Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Mudah Guna Google Map Dengan DiGi 3G

$
0
0

Memang MrJocko rasanya sudah redah banyak jalanraya di Semenanjung Malaysia sejak zaman remaja lagi. Masa tu, pengalaman berniaga buahan dengan Arwah PakLong. Kali ni, MrJocko redah lagi jalan yang tak pernah dilalui dengan keluarga semasa on the way balik kampung selepas raya.

Kalau dulu, jalan yang biasa MrJocko lalu ialah jalan Tanah Merah - Grik, tetapi balik ke Kuala Lumpur kali ni kami cuba Jalan Jeli - Kuala Balah - Dabong dan keluar ke Gua Musang. Dari Gua Musang, terus ambik Jalan Lojing - Cameron Highlands dan keluar ke Simpang Pulai.

Alhamdulillah, jalan memang cantik dan memang sedikit pun tak sesak. Sepanjang perjalanan boleh la speed 100km/j ke 120km/j. Tambah-tambah lagi, sepanjang perjalan melalu perkampungan dan pemandangan yang cantik melalui bukit bukau. Ni kalau jadi Rider, mesti syok layan corner dan jalan yang luas dari Gua Musang ke Lojing Cameron Highlands

 

 

Terima kasih kepada DiGi Telco, mudah guna Google Map dengan broadband 3G DiGi di sepanjang perjalanan. Set kedudukan lokasi destinasi anda, dan Google Map akan tunjukkan jalan terdekat dan jalan alternatif untuk anda. Dengan Google Map dan DiGi 3G Broadband, anda tak mungkin sesat lagi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468