Menu Best Di Uncle Lim's Kopitiam
Review Filem : Unbeatable 2013
Semak Nilai Website Blog Anda
p/s : Ini merupakan nilai anggaran sahaja. Untuk harga sebenar, sila check dengan pakar :). Bagaimana nilai anggaran harga Website atau Blog anda???
Sekali Lagi Pekena Nasi Kari Ganja Bangsar
Kali pertama MrJocko diperkenalkan dengan nasi Kari Ganja oleh seorang rakan di Public Mutual. Lepas Solat Jumaat, kami ke sana untuk beratur menikmati Nasi Kari Ganja Bangsar bulan Jun lepas.
Semalam, MrJocko singgah sekali lagi untuk pekena nasi kari ayam ganja sekali lagi. Kebetulan lalu area sana selepas selesai urusan dengan klien. Walaupun seorang diri, pergi jer la. Rasa gian pulak nak makan nasi kari ganja Bangsar.
Lokasi kedai mudah sahaja kalau nak cari. Cari Giant Lama di Bangsar Garden, (kini Supermarket TMC) dan kedai nasi kari ganja ni berada di belakang pasaraya TMC. Bila ampai sana, InsyaAllah anda boleh kenal kerana nampak dari jauh sememangnya setiap masa pelanggan beratur untuk menikmati Nasi Kari Ganja.
Selalu ada kat sini, Ayam Goreng, Kari Kepala Ikan, Ikan Goreng Kari dan Sotong Goreng. Dan sudah dua kali MrJocko ambil menu lauk Ayam Goreng dan Sotong Goreng cuma RM8.00 sahaja. Murah dan memang sedap.
Musim Gaduh BOLA Kini Bermula 2013-2014
Bukan Johan, Bukan Zizan, Tetapi Jep Sepahtu Yang Menang
Wah!!! Nampaknya gelaran pelawak terhebat tanah air yang selalu sinonim dengan Johan dan Zizan Raja Lawak semakin tergugat selepas kemenangan Jep Sepahtu di dalam Majlis Anugerah Lawak Warna 2013 malam ni.
Jep Sepahtu merangkul gelaran Anugerah Artis Komedi Pailng Lawak Popular (Lelaki) dan menepikan jangkaan ramai peminat Johan, Zizan, Ac Mizal dan juga Apek Senario. Hebat la si Jep Sepahtu. Nampaknya rezeki dia semakin cerah dalam bidang 'Lakonan dan Lawak'.
Tahniah la pada pemenang pemenang Anugerah Lawak Warna 2013. Untuk keputusan penuh senarai pemenang di Anugerah Lawak Warna 2013, boleh semak di Facebook Astro atau Maharaja Lawak Mega.
Gambar Ustaz Azhar Idrus Kemalangan - Harap Semua Selamat
Pagi tadi tengok update rakan-rakan kat Facebook katanya Ustaz Azhar Idrus kemalangan di Terengganu pagi tadi. Jadi lepas cari, dapat la gambar ni, gambar seorang yang di percayai Ustaz Azhar Idrus dengan sebuah kereta Volkswagen GTi rasanya dan nampak di keremuni oleh orang ramai.
So, siapa yang tahu berita sebenar kemalangan Ustaz Azhar Idrus ni, upload la gambar yang clear sikit. Accident teruk ke? Kita semua mendoakan agar semua selamat, dan dijauhkan Ustaz Azhar Idrus dari sebarang bala bencana supaya kita akan terus mendengar perkongsian Tazkirah dari dia sokmo-sokmo, Amin.
Contest Blooggers Fantasy Premier League Dan Menang iPad Mini
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya mewakili Blooggers Dot Com (002210546-M) dan Blog BLOOGGERS.com dengan ini menjemput semua blogger yang berminat untuk menyertai Blooggers Fantasy Premier League Musim 2013-2104. Untuk sertai Blooggers Fantasy Premier League anda cuma perlu ikut 2 syarat mudah.
