Kalau dulu ura-ura ada 4 awek skandal, kali ni lebih gempar bila diberitakan ada 8 awek skandal dalam satu bumbung. Lagi hebat bila kelapan-lapan skandalnya itu semua muda-muda dan sangat cun melecun. Ilmu pengasih mana blogger ni pakai?
Ini semua aksi nak tumpang glamor dengan awek-awek manis penyeri booth Coca Cola. Memang kecoh di FIFA World Cup Trophy Tour 2014 Malaysia hari tu, satu dewan memang meriah dengan aksi permainan yang menarik dalam dewan PWTC. Ramai juga blogger yang join sekaki dan beramah mesra dengan awek-awek Coca Cola ini. Semua comel-comel.
Hari tu, rasa cam Sultan lak, bayangkan seorang sahaja, tetapi ada 8 awek yang datang serbu nak hidangkan air coca cola, memang tak terminum jawabnya. Lebih-lebih lagi semua itu FREE.
Pasti siapa yang pegi ke World Cup Trophy Tour 2014 teruja melihat Trofi Piala Dunia ini. Sangat bertuah kerana berkesempatan. Cuma rasa rugi tak dapat lihat lama dan kalau boleh nak pegang. Yang awek tu sebenarnya tak fikir sangat, semua peminat bola tumpu kepada Trofi Piala Dunia,,, kan???