Kotaraya Seoul sememangnya mempunyai banyak tarikan pelancongan tak kira ditengah bandaraya Seoul ataupun di sekitarnya. Kalau nak cuba kelainan, apa kata anda ambil masa cuba pakej makan malam di dalam cruise sambil menikmati permandangan malam yang indah di Han River Cruise Seoul. MrJocko berpeluang bersama rakan-rakan menaiki Eland Cruise sambil menyusuri Sungai Han yang terkenal di Korea Selatan ini.
Oleh kerana kami datang berkumpulan, pihak Travel Agent sudah menyediakan kami menu makanan halal untuk satu level di dalam Eland Cruise khas untuk Han River Cruise Seoul. Makan malam kami banyak berasaskan salad dan juga seafood segar serta roti serta manisan.
Lihat sahaja betapa happy kami kerana ini pertama kali kami menaiki cruise menyusuri Sungai Han yang menjadi lagenda masyarakat Korea Selatan, penuh dengan sejarah dan cerita unik tersendiri. Anda boleh baca banyak info tentang Han River di internet dan juga sumber-sumber dari Korean Tourism Organization.
Pemandangan waktu malam di Sungai Han memang cantik dan akan mempersona siapa sahaja jika berpeluang menyusuri Sungai Han dengan Feri atau Cruise ini.
Han River Cruise Seoul |
Dengan menaiki Han River Cruise Seoul, anda boleh lihat bagaimana Sungai Han yang kini menjadi salah satu sungai kebanggaan rakyat Korea Selatan. Ia mempunyai panjang sejauh 514km dan mempunyai lebar sekitar 1km di kawasan Seoul, Korea Selatan. Di masa dulu, sejarah menulis bahawa 3 Kerajaan Korea pernah bersaing untuk menakluki lembah Sungai Han ini. Kini, Sungai Han menjadi salah satu ikon yang begitu sinonim dengan Korea Selatan, khususnya Bandaraya Seoul.
Pengenalan
Hangang Sungai Ferry Cruise adalah salah satu cara terbaik untuk menikmati pemandangan di sekeliling Sungai Han yang mengalir melalui Seoul. Angin sejuk dari sungai, pemandangan sekitarnya, yang mendapat lebih cantik di waktu malam, ini semua anda boleh dapat dengan melayari feri di Han River Cruise ini.
Terdapat 3 tempat untuk anda menaiki feri iaitu di Jeti Yeouido, Jamsil, dan Ttukseom. Semua pelayaran dijalankan dalam dua jadual pelayaran. Satu pelayaran dari jeti dan terus menyusuri perjalanan pelayaran ke Sungai Han dan kembali semula. Pelayaran satu lagi ialah dari sama ada Jeti Yeouido atau Jamsil dan berakhir di Jamsil atau Yeouido. Beberapa feri membuat berhenti di Ttukseom.
Sepanjang pelayaran, anda boleh melihat pemandangan Sungai Han yang indah, pulau-pulau sekitarnya, Jeoldusan Park, 63 Building, N Seoul Tower, Complex Multi Sports Jamsil dan lain-lain tempat-tempat pelancongan yang terkenal.
Pelayaran ini sering digunakan untuk majlis perkahwinan, majlis hari jadi, persembahan muzik dan acara-acara lain. Di dalam cruise ini, biasanya akan ada Persembahan LIVE samada Piano atau LIVE Band untuk hiburan pelanggan.
Semasa musim panas, jeti ini juga menawarkan sewa bot motor.
Kemudahan tempat letak kereta
Tempat letak kereta pada setiap dok (Yeouido, Jamsil, Ttukseom)
Bayaran letak kereta
Percuma untuk tempat letak kereta di Yeouido dan dok Jamsil
Dibayar untuk tempat letak kereta di Jeti Ttukseom (Percuma pada hari Ahad / Cuti)
Tambang Feri/Cruise (Han River Cruise Seoul)
Biasa : Dewasa ₩ 11000 / Kanak-kanak 5500 ₩
Magic Show Cruise : Dewasa ₩ 14000 / Kanak-kanak 7000 ₩
Live Concert Cruise : Dewasa ₩ 15000 / Kanak-kanak 7500 ₩
Bufet Dinner Cruise :
Hujung minggu: Dewasa ₩ 65000 / Kanak-kanak ₩ 33000
Hari-hari bekerja: Dewasa ₩ 60000 / Kanak-kanak ₩ 30000