Hari terakhir di Taiwan pada bulan Mei lepas, MrJocko menginap di Novotel Hotel Taoyuan. Hotel ni terletak bersebelahan jer dengan Taoyuan Airport. Memandangkan kami sampai awal, selepas makan malam tak tau nak ke mana, MrJocko, Naz dan Jam sepakat nak lepak kat Health Club Novotel Taoyuan. Sekali sekala lepak kat health club best jugak kan.
Dalam Health Club Novotel Taoyuan ni ada kemudahan loker, gimnasium yang bersaiz sederhana, ada meja ping pong, jakuzi, steam bath dan juga kolam renang. Jakuzi sini memang beza dan boleh memuatkan sehingga 30 orang dalam satu masa. Steam bath saiz sederhana dan kolam renang 4 lane.
Masa kitaorang pakai Health Club tu, tak ramai, jadi tak la sesak nak bercampur dengan orang ramai. Kami bertiga dan ada 3 lagi tetamu hotel lain. Kira selesa sangat-sangat. Puas jugak la layan jakuzi. Kat Taoyuan bila malam cuaca agak sejuk, jadi bila guna jakuzi air panas, memang syiokkkk,,,,
Bayangkan kami selesai lepak sana jam 11 malam, tu pun pasal diorang dah nak tutup. Selepas Jakuzi, Steam Bath, kami masuk ke bilik persalinan, mandi siap dan boleh basuh baju dan keringkan sekali. Memang best. Kira ini pengalaman kami yang pertama di Health Club Novotel Taoyuan. InsyaAllah kalau ada kesempatan, MrJocko akan share Health Club hotel lain pulak.