Ada tak sesiapa kat sini yang akan bercuti atau melawat negara Thailand? Atau mungkin anda dalam perancangan untuk ke sana? Mungkin anda boleh cuba sertai Peraduan Win THB10,000 Central & Zen Gift tajaan Central Thailand ini. Sertai peraduan ini, dan anda mungkin akan berpeluang memenangi hadiah berupa baucar membeli belah THB10,000 (RM1,000) untuk dimenangi.
Banyak yang anda boleh beli di Central Online Shopping Thailand ini dengan nilai THB10,000. Ada pelbagai pilihan dari kemeja, seluar, kasut dan macam-macam lagi. Anda boleh pilih terus item pilihan anda dan boleh bayar secara online.
Photo: baucar membeli-belah Fancy bernilai 10,000 baht untuk membeli-belah di Central Department Store Thailand di seluruh negara.
Bagaimana untuk sertai peraduan ini?
Untuk dua minggu yang akan datang, anda cuma perlu ceritakan pengalaman membeli-belah anda di Thailand kepada penganjur, Tourism Authority of Thailand. Dalam masa yang sama, namakan dua atau tiga kedai-kedai kegemaran anda ketika membeli belah di Thailand.
E-mel jawapan anda kepada info@tourismthailand.my pada atau sebelum Isnin, 13 Januari 2014.
Pertandingan ini terbuka kepada rakyat Malaysia dan Brunei sahaja.
Jadi apa yang anda tunggu lagi, sertai peraduan mudah ini sekarang. Mana tahu, anda akan dapat baucar THB 10,000 dari penaja dan Tourism Authority of Thailand. Boleh shopping sakan di Central Department Store Thailand :)