berpengalaman, namun ada juga yang sebenarnya hanya gah pada nama.

Kenapa jadi begitu? Mungkin ada staff atau wakil mereka tidak cukup membuat research atau mereka dapat job berdasarkan kabel kroni. Kenapa pula MrJocko kata begitu? Takkan la PR Company tidak tahu buat kerja mereka?

MrJocko dulu memang bekerja di Central Bank selama 12 tahun. Dalam masa yang sama sejak tahun 2005, MrJocko aktif sertai adhoc job yang diberikan oleh Jabatan Korporat dan mengendalikan event-event yang besar semasa di Central Bank sebagai Liason Officer. Kesempatan ini MrJocko berpeluang jumpa dengan ramai staff dari PR company yang berbeza dan berbeza pengalaman.

 

 

Dalam ramai staff atau wakil-wakil PR Company yang MrJocko pernah berurusan, ada beberapa perkara yang MrJocko ingin berkongsi dengan anda.

 

1. PR Company yang bukan hanya Pak Turut.

Satu syarikat membelanjakan sebahagian dari dana untuk tujuan promosi atau pengendalian projek, maka pihak PR company sepatutnya lebih aktif ke hadapan memberikan idea, buat research dan bukan sekadar keluar dari mulut "What actually do you want, we build it". Ikut 100% pun tak boleh juga, kena la bagi cadangan kepada klien.

2. PR Company bagi Staff Pelatih atau Staff yang baru kerja sebulan.

Paling rasa nak marah dan terhina bila bila kita bagi job dekat PR Company, yang datang untuk buat kerja dengan kita 3 orang STAFF JUNIOR yang baru kerja 2-3 bulan. Rasa macam nak halau sahaja. PR Company kena ingat, anda bukan kerja untuk siapkan projek, tetapi memastikan projek promosi tersebut menjadi Wow!!!

 


 

3. PR Company Tak Tahu Fungsi Media Social.

Kalau anda berada dalam bidang PR, kena faham apa itu Media Social, seperti contoh Blogger. Blogger bukan seperti wartawan yang membuat liputan berita dan terbitkan dalam bentuk jurnal. Blogger lebih kepada LIVE UPDATE dengan pelbagai cara seperti Twitter, Facebook atau Instagram. Jadi, kalau anda menganjurkan sesuatu EVENT, PLEASE,,, PLEASE,,, PLEASE,,, ask your client to get some Twitter Account, Facebook Account, Instagram Accout or paling teruk pun, prepare la Hashtag (#) untuk memudahkan kami promosi produk atau service anda.

Kesimpulannya, tak guna kalau syarikat atau PR Company guna blogger atau media social untuk mempromosikan produk atau servis mereka tetapi dalam masa yang sama mereka tak tahu apa sebenarnya fungsi media social. Yes, mungkin anda fikir wartawan dari TV, Suratkhabar atau Majalah lebih bernilai, tetapi anda lupa, masuk TV tak sampai 15 saat, masuk suratkhabar, satu hari je, masuk majalah, sebulan ajer, tetapi kalau review di blogger, ia kekal selamanya...

Unique Visitor Sehari 5,500, Sebulan 170,000

$
0
0
Kalau anda tanya blogger, semestinya setiap orang mahukan pembaca yang ramai. Dalam istilah, blogger mahukan Unique Visitor yang ramai masuk ke blog mereka. Paling kurang kalau boleh nak juga 1,000 Unique Visitor dalam masa sehari. Lagi bagus kalau dapat beribu-ribu UV dalam masa sehari. Lagi ramai UV, lagi popular la blog tersebut.
 
Kalau dapat UV macam blogger Mak Merah ni, 5,500 UV dalam masa sehari dan sekitar 170,000 UV dalam masa hanya sebulan, sudah pasti rank dan kepopularitian anda menjadi pilihan advertiser atau PR Company untuk berkerjasama. Payment? Semestinya 4 angka paling kurang...
 
Kalau anda nak iklankan produk atau servis, semestinya blog seperti ini menjadi pilihan utama. Bayangkan 170,000 pembaca dalam masa sebulan dan kos anda mungkin kurang dari RM1,000 sahaja.
 
 
 
 
Jadi, kalau nak jadi macam Mak Merah ni, kena la teruskan menulis. Kena jadi blogger yang ada identity sendiri. Ni nak jadi famous tapi keja mudah copy paste entry orang. Amboi,,, senangnya. Jangan kantoi sudah. Kalau tak, malu kat orang.
 

Resepi Masak Sotong Secukup Rasa

$
0
0
Mungkin ramai yang tahu yang Wife MrJocko kini tengah mengandung anak ketiga kami. InsyaAllah harap semua selamat. Dan untuk kali ketiga ini, memang Wife kena sindrom orang mengandung yang sangat teruk. Muntah, badan lemah dan malas nak buat kerja. Oleh kerana ini, terpaksa la MrJocko ambil alih kerja-kerja rumah seperti basuh pakaian, masak dan jaga anak-anak.

