Dah hampir seminggu kita sambut hari raya Aidilfitri 1434 Hijrah dan tahun ni nampaknya lebih meriah berbanding hari raya tahun lepas. Bila lebih meriah, mesti lah lebih kuih raya dan lebih duit raya untuk kanak-kanak.
Yang nyata, nampaknya setiap kali hari raya, kanak-kanak la yang paling gembira. Pergi beraya dapat duit raya, orang datang beraya pun diorang dapat duit. Kalau seorang dewasa bagi seorang kanak-kanak purata RM2 seorang, dikumpul 50 orang, dapat la juga RM100. Itu dalam masa sehari je, kalau raya 3 hari, kaya raya budak tu.
Mak bapak pula, bila tengok anak-anak tengah kira duit raya, jangan la 'kecek' ambil duit anak-anak pulak... Tak baik. Elok ambil duit tu dan simpan dalam bank atau simpanan pelaburan untuk masa depan anak-anak.
So, camana hasil kutipan duit raya anak-anak atau adik-adik anda, banyak tak dapat duit raya?