Selepas 10 hari melahirkan 4 anak kucing parsi yang comel, hanya 2 ekor yang tinggal. Seekor warna calico (3 warna) dan seekor warna kelabu. Keduanya belum dipastikan jantina sebab MrJocko tak pandai nak tengok sebab masih kecil. Tapi berdasarkan apa yang MrJocko tahu, warna kelabu mungkin Jantan dan yang berwarna Calico itu ada lah Betina.
Hari ke-10, anak-anak Kitty ini belum boleh membuka mata lagi. Seharian hanya duduk dalam sangkar dan minum susu ibunya. Setakat ni nampak kedua-dua ekor anak bulus ini sihat walafiat. Harap-harap anak kucing parsi yang baru lahir ini akan terus hidup sihat seperti kami pelihara Kiki dan Mia.
Kalau melihat dari muka dan bentuk anak kucing parsi yang baru lahir ini, MrJocko nampak memang ada baka keturunan Kucing Parsi Abon. Kalau betul anak-anak kucing parsi ini mengiku baka Abon, maka mungkin ia akan menjadi sejinak Abon dan juga secomel bapaknya Abon,
Tunggu seminggu lagi bila anak-anak bulus ni boleh buka mata. Kemudian tunggu sebulan lebih untuk lihat samada bulu-bulu anak kucing ni panjang mengikut induk ibunya atau pendek mengikut induk bapaknya.
Belum bagi nama lagi ni, tengah duk pilih nama untuk anak kucing parsi ni. Nama apa agaknya yang sesuai ???