Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Hakuhinkan Toy Park Ginza, Tokyo

$
0
0
Sewaktu MrJocko ke Tokyo tahun 2012, sempat singgah untuk window shopping di sekitar lokasi shopping orang-orang kaya di Tokyo iaitu di Ginza Street. Ginza Street ini mungkin boleh disamakan dengan Jalan Bukit Bintang kalau di Kuala Lumpur, kerana banyak butik dan outlet di Ginza Street ini menyediakan banyak produk antarabangsa dan juga barangan premium buatan Jepun.

Di hujung jalan Ginza Street, terdapat sebuah outlet barangan permainan yang terkenal di Ginza iaitu Hakuhinkan Toy Park. Bangunan Hakuhinkan Toy Park Ginza ini mempunyai 8 tingkat dan setiap tingkat mempunyai koleksi jualan barangan mainan yang berbeza.

Hakuhinkan Toy Park sudah lama bertapak di Tokyo. Outlet ini sudah dibuka sejak September 1982 dan menyediakan pelbagai barangan mainan kanak-kanak dan dewasa serta novel dan komik terpilih.

Di Tingkat B1 mereka punya koleksi anak patung, Tingkat 1 Koleksi Lifestyle, Tingkat 2 Koleksi Mainan Haiwan, Tingkat 3 Mainan Terkenal, Tingkat 4 Permainan dan Hobi, Tingkat 5 dan 6 Ruang Cafe dan Tingkat 7 dan 8 Hakuhinkan Teater. 










Setiap level tingkat outlet Hakuhinkan Toy Park Ginza ini dipenuhi dengan jualan barangan permainan dari Jepun dan juga pelbagai koleksi mainan terkenal seluruh dunia termasuk juga mainan Lego. Kepelbagaian produk yang dijual di sini membuatkan peminat 'toys' akan leka seharian jika singgah di sini. Apatah lagi kalau anda bawa anak-anak, sudah pasti mereka akan teruja dengan mainan yang ada di Hakuhinkan Toy Park Ginza.






Untuk mereka yang berminat untuk ke sini, anda cuma perlu pergi ke Ginza Street, Tokyo dengan menaiki teksi, bas ataupun subway. Alamat Hakuhinkan Tou Park Ginza ialah 8-8-11, Ginza, Chuo-ku, Tokyo 104-8132, Japan Phone:+81-3-3571-8007 

Outlet toy park Ginza ini dibuka dari jam 11:00am - 8:00pm dan ia dibuka pada setiap hari. Jadi, kalau anda peminat 'toys' anda mesti singgah di Hakuhinkan Toy Park Ginza.

Inginkan Maklumat Lengkap Untuk Percutian Anda? Lawat Majalah Libur

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468