Bulan September 2014 nanti, merupakan bulan yang sibuk bagi MrJocko. Di samping kerja hakiki, bulan September 2014 MrJocko di jemput untuk 2 FAM Trip ke Bangkok - Chiang Mai dan juga Trip ke Jepun. Alhamdulillah.
Untuk FAM Trip Bangkok Chiang Mai, MrJocko dah publish entry Teaser Shopping Mall Terbesar di Bangkok dan juga Varenda Highland Resort Chiang Mai sebagai info ringkas bagi percutian anda kalau nak ke Bangkok atau Chiang Mai.
Bagi Trip ke Jepun, MrJocko masih belum dapat kepastian samada FAM Trip ke Jepun akan membawa MrJocko ke Hiroshima ataupun ke Nagoya. Ini kerana satu Trip di awal bulan dan satu lagi trip di akhir bulan September. MrJocko secara peribadi, tak kisah kalau dapat ke Hiroshima atau ke Nagoya kerana dua-dua lokasi tersebut masih belum MrJocko kunjungi.
Mungkin cuaca di bulan September nanti agak panas di Hiroshima, sekitar 27 darjah celcius sehingga 32 darjah celcius kerana di Hiroshima dan Nagoya sekarang ialah Musim Panas (Summer Season) bermula bulan Jun sehingga awal Oktober 2014. Selepas itu baru masuk musim sejuk.
Jadi untuk FAM Trip ke Jepun tak perlu bawa baju tebal, sekadar bawak t-shirt biasa seperti di Malaysia.
Harap boleh dapat confirmation itinerary FAM Trip ke Jepun secepat mungkin supaya senang MrJocko nak plan dan sediakan apa yang patut. Bagi yang nak folow cerita FAM Trip ke Jepun, boleh follow Fanpage MrJocko, Instagram MrJocko dan Twitter MrJocko