Ducati Monster 795 ini sememangnya dah lama menjadi impian MrJocko. Sejak mula-mula model ini memasuki pasaran Malaysia sekitar tahun 2012, memang ramai yang angau dengan rekabentuk dan performance motorsikal jenis Ducati seperti ini. Monster 795 adalah model motorsikal jenis 'telanjang' (naked) yang berada antara tengah-tengah motorsikal superbike dan easy rider.
Semasa mula-mula ia dilancarkan, ia memang menjadi impian MrJocko. Harga masa dilancarkan di Malaysia memang agak menarik dan agak murah berbanding model Ducati biasa. Masa tu, Khalish dan Hasya pun memang suruh beli motor macam ni. Itu cerita dulu, 3 tahun yang lepas. Dan setelah bertungkus-lumus untuk beberapa tahun yang lepas, akhirnya dapat juga MrJocko meminang Monster 795 ini, walaupun ia adalah second hand.
InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang, Awek Ducati Monster 795 ini akan MrJocko bawa pulang dan akan dijaga sebaiknya. Lepas ni, nampaknya ia akan menjadi kenderaan utama MrJocko untuk ke sana sini untuk kerja. Memandangkan lokasi tempat kerja MrJocko tidak la jauh mana dan sebab agak senang jika nak parking motorsikal berbanding kereta.
Lagipun, boleh jimat kos parking, kos parking dan semestinya masa.
Bila dah meminang Awek Ducati Monster 795 ni, maka dengan sendirinya terpaksa lah tambah lagi usaha, kerja lebih keras dan simpan lebih banyak duit untuk masa akan datang. Lepas ini, kena ikat perut dulu untuk berjimat dan jaga Awek Ducati Monster 795 ini sebaik mungkin.