Andainya anda peminat Kamera, apa kata singgah di The Camera Museum atau Muzium Kamera di Pulau Pinang. Lokasinya terletak di George Town Heritage Zone dan memang senang di cari. Ia terletak di Jalan Muntri, Georgetown dan ia dibuka pada setiap hari bermula jam 11.00 pagi hingga jam 7.00 malam.
Muzium Kamera di Pulau Pinang ini dibuka secara rasmi pada 9 Oktober 2013 dan ini menjadi tarikan pelancong ke Pulau Pinang dan ia merupakan Muzium Kamera pertama seumpamanya di Malaysia.
Di Muzium Kamera Georgetown ini ada tersimpan pelbagai koleksi kamera terawal yang menjadi koleksi peribadi tuan punya muzium serta banyak lagi koleksi lain yang mereka dapatkan dari seluruh pelusuk dunia. Di sini mereka mempunyai koleksi kamera Obscura, Daguerreotype, Kamera Kotak, Folding Camera, 35mm Camera, Single dan Twin Lens Reflex dan banyak lagi. Malah yang paling menakjubkan, mereka mempunyai koleksi kamera 3D terawal yang digunakan pada 100 tahun dahulu.
Jangan terkejut kalau ada banyak kamera antik yang di simpan di sini, masih boleh di gunakan dan berfungsi dengan baik. Ia masi boleh merakam gambar anda menggunakan filem dan boleh diproses menjadi satu gambar yang lengkap.
Jadi, jika anda berkungjung ke Pulau Pinang, singgah la di The Camera Museum atau Muzium Kamera. Banyak kamera antik dan unik akan anda lihat di sini. Tiket masuk ke Muzium Kamera Georgetown ini hanya RM20 bagi dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak dan Warga Emas.