Quantcast
Channel: MrJocko
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468

Pengalaman Petik Buah Peach Di Yilan, Taiwan

$
0
0
Semasa dalam perjalanan ke Shangrila Leisure Farm Resort, Yilan kami sempat singgah di ladang buah Peach. Memandangkan ini peluang terbaik, hujan rintik-rintik yang sudah menjadi kebiasaan di tanah tinggi Yilan tidak sedikitpun mematahkan semangat kami. Semua nak merasai pengalaman pertama memetik buah peach. Tengok gaya kami, semua berkaki ayam,,,
 
 
 
 
Dalam kesejukkan, maklum la, dikawasan tanah tinggi Yilan dan juga cuaca yang hujan, kami diberi bakul untuk memungut 6 biji buah peach pertama. Selebihnya, kalau nak, boleh timbang dan bayar dengan harga yang murah. Harga yang berbaloi untuk merasai buah Peach yang segar dari ladang.
 
Memang manis buah peach kat sini. Buah peach segar la katakan. Kalau kat KL, jarang boleh makan buah peach. Jadi, sangat berbaloi merasai pengalaman petik buah peach dan terus makan dari pokok, hahahaha,,,
 
 
 
Oleh kerana ini hari kedua kami di Taiwan, masih berbaki 4 hari, MrJocko decide taknak beli lagi buah peach. Kalau simpan pun, nanti susah nak bawa ke sana sini. InsyaAllah, kalau ada jual di Taipei, boleh beli sebelum pulang ke Malaysia.
 
p/s : Kualiti Gambar kurang jelas kerana pakai kamera phone dan kamera kompak. Maklum la hujan, saper nak bawak kluar DSLR, Samsung S4 atau iPhone5, nanti rosak :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1468