Alhamdulillah, kita sudah memasuki hari ke sebelas berpuasa dan nampaknya seperti tahun-tahun lepas kemeriahan Ramadhan ni bertambah dengan adanya Pasar Ramadhan. Anda mesti suka berbelanja di Pasar Ramadhan kan?
Beberapa hari di bulan Ramadhan ni memang best kerana MrJocko berpeluang singgah di banyak pasar Ramadhan sekitar Kuala Lumpur seawal jam 5.00 petang.
So, selalunya kalau anda ke Pasar Ramadhan, berapa selalunya budget yang anda peruntukkan untuk berbuka pada hari tersebut. Ini penting kerana nak elakkan kita dari tidak membazir.
Kalau MrJocko, selalunya tak lebih dari RM50. Selalunya akan beli 2 lauk untuk berbuka dan 2 lauk untuk bersahur dalam RM30 dan sekitar RM6 untuk kuih muih. RM5 untuk air. Biasanya cukup untuk MrJocko, Wife dan dua orang anak.
Kalau anda pula camana?