So, hari minggu lepas, MrJocko masak untuk anak-anak. Buat menu mudah jer, masak Sotong Secukup Rasa. Cara nak buat pun mudah.

Resepi Sotong Secukup Rasa
Bahan-bahan :
Sotong - 1/2 kilo
Sos Tiram - 5 Sudu
Kiub Ayam Knorr - 1 Kiub
Perencah Secukup Rasa Maggi 
Susu Rendah Lemak - 3 cawan
Garam
Serbuk Kunyit
Bawang Kuning - setengah biji

Cara memasak :
Perap sotong yang sudah dibasuh dan dipotong menggunakan Sos Tiram.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak dan goreng sotong tersebut bersama air perapan tadi. Masukkan sedikit serbuk kunyit.
Bila agak-agak sotong dah separuh masak, masukkan kiub ayam Knorr dan gaul biar sebati.
Masukkan susu rendah lemak dan kacau biar sebati.
Masukkan perencah Maggi Secukup Rasa.
Biarkan ia dalam 10 minit dan bila masak, boleh la di hidangkan :)

Selamat mencuba yer...





For sure la anak-anak MrJocko cakap sedap. Wife pun tambah makan nasi 2 kali :)

p/s: Tunggu resepi lain di blog MrJocko yer...

Tudung Aaron Aziz Yang Kian Popular

$
0
0

Selepas tudung Mawi, kini muncul produk baru diberi nama Tudung Aaron Aziz. Semestinya ia satu produk eksklusif yang terbaru di pasaran dan tengah hot dikalangan pengguna-pengguna tudung.

Berminat dengan keluaran terbaru ini, anda boleh dapatkan secara online jenama Tudung Aaron Aziz ini dari stokis utama Bro SyamFadzil dan Bro FizRahim

 

Glamorous MrJocko

 

Bapak Mertua Idaman Malaya

$
0
0

Andai setiap lelaki diberi peluang untuk memilih Bapak Mertua, sudah pasti ramai yang akan spontan memilih Pak Aji ni. Ala, bapak Mertua si Jamil dalam filem Madu Tiga.

Dah la orang kaya, bagi kerja kat menantu, lepas tu sangat sporting bila mengetahui yang menantunya itu nak kahwin lagi satu. Bukan setakat tak kisah, malah menggalakkan menantunya itu kahwin lebih dari satu, kahwin kali kedua dan kahwin kali ketiga.

 

 

Bestnya kalau dapat bapak mertua yang sporting macam Pak Aji ni, kan? Dalam adegan filem Madu Tiga, Pak Aji ni yang tukang manage hari bermalam 'Jamil' dan isteri-isterinya. Sangat sporting dan supportive. Ekekeke,,,

Buffet Durian Hanya RM9 Per Pax Di SS2 Petaling Jaya

$
0
0
Mesti ramai yang belum tahu kat mana nak cari lokasi gerai buffet durian yang best kan? Kalau anda hantu durian dan memang nak makan durian jom ke SS2 Petaling Jaya. Kat sini ada tawaran buffet Durian hanya bayar RM9 untuk seorang dan makan sampai kenyang. 

Semalam selepas menghadiri Convo downline kat SS2 Mall, MrJocko dan rakan singgah sini, Buffet Durian yang berada di belakang Balai Polis Sea Park SS2, Petaling Jaya. Nama gerai ni anda boleh cari di laman web www.durianss2.com





Masa sampai sana, hujan agak lebat. Tetapi oleh kerana semangat nak makan durian menebal dan mengatasi segalanya, kami singgah juga. Harga untuk buffet durian di gerai durian SS2 ni cuma RM9 sahaja bagi setiap orang dan makan la sampai banyak mana pun. Oleh kerana dua orang, MrJocko cuma bayar RM18 sahaja. 

Berapa banyak yang boleh MrJocko makan? Cuma 8 biji dan kami makan dua orang sahaja. Burp!!! Alhamdulillah. Untuk buffet durian RM9 satu kepala, ia cuma untuk durian kampung dan datang dari Pahang.  Kalau nak makan surian yang mahal dan lebih sedap seperti Durian Kunyit, D24 AA, Musang King dan macam-macam lagi anda boleh pilih dan harga mengikut harga timbang dan per kilogram.






Durian yang MrJocko makan semalam pun dah best. Burppp!!! sekali lagi. Next time boleh singgah, berbaloi dengan buffet durian SS2 cuma harga RM9 satu kepala :)

Kempen Nescafe On Shaheizy Sam

$
0
0

Anda pernah terfikir untuk menulis lirik dan selebriti terkenal akan menyanyikan bait bait lirik tersebut? Kalau ya, apa kata sertai kempen NESCAFE Cans "On The Life", satu kempen yang akan merealisasi cita-cita golongan muda Malaysia.

