Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Harga Tiket RedCarpet Muzium Patung Lilin I-City

$
0
0

Soalan pertama, berapa harga tiket masuk ke RedCarpet Muzium Patung Liling Shah Alam?Wah! Nampaknya I-City semakin mengorak langkah panjang bila dengan rasminya melancarkan pembukaan Red Carpet, Muzium Patung Lilin yang interaktif pertama di Asia Tenggara.

Harga bagi tiket masuk ke RedCarpet Muzium Patung Lilin I-City ini bermula dengan harga RM80 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak. Walaupun begitu untuk pakej keluarga, anda hanya perlu bayar RM160 sahaja.

 


 

Apa yang ada di dalam RedCarpet Muzium Patung Lilin ini? Di dalam RedCarpet Wax Museum Shah Alam ini mempunyai 100 patung lilin celebrity dunia yang terkenal termasuk pelakon, penyanyi, atlit sukan, politician dan banyak lagi karekter yang mungkin menjadi idola anda. Antaranya termasuk Mr Bean, PSY, Bill Gates, Bruce Lee dan ramai lagi.

Tempat pameran yang berkeluasan 30,000 kaki persegi ini dibina dengan menyerupai dekorasi Anugerah Oscar dan pengunjung boleh berinteraksi dengan patung lilin berkenaan.

Teruja juga rasa nak pegi ke RedCarpet Museum Wax I-City Shah Alam ni. Dengar kata tiket boleh di dapat secara online di www.i-city.my/overview/i-ticket. Satu lagi, khabarnya pada 16 Ogos 2013, harga promosi tiket masuk RedCarpet Muzium Patung Lilin I-City cuma berharga RM40 je,,, murah tu...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468