Anda mungkin kenal Pasar Chowrasta sebagai bangunan yang terkenal dengan jualan jeruk mangga, jeruk buah pala, jeruk buah salak dan pelbagai jenis jeruk lagi. Di sebelah lorong Pasar Chowrasta ini ada satu lagi tarikan iaitu minuman Ais Tingkap yang terkenal di Pulau Pinang.
Ais Tingkap ini sangat unik. Ia dikenali juga dengan Penang Cold Drinks dengan nama Inggerisnya Window Sherbet. Apa dia minuman Ais Tingkap atau Window Sherbet ni???
Ais Tingkap ini ialah satu minuman campuran antara air sirap dan air kelapa. Minuman Ais Tingkap ini semakin terkenal kerana keunikkan campuran antara dua minuman ini dan menghasilkan rasa yang sedap dan segar. Sirap yang selalu kita minum dan air segar buah kelapa. Yum yum,,, Nom nom,,,
Sebab itu, kalau anda ke Pulau Pinang, ambil masa singgah di Pasar Chowrasta. Jalan ke depan sikit, anda akan nampak lorong bersebelahan pasar menjual ayam dan daging, ada gerai tepi lorong diberi nama Ais Tingkap.
Samada minum atau bungkus bawa pulang, anda boleh dapatkan Ais Tingkap dengan hanya RM2.50 sahaja. Anda akan dapat menikmati rasa air minuman yang sedap, segar dan lain dari minuman yang anda pernah rasa sebelum ini. Jangan lupa cuba Ais Tingkap Pulau Pinang.