Sedikit teaser ketika majlis pelancaran kempen Nescafe Cans On The Life bertempat di The Bee, Publika. Masa ni majlis memperkenalkan Shaheizy Sam untuk kempen terbaru Nescafe dengan menggunakan hashtag #nescafeonsam.

 

 

Info lanjut, nantikan entry selepas ini dan maklumat tentang kempen Nescafe Cans On The Life. Saksikan sebahagiaan pengembaraan muzik Shaheizy Sam dan Nescafe.


Peluang Makan PERCUMA Di Tony Roma Malaysia

$
0
0
Sepanjang bulan September 2013, Tony Roma Malaysia sedang menganjurkan contest "Free Timeout Meal' di Tony Roma* melalui contest Instagram. Setiap minggu Tony Roma akan memilih pemenang berdasarkan perkongsian gambar terbaik pilihan juri Tony Roma di Instagram.
 
Untuk menang peluang 'Free Timeout Meal' di Tony Roma, anda perlu ikut beberapa langkah mudah, iaitu :
1. Ambil gambar bertemakan 'My Best Timeout Momment'
2. Kongsikan gambar tersebut di Instagram
3. Jangan lupa sertakan Hashtag (#trtimeout)
4. Tag @trmalaysia
 
 
Tarikh tutup penyertaan setiap hari Jumaat, jam 6.00 petang setiap Minggu September 2013. Apa lagi, jom share your Tony Roma Timeout di instagram anda sekarang.
 
*Terma dan syarat peraduan sila semak laman Facebook Tony Roma Malaysia
 
 

Wordless Wednesday - Cash Out Beribu-Ribu Lemon

$
0
0
Indahnya kalau sekali Cash Out dapat puluhan ribu ringgit :)


MILO Dan MOM Menjana Tenaga Atlet Malaysia Di Sukan Sea Ke-27

$
0
0

MILO dalam usaha mereka menyokong atlet-atlet Malaysia, sekali lagi melancarkan kempen MILO dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Menjana Tenaga Atlet Malaysia Di Sukan Sea Ke-27. Ia dimulakan dengan Majlis Pelancaran Menyemarakkan Kejaguhan Atlet Malaysia Ke Sukan Sea Ke-27 di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, Selangor.

 

Majlis yang dirasmikan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan turut dihadiri oleh Dato' Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah, Timbalan Presiden Olympic Council of Malaysia, Dato' Seri Zolkples Embong, Director General National Sports Council, Dato' Dr Ramlan Abd Aziz, CEO National Sports Institute of Malaysia dan Mr Alois HofBauer, Region Head of Nestle Malaysia dan Singapore.

 

 

Mr Alois Hofbauer, Region Head of Nestle Malaysia and Singapore
YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia

 

 

Dalam ucapan perasmian oleh YB Khairy Jamaluddin, beliau memuji komitmen yang telah ditunjukkan oleh MILO dan Majlis Olimpik Malaysia dalam usaha mereka menyemai semangat kesukanan bagi belia-belia di Malaysia. Sememangnya, sudah lama MILO berada di Malaysia dan memupuk dan menyokong ramai atlet-atlet Malaysia termasuk Ratu Boling Negara, Shalin Zulkifli, Ratu Squash Dunia, Nicol David dan ramai lagi. Oleh yang demikian, sumbangan MILO kepada Malaysia sangat penting kerana banyak usaha yang dilakukan oleh MILO telah membangunkan ramai bakat-bakat muda dalam arena sukan tanahair.

 


 

 
 
Kempen MILO 'Tenaga Untuk Juara' sememangnya bukan sekadar penajaan semata-mata, tetapi lebih kepada tanggungjawab sosial untuk memacu dan mendorong bakat-bakat baru dalam arena sukan di Malaysia dalam pelbagai bidang. Ingat lagi dengan tema 'Minum MILO anda jadi sihat dan kuat'? Ia antara kempen yang berkesan untuk menarik minat anak-anak kecil bermula dengan minuman sihat dan bertenaga seperti MILO. Sudah pasti, MILO telah lama menjadi pilihan ibu bapa sebagai minuman harian anak-anak mereka.
 
Sukan Sea merupakan acara sukan yang menjadi pentas awal untuk atlet-atlet muda Malaysia menunjukkan bakat mereka sebelum ke arena antarabangsa. Sehubungan dengan itu, MILO yakin dengan usaha sokongan mereka kepada Atlet Sukan Sea Ke-27, ia akan memberi semangat untuk perjuangan mereka dan dorongan untuk mereka berjaya.
 
