Negara Thailand bukan sahaja dikenali dengan budaya, aktiviti pelancongan, makanan, pantai, pulau serta kehijauan taman negara yang menghijau dari sebelah selatan sehingga ke bahagian utara, namun kini mereka semakin menarik minat ramai pelancong asing dan tempatan dengan beberapa Taman Tema Air (Water Park) yang terkenal di Thailand.
Sememangnya ada banyak water park yang ada di Thailand, tetapi mrJocko akan kongsi hanya 5 Taman Tema Air (Water Park) TERBAIK di Thailand. Antara taman teman air terkenal di Thailand ialah :
1. Cartoon Network Amazone, Pattaya
Taman tema air (Water Park) Cartoon Network Amazone Pattaya ini memang paling terkenal di kalangan pelancong kalau berkunjung di sekitar Bangkok. Cartoon Network Amazone terletak di pesisir Timur Thailand dalam kawasan yang indah dikenali sebagai Bang Saray, hanya dalam jarak 20-minit selatan Pattaya dan 90 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi (Bangkok).
Ia adalah kira-kira dua jam perjalanan dari Bangkok. Anda boleh memilih untuk menggunakan bas, kereta sewa dan teksi, kerana semua memang bersedia untuk membawa anda ke Cartoon Network Amazone.
Harga tiket masuk ke Cartoon Network Amazone Pattaya ini ialah :
Dewasa - Baht 1,290 (Thailand) Baht 1,590 (Foreigners)
Warga Emas & Kanak-kanak - Baht 890 (Thailand) Baht 1,190 (Foreigners)
2. Siam Park City, Bangkok
Taman tema air yang diberi nama Siam Park City ini antara lokasi taman tema air paling dekat dengan ibu negara Thailand, Bangkok. Ia hanya terletak sekitar 18 km dari lapangan terbang dan memerlukan sekitar 15 minit memandu untuk ke sana dengan menaiki kereta atau teksi dan sekitar 30 minit menggunakan perkhidmatan bas awam.
Ia adalah taman tema air yang dibuka pada tahun 2008 dan antara taman tema air terawal di Thailand dan lokasi paling mudah untuk pelancong lawati jika melawat dan bercuti di Bangkok.
Harga tiket masuk ke Siam Park City ini ialah :
Dewasa - Baht 1,200
Warga Emas & Kanak-kanak - Baht 800
3. Santorini Park, Cha-am (Water Park)
Taman tema air yang dikenali sebagai Santorini Park ini adalah berada dalam satu kawasan yang besar dimana terletaknya bangunan membeli belah, makanan dan taman tema. Namanya sendiri Santorini adalah diambil dan digayakan dengan struktur binaan di Greece.
Lokasi Santorini Park ini terletak sekitar 33 km dari bandar Hua Hin dan jika anda memandu, anda mungkin memerlukan sekitar masa 30 minit kerana di sini tidak terlalu sesak dan jalan yang mudah untuk anda ke sana menggunakan kereta dan juga bas.
Harga tiket masuk ke Santorini Water Park ini ialah :
Dewasa - Baht 900
Warga Emas & Kanak-kanak - Baht 500
4. Vana Nava Water Park, Hua Hin
Vana Nava Hua Hin, taman tema Hutan Air pertama di Asia terletak betul-betul di tengah-tengah bandar peranginan yang paling terkenal di Thailand, Hua Hin. Ia boleh diakui sebagai taman air ekologi pertama di rantau ini, Vana Nava Hua Hin telah benar-benar berubah dari tanah kosong kepada hutan tropika buatan dengan lebih daripada 200,000 spesies yang hidup dari seluruh Thailand pada keluasan 3.2 hektar.
Dengan menggabungkan teknologi terkini dan kemudahan moden dengan 19 permainan yang sangat menarik dan slaid water park terbaik daripada industri Whitewater West di Dunia.
Harga tiket masuk ke Vana Nava Water Park ini ialah :
Dewasa - Baht 1,000
Warga Emas & Kanak-kanak - Baht 600
5. Khao Yai Fantasy Resort Water Park
Khao Yai Fantasy Resort Water Park adalah satu taman yang mempunyai taman tema air yang bersaiz sederhana ini agak terkenal buat pelancong yang mengunjungi Taman Negara Khao Yai di sebelah atas bahagian Bangkok. Ia terletak kira-kira 170 dari kotaraya Bangkok dan biasanya memerlukan sekitar 2 jam pemanduan untuk ke sana.
Ramai pelancong yang singgah di taman tema air di Life Park, Khao Yai ini adalah sebagai aktiviti sampingan ketika singga di Taman Negara Khao Yai.
Taman teman air di Life Park Khao Yai ini akan diperbesarkan dalam tempoh terdekat untuk menarik lebih ramai pelancong ke sini dan menginap di hotel-hotel sekitar Taman Negara Khao Yai, Thailand.

Harga tiket masuk ke Khao Yai Fantasy Resort Water Park ini ialah :
Dewasa - Baht 200
Warga Emas & Kanak-kanak - Baht 200
Sudah pasti taman tema air sebenarnya menjadi salah satu lagi tarikan sampingan jika kita melancong ke mana-mana destinasi. Ini kerana, setiap taman tema air misalnya mempunyai daya tarikan tersendiri dan punyai keunikkan tersendiri. Jika anda seorang yang memang suka aktiviti air, sudah pasti taman tema air yang terbaik diluar negara akan menjadi pilihan anda untuk dimasukkan dalam itinerary pelancongan anda di masa hadapan.