Minggu lepas, rasanya ramai yang tahu MrJocko berada di Pulau Pinang selama 3 hari 2 malam mengikuti rombongan FAM Trip anjuran Tourism Malaysia. Kami rakan media di bawa melawat banyak tenmpat-tempat menarik di Pulau Pinang dan yang paling teruja bila dapat bersarapan pagi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lee Guan Eng.
Kali ini, MrJocko berkesempatan duduk semeja dengan Ketua Menteri Lee Guan Eng dan bersarapan Kopi 'O' bersama-samanya. Peluang terbaik dan ia sesuatu yang wajib diabadikan dalam kamera untuk kenangan.
Bukan senang nak jumpa dengan Ketua Menteri, tambah-tambah lagi peluang untuk duduk minum kopi semeja dengan beliau. Ia semua mungkin hasil selepas penat seharian membantu pedagang-pedagang di pelabuhan Pulau Pinang mengangkat guni jualan mereka. Fuh!!!
Hahaha!!! Macam-macam dah MrJocko mengarut kat sini. Sebenarnya ini semua gambar yang MrJocko rakamkan ketika melawat satu lokasi tarikan pelancong di Pulau Pinang diberi nama Made In Penang, satu pameran lukisan 3D yang terbaik setakat ini pernah MrJocko lawati. Harga tiket untuk Made In Penang adalah RM20 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak sekolah.
Banyak gambar-gambar 3D ada disimpan di dalam Made In Penang ini, anda mesti singgah dan akan teruja dengan lukisan 3D ini. InsyaAllah, MrJocko akan kongsi gambar-gambar lain di dalam Made In Penang dalam beberapa hari lagi.