Dato’ Wira Amiruddin Embi, Chef de Mission of the Malaysia SEA Games Contingent, Mr Alois Hofbauer, Region Head of Nestle Malaysia and Singapore, YB Encik Khairy Jamaluddin, Minister of Youth and Sports, RAdm (Rear Admiral) Dato’ Pahlawan Danyal Balagopal Abdullah, Vice President of Olympic Council of Malaysia, Dato’ Seri Zolkples Embong, and Director General of National Sports Council
 
 
MILO 'Tenaga Untuk Juara' ialah minuman Coklat Malt Bernutrisi rasmi bagi Kontinjen Malaysia di Kejohanan Sukan Sea Ke-27 di Myanmar. MILO menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia bangkit untuk sama-sama menyokong dan memberikan sokongan padu untuk Kontinjen Malaysia di Sukan Sea Ke-27 nanti.
 
 
 
Minum MILO Anda Jadi, SIHAT dan Kuat...


48 Hours Sponsored Post

Blogger Potong Stim

$
0
0

Kalau anda jenis blogger picisan macam MrJocko, sudah pasti rajin untuk Ping entry blog anda samada di Website Ping ataupun Group di Facebook. Tak kisah la group mana satu janji ping entry terbaru anda. Mesti pernah alami pengalaman menerima komen dari Blogger Potong Stim?

Apa dia blogger potong stim? Mengikut istilah MrJocko, mereka samada blogger yanv mencari peluang untuk promote blog masing-masing di Status Update anda di Facebook.

 

 

Anda baru jer updet entry anda, kongsi supaya ada yang baca tetapi tak sampai seminit mereka hijack status update kita dengan entry mereka. Mereka memang blogger potong stim.

Nak marah pun tak guna. Nak delete rasa kesian... terpaksa redha jer la

Yang Suami Perlu Tahu Bila Isteri Mengandung

$
0
0

Hari ni agak penat kerana sejak awal pagi keluar hantar wife pegi check-up di hospital pakar. Masa ni la penting untuk si suami tahu apa yang penting bila isteri mengandung. Ada banyak perkara sebenarnya tetapi MrJocko nak share perkara asas sahaja.

 

 

3 Bulan Pertama dan 3 Bulan Terakhir

Yang suami perlu tahu apabila si isteri mengandung memang banyak. Antara yang utama ialah kena tahu yang isteri anda sedang mengandung. Ini kerana nak elakkan dari isteri anda dari makan benda-benda yang 'tajam' atau buat kerja yang berat sehingga memudaratkan bayi dalam kandungan. 3 bulan pertama untuk pembentukan bayi dan 3 bulan terakhir untuk kelahiran yang ditunggu. Pernah dengarkan bayi lahir tak cukup matang pada usia 7 bulan?

Pembawakkan Bayi Dalam Kandungan Berbeza

Setiap bayi yang dikandung mempunyai pembawakkan yang berbeza. Ia memang unik kerana ibu yang hamil akan mengalami sindrom yang berbeza di setiap kehamilan mereka.

Risiko Darah Tinggi dan Kencing Manis Bagi Si Ibu

Ramai ibu yang mengandung akan mengalami masalah penyakit kencing manis sewaktu hamil kerana perubahan hormon dan keadaan kandungan bayi. Jadi, peringkat ibu mengandung yang mempunyai penyakit kencing manis sangat kritikal.

Wanita Yang Tiada Senggugut, Senang Melahirkan Bayi

Dari segi rekod perubatan, majoriti wanita yang tidak punyai masalah sakit senggugut biasanya mudah untuk melahirkan bayi. Seperti kes wife MrJocko, anak pertama dan anak kedua diberi rezeki yang mudah, cuma 30 minit dalam bilik bersalin dan wife melahirkan bayi dengan mudah.

Sindrom Morning Sickness

Perubahan hormon ketika mengandung akan menyebabkan ramai ibu-ibu yang hamil mengalami sindrom morning sickness. Di sebabkan itu, mereka akan muntah teruk, loya dan tiada tenaga.

Ibu Yang Hamil Perlukan Makanan

Biasa ibu-ibu yang hamil mempunyai masalah selera makan. Ramai yang tiada selera nak makan dan biarkan sahaja perut kosong. Doktor pakar menasihatkan supaya ibu yang hamil perlu makanan untuk meneutralkan asid di dalam perut. Jika ibu yang hamil kelaparan, ia akan mengaktifkan lebih banyak asid dan kemungkinan muntah akan lebih tinggi.

Cukup itu dulu apa yang MrJocko tahu tentang apa yang suami perlu tahu tentang ibu yang hamil. Semoga ia menjadi panduan dan rujukan untuk kita semua.

p/s : bila wife hamil anak ketiga, kali ni paling teruk...

Viewing all 1468 articles
Browse latest View live