Bagi mereka yang layak untuk memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), anda sudah boleh siap sedia untuk membuat permohonan bantuan kewangan ini dari pihak berwajib untuk BR1M tahun 2014. Rasanya ramai yang sedang menunggu untuk memohon BR1M ni.
Bagi penerima BR1M sedia ada, anda tidak perlu mendaftar lagi. Anda hanya perlu untuk mengemas kini maklumat peribadi mengikut maklumat terkini.
Bagi pemohon BR1M yang baru, anda perlu mendaftar dari 28 Disember 2013 sehingga 31 Januari 2014. Anda perlu mendaftar secara online di www.hasil.gov.my atau pendaftaran secara manual di Kaunter Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pembayaran bantuan BR1M 2014 akan dibuat pada bulan Februari 2014 nanti. Untuk maklumat penuh, boleh layarai laman web Hasil.gov.my atau Hotline 1-800-88-2716.
Glamorous MrJocko