Tahun 2006 saya mula register dengan salah satu Syarikat yang menguruskan nama-nama Blogger di Malaysia untuk mencari peluang cara jana income dari blog. Sejak dari itu, saya terus konsisten sertai jemputan dan tawaran yang diberikan kepada jenama Blog MrJocko Dot Com walaupun dengan bayaran yang kecil dan sederhana.
Alhamdulillah, selepas hampir 10 tahun, jenama blog MrJocko kini sudah boleh berdiri dengan sendiri. Walaupun bukan projek yang besar-besar, walaupun tidak punyai follower puluhan ribu, tetapi kami sudah berkembang dengan berada di bawah satu syarikat Blooggers Media.
Ramai yang tanya, bagaimana saya jana income dari Blog dan macamana cara untuk dapatkan peluang sertai event dan jemputan yang berbayar.
Jawapannya, anda kena sentiasa menulis dan menulis, kembangkan network dalam dunia blog, konsisten dalam penulisan anda untuk naikkan jenama blog sendiri. InsyaAllah, lama kelamaan akan ada peluang yang lebih besar.
InsyaAllah, bila anda sudah dikenali ramai pegawai PR atau syarikat pengiklanan, mereka akan cari anda untuk kerjasama. Yang penting, kena sabar dan cuba bagi yanb terbaik sebab bila kita beri yang terbaik, klien akan berpuas hati dan semestinya akan cari kita untuk next job.
Bila dah dapat nilai sekitar RM500 untuk satu entry, anda seharusnya boleh berbangga. ia bukan satu yang mudah, tetapi tidak mustahil. Teruskan menulis, konsisten, beri yang terbaik. Harapan kita sebagai Blogger, semoga satu hari akan datang kita boleh menjana income sehingga RM1,000 bagi satu entry atau RM2,000 bagi satu entry seperti blogger-blogger hebat yang lain.
Bayangkan kalau satu entry anda dibayar sejumlah RM1,000. Bagaimana kalau dalam sebulan anda berpeluang menerima 5 Advertorial Job atau lebih... Masyukkk tak??? :)
Bayangkan kalau satu entry anda dibayar sejumlah RM1,000. Bagaimana kalau dalam sebulan anda berpeluang menerima 5 Advertorial Job atau lebih... Masyukkk tak??? :)