Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Ngarai Sianok, Umpama Grand Canyon Di Bukittinggi Sumatera

$
0
0
Untuk mereka yang pernah ke Arizona, Amerika Syarikat, sudah pasti ambil peluang ke Grand Canyon. Kalau anda nak lihat Grand Canyon ala Indonesia, tak perlu pergi jauh, anda boleh lihat keindahan tebing tinggi ini di Bukittinggi, Sumatera, Indonesia.

Terletak di Gunung Singgalang, Ngarai Sianok ini menyerupai keadaan Grand Canyon di Arizona US. Ngarai bermaksud Lembah dan Sianok bermaksud Desa. Ia terletak berdekatan dengan Lobang Jepang dan juga Menara Jam Gadang di Bukit Tinggi.



Grand Canyon Bukittinggi Ngarai Sianok


Untuk tiket masuk ke Taman Wisata Panorama Park ini ada dikenakan IDR5,000 setiap seorang. Dan jika anda berminat untuk menyusuri lembah di bawah Ngarai Sianok (Lembah Desa) ini anda boleh dapatkan khidmat Tour Guide Individu di sana dengan bayaran IDR30,000 atau RM10. Kalau nak tracking di lembah tersebut, kena la bawa air dan ambil masa beberapa jam kerana ia satu kawasan yang agak luas.


Grand Canyon Bukittinggi Ngarai Sianok

Grand Canyon Bukittinggi Ngarai Sianok



Ketinggian tebing di Ngarai Sianok Grand Canyon Bukittinggi ini ada yang mencecah 200 meter tinggi dan ia sesuatu yang menakjubkan di sini. Jauh perjalanan jika anda nak melalui lembah tebing ini di anggarkan sekitar 15 kilometer panjang. 

Bagi yang aktif dan sukakan cabaran, anda boleh ambil peluang untuk menginap di lembah ini dengan cara berkhemah. Ada kawasan sesuai untuk anda dengan kos yang berpatutan.







Di tebing pintu masuk Panorama Park, ada kawasan peninjau dan juga kedai-kedai menjual barangan cenderahati untuk pelancong. Paling menarik perhatian MrJocko ialah lukisan-lukisan pemandangan yang dibuat dalam masa sehari dan ia dijual dengan harga serendah RM10 bagi setiap lukisan.

Jadi, kalau ke Bukittinggi, mesti singgah di Menara Jam Gadang, Lobang Jepang dan juga Panorama di Ngarai Sianok Grand Canyon Bukittinggi kerana ia hanya berada di satu kawasan yang sama.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468