Minggu lepas MrJocko menerima undangan khas dari Tourism Negeri Sembilan untuk menyertai Friends Of Negeri Sembilan ke Pameran FIFA World Cup Trophy Tour Coca Cola di PWTC. Trophy Piala Dunia ini sebenarnya sudah sampai di Malaysia melalui penerbangan khas pada 3 Januari 2014 dan akan dipamerkan kepada umum pada Ahad, 5 Januari 2014 bermula jam 8.00 pagi.
Semalam, 4 Januari 2013, kami dijemput khas sebagai rakan Media Coca Cola untuk menyaksikan pameran ini lebih awal berbanding umum. Kami dibawa oleh wakil Coca Cola Malaysia masuk ke ruang pameran yang mempunyai pelbagai aktiviti menarik di dalamnya.
Ruang pertama ada diletakkan antara jenis-jenis bola dan nama khas bola tersebut semasa digunakan semasa piala dunia. Di sini juga dipertontonkan bola rasmi yang akan digunakan semasa Piala Dunia 2014 Brazil yang dikenali sebagai Brazuca, jenama Adidas. Apa maksud Brazuca? Dalam istilah World Cup 2014, ia membawa maksud sesuatu yang mejadi kebanggaan orang Brazil.
Banyak aktiviti lain di dalam ruang pameran seperti permainan Playstation 4, FIFA World Cup 2014, Freestyle Soccer, Shoot Speed, Hologram Video dan banyak lagi. Paling best sebelum masuk melihat Piala Dunia, kami dihidangkan dengan air Coca Cola PERCUMA.
Masa yang ditunggu, masa melihat Trofi Piala Dunia. Kami beratur menuju ke petak yang disediakan dan berpeluang bergambar menggunakan kamera yang disediakan. Anda tidak dibenarkan menggunakan kamera sendiri kerana pihak menganjur ingin mengawal perjalanan event dengan teratur dan cepat. Jangan risau anda akan mendapat Sekeping Gambar potret anda bersama Trofi Piala Dunia tersebut. Dalam gambar yang dicetak itu, ada no kod yang membolehkan anda download gambar anda di dalam web FIFA.COM/TrophyTour.
Cepat, jika anda minat bola, jom ramai-ramai ke PWTC sempena pameran FIFA World Cup Trophy Tour 2014 Coca Cola. Masuk adalah PERCUMA.