Semalam, hari ke-9 kita berpuasa di bulan Ramadhan 1434 hijriah. Nampaknya macam sekejap jer masa berlalu, dah nak abis dah 10 hari pertama dibulan Ramadhan. Bercerita pasal berbuka puasa, kami sekeluarga berbuka sederhana sahaja. Semalam kami beli Lauk Itik, Telor Sambal kesukaan anak-anak MrJocko, Nasi Lemak dan Nasi Beriyani Kosong.
Lauk pauk laim semalam Alhamdulillah, semuanya sedap. Cuma MrJocko nak share sahaja pasal Nasi Beriyani Kosong yang MrJocko beli di salah satu Pasar Ramadhan berdekatan TTDI semalam. Bukan nak merungut, tetapi agak terkejut bila mengetahui yang harga untuk satu Nasi Beriyani Kosong itu dijual dengan harga RM5 untuk satu bekas.
Kalau nak tahu, dalam bekas tu merupakan Nasi Beriyani kosong seperti biasa. Tiada ayam, daging lembu mahupun daging kambing. Ia memang Nasi Beriyani Kosong semata-mata seperti yang biasa kita makan di kedai mamak. Sekarang timbul persoalan MrJocko, bagaimana harga makanan di Pasar Ramadhan di tempat anda? Pendapat anda, harga tersebut dikira mahal atau murah? Satu Pek Nasi Beriyani Kosong ini dengan harga RM5.00 ???