Syarat 1
Like Fanpage Blooggers Dot Com
(http://www.facebook.com/pages/Blooggers-Dot-Com/)
Syarat 2
Tulis SATU (1) entry pendek, mudah, komen, pandangan dan apa sahaja tentang Blooggers.com (bermula Ogos 2013 sehingga Mei 2014)
Kemudian Daftar Pasukan anda di http://fantasy.premierleague.com/
Step 1.
Daftar akaun anda dengan Fantasy Premier League (http://fantasy.premierleague.com/)
Step 2.
Selesai mendaftar dan pilih pemain anda, anda Klik -
fantasy.premierleague.com -> Leagues -> Join a League -> Private League -> Next -> masukkan no Code : 55820-16545
Nama Liga "Blooggers Fantasy Premier League 2013-2014"
Code to join this league: 55820-16545
Sertai Blooggers Fantasy Premier League dan anda mungkin berpeluang memenangi :
Juara : Satu (1pcs) iPad Mini 16GB Wifi (worth RM999)
Naib Juara : RM300 Cash
Tempat Ketiga : RM100 Cash
Peraturan :
1. Pengiraan markah akan bermula dari Game Week 1 iaitu 17 Ogos 2013 sehingga akhir musim Game Week Terakhir Fantasy Premier League. (Bila2 daftar pun tak kisah)
2. Markah, undang2 perlawanan tertakluk kepada Fantasy Premier League.
3. Anda boleh daftar seberapa banyak penyertaan, tetapi akan menerima satu Hadiah sahaja.
4. Pemenang akan dipilih berdasarkan markah keseluruhan tertinggi, kedua dan ketiga.
5. Keputusan Juri Adalah Muktamad
6. Hadiah akan disampaikan kepada pemenang SEMINGGU DARI TARIKH GAME WEEK TERAKHIR.
Selamat mencuba dan share dengan rakan-rakan lain.
Terima Kasih
Blooggers Dot Com
Advertorial Lepas RAYA : Alhamdulillah
Hujung Minggu Superstar Magic Di Genting Highlands
Sekarang kami kat Genting highlands, nak tengok Superstar Magic di Genting International Showroom jam 3.00 pm. Superstar Magic ini akan berakhir pada September 2013 nanti dan menampilkan ramai Ahli Silap Mata yang hebat seluruh dunia.
Sementaranak tunggu show, singgah makan dulu la. Nanti lepas show boleh MrJocko cerita pasal kehebatan Superstar Magic di Genting International Showroom ini. Tunggu entrynya yer...
Glamorous MrJocko
Keputusan BPL Minggu1 - Liverpool Man Utd Chelsea Menang Arsenal Kalah
Orang Melayu Mudah Lupa Hutang
Pengacara Kanak-kanak Terkenal Part 1
Sasterawan Negara Ini Buatkan Saya Menangis
Takut Bila Dapat Pembeli Yang Psycho
Peminjam PTPTN Yang Ingkar Akan Di Senarai Hitam CCRIS
Bermula bulan ini, Ogos 2013 pihak PTPTN akan menyenaraihitamkan peminjam PTPTN yang ingkar membayar hutang mereka dan akan disenaraikan nama-nama mereka dalam senaraihitam CCRIS Bank Negara.
Walau bagaimanapun hanya nama-nama peminjam PTPTN yang ingkar sahaja yang akan disenaraihitamkan oleh PTPTN. Jadi kalau anda membayar hutang PTPTN anda secara tetap dan setiap bulan, anda tak perlu risau.
Bagi yang menghadapi masalah dalam membuat pembayaran hutang PTPTN mereka, anda boleh berjumpa pegawai PTPTN untuk mengemaskini dan menyusun balik pembayaran hutang PTPTN anda sebelum nama anda di senaraihitam. Buat cepat yer, jangan tunggu di saat akhir kerana apabila nama ada berada dalam senarai hitam CCRIS PTPTN, anda akan menghadapi masalah untuk membuat pinjaman bank dan dalam beberapa pinjaman kredit yang lain.
