Hari pertama sampai di Surabaya, kami menginap di Tuban, tak jauh dari bandar Surabaya. Semasa nak dapatkan akses internet di ruang Lobi Basra Hotel, MrJocko terlihat berita terkini di Indonesia dan mengetengahkan isu Gang Dolly Surabaya. Apa itu Gang Dolly Surabaya??
Bila di tanya, rupanya Gang Dolly ini ialah Pekerja Khidmat Seks atau Pelacur yang sememangnya terkenal di Surabaya. Khabarnya, di Surabaya, perkhidmatan yang kurang bermoral ini terkenal seluruh Asia. Mungkin sebab itu, kini pihak berwajib mengambil keputusan untuk menutup banyak tempat dan pusat aktiviti Gang Dolly ini di Surabaya.
Sebab cadangan penutupan pusat-pusat Gang Dolly ini, ramai mereka yang terlibat tidak bersetuju dan membantah. Maklum lah, dah lama buat kerja Gang Dolly. Sebab lain, memang di Indonesia sangat susah untuk dapatkan pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Pun begitu, sebab aktiviti tidak bermoral ini, pihak berwajib tetap akan menutup pusat Gang Dolly ini selewat-lewatnya bulan Puasa tahun ini.
Pusat persundalan ini akan diambil oleh pihak berkuasa dengan membeli atau ambil alih untuk digantikan dengan aktiviti lain yang berfaedah. Setiap seorang Gang Dolly pula akan diberi Rp3 Juta untuk bayaran pulang ke kampung masing-masing.
Harap, lepas ini tak ada lagi Gang Dolly di Surabaya.