Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Kak Mah Tom Yam Nasi Bubur Berlauk Kampung Baru

$
0
0

Nasi Bubur Berlauk Kampung Baru yang sudah terkenal ialah Kak Mah Tom Yam Kampung Baru. Restoran Kak Mah Tom Yam ini terletak di Jalan Raja Abdullah dan berada di hadapan bangunan Universiti Kuala Lumpur dan juga Menara DBKL Kampung Baru.

Kenapa restoran Kak Mah Tom Yam Nasi Bubur Berlauk ini terkenal? Sebab kat kedai makan Kak Mah Tom Yam Kampung Baru ini menyediakan menu masakan Thai yang asli dan sedap.

Di sini, menu masakan dimasak oleh ramai tukang masak dari Thailand yang sememangnya mempunyai pengalaman masak terbaik di kalangan tukang masak yang pernah MrJocko rasa.

 

Nasi Bubur Berlauk Kak Mah Kampung Baru

Nasi Bubur Berlauk Kak Mah Kampung Baru

Nasi Bubur Berlauk Kak Mah Kampung Baru

 

Anda boleh cuba menu bubur berlauk yang disediakan di sini. Anda boleh order secara ala carte atau boleh pilih sendiri menu bubur kesukaan anda samada bubur ayam, daging, sotong, udang dan sebagainya. Tiap menu yang ada kat sini memang unik.

MrJocko selalu order Bubur Berlauk Daging, Tom Yam Campur, Paprik Campur, Sotong Celup Tepung dan kadang-kadang Kailan Ikan Masin. Kalau nak makan besar boleh cuba menu Ketam dan juga Siakap Stim kat restoran Kak Mah Tom Yam Kampung Baru ini, memang terbaik.

Restoran ini di buka seawal jam 5.00pm dan biasanya ditutup pada jam 4.00am setiap hari. Jadi kalau nak cuba menu seafood asli dari Thailand, semestinya MrJocko akan sarankan ke Kak Mah Tom Yam Nasi Berlauk Kampung Baru.

 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468