Travel : Pengalaman Berada Di Narita Airport
TERKINI : Hutang PTPTN Tak Masuk CCRIS
Tunggu Masa Untuk Review Produk Ninetology U9 Model X1
Hari tu masa blogwalking blog Anarm dan Denaihati, MrJocko ada terbaca pasal peluang untuk pembaca review 3 produk terbaru dari Ninetology. Memang ia peluang terbaik untuk MrJocko kerana teringin nak tahu apa dia produk Ninetology dan sejauh mana performance produk-produk Ninetology berbanding produk smartphone atau gadget dari syarikat lain.
Tadi, MrJocko menerima pengesahan dari wakil Ninetology dan InsyaAllah, kalau tidak keberatan, MrJocko akan diberi peluang untuk guna dan review produk Ninetology U9 Model X1. Wow!!! Tak sabar nak test jenama Ninetology U9 X1 ni
Harap-harap pihak Ninetology sudi memberikan kami guna, test dan review produk Ninetology U9 Model X1 ni selama sebulan. Baru puas kami review dan bagi feedback dalam setiap sudut ;). Siapa nak tahu pasal Ninetology U9, jangan lupa ikuti blog MrJocko yer?
Bas Jatuh Gaung Di Genting Dan Mitos Jalan Berhantu
Hari Rabu, semalam kita dikejutkan dengan tragedi sebuah bas yang membawa 53 penumpang turun dari Genting Highlands telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung jalan di puncak Genting. Berita yang diterima kata 37 orang terbunuh dan 16 lagi cedera.
Bagaimana bas genting ini boleh terbabas dan jatuh gaung? Apa yang sebabkan bas genting itu terbabas dan terjunam ke gaung? Mesti ramai yang sibuk nak tahu kan?
Ada juga komen dan pandangan kata, memang selekoh tu berhantu, selalu ada kemalangan. Yer ke selekoh tu ada hantu dan sebabkan banyak kereta, bas dan kenderaan lain terbabas? Ingat dalam diri kita, mana ada hantu. Alam Jin dan Syaitan ada la.
Mitos jalan itu berhantu, selekoh ini banyak makan mangsa, kawasan situ ada penunggu selalu juga kita dengar kalau ada kemalangan kenderaan atau bas yang kemalangan seperti kes kemalangan jatuh gaung di Genting ini. Bagi MrJocko, kemalangan boleh dielak kalau semua kita memandu dengan berhati-hati dan perlahan tidak melebihi had laju yang dibenarkan.
Sebagai contoh jalan menuruni Genting Highlands memang punyai banyak selekoh tajam dan curam. Selalu kalau naik dan turun di jalan Genting tu, selalu sangat nampak bas atau kenderaan lain memandu terlalu laju melepasi had yang dibenarkan.
Mungkin disebabkan oleh laju, sedikit sahaja kesilapan menyebabkan pemandu tidak sempat untuk mengawal kenderaan dengan baik dan boleh menyebabkan eksiden. Banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Situasi ini juga boleh menyebabkan kemalangan dan bahaya kepada pemandu lain.
Rasanya padangan MrJocko, kalau ada yang katakan selekoh itu berhantu, jalanraya sana keras, jalan ini ada penunggu, memang tak patut. Selalunya kejadian seperti ini kesan akibat kecuaian Pemandu sendiri yang sibuk nak kejar masa. Kalau dah jalan raya macam genting, sepatutnya pemandu membawa kenderaan atau bas dengan perlahan dan rehat yang cukup
Takziah la buat keluarga mangsa yang meninggal atau tercedera dalam kejadian bas jatuh gaung Genting. Harap pihak berwajib boleh tengok balik keadaan jalanraya dari Awana Genting sehingga First World Genting, Untuk driver, bawa la kereta atau kenderaan dengan perlahan. Anda mungkin lambat tetapi jika ada apa-apa, anda masih mampu mengelak kemalangan InsyaAllah.