Belum pun balik ke Malaysia, MrJocko nak kongsi jugak apa yang telah dibeli sewaktu di Surabaya, Semarang, Cirebon, Magelang dan Yogyakarta. Walaupun banyak daerah kami singgah, tetapi paling banyak di beli di Jogja (Yogyakarta). Sebabnya, tempat lain lebih kepada melawat makam Wali Songo dan singgah tak lama.
Seluar tidur ni MrJocko beli di Semarang. Masa tu ramai peniaga yang datang jual baju dan barangan kraf di lobi Hotel Nirwana. Asalnya memang tak nak beli, tetapi lepas tiba-tiba dapat tawar murah, terus bayar. Harga Asal Rp40,000 sehelai. Tapi MrJocko terus tawar Rp50,000 untuk 2 helai. Terus beli.
Tshirt pelbagai jenis design ini di beli di Pasar Beringharjo. Walaupun di kaki lima luar bangunan pasar ni ada jual, MrJocko terbeli di dalam pasar Beringharjo jugak. Memang tak jauh beza. Harga asal Rp35,000 sehelai atau Rp100,000 untuk 3 helai. Kalau ikutkan sama harga seperti RM32 untuk 3 helai T-shirt. Murah tak???
Key chain ini di beli di kaki lima sahaja. Rp10,000 untuk 5 pcs. Oleh kerana beli Rp30,000 (RM9.60) maka dapat lagi 2 PERCUMA. Siapa nak? Sila book awal-awal. Boleh MrJocko post nanti.
Baju batik ni khas untuk my kids, Khalisha dan Qistina. Harga pun murah. Selepas tawar menawar dapat Rp20,000 sehelai atau RM6.40 sehelai. Kira harga tu murah sesangat la. Rasanya sangat berbaloi kerana ini di beli di Grosir Pasar Beringharjo, Jogjakarta.
Akhir sekali, biji-biji tasbih ini di beli di Gunung Muria, sewaktu menziarahi Makam Sunan Muria. Di puncak bukit. Kebetulan terbuka hati nak beli untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Harga murah sahaja. Untuk 10 tasbih, harga hanya Rp30,000.
Yang lain sepanjang 6 hari 5 malam di Surabaya menuju Jogjakarta, MrJocko hanya beli buahan, air teh botol dan juga top-up pulsa TelkomSel. Alhamdulillah, trip kali ini dapat berjimat, tak perlu membazir beli barang yang tidak perlu. InsyaAllah, kalau tak ada aral, bulan Mac 2014 nak ke Bandung sekali lagi. Dan kalau ke Bandung, shopping memang best sebab lagi banyak barang yang murah dan berkualiti.